Jumaat, Julai 24, 2009

benteng iman diuji lagi

[nikmat iman itu sangat tinggi nilainya]

aku bersyukur kepada Allah kerana aku dilahirkan dalam keluarga islam.
lahirnya aku ke muka bumi ini, disambut dengan laungan azan ke telinga ku.
aku yang tidak mengerti apa-apa, namun aku terus menangis tanpa sebab?
apakah aku takut untuk lahir ke bumi Allah ini?
tapi kenapa? apakah ada bayi yang lahir ke muka bumi Allah ini dalam keadaan senyum riang?
subhanallah. andai ada yang lahir sebegitu, pasti bayi itu sudah yakin dugaan dan cabaran yang bakal ditimpanya.
tapi kita yang menangis ini?
kita tidak tahu apa yang bakal menyambut kita di bumi ini.
apakah islam akan melindungiku atau agama lain yang akan menyambutku?
tup tup lahir dari rahim ibu yang entah apa agamanya, kita terus menangis.
mungkinkah aku menangis kerana takut ibuku orang kafir?
mungkinkah aku menangis kerana takut aku akan dikafirkan?
mungkinkah aku menangis kerana aku akan jauh dari fitrah islam?
firasat bayi itu, hanya bayi itu dan Allah sahaja yang tahu.
andai bayi itu boleh berkata, pasti persoalan ini dapat terjawab.

aku merujuk alQuran.
aku merujuk alHadis.
memang kita ini adalah dijadikan dari tanah.
dan ditiupkan roh ke dalam tubuh manusia.
selepas itu, generasi Adam membiak.
pembiakan ini melalui persenyawaan air mani dan telur.
selama 9 bulan air mani dan telur ini bersatu, dan membentuk bentuk dan rupa yang semakin membesar saiznya.
entahlah, mungkin menjelang 4 bulan dalam rahim ibuku, roh muhammad Arrabe' dimasukkan dalam jasad dari air mani dan telur itu.
penyatuan antara roh dan jasad ini hanya Allah yang tahu bagaimana ia berlaku.
sebelumnya, roh aku ini disimpan dalam suatu alam.
alam di mana semuanya adalah fitrahnya islam.
yang saling mengesakan Allah. dan patuh akan suruhan Allah.
wallahuallam di mana alam itu.
ketika rohku dipanggil untuk disatukan dengan jasad, pasti aku semakin gelisah dan resah.
saat di alam rahim pasti membimbangkan.
mungkin aku khuatir yang teramat, bagaimanakah penghujungku.
syurgakah atau nerakakah?
mungkin juga aku berdoa sentiasa agar aku dilahirkan dalam keadaan islam.
hanya Allah yang lebih tahu.

dan kini, aku sudah 21 tahun.
21 tahun aku hidup dengan didikan islam dan kawan-kawan yang seislam.
namun, sejak 4 tahun kebelakangan ini baru aku kenal kawan-kawan bukan muslim.
sangat baik dan amat peramah.
amat bangga aku hidup dalam negara malaysia yang harmoni.
saling membantu dan meringankan bebanan tanap mempedulikan bangsa dan agama. syukur alhamdulillah...
akan tetapi. kenapakah, di luar sana, orang bukan islam suka membunuh orang islam?
apakah orang islam di luar sana terlalu jahat dan berbuat keburukan di alam ini?
kenapakah orang islam asyik memusuhi kita?

aku cuba mencari, mencari jalan kebenaran.
terus mencari. aku hampir menemui jawapanku.
permusuhan islam dan bukan islam telah lama.
sejak dari zaman Adam lagi.
ini kerana mereka tidak mahu mengesakan Allah.
sedangkan asalnya mereka di alam roh, seia sekata, mengesakan Allah.
apakah mereka lupa?
apakah mereka telah tertutup hatinya?
dahulu, permusuhan hanya di mata pedang.
kini, permusuhan di peluru senapang, tulisan dan pelbagai.
pelbagai faktor mereka memusuhi kita.
hati mereka telah ditutup sekuat2nya oleh syaitan laknatullah.
bila hati ditutup oleh syaitan dan dikunci mati.
maka, sekalipun alQuran dibisikkan dan dijeritkan di telinga mereka sekalipun, pintu itu sukar terbuka.
kerana, kunci pintu itu hanya pada Allah, selagi dia terus berdamping dengan syaitan, maka dia akan terus memusuhi islam.
selgi itulah, syaitan memperguna orang ini, untuk menyesatkan kita semua.
syaitan laknatullah takkan berhenti menghasut dan memperguna manusia.
dia takkan puas menyesatkan manusia, untuk bersama-samanya di neraka jahannam.
selagi orang islam itu masih berpegang pada alQuran, selagi itu, ia akan hasut dan mencucuk jarum.
pelbagai strategi diguna oleh syaitan ini, termasuk mengguna bala tenteranya yang bergelar manusia kafir untuk membantunya menghumban orang islam ke lembah neraka.
syaitan dan kafir yang menyekutukan Allah pasti tidak senang dengan segala kemajuan islam.
pasti disekat dan dihina.
selagi ketika ini mereka berkuasa di bumi Allah ini, selagi itulah dia akan menghapuskan dan menyeksa manusia sehingga sesat-sesesatnya.
sebagaimana bilal bin rabah diseksa oleh tuannya, diheret dan dihempap batu besar.
hasrat tuannya itu untuk menyuruh bilal yang islam itu menjadi kafir semula dengan menyekutukan Allah, tidak akan berjaya.
bilal terus tabah dan utuh dengan islam dan mengesakan Allah.

bahaya ini datang kembali di kalangan mahasiswa.
di seluruh kampus, kafir mulai mencucuk jarum.
penyebaran agama kafir mereka kepada orang muslim.
hanya bertujuan untuk memurtadkan orang muslim ini.
dan lantas menghasut dan menyesatkan orang murtad hingga ia benar-benar dikunci mati pintu hatinya.
lantas, orang murtad ini pula akan terus menyebar agama kafir ini kepada orang muslim lagi.
terus menerus, usaha ini akan bertambah rancak.
berita terbaru di kaca televisyen tentag penyebaran dakyah kafir di kampus, amat menggusarkan.
boleh rujuk link ini.

bayi kecil yang menangis itu pasti akan terus menangis.
dia benar-benar takut andai pintu hati nya dikunci mati oleh syaitan dengan agenda penyesatan.
takut benar si bayi ini jika dihumban ke neraka di penghujung hayatnya.
si bayi kini yang kian membesar, terus dihasut untuk terpisah dari Allah.

dimulakan dengan kartun yang mengasyikkan.
sehinggkan ada kuasa yang hebat seperti Goku dan Ultraman.
"semoga Goku datang menyelamatkan aku.
oh Batman, tolong aku! doraemon, tolong aku."
sehinggakan Allah seolah-olah tidak wujud untukdipinta pertolongan.

meningkat remaja, drama cinta menggamit nafsu cinta.
"dicucuk-cucuk untuk berkasih-kasihan, berpeluk-pelukan dan berzina-zinaan.
sebagai satu luahan cinta sesama manusia.
sehinggakan dirasakan bahawa awek dan pakwelah tempat luahan hati, pelepas rindu."
manakah Allah di hati remaja ini? cinta Allah terbang ke mana agaknya?

semakin dewasa, peperiksaan sebagai tempat menguji ilmu yang dipelajari.
jika tidak belajar, pasti kita gagal di dunia ini.
jika kita tak lulus, pasti kita tiada peluang cerah.
"seolah-olah, keputusan peperiksaan tu tuhan yang akan menentukan kejayaan kita.
jika gagal, maka gagal lah kita di muka bumi Allah ini.
dia studi sehingga lupa nak solat dan doa, dengan harapan dapat keputusan yang cemerlang.
sebab jika solat, pasti banyak masa terbuang untuk belajar.
apakah kejayaan di dunia penentu segalanya? jika kita gagal peperiksaan, apakah hidup kita sepatutnya dah tamat?"
pengharapan kita kepada peperiksaan melebihi pengharapan kepada Allah.

