berbual dengan seorang sahabat tentang kepimpinan.
bukan bual tentang kepimpinan negara yang tidak tercapai tanganku untuk menilai mereka. cukuplah kepimpinan di bawahan.
seperti kata orang, bumi itu bulat. bila kita di atas, pasti, satu ketika kita akan turun juga ke bawah nanti.
pasti kita bermula daripada bawah, dan akan sedikit demi sedikit naik ke atas.
ketika di atas adalah saat yang paling seronok kerana kita nampak segalanya di sekeliling dan di bawah.
namun, andai terlalu leka dengan keseronokan di atas, kita akan terlupa pengalaman kita di bawah dulu.
dan pastinya kita akan kembali ke bawah, namun melalui dua cara. mungkin dengan cara memalukan atau cara yang dihormati.
teori kepimpinan yang aku alami semasa kini ialah teori tekanan dan kekelam-kabutan. atekanan dialami itu biasa bagi seorang pemimpin (baca: ketua), sebab semua sumber idea kepimpinan di dalam otaknya. dan seharusnya idea itu diterjemah melalui mesyuarat kepada semua anak buah di bawahnya. apabila tekanan-tekanan idea ini dialirkan kepada yang lain, seorang pemimpin itu, akan mudah untuk melaksanakan idea itu dengan lebih lancar.
akan tetapi apabila agihan idea tidak disampaikan, malahan ia tertutup dan tidak dibuka pandangan daripada anak buah yang lain, ia akan membuatkan tekanan itu berganda kepada pemimpin tersebut. percayalah, apabila ini terjadi, keputus-asaan akan cepat sangat berlaku semasa ini. terutama apabila pemimpin ini tidak mempunyai kepercayaan kepada anak buah yang lain. sikap ini mungkin kerana takut idea ini tidak akan dilaksanakan seperti apa yang diharapkan. adalah susah bagi seorang pemimpin untuk melakukan seorang diri, sekurang-kurangnya ia memerlukan 3 orang untuk menyokongnya.
Aku yang pernah jadi pemimpin ini, pernah mengalami ini atas faktor ketidak percayaan kepada anak buah lain. nasihatku ialah percayalah anak buahmu, dan terimalah pendapat mereka dan sesuaikan dengan idea kita. jika anda masih tidak percaya dengan anak buahmu, pastikan follow-up (sentiasa tanya) mereka tentang gerak kerja (tetapi jangan memaksa!)
kedua, tentang kekelam-kabutan. tidak banyak aku mahu katakan, cuma, jangan last minute! anda akan kelam-kabut dan akan mengganggu orang lain. apatah lagi last-minute akan menyebabkan orang lain hilang keyakinan dengan diri kita atau idea kita. oleh itu, jom jangan last-minute.