Khamis, Mac 01, 2012

adaptasi dalam perubahan

pernahkah kita meminta untuk dilahirkan di Malaysia? hidup dalam keadaan yang sederhana dengan segala makanan sangat mencukupi dnegan belaian ibu bapa. ya! begitu juga dengan buruh jalanan dan pelarian di serata luar sana. mereka tak minta untuk dilahirkan dalam kehidupan yang susah dan mencabar. keadaan memaksa diri mereka untuk berubah. berubah dan mencari jalan ke arah penambahbaikan diri.

setiap kesusahan dan keperitan hidup kita, akan melahirkan sesuatu yang tak dijangka. suatu pengadaptasian secara tersendiri. kadangkala, ia muncul secara tiba-tiba dan menguji diri. akhirnya dengan penyesuaian ini akan mematangkan kita agar lebih maju ke hadapan.

al kisah diri ini yang sentiasa dalam perubahan mencari nilai diri. sejak remaja aku selalu suka mencuba sesuatu yang baru dan mencabar. kerana aku percaya akan ada satu tindakan secara tiba-tiba yang akan mengukuhkan nilai diri. sebagai contoh, memasuki alam universiti, pasti anda dan aku pernah mengalami ini. kesempitan duit yang teramat, sehingga terasa malu untuk meminta-minta pada orang lain. dengan jalur kenalan, aku sentiasa mencari peluang untuk menawarkan diri untuk berkerja tambahan. alhamdulillah dengan kesempitan itu, ia membuka jalan yang baru. tahun 2009 (kalau tidak salah) aku berjalan-jalan di kedai buku, aku ternampak ada majalah terbaru dengan design yang sangat cantik. aku selak dan belek, aku ternampak ia sangat bermanfaat, aku terus SMS dekat kawan-kawan aku, "mahu tak majalah ini? bagus sangat untuk rohani dan islamik." masa itu hanya 3 orang je respon nak beli, aku dahulukan duit aku dan mereka bayar pada ku semula. setelah hampir 6 bulan aku belikan untuk mereka, meskipun takde untung langsung (sebab aku beli di kedai) tapi aku puas dapat sebarkan majalah ini. akhirnya ayah aku dapat peluang kerja di situ, dan terus aku dapat peluang perniagaan jual majalah ini. sedikit sebanyak ia sangat membantu dalam adaptasi diri ini dalam bidang perniagaan. dengan pengalaman kecil ini, aku giat menjual kopi Radix dan barangan HPA kepada individu sehinggalah ke restoran dan sebagainya. itu semua adalah demi mengatasi masalah yang membelenggu diri dan cuba adaptasi masalah dengan segera. anda bagaimana? pasti anda ada masalah, dan bagaimana anda menyesuaikan diri (adaptasi)? atau anda hanya "buat bodoh" tak kisah masalah itu?


teringat dengan kuliah umum Prof. Dr. Pak Sum Low tentang perubahan iklim di Fakulti Sains & Teknologi UKM. hampir sejam beliau menerangkan kesan perubahan iklim yang rata-rata berpunca daripada kesan rumah hijau dengan pelepasan pancaran gas (gas emmision) seperti karbon dioksida, metana, CFC, HCFC dan banyak lagi. terdapat peningkatan mendadak dalam pancara gas ini. akibat daripada ini telah menyumbang kepada penipisan lapisan ozon di bumi dan menyebab cahaya matahari terus masuk ke ruang udara Bumi. lantas, menyebabkan suhu bumi meningkat dan mempengaruhi dalam pencairan ais di kutub. ini sangat membimbangkan banyak negara kepulauan seperti Maldives, Tuvalu, Kiribati dan banyak lagi. begitu juga Malaysia, banyak persisiran pantai yang akan tenggelam ditelan ombak. 


daripada situlah, sambungan kuliah ini tentang adaptasi dan mitigasi. kebanyakan manusia akan cuba adaptasi dengan perubahan iklim ini dengan idea-idea kreatif dalam meneruskan kehidupan di bumi yang semakin kontang dan membahang. sebagaimana adaptasi kita dengan menerima ini dengan seadanya, sebab benda ini sudah terjadi, susah untuk kita kembalikan kepada normal, jadi, perlunya kita beradaptasi segera. namun, usaha mitigasi (pengurangan) kesan rumah hijau ini perlu seiring. agar generasi akan datang dapat kita kembalikan kepada kedudukan asal alam. (wallahuallam masih adakah lagi hari esok untuk bumi ini terus wujud. Maha Agung Allah). Antara usaha mitigasi seperti mengurangkan kenderaan bermotor, kurangkan penggunaan polistrin, plastik, jimatkan tenaga eletrik dan banyak lagi. 

ayuh, semua.... adaptasi dalam perubahan. terutama dalam menyesuaikan diri dalam cabaran dakwah kepada sahabat-sahabat kita di luar sana.

[p/s: majalah solusi ]



Tiada ulasan: