Khamis, Mei 17, 2012

kenangan Mei 2010

Facebook Timeline memudahkan aku untuk melihat kembali zamanku di masa yang lalu. seawal Februari 2009.
ketika mengimbau Mei dua tahun lalu, aku tersenyum sendiri. ternyata Timeline mampu membuat aku terpesona dengan diriku yang lalu.

berikut sedikit status Mei 2010:

1. "bangau terbang pergi di kala bulan mengambang. datang pula laungan janji memecah gelita. ~ selamat memulakan langkah2 perjuangan adik2ku..."
aku membuat sajak yang tidak lengkap. tenyata aku tersenyum. indahnya dan abstraknya sajak ini. namun apakah sambungannya?

2. ada seorang ni mengadu "aku tengah bad mood".
aku tanya "kenapa?"
dia jawab "cermin mata patah sebab terduduk"
aku menasihatkan "hah, salah sendiri, kenapa nak bad mood dengan orang lain?"
aku mengata dalam keadaan sinis. pedasnya ayat aku. andai orang ini terbaca, entah dia marah atau tersenyum kembali. hmmm... 

3. "ada seorang pelajar tulis komen kepadaku. muka macam babyface, tak reti senyum. huhu... yeke? adakah sebab terbiasa tidak senyum 5 hari lalu? ~ banyakkan senyum robe' =)"
yang ni pedas. aduh terkena aku.

4. "selamat hari guru. camne lah boleh terlupa. hmm... rasa macam nak tulis sesuatu di blog tentang hari guru, pastu nak adobe gambar, dan tag ramai cikgu yang ada facebook. harap sempat buat sebelum jam 12. maaf ye cikgu2, tahun ni tak sempat nak SMS."
hari guru 2010. setelah  5 tahun meninggalkan sekolah.

5. teringat satu cerita jenaka daripada seorang sahabat. tapi jenaka dia penuh maksud. 
"mana tahu kamu akan jadi PM esok?". aku angkat kening. "andai semua menteri naik kapal terbang, dan meletup. dan takde orang lain nak ganti". aku tersentak. "kalau Allah nak benda tu jadi, senang je Allah boleh buat!"
persediaan kita bagaimana? andai kita diberi jawatan secara tiba-tiba, apakah tindakan kita?

Tiada ulasan: