"Cikgu kan memang ABANG saya dari sekolah rendah lagi kann :)"
terharu rasa hati bila mendapat ayat sebegini daripada seorang adik (anak murid tuisyen).
pertemuan aku dengan beliau semasa sekolah rendah masih terimbau di hati.
dia budak nakal di sekolah, selalu datang lambat ke sekolah rendah.
beza aku dengan dia hanya 5 tahun. entah kenapa aku suka dan rapat dengannya.
meskipun aku dibuli olehnya.
setelah 8 tahun terpisah, aku masih mencari.
tidak sangka aku bertemu dengan beliau dalam kelas tuisyenku.
Alhamdulillah, Allah pertemukan aku dengan beliau.
tika itu, aku tak mengharap apa-apa ingatan lalu daripadanya kerana aku yakin dia tak ingat aku.
aku mengajar beliau seperti adik sendiri.
setelah SPM berlalu, kelas pun tiada lagi.
hanya di muka buku.
Alhamdulillah, rupanya dia masih ingat kenangan lalu.
"terima kasih adik (anak muridku) atas kenangan rindu!"
semoga ukhuwah ini terus diberkati dan dirahmati Allah.
p/s: adik ini lelaki bernama.......
1 ulasan:
silaturrahim yang berpanjangan adalah sesuatu yang berharga :)
Catat Ulasan