rasa terkilan hati ini kerana tidak mampu mengagihkan tugas kepada orang lain.
seorang pemimpin yang lemah apabila dia tidak mampu mengagihkan tugas kepada orang dibawahnya.
bertambah terkilan bila hati ini telah memberikan masalah kepada orang lain.
seorang pemimpin yang tidak disukai apabila dia hanya mampu menyuruh dan memaksa untuk tugasan itu disiapkan segera.
itu sudut pandang dari seorang pemimpin.
kerap kali pemimpin menjadi dilema.
semua pemimpin itu hendak menjadi seorang ketua yang disukai dan dihormati. betul tak?
tetapi bagaimana hendak menjadi pemimpin sehebat begini?
memindahkan tekanan itu perlulah secara berhikmah.
tekanan dalam setiap tugasan dan tanggungjawab itu pasti ada, bezanya kecil atau besar.
tekanan itu bertambah besar dan bahaya bila diberikan secara mengejut dan mahukan hasil secara cepat.
dengan erti kata lain 'last minute'.
pasti setiap bawahan kita, akan rasa terbeban secara tiba-tiba.
mungkin akan ada 2 hasil akan berlaku
mungkin akan ada 2 hasil akan berlaku
1. tugasan siap tetapi dengan sangat cincai dan banyak sumpah seranah dalam menyiapkan tugasan itu.
2. tugasan tidak siap, malah dia terus menghilangkan diri.
bagiku, biarlah aku terbeban dengan tugasan 'last minute' ini seorang diri, daripada menyusahkan orang lain. sebab kukuh, kerana aku lah puncanya. janganlah disalurkan punca ini kepada tempat lain.
sepatutnya aku memberikan tempoh masa yang wajar untuk dialih tekanan pada exco-exco agar mereka rasa itu tindakan yang adil dan selesa untuk mereka melakukannya.
sebab aku pernah menjadi exco dan pemimpin. keduanya aku merasa, pastilah aku tidak mahu yang pahit kembali terpalit kepada exco-exco ku.
tetapi ini sangat berbeza sedikit apabila kita dalam kumpulan usrah atau jemaah islami. rasa tanggungjawab itu datang sendiri dan tekanan tiba-tiba itu dikongsi bersama tanpa ada rasa tekanan pada pemimpin dan exco-exconya meskipun tugasan itu 'last minute'. cuma kita sedar atau tidak akan peranan kita. oh, rindu tika itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan