Ahad, Julai 18, 2010

I am in control!


aku dalam keadaan terkawal. aku telah pergi ke suatu program yang aku sendiri segan untuk pergi. tetapi hati ini melangkah juga. training of trainers Im in control. suatu program yang ingin melatih beberapa orang fasilitator untuk pergi ke sekolah2 mendidik adik2 tentang mengawal diri daripada seks bebas. di awalnya, aku agak terkejut dengan modul daripada Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) yang agak tidak ada ciri islamik dan seolah menggalak seks yang selamat.

hampir 7 jam aku berada dalam program ini. modul yang ringan tetapi sedikit membosankan jika fasi tidak pandai membawa modul itu. wakil LPPKN agak ceria dan tidak kekok melayan kami yang masih terpinga-pinga. banyak ilmu yang ditimba meskipun ilum pasal istilah seks dan penyakit HIV dan AIDS. mendengarkan cerita wakil LPPKN mengenai pengalaman mereka sangat mencabar, terutama apabila ada pelajar yang tidak tahu punca seseorang itu hamil.

"kak, cium boleh menyebabkan kita hamil ke?"
"ada yang tidak tahu rogol/zina itu bagaimana?"
"setelah mereka kena, 4 bulan lepas kejadian, mereka didapati mengandung"
"ramai lelaki yang lepas tangan apabila tahu dia menyebabkan perempuan mengandung"
"kebanyakan pelajar perempuan yang menerima akibat buruk"
"HIV boleh tersebar melalui darah, air mani, air faraj dan (tak ingat).. tapi air liur tak boleh menjangkiti"

aku hanya menggeleng kepala. dan risau akan tanggungjawab yang bakal ku pikul. hanya harapanku, apabila ku berkeluarga kelak dan dikurniakan anak lelaki atau perempuan, akan ku pelihara sebaik2nya. pasti akan mengawasi mereka. aku tidak mahukan pendidikan seks diajar kepada anakku di sekolah. aku takut ia akan meransang anakku sendiri. ya Allah selamatkan anak2 kecil dan remaja2 naif ini daripada Zina ini.

p/s: teringat Ummu Huraiyah di blog isteri nik fareez

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

salam...

sekarang ni,isu yang paling hangat mengenai esg...kalau tak silap esg tu turut merupakan program untuk melatih fasilitator. kalau tidak silap le. tidak pasti.

kebetulan mendengar mengenai perkara ini semasa usrah. katanya program tu kalau orang yang tiada basic agama,mungkin berkata biasa, tapi bagi yang ada basic agama,akan merasai program tersebut mengalami satu masalah. Mufti wilayah dan perlis telah menyatakan tidak bersetuju dengan program ini.

masalahnya berkaitan bermain dengan akidah. macam-macam berlaku sekarang ini tanpa kita sedari.

i~muni berkata...

abg, sy bace post ni..tp ape kena mengena post ni dgn blog isteri nik fareez tu? sy tgk xde apa2 connection pun.