Sabtu, Mac 17, 2012

kesalahan 1: salahguna masa kerja



Elakkanlah kesalahan ini daripada berlaku pada diri kita.


kesalahan 1:
dalam pekerjaan yang melibatkan sumber pendapatan, elakkanlah daripada kita menggunakan masa itu dengan pekerjaan lain. jika contoh masa kerja kita 8 pagi sehingga 12 tengah hari dan disambung semula 2 petang sehingga 5 petang, manfaatkanlah waktu itu dengan kerja sebenar. janganlah kita selitkan dengan kerja yang tidak berkaitan, ditakuti akan menyebabkan keberkatan sumber rezeki itu berkurang.


tetapi sukar. percayalah sangat sukar. sangat sukar untuk kita menggunakan masa 7 jam masa bekerja ini sepenuhnya dengan baik. bayangkan sedang kita buat kerja, ada SMS masuk. masa online, terbuka Facebook dan Youtube. kalau Youtube, bukan boleh seminit dua. malah boleh jadi 2 hingga 3 jam. habis masa kita kat situ. mungkin dalam hal ini, kita sedar akan kesalahan ini, kita cuba disiplinkan diri. bila online (klik Chrome atau Mozilla atau IE) jangan ngada-ngada buka Facebook, Twitter dan Youtube. sebab ini laman sosial untuk kita berinteraksi dengan kawan-kawan, jadi masa kerja bukannya untuk kawan-kawan. disiplinkan diri jangan tertekan laman web ini. nanti terganggu kerja kita.


melainkan kerja kita memang terpaksa menggunakan laman sosial Facebook dan Twitter atau Youtube.


bagaimana masa pejabat kita guna untuk perniagaan untuk keuntungan peribadi kita? hmm... kadangkala aku selalu guna masa pejabat untuk menjual majalah dan barang HPA. kadangkala rasa bersalah pula guna masa ini. apa pandangan anda ye? 


ada kawan cakap, tidak mengapa. "asalkan kerja kita siap!"


perbaiki kesalahan 1:

  • disiplinkan diri. jangan buka Facebook atau Twitter atau Youtube. jika tak mampu, kurangkan dan limitasikan kepada 5 minit sahaja. pantau masa kita guna tu.
  • pastikan kerja kita siap dahulu baru boleh berniaga dan lepak2 santai. kalau kita lepak santai dan berniaga dulu, lepas tu baru nak siapkan kerja, alamatnya memang bertangguh kerja kita tu. betul tak?
komen anda?




Tiada ulasan: