"pendidikan atau tarbiyah terbahagi kepada dua perkara teras iaitu mendapatkan ilmu (ta'alim) dan mengadab insan (ta'adib)"
Alhamdulillah Allah telah beri aku kesempatan untuk mendapat emel daripada En. Wan Aimran, aku anggap beliau sebagai contoh untuk aku ikuti. jemputan ke Wacana STPD Siri 1. cukup sekadar aku melihat pengirim dan nama penceramah, terus dalam fikiranku "aku perlu hadir!"
SIRI WACANA STPD 1/2013 Kecemerlangan Tanpa Roh: Menilai Semula Konsep Pendidikan Sains Kini Dibentangkan oleh: Prof. Dato’ Dr. Mohd Yusof Haji Othman Pusat Pengajian Fizik Gunaan, FST UKM telah diadakan pada
Tarikh : 19 Mac 2013 (Selasa)
Masa : 2.30 - 4.00 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat FST, Dewan Anuwar Mahmud (DAM), FST UKM
Antara pengisian yang aku sempat catat:
1. Prof. memulakan wacana dengan pengenalan pendidikan berasaskan Barat dan sejarah kemunculan pendidikan ini selepas pendidikan komunis.
2. Tiga isu yang menjadi bualan hangat pada masa kini iaitu alam sekitar, ekonomi dan sosial (seks) yang tidak dapat diselesaikan dengan sains.
3. Prof. juga mengulas tentang buku Harry R. Lewis 'Excellence without a Soul'
4. Istilah liberal education dan sejarahnya. liberal education sebenarnya usaha pendidikan untuk membebaskan daripada unsur-unsur kemanusiaan. ini berlaku akibat tragedi orang Barat, pertembungan antara orang sains dan orang agamawan. contohnya, Galileo Galilei.
5. Zaman kegemilangan sains islam, pertembungan ini tidak berlaku kerana ini tidak menganggu akidah. sebagai contoh Ibn Rushd, bumi mengelilingi matahari atau matahari mengelilingi bumi ini tidak menjadi pertikaian. sebab ia hanyalah wasilah untuk kita menentukan waktu solat.
6. Pemahaman akidah yang kukuh tidak akan menjadi masalah untuk menuntut ilmu sains.
7. Harry Lewis (2006) dalam bukunya turut menyentuh 'how a great university forgot education'
8. Fukuyama yang merupakan seorang ahli yang terkenal telah berkata, "University Harvard telah terlupa satu perkara, dalam perniagaan perlu ada transaksi, tapi pada hari ini, perniagaan sudah menjadi keterlaluan dan tidak boleh dianggap sebagai perniagaan kerana terlalu banyak manipulasi. banyak orang spekulasi harga
9. Jangan manipulasi pendidikan dan perniagaan, ia akan merosakkan dunia. masalah takkan jadi selesai.
10. Pada masa kini, kita tak didik masyarakat. Steven Muller (Presiden John Hopkins USA) mengatakan 'the failure to rally around a set of values means that university are turning out potentially highly skilled barbarians.
10. Stephen Hawking (2006) pula mengatakan 'in a world that is chaos politically, socially and environmentally, how can the human race survive the next hundred years.' Prof. bercerita tentang kisah Bush menyerang Iraq kerana Iraq memiliki senjata, tetapi hakikatnya tiada, yang ada hanya kemusnahan.
11. Sekarang ini bukan masalah sains, ini masalah nilai.
12. Prof. menyentuh tentang definisi pendidikan daripada pelbagai perspektif.
13. Prof. mengulas tentang konsep pendidikan dalam Islam. Pendidikan atau tarbiyah terbahagi kepada dua elemen penting iaitu penyampaian ilmu (ta'alim) dan mengadab insan (ta'adib). Ta'alim ini pula terbahagi kepada tiga iaitu kedatangan maklumat (makrifah), kebenaran (alhaq) dan bermakna dalam diri insan. manakala Ta'adib perlu ada set peraturan.
14. konsep hubungan dalam islam. hubungan manusia dengan Allah sebagai hamba dan khalifah. hubungan manusia dengan manusia. hubungan Allah dengan alam iaitu sunnatullah, tabii atau fitrah.
Ini yang sempat saya catat dan dibawah adalah rakaman yang saya sempat rakam. terputus dan sempat cas bateri sebanyak 3 kali. memang aku rasa aku perlu beli webcam. Semoga mendapat manfaat.
bahagian pertama - pengenalan Wacana
bahagian kedua - pengenalan pendidikan Barat
bahagian ketiga - buku Henry R lewis
bahagian keempat - model pendidikan islami
bahagian kelima - soalan: bagaimana nak membuat perubahan daripada diri kita sendiri?

2 ulasan:
Untuk wacana STPD yang kedua, ada rakaman tak?
Dan bagaimana nak tau wacana ni akan diadakan lagi bila, untuk kali ketiga? Saya bukan pelajar UKM.
maaf saya tak dapat pergi yang kedua.
kalau nak sertai program ni boleh emel saya aliflamrabayaain@gmail.com.
atau Nor Hayati Penyelaras Kursus Fakulti
Catat Ulasan