tersebutlah sebuah alkisah puteri gunung arong. alkisah yang sengaja ku ada-adakan. untuk tatapan pembaca2 yang dirahmati Allah SWT. tatkala seorang putera dengan 3 hulubalang diiringi 3 dayang singgah di bandar Mersing, putera sangat tertarik dengan sebuah gunung yang berada di hadapannya. tingginya tidak begitu tinggi. rendahnya juga tidak begitu rendah. nak dikata, sedang-sedang tinggi. fikirnya, pasti gunung yang seindah ini memiliki seorang puteri yang cantik rupawan. apakah firasat putera ini benar?
putera ini bertanya pada rakyat jelata, "Assalamualaikum, tuan yang dikasihi Allah".
"Waalaikumussalam warahmatullahi wabaraktuh wahai tuan putera yang bijaksana" kata pemuda kampung itu.
"beta ingin bertanya, adakah gunung yang indah ini terdapat seorang puteri?".
jawab pemuda itu dengan mudah " ye, ada".
"siapakah gerangannya?" tanya putera itu lagi.
"namanya Puteri Gunung Arong, tuanku" kata pemuda itu dengan hormat.
dengan segera putera itu mencari jalan di sekitar tanjung resang ke arah gunung itu.
setibanya di suatu sungai, hulubalang itu bertanya kepada putera "ampun tuanku, adakah tuanku ingin mendaki gunung ini?"
putera itu dengan yakin "pasti mudah, wahai hulubalangku yang gagah"
dayang pula bertanya "bagaimana dengan kami tuanku?"
putera itu menjawab lagi " kamu bertiga ikut beta sekali."
dengan titah perintah tuan putera itu, maka mereka pun memulakan pendakian ke gunung arong. meredah sungai dan melalui cerun2 yang berbahaya.
seorang dayang ternyata senyap membisu sambil muka kepenatan yang teramat. putera itu menjadi serba salah. beliau memberhentikan pendakian dan berehat sebentar.
"kamu berehatlah sebentar, semoga Allah memberikan kamu kekuatan" putera itu memberi nasihat kepada dayang.
dayang akur dan bersyukur "alhamdulillah"
setelah 10 minit berlalu, setelah kaki direhatkan, kembali bertenaga.
langkah diperkuat sehingga ke puncak.
semakin jauh perjalanan mereka, semakin sejuk suhu persekitaran.
sambil mata putera mencari2 di sekeliling perjalanannya.
beliau mencari puteri gunung arong.
berjalan terus berjalan.
dayang kelihatan lemah. kalau diikutkan dayang ini mahu sahaja dia ditinggalkan. namun, putera ini enggan meninggalkan dayang bertiga. menjadi tanggungjawab putera menjaga kebajikan rakyat jelatanya.
hulubalang ternyata simpati dengan dayang yang cantik manis. ditawarkan diri untuk mendukung dayang ini. akan tetapi, putera ini menyanggah "bukankah kita dilarang saling bersentuhan antara lelaki dan perempuan selagi tiada ikatan perkahwinan? beta tidak mahu diazab api neraka di atas persetujuan beta ini".
hulubalang tunduk malu, "ampun tuanku, patik tersilap"
putera menasihat lembut, "bukan aku yang engkau perlu minta ampun, mintalah ampun kepada Allah. semoga engkau menjadi orang yang beruntung"
hulubalang terdiam sambil tangan ditadah ke langit memohon ampun.
sudah banyak kali perjalanan dihentikan sementara. akhirnya 2jam berlalu, mereka tiba di puncak.
alangkah terpegunnya putera itu akan kecantikan puteri gunung arong. terbeliak matanya dan terkesima melihat keindahan ciptaan Tuhan itu. matanya tidak berkelip. hulubalang pun tunduk malu dan dayang juga terdiam membatu. semua bersujud kepada Ilahi.
[puteri gunung arong = keindahan alam tropika dan laut china selatan ciptaan Allah daripada puncak Gunung Arong]
akan diupdate gambar puteri gunung arong.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan