Selasa, Mac 20, 2012

UBI

.... I gonna speak about UBI soon. InsyaAllah.



....
 




U=untuk
B=bakal
I=isteri

Ahad, Mac 18, 2012

keluarga bahagia

terbaik.
hanya satu aku mampu katakan, ini debat yang penuh fakta dan islami yang terbaik.
moga kita renungkan bersama.

buat baik dibalas baik

apakah karma?
kenapa ramai sangat yang terpengaruh atau obses dengan perkara ini.
adakah sebab lagu Faizal Tahir?


jelas definisi karma ini daripada istilah Hindu dan Buddha. 
[Hinduism & Buddhism The total effect of a person's actions and conduct during the successive phases of the person's existence, regarded as determining the person's destiny.]
maksudnya, karma ini berkait dengan kesan daripada tingkahlaku kita sekarang.
jadi?


renung-renungkanlah sahabat2ku, kita janganlah terperangaruh atau obses dengan istilah karma ni. Budaya islam sudah menggalakkan kita buat baik, pasti akan dibalas baik. tak kiralah apa apa pun tindakan kebaikan kita itu. antara contoh terbaik, jika kita taat akan perintah Allah, kelak kita akan dibalas dengan balasan yang baik (insyaAllah syurga menanti). Allah itu kan Maha Adil.


kat bawah ni ada video menarik daripada NGO Life Vest. agak menarik dan ini sebagai analogi sahaja. kalau dalam kehidupan, mungkin kebaikan kita itu tidaklah dibalas pada hari yang sama. tapi Allah tu Maha Adil. lakukanlah kebaikan dengan ikhlas. Jom contohi Akhlak Rasulullah. Jangan percaya Karma, percaya lah Allah Maha Adil.

Sabtu, Mac 17, 2012

kesalahan 1: salahguna masa kerja



Elakkanlah kesalahan ini daripada berlaku pada diri kita.


kesalahan 1:
dalam pekerjaan yang melibatkan sumber pendapatan, elakkanlah daripada kita menggunakan masa itu dengan pekerjaan lain. jika contoh masa kerja kita 8 pagi sehingga 12 tengah hari dan disambung semula 2 petang sehingga 5 petang, manfaatkanlah waktu itu dengan kerja sebenar. janganlah kita selitkan dengan kerja yang tidak berkaitan, ditakuti akan menyebabkan keberkatan sumber rezeki itu berkurang.


tetapi sukar. percayalah sangat sukar. sangat sukar untuk kita menggunakan masa 7 jam masa bekerja ini sepenuhnya dengan baik. bayangkan sedang kita buat kerja, ada SMS masuk. masa online, terbuka Facebook dan Youtube. kalau Youtube, bukan boleh seminit dua. malah boleh jadi 2 hingga 3 jam. habis masa kita kat situ. mungkin dalam hal ini, kita sedar akan kesalahan ini, kita cuba disiplinkan diri. bila online (klik Chrome atau Mozilla atau IE) jangan ngada-ngada buka Facebook, Twitter dan Youtube. sebab ini laman sosial untuk kita berinteraksi dengan kawan-kawan, jadi masa kerja bukannya untuk kawan-kawan. disiplinkan diri jangan tertekan laman web ini. nanti terganggu kerja kita.


melainkan kerja kita memang terpaksa menggunakan laman sosial Facebook dan Twitter atau Youtube.


bagaimana masa pejabat kita guna untuk perniagaan untuk keuntungan peribadi kita? hmm... kadangkala aku selalu guna masa pejabat untuk menjual majalah dan barang HPA. kadangkala rasa bersalah pula guna masa ini. apa pandangan anda ye? 


ada kawan cakap, tidak mengapa. "asalkan kerja kita siap!"


perbaiki kesalahan 1:

  • disiplinkan diri. jangan buka Facebook atau Twitter atau Youtube. jika tak mampu, kurangkan dan limitasikan kepada 5 minit sahaja. pantau masa kita guna tu.
  • pastikan kerja kita siap dahulu baru boleh berniaga dan lepak2 santai. kalau kita lepak santai dan berniaga dulu, lepas tu baru nak siapkan kerja, alamatnya memang bertangguh kerja kita tu. betul tak?
komen anda?




Jumaat, Mac 16, 2012

miserable 24

1. too much of unexpected work (not academic work) that ruins my research progress. I want to do my lab work and writing, but my responsibility as president of club and as research assistant to the lecturer, make me feel uncomfortable as long my responsibility work unfinish rather than completing my lab work. I feel miserable and dilemma.

2. to be urge by someone to use yahoo mail, but yahoo mail is worse ever mail I have been found. with lots of verification and cannot send to many emails.

3. and so on... (unhealthy mom, not attend to friendssss wedding celebration, accident case, candidate to propose)

As a conclusion:
  • close Facebook account for a while, eventhough it is not really related to this matter.
  • ask Allah for His guidance.

Isnin, Mac 12, 2012

Safari Malam

semasa dulu hingga sekarang, aku sangat teringin nak duduk lama di mana-mana zoo atau taman haiwan. nak perhati haiwan yang ada dengan puas, tapi semua lawatan sebelum ini tak tercapai. sekarang, aku safari malam di Zoo Taiping. tapi masih tak puas malah tak nampak dengan jelas. sebab gelap dan jauh. cuba lihat gambar di bawah ini:


tetapi keinginan untuk melihat makhluk Allah ini masih lagi terasa, ingin pergi lagi mungkin bersendirian atau berdua atau dengan keluarga. tetapi hasratku biarlah aku dapat lihat dengan puas, mungkin dari pagi hingga petang pun tidak mengapa. InsyaAllah.


p/s: naik tram. hmm... laju sangat.

Jumaat, Mac 02, 2012

percuma solusi 41

saya akan berikan 2 majalah solusi 41 secara percuma kepada komen, nasihat, pengajaran membina yang terbaik dalam YouTube saya tentang Erykah Badu. sah dari 2 Mac 2012 sehingga 31 Mac 2012. berdasarkan like yang terbanyak dan penilaian saya.