"sangat berat dan tak larat. masih tak puas!"
alhamdulillah, perancangan untuk ke pesta buku yang telah dirancang sejak awal tahun lagi telah dapat dilaksanakan semalam (28 April 2013). kita yang merancang, Allah jua yang menentukan. Rancangan bersama Abang Hakam telah dibuat dua minggu sebelum program, rancangan pertemuan ialah di KL Sentral dan aku memang nekad nak naik komuter sebab malas nak pandu ke kawasan sesak. Rancangan ini terpaksa diubah kerana komuter mengalami kerosakan dan perubahan jadual perjalanan. Aku sangat kecewa. sebab aku tak suka orang menunggu aku, Abang Hakam sudah SMS beliau sudah tiba di KL Sentral. Rasa hati berat, tetapi digagahkan jua, aku melangkah ke kereta semula, dan terus memandu laju ke PWTC. berulang kali aku meminta maaf kepada beliau dan memintanya terus ke PWTC dalam tempoh 45 minit.
UKM ke PWTC dalam tempoh 45 minit, kesesakan hanya berlaku di bulatan Kg. Pandan. kalau menaiki komuter rasanya tidak jauh beza. Alhamdulillah aku tiba lebih awal, dan Abang Hakam pula yang lewat 15 minit. Soal parkir kereta memang menjadi masalah besar. aku tiba jam 11.15 (masa puncak di hujung minggu), tetapi alhamdulillah teman FB (kak Adibah Bahtiar) menyarankan aku parkir di bangunan lain. Aku pergi ke ruang tempat letek kereta di Hotel Sunway. berpusing-pusing aku ke tingkat 5 bangunan, alhamdulillah tempat berbumbung. kereta insyaAllah dipastikan dalam keadaan selamat tanpa sebarang benda berharga ditinggalkan.
Berjalan kaki ke PWTC tiada masalah bagiku kerana sangat dekat, melihat ramai orang dari stesen LRT PWTC baru tiba dan melalui jejantas. Aku tak pasti stesen komuter Putra di mana. setibanya di sana, sambutan daripada staf PBAKL memberansangkan, "selamat datang" sambil menghulurkan surat khabar yang mengandungi peta penggerai (booth). Sementara menunggu Abang Hakam, aku sempat melawat booth Arkib Negara, mendaftar keahlian secara percuma di Perpustakaan Negara dan menjawab soal selidik dan kuiz di booth Kementerian Penerangan Malaysia.
soalan kuiz yang aku terima "bilakah pengisytiharaan Jalur Gemilang dan siapa yang mengisytiharkan?"
aku gelisah. seingat aku "Tun Dr. Mahathir",
akak tu kata "ish kamu ni",
aku dah cuak, "alamak... tapi seingat saya Tun Dr. Mahathir kak. tahun saya tak ingat",
aku hentam tahun lahir aku "1988"
akak tu buat aku suspens, jawapannya adalah 31 Ogos 1997 dan diisytiharkan oleh Dr Mahathir Mohamad.
akak tu tetap bagi buku mewah Yang Dipertuan Agung, Sultan Mizan. alhamdulillah.
bertemu dengan Abg Hakam di pentas utama dan abang Hakam memperkenalkan aku dengan Firdani, pelajar UIA yang menetap di Sandakan. pelajar Sains Politik. pertemuan yang singkat, tetapi beliau sangat baik dan peramah. Kami berdua terus ke Dewan Tun Razak 3 dan berjalan sambil memerhatikan gedung buku. boleh rujuk gambar di sini:
album PBAKL 2013
|
slot Sofa putih bersama dengan penulis buku dan Sayed Munawar (pengacara terkenal RTM) di Booth Institut Terjemahan Nasional Malaysia ITNM |
|
Pustaka Islamiyah menawarkan buku agama lama yang berkualiti dengan harga RM5. sangat murah |
|
sangat peramah En. Azimin dan staf Dewan Bahasa & Pustaka. kami bertanya tentang penggunaan bahasa melayu. sangat menyeronokkan! |
|
penulis buku Lenakan Tidurnya iaitu Norhayati Iberahim di booth NB Kara |
|
poster besar yang menarik untuk ditampal di bilik. dapatkan RM5 di booth Panca Delima. |
|
dalam bilik Melaka yang kecil, ada booth Karya Seni. penuh dengan pelanggan yang beratur menjadikan bilik ini sesak. |
|
booth YAPEIM di ruang legar (bersebelahan Hayrat Foundation) terdapat komik islamik dari Indonesia. 33 pesan nabi. |
|
dalam lif hotel Sunway menuju ke Parkir kereta di tingkat 5. sangat penat dengan beg berat dan tangan penuh dengan beg plastik |
|
menuju ke Lembah Pantai (Kg. Kerinchi) menghantar abg Hakam pulang. penuh dengan poster. kawasan paling sengit! |
|
Apartmen Sri Angkasa. penuh dengan bendera dari tingkat atas ke bawah. wah! |
|
Abang Hakam belanja makan. alhamdulillah. |
|
tiba di rumah dengan 10 buku yang dibeli dengan RM108. |
|
buku katalog percuma. nak cuba pilih buku dari katalog. |
|
hari Isnin, aku pergi semula dan dapat beli 3 lagi buku. alhamdulillah. |
aku tak sempat nak bercerita lagi, terlalu penat, insyaAllah aku akan sambung lagi.
terima kasih kerana membaca blogku.
2 ulasan:
Nak tnya...di booth panca delima tu ada jualan poster kata2 mutiara tak selain dari poster2 ayat al-quran? Dan di aras mana ye? Dan lagi, jawpn di booth yang dpt buku sultan Mizan tu, soalannya mmg sama ke atau lada ain2 soalan?
baru pergi semalam 1 MEI. ramai sangat orang. sempat grab dua buku je Tuhan Lebih Saintifik (Dr. Farhan Hadi) dan Relasi.
Catat Ulasan