aku perlu sedar ancaman ini semua.
ancaman untuk memisahkan aku dengan kebergantungan aku dengan Allah.
aku pun terpedaya dan hanyut dengan arus yang melekakan ini.
andai aku terus hanyut pasti benteng imanku runtuh dengan sekali bah.
pasti senang imanku dicarik-carik oleh kafir, untuk memurtadkan aku.
pasti bertepuk tangan syaitan laknatullah sambil ketawa terbahak2.
seronok tak terperi kerna berjaya meruntuhkan iman kita kepada Allah.
semkain jauh kita dengan alQuran dan islam, makin lunturlah iman.
apabila luntur iman, maka awaslah, jangan biarkan kerisauan dan ketakutan bayi itu menjadi kenyataan.
teguhkan benteng imanmu.
muhasabah dirimu, jangan terus hanyut dalam kelekaan dan keindahan dunia yang palsu.
hanya indah khabar dari rupa.

[Ya Allah, teguhkan iman kami, dan tunjukkanlah kami jalan yang lurus. janganlah kau kunci mati pintu hatiku, tetapi bukalah pintu hatiku seluas-luasnya untuk menerima hidayah petunjuk darimu. hidupkan aku dalam iman dan islam, matikan aku dalam iman dan islam. dan hidupkan aku kembali dalam iman dan islam. Maha suci dan esa engkau, tuhan sekalian alam]

-balik ke www.arrabe.blogspot homepage

6 ulasan:

Unknown berkata...

harap kita bersama

matgeo berkata...

marilah kuatkan benteng iman

Unknown berkata...

aku ada dapat emel yang perlu kita renung bersama:

"Sepanjang kehidupan saya di sini , saya pernah didatangi oleh seorang pelajar yg beragama sedemikian yg meminta derma kononnya akan disalurkan kepada rumah kebajikan , sijil sokongan ditunjukkan kepada saya sebagai bukti kononnya derma akan disumbangkan kpd tmpat yg sebetulnya.Lebih aneh lagi kejadian itu bukan kali pertama berlaku kepada saya , yg pelik laginya kedua-dua kejadian itu berlaku semasa umat islam sedang berpuasa.ketika itu saya sedang lepak dgn kawan di salah satu tempat belajar di FST. Saya menjadi ragu2 kerana tiada sebarang badan atau NGO islam dalam surat sokongan berkenaan , dan lg plik, saya mestilah menderma RM10 untuk mndapat sesuatu kononnya saguhati.kejadian itu sgt pelik sebab dalam islam,sesorg itu bebas untuk menderma sbyk mana wang sekalipun asalkan ikhlas dan bukannya diletakkan jumlah2 tertentu.."
dan banyak lagi...

Unknown berkata...

aku pun pernah didatangi pelajar nonmuslim untuk memohon derma. aku pun curiga nak bagi.
atas sebab pesta tanglung.
aku bukan racist atau memilih bulu, tetapi aku khuatir, jika aku mendermakan duit, duit itu akan digunakan untuk perayaan agama dia. dan itu salah di sisi islam.

Tanpa Nama berkata...

..kadang kala kena fikir lama untuk menderma..alahai..org sekarang,bijak memainkan perasaan org islam...tak di bagi sedekah,mengomel2...di bagi nnt,entah ape dibuatnya duit tu..kita pula yg takut...apa2 pun..fikir dengan bijak, dan hati perlu ikhlas.^_^

Unknown berkata...

terima kasih tanpa nama.
orang sekarang suka mempersoal keihkalasan kita