"kelam kabut aku mencari dua tiket bas rakan muda (junior) aku ni."
Program SEE Nature yang aku kendalikan di Kuala Selangor akan berakhir lagi dua hari. aku diminta oleh rakan muda aku ini untuk belikan tiket bas untuk ke Larkin dan Kuala Terengganu pada 7 atau 8 Februari di Hentian Kajang. dalam keadaan yang sangat singkat, aku berjaya mendapatkan tiket dan aku simpankan dahulu selama 2 hari dan bercadang untuk beri semasa majlis penutup di Kuala Selangor.
Hari terakhir, aku bertolak ke sana dengan ketua projek aku (DWJ), terlupa bawa tiket. sampai di sana, aku geram dan senyap je yang tiket tu tertinggal. yakin aku simpan di rumah. setelah tamat majlis, aku terus ke rumah dengan rakan kerja, En. Ruzi. cari punya cari dalam rumah tak jumpa. aku mulai risau.
Rakan muda aku masih dalam perjalanan ke UKM dengan bas, aku terus tumpang En. Ruzi ke UKM. aku cuba cek dalam kereta aku. jenuh aku mencari, dalam drawer, dalam beg, beg baju, bonet, dalam selitan buku. semua tiada. Hanya Allah je tahu, betapa bimbangnya aku. ini bukan soal duit atau tidak! tetapi ini soal janji, aku dah janji dengan mereka. aku terus mencari.
Aku berlari ke makmal palinologi tingkat 3, masih tak jumpa. berpeluh aku. dapat SMS daripada Azleena "kami baru masuk pagar UKM". aku terus istighfar, selawat, mohon dijumpakan tiket tersebut. aku memang tekad nak balik rumah semula, cari dalam bilik aku yang bersepah dengan fail SEE Nature.
Masuk kereta semula, Allah ilhamkan aku lihat pada penghadang cahaya matahari (sunlight block), aku selit di situ. rasa syukur sangat.... Ya Allah, aku tidak mahu nyanyuk! ampunkanlah dosaku. bantulah hambamu ini fokus dan jelas dengan setiap langkahku dan perbuatanku.
p/s: aku tak pasti nak guna istilah junior dalam bahasa melayu. rujuk DBP bermaksud muda. sebagai contoh junior minister ialah menteri muda. kalau senior ialah kanan. sebagai contoh senior lecturer ialah pensyarah kanan.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan