Rabu, November 14, 2012

merencana perubahan diri

"perencanaan ini perlu jelas dan lengkap. ia perlu diperhati setiap hari dan diperbaiki jika tidak munasabah dengan diri. memang benar, ia hanya perancangan diri. dan sukar untuk berjaya 100% seperti yang kita kehendaki. tetapi sekurang-kurangnya kita nampak halatuju dan matlamat yang ingin kita capai. malahan, kita dapat perbaiki kesilapan lalu dan menjadi insan yang lebih baik. tidak salah jika kita belajar dari kesilapan. kerana itulah konsep muhasabah diri. agar kita tak mengulangi kesalahan yang sama. - Lakaran Musim Bunga 2009"

bila melihat semula tulisanku merencana diri pada akhir tahun 2009, aku rasa semacam tidak percaya, siapakah yang menulis ini? zaman silamku berkata-kata dan mengingatku kembali. aku rasa aku tulis ini sempena Awal Muharram. dan tulisanku kerana aku pernah menjadi adik pada awal 2010. aku masih ingat, inilah tajuk yang paling menyentuh hati aku. sampai sekarang aku terkesan dengan tajuk ini... biarlah aku simpan rahsia ini. dalam pos ini aku menulis juga kepada umum perancangan aku. aku tak berjaya melaksanakan azam 2011 dan 2012. secara automatik ia memberi kesan kepada tahun yang akan datang.  aku rasa rencana dua tahun ini gagal kerana aku telah lari fokus. cuba lihat kembali rekod awal tahun 2011 dan 2012 aku tak tulis apa-apa berkaitan azam. teruk sungguh!

InsyaAllah, dengan nama Allah yang Maha Bijaksana, dalam keadaan sedar dan tenang, aku akan merencana perubahan diri!
p/s: aku tulis ini bukan untuk menunjuk, tetapi untuk kalian mengingatkan aku jika aku tersasar dari rencana ini.

1. aku seringkali ditanya tentang tarikh tamat pengajian sarjana. "bila habis?"
dua tahun aku menadah telinga, aku tak pasti kenapa soalan ini lazim ditanya. aku ambil positif. mereka mendoakan aku untuk habiskan segera.

Jun 2010 - daftar semester 1 sebagai pelajar sarjana dan berkerja sebagai Graduate Research Assistant.
Januari 2011 - daftar semester 2 dan mendapat biasiswa Zamalah UKM
Mac 2011 - kemalangan yang menyebabkan aku tidak masuk makmal selama 8 bulan.
Ogos 2011 - daftar semester 3 tanpa buat penangguhan (satu kesilapan besar) dan masih mencari semangat yang hilang
Februari 2012 - daftar semester 4 (sepatutnya semester akhir) mulai bersemangat.
September 2012 - daftar semester 5 dan biasiswa Zamalah UKM telah ditamatkan.
November 2012 - semangat meningkat dan taraf menganggur (menumpang kasih ibu bapa)
... Disember 2012 - selesaikan kerja makmal
... Januari 2013 - siapkan penulisan bab 4,5 dan 6.
... Februari 2013 - hantar tesis kepada pemeriksa.
... Mac - Julai 2013 - viva tesis sarjana dan fikirkan pengajian doktor falsafah (tajuk, kertas cadangan, tempat)
... Ogos 2013 - konvokesyen sarjana.

2. berjumpa dengan seorang kenalan hafiz AlQuran.
berdasarkan rencanaku 2010 lalu, aku berhasrat untuk menjadi hafiz pada tahun 2018. alhamdulillah, Allah buka jalan untukku belajar dengan kenalanku ini.

... November 2012 - belajar makhraj atau sebutan setiap huruf dengan betul dan tajwid.
... Disember 2012 - belajar cara bacaan AlQuran dengan betul dan bahasa Arab
... Januari - Disember 2013 - berusaha menghafaz dan tasmi'
... 2014 - akhir hayat -  fahamkan terjemahan dan tafsir.

3. menjadi pensyarah di UKM.
2015 adalah tahun untuk aku memulakan kerjayaku mengikut rencana 2010. disebabkan aku sekarang masih belum menyiapkan sarjana, jadi aku perlu anjak tahun ini. PhD sekurang-kurang tiga tahun untuk disiapkan pengajian.

