singgah di Masjid Kg. Sungai Terap, Tg. Karang. melihat suasana surau 3 tahun lepas tidak jauh berbeza. aku pernah singgah di sini semasa Majlis Walimah Abang Ruzi dengan Kak Syuhana di Kg. Kunci Air Buang, Tg Karang.
sempat mandi dan berehat di Masjid. tandas bersih, namun, baldi pecah sikit dan getah paip bocor. tiada ruang untuk bilik mandi, sabun pun tiada. mungkin jika saya ada masjid di bawah seliaan saya, saya akan pastikan ada keselesaan untuk pengunjung.
ketika mahu masuk ke dalam dewan solat, saya disalam oleh seorang pakcik berjubah putih dan menjemput saya masuk. dalam masjid, ada kuliah tabligh. aku hanya berpakaian baju T segan untuk bersama dalam halaqah. aku duduk di hujung, sambil mencuri-curi dengar. bagus nya mereka, dapat melatih iman untuk sentiasa mengingatkan diri dan teman-teman, melatih kemahiran pengucapan umum dengan baik. mereka sangat hebat!
azan berkumandang, setelah selesai, aku melihat ramai yang sudah tiba awal, kebanyakannya orang tua. aku baru nak angkat takbir solat sunat, bilal sudah iqamah. eh, "cepatnya". memang tadi ada terlintas, "mesti kena tunggu 10 minit dulu lepas azan." masyaAllah, sangkaan ku meleset!
# orang tua di sini peramah, manis senyuman nya, dan mereka dulu yang menghulurkan tangan.
# sepatutnya anak muda kena beri tangan untuk bersalaman terlebih dahulu.
22 Mei 2013 - Masjid Kg. Sg. Terap, Tg Karang, Selangor |

Tiada ulasan:
Catat Ulasan