Jumaat, Februari 03, 2012

study mode is flying away ...

a bit regret with myself, study mode is flying away.
step by step it is gone, trying to run away from me.

hari semakin hari berlalu, tinggal satu semester yang masih berbaki.
apabila semangat kerajinan untuk belajar itu mulai mekar, pasti ada perkara yang mencantas semangat itu.
mungkin faktor diri yang sukar menolak sesuatu perkara itu menimpa diri.
mungkin juga kerana aku suka akan perkara itu lebih daripada belajar.
tetapi ternyata aku salah, seharusnya menuntut ilmu (membuat kajian) itu yang sepatutnya lebih utama. kan?

terbayang kehebatan Ibnu Sina dalam tempoh kehidupannya. bagaimana beliau sangat cantik susunan hidupnya daripada seorang yang sangat hafiz dalam ilmu AlQuran dan membentuk diri kepada saintis atau pakar perubatan yang ulung pada zamannya. apalah nak dibandingkan dengan diri sendiri. 

tatkala azam belajar itu terbang tinggi, aku hanya melompat-lompat di atas tanah cuba mencapainya.
kenapa tidak aku berlari-lari ke bukit yang tinggi untuk aku mencapainya.
agar azam itu kembali bertaut ke tangan dan akan ku genggam azam itu sekuat-kuatnya.
tidak akan ku lepaskan azam itu agar aku tidak terlepas ia lagi.

kesungguhan dalam mencapai sesuatu.
1. aku yang menginginkan hasil kajian (pembelajaran) yang baik.
2. aku mahu menunaikan tanggungjawab jawatan yang diberikan sebaiknya.
3. aku mahu mencari bantuan untuk keluarga sendiri.

hanya satu yang mampu membantu aku, yang pasti ia adalah kemahiran mengurus masa. kemahiran mengurus masa dipadu dengan kesungguhan dalam setiap aspek yang inginku capai.
pasti....!

1 ulasan:

ainzoo berkata...

Same goes to me Robe`.
There are up and down..
Chaiyok2!! Insya Allah :)