Khamis, Februari 07, 2008

andai lidah tak dijaga

kadang kita tak sedar apa kita perkatakan..
susah rasanya hendak menilik kata kita bersesuaian untuk dikeluarkan..
apabila perasaan serabut, pelbagai kata boleh dizahirkan..
ditambah lagi dengan rasukan syaitan..
a'uzubillahiminashsyaitonirrajim...
sememang aku terlepas kata... mungkin telah melukakan hati seseorang..
hatiku marah sangat ketika tu..
mujur ada sahabat menasihatiku.
aku cuba baca alfatihah banyak kali..kawal kemarahan ni..
huhu...
aku fikir kembali...
adakah wajar aku berkata sebegitu..
sunnah nabi tak macam tu..
kalo kita nak tegor orang bukan melalui kekasaran kata..
dengan jantung masih berdegup kencang...
aku memohon maaf atas kesilapan ku..
aku rasa perkataanku sukar dimaafi...
panahan kataku terkena balik padaku...
kesal sekali... arghhh... kerana pulut santan binasa..
kerana mulut badan binasa..
memang benar.. lebih baik aku diam dari bercakap bukan2..
hati2lah kengkawan dalam menuturkan kata..
kadang boleh guris hati orang lain.. maaf sekali lagi jika aku pernah menyakiti kalian...

2 ulasan:

Aurora Trading & Services berkata...

salam 3laik...

hummm...btul tuh

Unknown berkata...

jagalah lidah... kerana lidah boleh bawa kebaikan dan boleh bawa keburukan.. huhu