Jumaat, April 26, 2013

data penuh

"hati tak tenteram bila merah je dalam laptop aku"

sejak kebelakangan ni aku ada dua program besar bersama Kelab Rakan Taman UKM. aku jadi hub tempat segala gambar aktiviti dan juga video. bayangkan daripada 5 kamera dalam satu laptop. berganda jadinya memori aku. kalau lihat di bawah ni, memang Disk C tempat software. Disk D tempat tesis dan dokumen penting dan kerja. stor kecik Disk G, kecil je saiz dia 1 GB dan stor besar Disk H tempat koleksi gambar.

aku tak pasti kenapa aku punya My Computer jadi macam ni, aku ikut je cakap pakar laptop aku, Firzil Ishak. aku ikut je, asalkan aku boleh simpan fail dan dokumen aku dengan selamat. kalau tengok FreeAgent Drive tu adalah External Hard Disk aku yang aku beli sejak 2 tahun lepas. semua koleksi gambar dari tahun 2007, lagu, dan back-up dokumen. pun penuh jugak.

Aku gelisah sebab aku dah takde tempat nak simpan gambar. aku banyak lagi nak ambil gambar dan rakam video. alhamdulillah aku ada sedikit rezeki untuk beli lagi satu External Hard Disk. sebelum tu banyak kali juga aku fikir, nak beli External ataupun CD banyak-banyak. aku pergi kedai komputer, CD 4.5 GB satu dan ada 100 CD = RM100. aku fikir bagus jugak jimat. tapi lecehnya kalau nak burn satu-satu. nanti payah aku nak tengok balik gambar-gambar lama. External yang ada RM189 500GB. aku ragu nak beli.

kemudian, aku pergi satu kedai di Warta (Bangi Utama) harga RM175 500 GB. aku masih ragu nak beli sebab takde banyak pilihan. petang tadi juga aku pergi Kajang, aku tahu kedai ni memang murah, sebab aku beli FreeAgent Drive kat sini dulu.alhamdulillah ada harga yang agak murah RM155 500GB untuk Buffalo. berat juga hati, tapi memang dah terdesak sangat. aku beli. lihat kosong lagi HD-PCTU3 cuma pelik 465GB? mana lagi 35 GB?


aku masih tengah tunggu proses pemindahan fail. lama betul. dari jam 5 petang sehingga lah jam 12 malam. penatnya!


semoga ia membantu aku bekerja lebih baik! amin...

Tiada ulasan: