dari satu pihak lagi, penganjur, kalau AJK ramai tak beri komitmen, pasti sesetengah yang aktif akan rasa terbeban. dan akhirnya semangat pun jadi lemah.
komitmen itu yang menjadi persoalan. sukar untuk mencari jawapan bagi persoalan
"kenapa mereka tidak beri komitmen?"
"adakah mereka sibuk?"
"adakah aku tak pandai mengambil hati mereka?"
"kenapa mereka tidak datang mesyuarat?"
ada kawan beritahu, kita perlu bina ukhuwah sesama AJK terlebih dahulu, baru kita boleh tarik komitmen mereka. bila ukhuwah terjalin dan bertambah erat, pasti tiada masalah untuk kita bersatu berganding bahu untuk membuat sesuatu program.
ukhuwah itu bukan boleh terjalin sehari dua, ia memakan masa berhari-hari atau berbulan-bulan. namun, program ini dalam masa terdekat, bagaimana nak capai 'program yang hebat' dalam masa yang singkat?
hilangnya komitmen apabila keterikatan ukhwah itu terlerai.
salah satu aktiviti bersama pelajar sekolah dan Kelab Rakan Taman UKM |
# kini orang pula lari daripadaku.