Isnin, April 01, 2013

bersara

merasa sayu bila nak lafazkan...
"dengan lafaz bismillahirrahmanirrahim, saya dengan ini membubarkan jawatankuasa Kelab Rakan Taman sesi 2012/2013. Al-Fatihah"

menjawat jawatan sebagai Yang Di-Pertua (Presiden) selama tiga tahun adalah lama bagi sesebuah organisasi di dalam universiti. bagaimana mungkin seorang pelajar itu boleh menjawat jawatan selama 3 tahun sekiranya sesi pembelajarannya juga tiga tahun sahaja?

itu yang aku tweet dalam twitter
aku boleh memulakan sesuatu dengan baik tetapi aku bimbang, aku tak mampu untuk mengawalnya dengan baik pada masa akan datang. aku buat kerja memang laju, boleh diistilahkan 'I am passionate person', bila aku diamanahkan aku akan buat secepat mungkin dan terbaik. Namun, kadangkala aku sedari, aku hanya pandai melakukan atau memulakan sesuatu tetapi aku tak pandai nak buat kesimpulan atau memantapkannya lebih baik.

sebagai contoh, aku boleh jadi setiausaha dengan baik untuk sesuatu program, sehinggalah program itu berjaya dilaksanakan. tetapi bila sudah tamat, aku rasa produktiviti akan menjadi lemah. malas nak buat laporan post mortem, soal selidik dan penambahbaikan. 'it's a bad attitude', janganlah sahabat-sahabat amalkan sikap ini. Aku boleh kemas bilikku dengan sistematik, tetapi bila aku sibuk, sekejap sahaja keadaan akan bersepah kembali.

mengenali diriku ini, setiap tahun aku fikir, adakah perlu aku letakkan jawatan sekarang? jawatan Presiden dipegang sejak tahun 2010. kelab yang tidak sampai setahun jagung untuk diaktifkan, aku bertanggungjawab untuk meneruskan perjuangan kelab ini. bukan mudah nak aktifkan sesuatu. alhamdulillah aku bersama FBB aku (Nabilah dan Shida) bersama junior botani yang sangat menyokong 'supporting' kelab, Alhamdulillah banyak juga aktiviti dalam taman dan luar UKM. teringat Munirah dan Anisa yang terpaksa dan kena komen dengan aku pasal minit mesyuarat setiap kali perjumpaan. 'they are great!' cepat sangat belajar. meskipun aku kena kutuk belakang, tapi aku respek diorang. memang batch diorang ni sangat hebat. tapi sayang diorang sudah tahun akhir.

ahli untuk tahun 2012 sangat banyak tapi yang aktifnya sikit. mungkin silap aku buat Mesyuarat Agung masa minggu peperiksaan, tak ramai yang hadir, ramai exco daripada ahli. jadi lantikan pimpinan untuk 5 jawatankuasa tertinggi. yang selebihnya, kami kena cari sendiri. FBB aku dah nak berhenti, sebab.. sebab... mungkin fokus master. masa ni memang aku dah cakap, aku pun nak berhenti. bincang dengan Dr. Noraini. beliau berat hati, dia tanya ada ke sesiapa yang boleh jadi Presiden, "hmmm...". tetapi, aku cakap juga kat semua 'aku nak berhenti'. bila mesyuarat agung tu, aku buat kejutan, aku nak bertanding jugak. tak sampai hati nak tinggalkan kelab dengan kerja yang tak selesai. aku rasa Kelab Rakan Taman belum boleh berdiri sendiri. masa tahun 2012, alhamdulillah Kelab Rakan Taman mulai naik nama, tetapi ahli makin lama makin malap.

sepanjang 2012 seolah mendayung kapal yang besar dengan kekuatan 6 orang pimpinan. kena usaha berganda dengan idea yang lebih kreatif. bergerak lebih pantas dan cekap, tetapi penatnya 'Allahu rabbi'. kami cuba fokus untuk adik-adik tahun 1 yang baru masuk, kami cuba rapat dengan mereka untuk melatih mereka menjadi pemimpin. 'bukan kerja mudah' tetapi melihat mereka bersemangat, kami yang 6 kerat ni pun terus semangat. exco lain ada tapi mungkin mereka sibuk, "kadang bila fikir yang tiada ni, kita rasa susah hati.. sampai kita lupa yang ada di depan mata kita". alhamdulillah, exco ini didekat-dekat, dia kembali aktif meskipun buat kerja dari jauh. terima kasih buat beliau.

2013, lengkap tahun ketiga. aku harap ini tahun terakhir untuk pengajianku. dalam masa yang sama, aku merenung kelab rakan taman, sayang rasanya nak letak jawatan. sebab masih rasa belum puas hati. aku masih tak puas hati kenapa ramai yang tak minat dengan program kami? perlu buat aktiviti yang berkualiti dan menarik minat ramai orang. 'orang kata, bukan kuantiti yang dinilai, tetapi kualiti itu yang perlu diutamakan'... benar, aku akui. setelah merenung kembali. mungkin mindaku tepu, mungkin sebab tu kurang peningkatan. aku perlu beri peluang kepada adik-adik ini untuk menggerakkan kapal ini. dengan nafas baru. tetapi aku perlu bantu diorang, mungkin diorang banyak idea tetapi tak tahu bagaimana cara. kita yang sudah bersara ini, bertanggungjawab untuk membantu, "ye! meskipun kita tiada jawatan".

satu perkara lagi kenangan dalam organisasi ni ialah ahli pasif. bila aku teringat, aku akan emosi. sampailah semalam aku luahkan perasaan dengan bahasa yang bagiku paling baik dan berlapik.

terasa sangat, kalau tak dapat nak join, cakaplah ada hal atau ada masalah. kalau ada SMS atau email, balaslah. kalau kita senyap je macam mana aku nak tahu keadaan kamu? aku tak nak berprasangka, tetapi syaitan itu selalu mengganggu kita untuk kita buat dosa.



ye... benar, aku pernah melakukan kesalahan yang sama masa aku di pengajian sarjanamuda. aku selalu ponteng mesyuarat sebab aku rasa, membazir masa dan tak penting. aku tak peduli apa orang lain fikir. aku hanya fikir diri aku sahaja. hmm... 'hidup ni macam roda' dan sekarang aku kena balik hadapi perkara yang aku dah buat.


akhir kalam, tiga tahun menjawat jawatan ini "bukan mudah menjadi pemimpin kepada sesuatu yang baru". tetapi selagi kita ada rakan disekeliling kita, yang menyokong dan membantu kita, "jangan putus asa", Allah akan sentiasa membantu kita dalam berjemaah. niat kita kena betul. bukan untuk nama atau popular, tetapi atas sebab Allah.

tahniah dan takziah... Selamat Menjalankan Tugas!



Tiada ulasan: