Jumaat, Disember 10, 2010

Al-Kisah Fatih ep.5: pertemuan

Salam Ukhuwah Mahabbah Fillah daripada penulis:

  1. kisah ini adalah untuk tujuan: muhasabah diri dan tidak bermaksud untuk menghina atau mengutuk mana-mana pihak.Janganlah terasa ye.
  2. kisah ini akan dikemaskini (update) mengikut idea penulis. insyaAllah.bersabarlah dan ingatkan penulis.
  3. digalakkan untuk sahabat2 memberi idea-idea tambahan untuk menambah mutu kisah ini. komenlah ye.
  4. maaf juga, jika kisah ini membosankan dan penuh bunga-bunga dalam penulisan ini.
  5. semoga anda memperoleh manfaat. doakan kita sentiasa dirahmati Allah dan senantiasa dalam bimbingan Allah.
  6. ini adalah idea asal Mohd Arrabe' Ahmad Baei. mohon sahabat2 yang dirahmati Allah tidak menjadikan penulisan ini sebagai modal keuntungan sendiri (buat novel dengan meniru, tetapi tidak salah untuk mengambil idea ini dan mengubahsuai).jadikanlah ia untuk keuntungan bersama(nyatakan nama saya atau link blog ataupun maklumkan kepada saya melalui e-mel aliflamrabayaain@gmail.com
Al-Kisah Fatih ep.5: pertemuan

Suasana di KL sentral menjadi kelam kabut. Gadis bersama si teruna bertempiaran lari. Ibu bersama anak kecil mencari arah menyelamatkan diri. Wanita yang bertumit tinggi turut terenjut-enjut, lelaki bertali leher turut menapak laju. Sana-sini bertempik ketakutan. Pelanggan restoran barat Mc Donald turut menyembunyikan diri di bawah meja. Fatih terdiam dan terpaku. Polis berbaju biru gelap sedang berlari mengejar sesuatu. Petugas di kaunter informasi KL sentral dalam keadaan terpinga-pinga membunyikan siren keselamatan.

Bunyi tembakan sebanyak 2 kali kedengaran mengenai mangsa yang baru keluar daripada pintu automatik stesen komuter KTMB. Mangsa berbaju kemeja T putih berjalur coklat kecil rebah ke lantai. Dua peluru menusuk terus ke perut dan pinggang kanan mangsa. Darah keluar daripada tubuhnya. Masih bernyawa dan masih jelas wajah bersih pemuda ini menahan keperitan sakitnya di ambang maut.

Tarikh 19 September 2010, jam 6.27 petang menjadi saksi pertemuan Fatih dan Iskandar. Fatih yang berdiri di kaunter informasi KL sentral sangat dekat dengan pintu automatik stesen komuter KTMB. Hati Fatih mulai merasakan ketibaan hati Abang Iskandar dekat dengannya. Semakin hampir dan semakin hampir. Bunyi das tembakan kali yang pertama, membuatkan Fatih menoleh dan memerhati mangsa yang dekat di hatinya. Terdengar daripada sudut hatinya, kepedihan jasad mangsa ditembak. Apatah lagi, das yang kedua tepat mengenai pinggangnya. Hati Fatih tersentak dan akal Fatih tidak mampu melahirkan tindakan tubuhnya. Fatih terpaku. Matanya tanpa kelip melihat tubuh mangsa rebah ke lantai seorang diri.


2 saat berlalu dengan pantas, “Abang…………..!” tempik Fatih menggegar KL sentral dan Fatih meluru ke arah sahabatnya yang dinanti.


bersambung. insyaAllah dalam tempoh 2 minggu. saya usahakan!



Sabtu, Disember 04, 2010

semalam, pertemuan hari ini

[aku membaca kisah sahabatku yang lama tidak bersua. teringat kembali nasihatnya dulu tentang akademik. syukran ya akhi.. rindunya.............]


...................
Syeikh Ramadan AlButi:

"Dan Dialah yang telah menciptakan bagimu pendengaran, penglihatan, dan hati nurani, tetapi sedikit sekali kamu bersyukur"

(Al-Mukminun 23: 78)

Kita akan dipersoalkan atas segala nikmat yang Allah bagi pada kita. Telinga. Mata. Hati. Akal. Mana boleh kita tak tahu apa yang kita lakukan. Segalanya yang kita buat hendaklah dengan pandangan yang jelas. Kefahaman yang paling maksima. Segalanya untuk mencapai jannah dunia akhirat.
.......................

Terpanggilku ke sini suatu tika
Kutiba di kota bersama cita-cita
Lantas hati terpaut pada maya pesona
Percaya segalanya indah sempurna

Masa berlalu menduga kesetiaan
Kealpaan diri menuju kehancuran

Daku yang lena lemah terdaya
Sering terlupa jua terpedaya
Pada segala dusta yang fana
Hanyut dibuai mimpi dunia

Daku yang angkuh dan kian terleka
Menghitung waktu menuruti rasa
Tanpa CintaMu daku gelisah
Terus menjauh tiada arah

Inginku kembali padaMu oh Kekasih
Tak ingin kutempuh hidup sebegini
Resah keliru mengaburi mata hatiku
Tiada ketenangan ku rasakan di jiwa ini

Tanpa cahayaMu aku terus terjatuh
Kurayu redhaMu
Sambutlah tanganku

Daku yang lena lemah terdaya
Sering terlupa jua terpedaya
Pada segala dusta yang fana
Hanyut dibuai mimpi dunia

Daku yang angkuh dan kian terleka
Menghitung waktu menuruti rasa
Tanpa CintaMu daku gelisah
Terus menjauh tiada arah

Kekasih kupohon kemaafanMu
Kekasih kudamba keampunanMu

Read more: http://narawastuilmu.blogspot.com/#ixzz1764Wqz00

Jumaat, November 05, 2010

peminta sedekah itu tidur


"Assalamualaikum, bang... derma anak yatim"

peminta sedekah itu tidur.
di tengah tengah jalan, dia tertidur.
kiri dan kanan hiruk pikuk suara manusia.
manusia terus lalu lalang di sampingnya.
ada yang memandang jelik, biasa dan rimas.
bakul kecil di tangannya menadah.
kadangkala duit itu bertambah di dalamnya.
ada syiling, ada wang kertas.
pasar malam terus sibuk.

peminta sedekah itu tidur.
aku pergi kedai ke kedai.
dengan surat sekeping di tanganku.
"Assalamualaikum kak, saya daripada persatuan....."
ada yang bermasam durja.
ada pula berpura-pura.
ada juga yang berwajah ceria.
susahnya meminta sumbangan.
pelbagai ragam insan terpaksa.

peminta sedekah itu tidur.
terlalu penat dia agaknya.
sehinggakan hiruk pikuk penjual tidak diendahkan.
apakah dia sudah bosan.
bosan menadah tangan.
bosan mendongak bermuka kasihan.
atau bosan merintih simpati.
hanya tidur menampakkan.
erti penat dalam diri.

peminta sedekah itu tidur.
aku belajar daripada meminta-minta.
bukan semua insan mudah memberi.
bukan semua insan mudah memahami.
bukan semua insan mudah mempercayai.
aku belajar daripada merayu-rayu.
siapa berani untuk memberi?
keuntungan yang tidak pasti, mungkin juga merugi.
siapa berani untuk memahami?
wajah tak dikenali, mungkin hipokrit seribu kali.
siapa berani untuk mempercayai?
berlakon miskin, tetapi kaya dimuslihati.
aku bermuka tebal untuk menerima apabila diberi.
aku malu sepi untuk dihina apabila disuruh pergi.



peminta sedekah itu tidur.
masanya sudah tiba.
pasar malam semakin sunyi.
dia bangkit membawa diri.
pergi ke tempat yang entah pasti.
apakah dia sendiri atau bekerja kuli.
entah punya keluarga atau menyepi.
mengira duit hasil kasihan belas empati.
mungkin esok lusa dia buat lagi.

peminta sedekah itu masih tidur.
aku sedar....
kadangkala dalam hati, sering mengesyaki.
apakah peminta sedekah itu benar atau menipu.
aku sedar....
kadangkala dalam hati, susah untuk memberi.
apakah aku untung atau rugi.
aku sedar....
kadangkala dalam hati, sukar untuk meneliti.
apakah dia dipaksa atau terpaksa.
aku sedar....
siapakah diriku ini.
hanya peminta sedekah kepada Ilahi.
bermuka-muka memohon rezeki.
kadangkala bila alpa, terus lupa diri.
Oh Tuhan, hinanya aku di sisimu.
kerap kali meminta-minta.
kerap kali bermuka-muka.
kerap kali merayu-rayu.
rupanya akulah peminta sedekah yang tidur.
namun Engaku terus menerus tidak mengesyaki.
Engkau terus mengurniai aku.
Engkau terus menabur nikmat buat diri ku.
Ya Allah....
Engkaulah Tuhanku yang ku cintai....
ampunilah dosaku....
kerna aku lah peminta sedekah dari Mu.
menagih segalanya daripadaMu.
maka, sekali lagi. aku mohon.
Ampunilah aku...
akan ku mengabdikan kepada diriMu....
Hanya Engkau yang Satu!

