Selasa, Januari 25, 2011

belum soal tudung di rambutnya

mungkin belum soal tudung di rambutnya. tetapi soal cinta Allah di hatinya

ada orang kata bertudunglah... bila dah lama bertudung, jadi separuh bertudung. tapi mungkinkah si pemakai tak pernah terasa bertudung itu atas kehendak sayangnya Tuhan akan dia?

hakikat. bukan sekadar bertudung (menutupi rambutmu). dadamu, lehermu, lenganmu itu juga aurat yang Allah sangat pelihara untuk maruahmu. mungkin ada yang masih belum terasa cinta Allah pada dirinya.

beruntunglah menjadi wanita yang dicintai sangat oleh Tuhan penciptanya.


Ahad, Januari 23, 2011

rumah idamanku

tadi petang, aku baru pulang daripada TNB-ILSAS.
program bersama tokoh-tokoh islah (bagiku mereka layak digelar begitu).

masih terimbau segan malu aku dalam program ini.

huh, kita teruskan dengan perjalanan pulangku.
menunggang motorku yang setia, Wildan nama motor.
dengan nombor plat - Wildan paling setia 25 umurku yang penting 47 umur jaya. insyaAllah.


terbayang sebuah rumah idaman, mendapat ilham daripada sebuah kedai baru di Seri Bangi. kedai haiwan peliharaan. tingkat 1, ada satu bilik kaca khusus untuk kucing.


terus aku tertarik dan ingin menjadikan bilik kaca sebagai satu elemen di rumah idamanku kelak.
alasanku:
1. rumah flat tidak mampu menampung kucing.rumah teres corner lot mampu.

2. sangkar kucing terlalu kecil. bilik kaca dan buat lubang untuk kucing ke laman, best.

3. boleh manja2 ngan kucing.


bajet:

1. kaca = belum tinjau (survey)

2. hiasan dan permainan kucing = RM800

3. tebuk lubang = belum tinjau (survey)

4. makanan = belum tinjau (survey)
5. kucing = ambil tepi jalan je. percuma
6. tempat berak = hmm...


harap umi suka...
lagi 10 tahun 1 hari. huhu. harap sempat cari rumah, cari duit dan hias. insyaALlah. sebab 2 hari? umi punya hari lahir 25 januari.
yang kenal umi aku, senyap2... ini baru perancangan!

Jumaat, Januari 21, 2011

Al-Kisah Hanzalah ep.1: gegak

Salam Ukhuwah Mahabbah Fillah daripada penulis:
  1. kisah ini adalah untuk tujuan: muhasabah diri dan tidak bermaksud untuk menghina atau mengutuk mana-mana pihak.Janganlah terasa ye.
  2. kisah ini akan dikemaskini (update) mengikut idea penulis. insyaAllah.bersabarlah dan ingatkan penulis.
  3. digalakkan untuk sahabat2 memberi idea-idea tambahan untuk menambah mutu kisah ini. komenlah ye.
  4. maaf juga, jika kisah ini membosankan dan penuh bunga-bunga dalam penulisan ini.
  5. semoga anda memperoleh manfaat. doakan kita sentiasa dirahmati Allah dan senantiasa dalam bimbingan Allah.
  6. ini adalah idea asal Mohd Arrabe' Ahmad Baei. mohon sahabat2 yang dirahmati Allah tidak menjadikan penulisan ini sebagai modal keuntungan sendiri (buat novel dengan meniru, tetapi tidak salah untuk mengambil idea ini dan mengubahsuai).jadikanlah ia untuk keuntungan bersama(nyatakan nama saya atau link blog ataupun maklumkan kepada saya melalui e-mel aliflamrabayaain@gmail.com
Koleksi Al-Kisah Fatih
klik - episod 5: pertemuan


Al-Kisah Hanzalah ep.1: gegak

Mikrofon digenggam erat. Bergegar suaranya dalam dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baharu Wangi (SMKBBW). Di kala senja ini, burung gagak yang menghuni pokok di sepanjang laluan pejalan kaki sebelah kanan dewan, telah berterbangan lari. Agaknya, mencari ketenangan di sebalik kebingitan suara cikgu itu. Hanzalah hanya mampu menutupkan telinganya dengan kedua belah tangannya. Mengharapkan telinganya tidak pekak akibat kedahsyatan lagu kumpulan penyanyi Search itu. Namun, telinganya masih berdesing sakit, lantas, kaki yang dua menyalur langkah keluar daripada dewan besar sekolah. Jam terus menunjukkan hampir jam 7.00 petang. Maghrib yang bakal menjelang lagi 30 minit, masih tidak dihiraukan cikgu itu. Beliau terus-menerus disokong oleh dua orang anak muridnya yang turut rancak berpura-pura menyanyi bersama cikgunya di situ.


Hanzalah yang masih menutup telinga di luar dewan besar mundar-mandir. Parkir kereta guru-guru sesi petang semakin kurang semenjak 6.45 petang tadi. Pelajar tingkatan 1 dan 2, semuanya sudah berjalan kaki ke hadapan sekolah rendah untuk menunggu ibu bapa dan bas datang menjemput. Seorang pengawal keselamatan masih sedia menunggu di pondoknya yang kayu. Entah apa yang dimenungkan pengawal itu? Hanzalah bimbang akan kadar desibel yang tinggi daripada bunyi itu mampu untuk merosakkan pembesar suara (speaker) dewan. Lusa, menjelang sambutan hari guru, pastilah Hanzalah sebagai ketua sambutan mengharapkan yang terbaik daripada dewan ini. Semoga speaker besar dewan tidak terputus wayar dan rosak gegendangnya sebelum hari sambutan.


bersambung.... klik sini episod 2

Khamis, Januari 06, 2011

susahkah cinta buatmu?


berkali-kali aku mendengar lagu yang berkumandang.
pelbagai lara suka duka berkenaan cinta.

apakah benar susahnya cinta?

aku bukanlah pakar cinta.
kerana aku tidak faham erti cinta.
cinta seperti drama?
cinta seperti lirik lagu?
cinta seperti lafaz bibir sang lelaki?
cinta seperti tulisan I Love U?
mungkin andalah pakar cinta.
bukannya diriku

susahkah cinta buatmu wahai sahabatku?
kerana aku risau melihatmu lara sebegitu.

setahu aku, cinta itu ibarat pokok juga.
andai cinta Ilahi kita seteguh akar tunjang pokok.
mencengkam bumi sedalam-dalamnya.
sebagaimana kesungguhan akar menyerap air daripada seluruh pelusuk bumi.
dilafazkan cinta Ilahi dengan kesungguhan mencari iman sejati.
iman resap mengalir dari hujung akar ke batang.
merasa segar batang pokok, keindahan iman yang diserapi.
salur diri terus segar dan mekar.
mencabangkan dahan dan ranting diri mencintai yang lain.
hasil cinta Ilahi yang bersemadi dalam diri.
memungkinkan mudahnya cinta buat selepas cinta Ilahi.
ilmu, ibubapa, guru, alam, sahabat, suami dan isteri.
hasilnya membungakan bunga yang indah dan harum untuk individu lain.
hasilnya membuahkan buah yang masak ranum untuk dimakan oleh yang lain.
alangkah indahnya cinta Ilahi yang memurnikan cinta yang lain.

oh...........
inilah tatapan buat rohku yang sering alpa.