bersalaman tiada erti jika hanya tangan bertemu tangan.
tetapi mata seolah-olah sombong tidak mahu langsung melihat empunya wajah.
dari tangan tidak sampai ke mata apatah lagi hendak tembus ke hati.
alahai sombongnya diri.
apa guna bersalaman jika mata tidak bertemu mata.
langsung hati pun tidak sesekali terasa keterikatan ukhuwah (sesama muslim).
selepas salam terakhir dalam solat fardhu, diiringi dengan zikir dan memuji Allah.
diikuti dengan doa pengharapan kepada Allah dan selawat kepada junjungan Nabi Muhammad.
semua amalan baik yang kita lafazkan dan lakukan.
tetapi diakhiri dengan bersalaman dengan muka masam mencuka atau tidak langsung memandang wajah saudara kita yang solat bersama.
sakitnya hati, kita nak jalinkan silaturrahim tetapi seolah jalinan itu dicarik-carik.
pandanglah wajah, senyumlah sedikit.
baru terasa nikmat solat berjemaah bersama saudara semuslim.
nak meninggalkan masjid/surau pun dengan rasa gembira dan hati yang suka.
indahnya islam apabila kita bersaudara dengan hati yang gembira.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan