mendengar bebelan seorang yang aku hormati. beliau sangat tertekan dengan sikap orang yang mengambil kesempatan terhadap orang lain.
aku menasihatkan "takpelah, kita tolonglah mereka, mungkin mereka ada hal, kena balik awal"
isunya bermula apabila sahabatku ini setiap hari balik lewat kerja, jadi dialah yang menjadi tukang 'punch card' orang lain yang balik awal.
"ye, memanglah boleh kalau nak tolong. tapi takkanlah setiap hari nak tolong. naik sedap pulak diorang suruh kita"
aku cuba menenangkan sahabat ini.
"mungkin mereka ada hal keluarga, nak ambil anak di sekolah dan sebagainya. siapa tahu kan?"
mukanya masih belum reda dengan api kemarahan.
"alah, itu semua alasan. kalau semua pekerja kerajaan macam ni, teruklah negara. mereka tahu hina kerajaan dan kutuk kerajaan, tapi dalam bab kerja, macam2 alasan diberi. undang-undang tak mahu ikut"
kelu lidah aku untuk terus meredakan keadaan. memang sudah lama sahabat ini memendam perasaan itu.
aku hanya menadahkan telinga mendengar bebelan berapinya.
semasa bebelan bertubi-tubi, fikiranku melayang.
terlintas kembali kata2nya tadi.
kawan2ku pun begitu.
"tolong 'sign' kehadiran untuk aku harini. aku malas la pergi kelas"
perkuliahan seperti biasa.
kehadiran sedikit.
tandatangan penuh.
masih di fikiranku terngiang2 amarah Dr. Narimah yang marah dengan sikap.
S.I.K.A.P.
"bukan masalah dia tak datang, masalahnya kamu yang tandatangan!"
bab baru dalam pemikiranku lagi.
teringat sewaktu bersama kawan2 UPSM di Pahang, mencari dana di pekan Kuala Lipis.
penat, menunggu hidangan makan tengah hari.
pakcik van UKM bercerita pada kami.
"kamu tahu kenapa orang2 sekarang kereta besar, tapi anak2 teruk sikap?"
kami senyap.
"sebab duit dia kerja tak berkat"
"kenapa pulak pakcik? diorang kan kerja halal"
"memanglah, tapi berapa lama dia betul2 buat kerja? buat kerja sedikit, masa lain lepak dan tak buat kerja, balik awal."
hmm... aku merenung. gaji itu untuk hasil kerja mereka dari jam 8-5 petang.
tapi gaji itu tak berkat sebab masa kerja mereka tak sama dengan nilai gaji itu.
"sebab tu anak2 mereka jadi seperti itu."
api kemarahan beliau berkurang.
aku mendengar dan tak berkata apa.
W.arkah C.inta buat R.ohku
~ aduhai R.ohku, kadangkala buat baik berpada-pada. jangan sampai dikau menjadi alpa. kelak nanti merana. kerna dirimu asyik diperguna.
~ aduhai R.ohku, andai dirimu tahu betapa pentingnya peri ilmu. manfaatkanlah ia sehingga sebati dalam dadamu. kerana itu perintah dari Tuhanmu.
~ aduhai R.ohku, janganlah suka menghentam pemimpinmu. lihatlah cermin wajahmu. adakah dikau seperti kutukan kejimu.
3 ulasan:
kenapa aku memilih gambar ketam?
teringatku kisah ketam mengajar anaknya berjalan.
dia sendiri tak betul, nak mengajar orang. sebab itu kita kena perbaiki diri kita dulu. betul tak?
abg, boleh x saya bg komen.
yg kwn abg tu marah2, tp die buat jgk ape yg disuruh. boleh saje die bersikap tegas, ckp x boleh nk tolong.org mcm ni boleh x kata tolong x ikhlas? atau tolong bersubahat?
hmmm...
tentang persoalan niat orang bagi abg, jangan persoalkan kat orang tuh. sebab ikhlas ni hanya Allah yang tahu menilai. siapalah kita ni nak tegur keikhlasan orang lain?
tentang tolong bersubahat. hmm.. yang ni abg tak pasti. subahat adalah berkaitan dengan kejahatan. hehe.. ni masalah sikap je kot.
ala, biasalah perempuan kot. dalam pada dia bising, tapi hatinya lembut. tetap nak membantu. kan aimuni?
Catat Ulasan