... Julai 2013 - permohonan PhD diluluskan dan tamat pengajian MSc.
... Ogos 2013 - fokus kajian selama 3 tahun.
... Ogos 2016 - konvokesyen PhD
... September 2016 - bekerjaya sebagai pensyarah Botani

4. hmm... insyaAllah.
kita hanya merancang, Allah yang menentukan. aku tak dapat tulis di sini. hanya dalam UBi.

5. diketepikan buat masa ini.
aku meletakkan cita-cita menjadi penulis, usahawan dan Profesor dalam rencana 2010 adalah kerana aku yakin aku mampu buat semua itu. ye, masa mendidik kita berdasarkan pengalaman dan cabaran. jadi aku merasakan rencana kali ini aku ketepikan dulu tiga cita-cita murni ini.

6. langsai bayaran hutang.
... 2020 - langsai pinjaman PTPTN - istiqamah bulanan dengan potongan 10% 
... 2020 - langsai bayaran kereta - istiqamah bulanan. kena jaga elok kereta ini. tak nak habis duit dekat aksesori dan baiki kereta akibat remuk dan enjin rosak.

7. Kelab Rakan Taman UKM
... Februari 2013 - dapat menyediakan satu projek tetap buat Kelab Rakan Taman UKM dalam urusan alam sekitar.
... Mac 2013 - melantik pengganti Yang Di-pertua yang lebih baik.

8. LakaranMusimBunga
... 16 Oktober 2013 - komersilkan dalam bentuk web sendiri. www.lakaranmusimbunga.com


2013 - selesai sarjana dengan baik
         - lepaskan RakanTaman dalam keadaan yang baik
         - web Lakaran Musim Bunga
         - mendaftar PhD
2014 - ikhtiar menjadi hafiz
2016 - selesai doktor falsafah dengan cemerlang
2017 - kerjaya sebagai pensyarah
2020 - hidup bebas tanpa hutang

p/s: perancangan takkan berjaya tanpa usaha! moga Allah berkati dan kalian menyokong diri ini. terima kasih. kalau ada cadangan yang baik, beritahulah saya.

5 bulan berlalu

"Rejab bulan untuk kita hayati peristiwa Isra' Mikraj dan bermuhasabah diri akan alam akhirat, Syaaban bulan persediaan, Ramadhan bulan untuk memohon pengampunan kepada Allah, Syawal dan Zulkaedah bulan untuk kita mengambil mengekalkan momentum Ramadhan, Zulhijjah bulan untuk kita lakukan pengorbanan untuk lebih beriman kepada Allah dan kini Muharram bulan untuk kita buktikan pengorbanan itu dengan membuat perubahan secara istiqamah."

kalau aku masih ingat semasa Rejab tiba, semangatku menjadi berkobar-kobar dan mulai terasa kerinduan kepada Ramadhan. masa ini juga aku banyak mendengar ceramah tentang perjalanan Nabi Muhammad dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa. tahun lepas (2011) aku sempat menulis berkenaan wanita, tahun ini, aku hanya sempat berkongsi di Facebook sahaja.







bila masuk Syaaban, aku masih ingat lagi dengan kegigihan mencari segala buku dan video ceramah persediaan menghadapi Ramadhan. apa yang sering kita lupa dan apa yang kita patut tahu. semua itu mendidik diri untuk meraikan ketibaan bulan yang penuh barakah. masih ingat aku tulis tentang majlis ilmu. terasa seronok sehingga aku sanggup fokus seminggu buat kad Ramadhan.




bila mulai Ramadhan, susah sungguh untuk kita biasakan perkara yang baik. terutama waktu berbuka dan solat terawih. sangat payah untuk istiqamah makan sedikit dan solat terawih sebanyak mungkin. lagi payah bila nak khatamkan satu juzuk satu hari. bila hati lalai, sekejap je sehari itu berlalu, dan esoknya kita terpaksa baca 2 juzuk. begitulah seterusnya. ternyata bulan Ramadhan yang dinanti juga telah berlalu.



masuk Syawal, sedih bercampur duka. sedih sebab nak istiqamahkan sesuatu yang sudah terbiasa kini banyak godaan dan gangguan dari syaitan. duka sebab rasa macam tak cukup sebulan yang berlalu. rasa macam nak lagi. bak kata orang tak puas! ternyata bulan Syawal paling kuat cabarannya, seolah-olah syaitan semua nak balas dendam setelah mereka sebulan dirantai dan diseksa dalam Api Neraka. aku juga terbabit sama, terpaksa berperang dengan syaitan, makan tak ingat dunia, kadangkala hati menjadi alpa. Astagfirullah, bila rasa beza bulan Ramadhan dan Syawal kini, rasa sangat rugi kalau kita balik semula kepada sikap kita sebelum Ramadhan dulu.