Ahad, Oktober 24, 2010

jahil dan ustaz Ibrahim

jangan kita jadi orang jahil. tuntutlah ilmu

komentar di laman sesawang facebook.com


aku terpaksa balik awal daripada kuliah ini untuk membeli makanan malam untuk umi. tak dapat dengar penuh. tapi jam 9 malam aku bersama Abg Ruzi pergi ke kedai Ustaz Yem.


memang sangat suka dengan Ustaz Ibrahim. gambarnya tiada. tapi jika anda nak kenal atau nak berurut, boleh saya kenalkan. tempat di Kajang.


kemas bilik

ini bukan bilik aku. contoh bilik yang bersepah

komentar di laman facebook.com


bagaimana pula bilik anda?
adakah anda yakin dengan bilik yang kemas dan tersusun akan membuat minda kita tenang?

Jumaat, Oktober 22, 2010

anak kecil berlari


komentar di facebook.com:


ketika solat isyak, anak seorang hamba Allah, perempuan berasa pelik dengan orang yang berdiri tegak tanpa pergerakan. dia tengok daripada tepi, dan kemudian berjalan2 sepanjang barisan saf, sambil tengok setiap orang. sampai pada bapanya, dia peluk kaki ayahnya.

pada pandangan sahabat2, adakah cara kita nak elak kanak2 kecil menggangu solat kita. dalam pada masa yang sama, kita nak galakkan dari kecil mereka ke surau/ masjid.

1. aku terfikirkan, nurseri di masjid. kita upah wanita haid untuk menjaga anak2.
2. selain tu, buat bilik permainan mini terutama yang gelongsor dalam masjid. dan ada yang menjaga bilik tu.


Selasa, Oktober 19, 2010

Al-Kisah Fatih ep.4: pandangan

Salam Ukhuwah Mahabbah Fillah daripada penulis:

  1. kisah ini adalah untuk tujuan: muhasabah diri dan tidak bermaksud untuk menghina atau mengutuk mana-mana pihak.Janganlah terasa ye.
  2. kisah ini akan dikemaskini (update) mengikut idea penulis. insyaAllah.bersabarlah dan ingatkan penulis.
  3. digalakkan untuk sahabat2 memberi idea-idea tambahanuntuk menambah mutu kisah ini. komenlah ye.
  4. maaf juga, jika kisah ini membosankan dan penuh bunga-bunga dalam penulisan ini.
  5. semoga anda memperoleh manfaat. doakan kita sentiasa dirahmati Allah dan senantiasa dalam bimbingan Allah.
  6. ini adalah idea asal Mohd Arrabe' Ahmad Baei. mohon sahabat2 yang dirahmati Allah tidak menjadikan penulisan ini sebagai modal keuntungan sendiri (buat novel dengan meniru, tetapi tidak salah untuk mengambil idea ini dan mengubahsuai).jadikanlah ia untuk keuntungan bersama(nyatakan nama saya atau link blog ataupun maklumkan kepada saya melalui e-mel aliflamrabayaain@gmail.com
Al-Kisah Fatih ep.4

Masih ramai yang bertudung. Tetapi pelbagai bentuk tudung boleh disenaraikan. Bertudung labuh, bertudung jarang, bertudung bonggol, bertudung nampak jambul, bertudung ala artis (Yuna, Siti Nurhaliza, Bienda, Ariani). Menutup aurat bukanlah untuk kelihatan lawa dan mengikut fesyen terkini. Apakah perempuan ini masih tidak faham dengan bahagian mana yang perlu ditutup? Rambut yang ikal mayang perlukah ditutup? Dada? Leher yang jinjang tidak boleh didedah? Lengan panjang dan berkulit putih juga perlu disarung? Pusat juga? Peha dan betis? Kaki kena pakai stoking? Lecehnya jadi perempuan! Fatih hanyalah lelaki, buat apa perlu dia peduli kepada masalah perempuan.


Fatih menanti 4 minit keemasan ini dengan matanya berkeliaran melihat ragam sekeliling manusia. Tangan kanannya masih memegang erat telefon bimbitnya. Bibir atas dan bawah saling bertemu dengan lidah yang terus menyusun atur istighfar. Hati terus menerus diransang nafsu dengan pandangan dua bola mata. Hanya iman di dada Fatih yang mampu untuk mencegah hati dikuasai nafsu. Penangan mata sangat menakutkan. Masa terus berlalu pergi….


bersambung di episod 5 klik...

