Selasa, April 27, 2010

kerana itu Iqra'lah dengan nama Tuhanmu.


kita asyik menyalahkan orang lain.
"alah, mereka cina. memang diorang pandai"
"takpe, esok lusa sempat lagi nak study"
"belajar pandai2 buat apa? nanti dapat kerja jugak"
kita terlupa yang kita hanya berkata untuk menyedapkan hati kita semata2.
tapi kita selalu alpa, menyedapkan hati kitalah punca kemalasan kita.

"facebook sekejap lah" "alamak dah 3 jam"
"aduh, peningnya. tak faham"
"susah gila, mesti teruk aku esok"
bertangguh dan mengaku kalah awal juga faktor kemalasan kita.

kemalasan punca kepada kegagalan.
kemalasan itu mampu untuk menggelapkan hati.
jangan jadikan kemalasanmu untuk kesenanganmu yang sementara.
tetapi jadikanlah kesusahanmu untuk kejayaan yang berkekalan.

andai dirimu masih lemah dan tidak berdaya.
ingatlah, jika kamu terus wujud, kamu tidak berguna.
hanya menambah beban kelemahan ummat.
andai dirimu asyik mengaku kalah, kamu turut mempengaruhi orang lain untuk malas bersamamu.

ingatlah, hidupmu bukan untuk kesenangan dirimu seorang.
tetapi hidupmu untuk kesenangan ummat.
andai dikau terus menerus membatu.
ummat disekeliling terus menerus menjadi batu.
dipijak2, dibaling2, dan hentak2.
batu yang tiada nilai di mata orang lain.

kerna perjuangan ini bukan untuk dirimu semata2.
tetapi untuk seluruh ummat disampingmu.
sedarlah, bukalah matamu.
sampai bila ummatmu mahu ditindas dengan ilmu orang kafir.
sampai bila ummatmu mahu menagih kemajuan orang kafir.
sampai bila ummatmu mahu mengagung kehebatan orang kafir.
sampai bila?
sampai kita berada di kemuncak gunung.
sampai kita meninggi di langit yang membiru.
sampai kita menjulang ilmu ke bulan purnama.
kerana itu Iqra'lah dengan nama Tuhanmu...

W.arkah C.inta buat R.ohku
~ aduhai R.ohku, insafilah dirimu yang sentiasa alpa. ingatlah Allah sentiasa. sebanyak2nya.
~ aduhai R.ohku, janganlah dikau selalu berasa kemalasan. berubahlah, dikau mampu!
~ aduhai R.ohku, berilah semangat pada dirimu, yakinlah pada dirimu itu.

2 ulasan:

Unknown berkata...

memberi semangat untuk diriku yang bakal tamat ijazah.

gambar orang sedang bersolat. kenapa? apa kaitan dengan penulisanku?
yup. jika kita asyik membaca ilmu dan memahami, perlulah disertakan dengan pergantungan kepadanya dalam pemahaman dan kekuatan.
solatlah yang mampu menghubungkan kita dan dia secara terus.

Tanpa Nama berkata...

assalamualaikum..

syukran atas perkongsian..
tepat sekali artikel ni.!

=)