Zulkaedah satu bulan yang menjadi penentu kepada diri aku. sama ada aku berjaya mengekalkan momentum Ramadhan ataupun aku telah merugikan diri aku sendiri. ternyata Zulkaedah bulan yang menguji ke-istiqamahan kita. aku cuba renung dan fikir di mana silap aku. masa ini sudah mulai banyak kisah tentang haji dan pengorbanan. mulai rasa diri ini sangat tak layak menjadi seperti Nabi Ismail yang patuh 100% kepada Allah. tetapi bila fikir semula, "memang aku bukan nabi, tetapi kenapa aku tak mencontohinya?". Baginda Nabi Ismail sanggup berkorban nyawa hanya kerana perintah Allah. kita? Allah tak suruh kita bunuh diri atau bunuh orang lain, Allah hanya suruh kita abdikan diri kepada Allah dan jauhi maksiat, kenapa aku tak boleh?

Zulhijjah tiba dan aku perlukan sesuatu untuk buktikan aku ingin berubah. sebelum aku berubah, aku perlukan pengorbanan! pengorbanan adalah bukti aku sanggup ketepikan apa sahaja di dunia ini hanya kepada Allah. tetapi mampukah? "takpe, buat pengorbanan kecil-kecilan dulu" qurbankan harta, qurbankan masa rehatku, qurbankan nafsuku hanya kerana Allah. "sekali lagi ia bukan mudah!"

sejak hari itu, aku tetapkan dalam hati aku, jika sesiapa sahaja yang datang kepadaku meminta pertolongan atau rezeki, itu adalah jalanku untuk aku membantunya. kita adalah khalifah atau pemimpin. kita ada rezeki di tangan kita! menjadi tugas kita sebagai khalifah untuk memberikan rezeki Allah yang pada tangan kita kepada orang lain juga. sebab kita khalifah. ternyata duit bukan segalanya. duit berpuluh ribu habis begitu sahaja dalam masa yang singkat hanya untuk kepentingan peribadi dan bayaran hutang. apalah erti duit yang dicari itu?

nah! Muharram tiba... pengorbanan telah dilakukan. hampir sahaja poket kosong dan masa rehat itu hilang. janji aku untuk berubah sudah tiba. ambil semangat hijrah Nabi Muhammad. dengan keyakinan yang teguh kepada Allah (yakin dengan janji Allah), Baginda sanggup meninggalkan harta dan keluarga di Makkah untuk menyebarkan risalah Islam di Madinah. sangat bersusah payah.


5 bulan berlalu...
aku ingin berubah atas pengorbanan yang telah aku lakukan hanya kerana Allah.
maafkan aku sahabat-sahabat.

Isnin, November 05, 2012

Eksplorasi kenali diri

"aku banyak mengenal diri melalui program-program motivasi dan aktiviti lasak"

banyak perkara yang kadangkala kita sukar nak faham dalam kehidupan kita. cara paling cepat nak faham lik-liku hidup ini melalui menghadapi halangan dan cabaran. eksplorasi yang telah kawan-kawanku laksanakan nampak seperti untuk hiburan dan suka-suka. tetapi sebenarnya ada nilai kenali diri di dalam setiap tugasan. secara tak langsung, bagi mereka yang duduk kembali akan nampak sesuatu daripada aktiviti ini.

kami yang fasi juga belajar banyak daripada mereka. alhamdulillah. terima kasih semua yang menjayakan!



 
 

Sabtu, November 03, 2012

Ya Allah, Tuntunku

Allah, Ya Allah
tuntunku untuk tiba di Jannah Mu
Ya Allah Ya Allah
jangan jauh dariku ku damba cahaya Mu
bersamamu ku ingin dekat
dekat dengan Mu sepanjang usia
Ya Allah, Oh Allah!
dampingi langkahku



versi bahasa melayu sangat menyentuh kalbu bila dihayati lirik.