Jumaat, Oktober 01, 2010

motor cuba dicuri


komentar di facebook.com

apa pandangan sahabat2?

  1. aku merasakan dia nak mencuri dan angkut bawa lari motor tu.
  2. tetapi mungkin kawasan parkir tu agak terbuka, mungkin ada ramai lalu lalang, jadi dia rasa tidak selamat.
  3. dia pun lari dan tak sempat nak curi.
  4. kalau ada CCTV mungkin dia tak buat.
  5. kalau dia mengetahui ada Allah melihat, pasti dia takkan berani melakukannya!

berzina & bunuh

komentar di facebook.com

apa pandangan sahabat2?

  1. lelaki yang dibunuh tu yang tak sempat bertaubat - nauzubillahiminzalik (minta dijauhkan).
  2. harap si isteri dapat bertaubat segera. meskipun membunuh adalah dosa besar, tetapi kalau dah amarah vs cemburu berganda2, akal memang tak mampu berfikir lagi kesan tindakan. hmm... kawallah amarah kita...

Selasa, September 28, 2010

Al-Kisah Fatih ep.3

Salam Ukhuwah Mahabbah Fillah daripada penulis:

  1. kisah ini adalah untuk tujuan: muhasabah diri dan tidak bermaksud untuk menghina atau mengutuk mana-mana pihak. Janganlah terasa ye.
  2. kisah ini akan dikemaskini (update) mengikut idea penulis. insyaAllah paling lama seminggu akan dikemaskini. bersabarlah dan ingatkan penulis.
  3. digalakkan untuk sahabat2 memberi idea-idea tambahan untuk menambah mutu kisah ini. komenlah ye.
  4. maaf juga, jika kisah ini membosankan dan penuh bunga-bunga dalam penulisan ini.
  5. semoga anda memperoleh manfaat. doakan kita sentiasa dirahmati Allah dan senantiasa dalam bimbingan Allah.
  6. ini adalah idea asal Mohd Arrabe' Ahmad Baei. mohon sahabat2 yang dirahmati Allah tidak menjadikan penulisan ini sebagai modal keuntungan sendiri (buat novel dengan meniru, tetapi tidak salah untuk mengambil idea ini dan mengubahsuai). jadikanlah ia untuk keuntungan bersama (nyatakan nama saya atau link blog ataupun maklumkan kepada saya melalui e-mel aliflamrabayaain@gmail.com

Al-Kisah Fatih ep.3

Kehausan tekak Fatih kian terasa. Jarum jam tangan Fatih menunjukkan pada nombor 6 dan jarum minit pada nombor 4, masih berbaki 9 minit dan 45 saat untuk bertemu di kaunter informasi. Pertemuan yang sangat dinantikan sejak dua tahun yang lalu. Tangan kiri ingin mencapai kembali novel ‘Tersungkur di Pintu Disko’ karya Nor Atiqah Ghazali, namun, hatinya masih tidak tenteram dengan situasi Noraini yang semakin berpakaian seksi untuk melayan nafsu lelaki. Fatih tidak mahu merosakkan pertemuan yang dinantikan ini diselaputi dengan hati yang resah. Novel diletakkan dengan rapi di dalam beg sandangnya, lantas bangun daripada bangku berdekatan dengan restoran Secret Recipe. Masih berbaki 9 minit, kaki melangkah melalui lorong kecil bersebelahan restoran McDonald dan menembusi ruang legar utama KL Sentral. Pelbagai ragam manusia yang lalu lalang dan keluar masuk daripada stesen komuter KTMB menuju ke destinasi masing-masing. Esok bermula kembali hari untuk semua bertungkus-lumus mencari rezeki dan menuntut ilmu. Pasti cuti selama dua minggu masih belum puas dinikmati.

Air mineral botol kecil berjenama Cactus berpenutup biru dibeli Fatih dengan harga yang agak mahal, sesuai dengan gaya hidup di Kuala Lumpur. Punca air dari Taiping ini sangat melegakan. Syukur Alhamdulillah, nikmat yang tidak terhingga. Masih berbaki lima minit, Fatih tidak pasti hendak melakukan apa pada tika ini.

Pilihan yang ada:

  1. Membaca novel yang meresahkan

  2. 2. Melihat ragam orang lalu lalang

  3. 3. Memadam SMS yang lama tersimpan dalam telefon bimbit

Mana yang perlu Fatih lakukan untuk mengisi masa yang ada? Adakah mahu dibazirkan begitu sahaja?