Ahad, Februari 05, 2012

to keep budget wisely

every month, how much you spent in your daily life?
have you wonder, where is your money have gone?
....
me? always...
even myself have discipline budget for monthly, but Im always feel something missing.

kalau nak kira duit, takkan pernah cukup.
sentiasa pening  jika hendak menguruskan belanjawan dengan baik.
....
aku sejak mendapat duit setiap bulan hasil pinjaman Universiti untuk buat kajian, telah banyak strategi yang telah dilaksanakan untuk memastikan ada simpanan untuk diriku di masa hadapan.
namun, sampai satu tahap, ia akan habis juga digunakan akibat keadaan mendesak.
terasa macam....
"tidak!!!"

ada beberapa perkara yang kerap kali aku fikir.
1. adakah duit yang aku peroleh ini tiada keberkatannya? sebab itu asyik habis dan tak pernah cukup.
2. adakah duit ini aku hanya manfaatkan untuk kepentingan sendiri, tanpa dibaktikan kepada ummah (perjuangan islam)?
3. adakah ada orang yang tidak redha dengan rezeki yang kita peroleh ini dan menyebab kita tersekat akan keredhaan rezeki ini.

bila fikir balik, aku yakin bahawa pasti ada perkara di atas menjadi sebab kenapa belanjawan diri ini tidak pernah mencukupi.
dalam menilai diri, pastilah kita terlalu bias (pilih kasih) untuk memihak pada kehendak hawa nafsu.
bayangkan aku hanya menghabiskan RM50 untuk beli pencukur murah di Mydin. bila nilai balik, bukannya perlu sangat, kat rumah pun dah ada pisau cukur tukar ganti (macam kedai  gunting rambut punya pisau). tapi sebab aku fikir jangka pendek, akibatnya kerana RM50 telah menganggu peruntukan-peruntukan lain.

percayalah, berkat ibu bapa dan redha mereka terhadap gaji atau elaun kita, kena kita jaga! sebab kalau diorang rasa tak redha sebab kita hanya mementingkan diri dan tak bagi sedikit pun pada mereka, pasti ada terselit niat tidak redha di hati ibu bapa kita. dan sebab itulah duit kita tak pernah cukup.

sedekah juga perkara yang penting untuk kita renungkan. setiap kali kita masuk masjid, sering ternampak tabung masjid. masukkan duit walaupun syiling setiap kali kita solat fardhu berjemaah di masjid. mungkin ada berkat di situ. peminta sedekah di tepi jalan, aku ragu-ragu. sangat ragu-ragu. daripada kita terus bersangka buruk, janganlah beri, simpanlah dan asingkan duit itu untuk diberikan kepada rumah kebajikan yang sewajarnya. sebab kalau kita asyik mengomel dan bersangka buruk, nanti niat kita pun jadi tak ikhlas, terus pahal makin kurang. lebih baik, kita usaha lebih sikit, pergi ke rumah anak yatim, jumpa sendiri pengurus rumah itu, dan bagi duit. walaupun RM50. mungkin ada berkatnya.

selebihnya, simpanlah 10% minimum untuk simpanan kecemasan kita. contoh kecemasan, mak tetiba sakit, ayah kehilangan duit, nak nikah segera. jadi..... opsss...
sekian.



Tiada ulasan: