[nak kata bodoh, tapi ada akal. akal ada, tapi tak boleh berfikir.]
siapa?
sahabat2ku, bukan kalian yang daku maksudkan.
aku menuding kepada insan2 yang bodoh bukan kepalang.
apabila akal diberi, tetapi tidak mampu untuk berfikir.
akal yang dianugerahkan Allah, tetapi tidak mampu dimanfaatkan.
contoh?
sahabat2 yang aku sayangi kerana Allah.
tidak perlu aku sebutkan, sebab tidak semua insan itu tetap pada sikapnya.
andai terbaca mereka akan nota ini, insan ini pasti berubah harapnya.
kalian sendiri lebih faham dan mengerti.
bagaimana?
bodoh itu datang pada manusia, namun bodoh itu bukan selamanya.
kerana tidak tahu. kita menjadi bodoh.
tapi usaha kita supaya tidak bodoh itulah yang akan membantu kita merubah diri.
usaha bagaimana?
usaha mencari ilmu daripada semua orang yang pakar.
semua manusia pakar dalam bidang masing2.
pakar yang paling lemah pun adalah ilmu pengalaman diri.
tidak salah pakar ini berkongsi pengalaman agar yang silap tidak diulangi.
tiada alasan untuk semua manusia merasa segan untuk menasihatkan.
politik?
sahabat2 yang sentiasa dirahmati Allah.
tepat aku tujukan kepada ahli politik yang bodoh.
punya agung kita undi beliau, tetapi bodoh benar bila akalnya tidak diguna.
menyesal tidak sudah untuk mengundi orang bodoh macam dia lagi.
bodoh bagaimana?
bodoh bila melihat setiap perkara sebagai agenda politik.
agenda politik untuk kepentingan parti semata2.
sehingga mengabaikan tanggungjawab beliau sebagai pemimpin beragama islam.
sampai lupa membaca dan mengamal nas-nas alQuran yang menyeru agar berlaku adil
bukankah bodoh pemimpin itu yang asyik fikir akan dunianya.
sehingga kata2 Tuhan diabaikan begitu sahaja.
apatah lagi rakyat jelata nak beri nasihat.
sudahnya?
tak berkesudahan.
kenapa?
menang nya dia pun salah, dia tak menang pun salah.
yang merana rakyat yang berpemimpinkan seorang yang tak pandai guna akal.
bodoh itu bila akal tak diguna.
sahabat2ku, ramai juga pemimpin yang bijaksana dan tidak bodoh.
bersamalah menyokong yang cerdik mengguna akal.
awaslah kalian jadi bodoh bila taksub dan membabi buta tak guna akal untuk menilai kebenaran.
gunalah akal untuk memilih jalan kebenaran.
bersama!
aku pun tidak mahu meludah ke langit.
[muhammad ar-rabi' - WCBR}
4 ulasan:
kenapa budak ukm suka cakap pasal politik ea?
tanpa nama:
tidak semua berbicara tentang politik.
iye? tapi sampai gaduh2 nape ea?
kalo pakai tudung labuh, n ada bdk laki pakai kopiah je dah dipandang serong...
rasa tak selesa je... kawan ngan sume orang tak leh? nape gaduh2?
tanpa nama:
oooh. itu yang dimaksudkan.
ini rasanya berlaku di semua tempat. namun, ia memang berlaku di UKM. tetapi gaduh yang saya nampak, tidaklah sampai bertumbuk. tetapi berdebat mencari keadilan dan penjelasan. saya tidak pasti ada gaduh yang lain.
gaduh cara umpat dan fitnah itu pun ada. namun ia melalui tulisan banyak. entah siapa dalang, wallahualam. harap kita hindarkan daripada fitnah yang cela
dipandang serong? mungkin akibat orang tersebut melabel budak tudung labuh dan kopiah adalah pembangkang ataupun jumud. label ini tidak patut! semua manusia tidak sempurna, tetapi jangan terus menghukum dengan label.
itulah mentaliti yang perlu kita betulkan. bukan permusuhan kita cari
Catat Ulasan