Jumaat, Mei 24, 2013

memahami teman

pertemuan dengan Syah Arull di Taman Alam Kuala Selangor pada 21 Mei 2013 (Selasa). sekali lagi disambut dengan baik, terasa seperti diberi layanan istimewa bertaraf 5 bintang. Beliau mempelawaku bermalam di rumahnya. rumah bujang dan kena akui rumah bujang berbeza dengan rumah yang sudah berkeluarga.

jika beliau tak tanya, memang aku berniat iktikaf di masjid, kalau masjid kunci, kereta lah tempatku bermalam. alhamdulillah, terima kasih Allah yang memberikan aku seorang sahabat yang baik dan memahami.
30 Mac 2013 pertemuan di Shah Alam
perkenalannya tak sampai 6 bulan. baru tahu beliau sebaya denganku, meskipun aku rasa dulu dia beritahu umurnya lebih mudah dari aku. tak kisahlah dengan usia. ada apa dengan usia. yang pasti, budaya hormat menghormati kena ada dan diamal bersama.

sejak tengah hari tidak makan nasi, malam ini singgah di Restoran Mamak (tak ingat nama) dengan menaiki kereta BLJ 5869. aku menjamah roti nan, fuh, tebal, kurang minyak dan laazat. boleh menjadi pengganti nasi untuk diet.

sepanjang perjalanan dan lepak dengan beliau, orang yang sangat baik dan suka menasihati. bertuah bakal isteri beliau nanti. tidak kekok menegur teman india, mamak, makcik sapu indonesia, pemandu bot taman kelip-kelip, pelancong cina.

payah nak jumpa lelaki sebegini. moga Allah merahmatinya atas layanan dan keceriaannya kepada orang lain.

di Masjid Shah Alam pada 30 Mac.

# setiap manusia itu saling perlukan perhatian dan kasih sayang.

Tiada ulasan: