Ahad, April 11, 2010

menjaga warisan & peninggalan Muhammad SAW




kata-kata khatib ini mudah dan amat kena dengan isu semasa masyarakat.
aku tidak mengenalinya.
tapi ramai yang memberitahuku, beliau indonesia.
apa beza jika dia indonesia?
khatib ini sangat lantang bersuara.
lebih bersuara daripada khatib yang lain.
tak semua bijak menjadi khatib.
apatah lagi aku yang serba sederhana.
pelbagai khutbah aku dengar di masjid UKM.
ada khutbah yang sangat lapuk, khutbah isu semasa, khutbah politik, khutbah promosi, khutbah selamat datang, khutbah akhlak.
aku tidak pasti teks khutbah itu dibuat sendiri atau daripada JAIS.
sepatutnya, banyak manfaat aku dapat daripada khutbah jumaat.
hakikatnya, ada juga yang aku tidak peroleh apa apa untuk pembinaan diriku.

19 mac 2010 di awal bulan rabiul akhir.
khatib kegemaranku.
ada juga yang tidak suka akan beliau.
ah, pendapat manusia sentiasa berbeza.
apapa pun, terimalah ilmu yang disampaikan. insyaallah.

khatib membicarakan tentang bulan rabiul awwal, penuh dengan sambutan maulid.
mengagungkan nabi muhammmad SAW. sebagai bukti cinta kepada baginda.
sememangnya, apabila tanda cinta, bila kita sentiasa menyebut nama dia.
namun adakah cinta itu hanya untuk bulan rabiul awwal?
adakah dengan berlalunya rabiul awwal, berakhirnya juga ingatan kita kepada muhammad SAW?
apakah jaminan kita mencintai nabi muhammad SAW?

jika kita tetap cinta padanya, ada cara lain untuk buktikan cinta kita kepadanya.
caranya bagaimana?
sebagai contoh zaman sekarang.
kalau kita jatuh cinta dengan artis itu, pasti kita akan selalu sebut nama dia berulang2 kali.
(rain, ashton, siti, stacy, MJ, dll)
kita akan ikut gaya penampilan dia...
kita akan ikut gaya dia bercakap...
kita akan simpan segala gambar2nya.
apatah lagi, kalau kita dapat barangan kepunyaan artis itu pun pasti kita akan simpan dengan setulus hati.
apakah sama bukti cinta artis dengan cinta kita kepada muhammad?

yup.. bukti cinta kepada muhammad SAW selain menyebut nama dia sentiasa.
kita juga perlu menjaga juga warisan dan peninggalan dia.
apa yang muhammad tinggalkan untuk kita?
1. kitab
2. sunnah
3. ulama' dan warasatul anbiya'

khatib kemudian memberikan cara2 menjaga warisan ini...
pertama: bagaimana kita suka akan kitab alquran?
jika kita tak pernah baca alquran, kita adalah umpama rumah kosong atau rumah tua.
iblis dan syaitan akan tinggal di rumah itu.
jika kita suka alquran, kata2 yang keluar daripada mulurt kita bak mutiara.
jika kita tak suka, maka keluarlah gosip, bara api, ngumpat daripada mulut kita.
jaga kitab ini juga dengan menghiasi rumah kita dengan alunan alquran.
khatib beri contoh: zaman dulu, kalau kita lalu rumah orang = baiti jannati.
pergi rumah jiran lepas magrib, kita dengar orang mengaji, rumah jiran kedua, tengah belajar muqaddam. jalan depan lagi, kita dengar orang membaca quran dengan tarannum.
tapi rumah zaman sekarang, baiti nari (rumahku nerakaku).
pergi rumah jiran lepas magrib, dengar cerita sinchan. pergi rumah jiran kedua, dengar lagu-lagu dan banyak lagi...

kedua: buat jadual baca alquran sehingga khatam...
mempelajari , membaca dan menjaga alquran adalah amanah.
khatib beri contoh lagi: sekarang orang sangat berhati2 bercakap bahasa inggeris.
kalau salah sikit, pasti orang akan gelakkan. malu kalau tersalah cakap inggeris.
tapi kalau bahasa quran, tak pernah malu kalau tersalah baca ayat alquran...
kalau orang zaman dulu, belajar surah alfatihah sampai 40 guru, baru mereka puas hati.

ketiga: menurut imam nawawi. jadikanlah alquran sebagai hujah kita. ia akan memberi manfaat kepada kita.
jika kita tak guna alquran sebagai hujah kita, dilaknat Allah.
dan Alquran merupakan pedoman hidup kita.

sampai situ sahaj khutbah pertama oleh khatib ini. khutbah kedua adalah doa2 dan sedikit ayat alquran.
semoga ia memberi manfaat kepad akita semua.
cara penceritaan aku ubah sedikit mengikut kefahaman aku.
jika sahabat2 lain ingin menambah atau perbetulkan kesilapan saya. silalah...

2 ulasan:

inniakhofullah berkata...

cara menjaga warisan Rasulullah

1)quran
2)sunnah
3)warisatun anbiyaa

adakah kini kita sedang menjaga yang ketiga itu?

ulama dicerca2...siapakah kita untuk mencerca mereka

Unknown berkata...

hanya mereka yang cetek ilmu dan cinta dunia yang tidak menjaga yang ketiga. iA, moga kita dijauhkan daripada golongan orang2 ini.