Jumaat, April 13, 2012

rindu sesama muslim

"bila nak balik ke Kemboja?"


agak lama tidak mengemaskini blog ini dan mungkin ramai yang tak tahu aku pergi ke Kemboja pada minggu lepas iaitu 5 - 7 April 2012. 


pemergian ke luar negara buat kali pertama dalam hidupku ini mencoret seribu kenangan yang tak mungkin dapat dilupakan.


mungkin antara ribuan kenangan, aku akan berkongsi satu daripadanya hari ini. [pertemuan dengan sahabat seislam di sana]. memang semangat ukhuwah itu tidak akan putus tidak kira kita di mana. yang aku maksudkan ukhuwah sesama muslim. entah kenapa, kita akan terasa macam ada ikatan yang amat erat meskipun kita baru kenal dengan orang muslim lain. apatah lagi orang islam yang berbatu-batu jauhnya dari negara Malaysia.


aku kali pertama tiba di Kemboja, tempat yang aku ingin tuju ialah Masjid Beong Kok. Alhamdulillah perjalanan ke sana dari Hotel Sunway sangat dipermudahkan dengan kadar 2 Dollar menaiki TukTuk. aku sempat sampai setelah Azan Maghrib. keadaan masjid sangat daif, nanti aku akan cerita kemudian. setelah menunaikan solat Magrib berjemaah, perkara biasa, kita akan bersalaman dengan orang sebelah kita. dan daripada bersalaman itulah timbulnya ukhuwah ini.


daripada bersalaman ini telah membawa aku dan mereka, saling merindui dan berhubungan kerana Allah. indahnya Islam yang setiap umatnya adalah bersaudara. sekarang kefahamanku berganda.

Tiada ulasan: