"tatkala malam kian gelita,
hatiku resah tanganku meraba,
datang kepadaku kemilau cahaya,
memandu hatiku terus kepada ia."
pada pandanganku ada ia.
ia bergelar ustazah.
aku masih kecil tatkala bertemu ia.
badannya gempal, matanya bengis.
bertudung labuh memakai purdah.
pabila kaki ia menjejak kelas.
semua rakanku senyap sepi.
cubitan ia makin membisa.
aku gerun menghadapnya.
kesalahanku pasti dibalas.
dengan cubitan 360 darjah.
merasa berbekas kemerahan.
cukup sekali aku kena cubitan.
gerak geriku sentiasa diperhati.
aku mengawasi segala tindakku.
pada pandanganku ada ia.
ia bergelar umi.
ia menjagaku dengan penuh kasih sayang.
kerapkali ia tak jemu menasihatkanku.
kecilku, tak pernah lekang dari pinggangnya.
berjalan bersama menuju sekolah.
sekolahku sekolah ia.
ia bukan umi di sekolah.
ia ustazah.
pandanganku ia berbeza tapi hakikatnya ia sama.
ia peduli tentangku dalam pada ia membiarkanku.
ia biar cubitan 360 darjah singgah di perutku.
ia tidak membelaku sebagai umi.
tapi ia membiarkanku kesakitan.
itulah umi yang mendidikku.
pabila pulang, ia pasti letih.
ia gagah menyediakan makanan untukku.
ia pasti menasihatkan ku agar cubitan itu tidak singgah lagi.
aku menurut segala nasihat itu.
tatkala malam, ia bersengkang mata menulis persediaan mengajar.
aku suka memerhati tulisan tangannya.
tulisan ia sangat kemas.
membiarkan aku terus dididik.
pada pandanganku ada ia.
ia adalah abuya.
menulis itu kehebatan ia.
ia tidak lepas memerhati aku.
dalam kesibukan ia, ia tetap mengambil berat tentang aku.
rotan kecil pasti mengenai tanganku.
kesalahan di sekolahku, diadu kepada umiku.
umiku mengadu kepada ia.
ia mencapai rotan dan singgah di tanganku.
tatkala kecil, rotan itu bisa.
ia mendidikku dengan rotan.
diriku takut dengan rotan dan ia.
aku tak suka ia marah.
ia membuatkan diriku gelap.
merintih dalam kegelitaan.
didikan yang kejam bagiku.
dalam keperitan ia datang.
membawa kemilau cahaya.
dan memujukku kembali.
hatiku tenang seketika.
pada pandanganku ada ia.
ia bergelar guru.
merasa diri mulai remaja.
alam menengah sangat beza.
umi tidak berjalan kaki bersamaku ke sekolahku.
umi menuju ke sekolahnya.
aku menuju ke sekolahku.
berasa hilang pergantungan seketika.
cikgu mengajar, aku mendengar.
adakala, kawan bising.
aku tetap senyap.
ia marah, aku tunduk.
hati bimbang cubitan dulu kembali meyinggah.
tidak lagi ketika aku remaja.
kawanku biadap, ia sabar.
kerap kali jeritan berkumandang.
merah padam muka ia.
pasti sukar mengawal hatinya.
dalam mendidik anak bangsa.
pada pandanganku ada ia.
ia bergelar cikgu.
ia gempal mulut membara.
kawan2ku benci akan ia.
aku diam seribu bahasa.
menyumpah gila si ia.
terus menerus berapi mulutnya.
ada yang terbakar telinga.
aku terketar mendekati ia.
ia berbeza daripada sangka.
ia membaur seribu bicara.
semua unsur nasihat membina.
aku sedar ia mendidik.
mendidik budak tak reti bahasa.
bukan mudah mendidik mereka.
terpaksa ia menghambur kata.
agar boleh merubah degil pelajarnya.
pada pandanganku ada ia.
ia bergelar teacher.
aku lemah subjek ia.
dalam kelas ia perli.
aku tunduk membatu.
berasa diri lemah berbanding yang lain.
ia memanggilku di bilik guru.
aku segan menatap wajahnya.
ia menegurku.
memberi kata pembakar semangat.
semangat untuk terus berusaha.
ia senyum kepadaku.
aku merasa terdidik.
ia bukan seperti ku sangka.
katanya lain, hatinya lain.
tapi itu semua untuk mendidikku.
pada pandanganku ada ia.
ia bergelar ustaz.
misai melentik bersongkok.
ramai pelajar takut ia.
apakah sengaja ia berimej begitu.
guru disiplin penegas imej.
selangkah ia, senyap seketika.
selangkah pergi ia, pasti ada umpatan terpalit kepada ia.
hatinya baik bukan seperti imejnya.
aku kagum dengan ia.
ia mendidik dengan gaya.
tak jemu mendidik anak bangsa.
pada pandanganku ada ia.
ia bergelar cikgu.
kurus lembut berwajah manis.
lembut ia disalah erti.
seringkali pelajar mengacau ia.
ia masih muda.
gatal rakan2ku, kadang tidak ia layan.
ia tabah menerus mendidik.
adakala hatinya perit.
ia hanya tumpu pada yang fokus.
dibiar yang malas.
susah menjadi lembut.
susah lagi menjadi garang.
dalam kemilau cahaya, pasti ada usaha memadamkan.
tapi ia terus berkilau.
pada pandanganku ada ia.
ia bergelar Prof.
kilauan ini terus memimpinku.
dalam pada seloka.
ia mendidik anak bangsa.
kata ia halus menyusuk diri.
kata ia mendalam penuh makna.
memberi erti pada diri.
agar diri terus menghargai kemilau ini.
pada pandanganku ada ia.
ia bergelar Dr.
ceria manis seribu cerita.
gelak tawa penyeri hati.
kemesraan ia tidak pernah menjatuhkan diri.
kami tetap menghormati ia.
ia pasti membantu kami yang serba kurang.
tidak kekok mendampingi kami.
malah ia pemberi kami segala inspirasi.
untuk terus menjadi sepertinya.
pendidik anak bangsa.
pada pandanganku ada mereka.
tak tertulis cerita tentang ia dan mereka.
mereka terlalu ramai tidak terkira
hebat pada pandangan mata.
siapapun mereka, ia tetap kemilau cahaya untukku.
bukan setakat akademik diri terisi.
juga mendidik erti kehidupan diri.
peribadi mereka amat beza.
tetapi niat mereka tetap sama.
teruskan perjuangan wahai kemilau cahayaku!
dikaulah kemilau cahaya dalam penerusan diriku.
andai dikau tiada, aku tidak bererti.
kerna itu dikau pada pandanganku.
terima kasih kemilau cahayaku!
teruskan usahamu membimbing anak didikmu.
jangan kenal erti penat dan lemah.
kerna dirimu amat berharga.
berharga untuk mereka yang menghargai.
andai dikau diketepi...
Allah sentiasa berada di sisi.
selamat hari guru buat yang mendidikku.
semoga Allah merahmati kemilau2 hidupku ini.
2 ulasan:
gambar pos ini adalah simbolik cikgu sebagai cahaya yang menyinari kehidupan.
tanpa cikgu, kita takkan ke mana!
komen cikgu aku
http://www.facebook.com/notes/muhammad-arrabe/pada-pandanganku-ada-ia-sempena-hari-guru/394350166948
Catat Ulasan