Kalau setiap yang
ada pada hari ini pasti pabila mendengar pertanyaan ini akan tersenyum secara sendiri.
Terasa seperti ada sesuatu yang menyebabkan muka kita menjadi semanisi ni.
“tetapi apakah sesuatuitu?”
Istilah cinta dalam pelbagai bahasa sekalipun pasti akan menyebabkan seseorang yang
normal akan tersenyum dan dicahayai memori indah. Istilah cinta, habbah, love,
saranghae, amor, ai, pyar dan banyak lagi istilah cinta mewarnai hidup di segenap pelusukdunia.
Tanya dirisendiri, mengapa rasa
cinta ini berbeza dengan perasaan-perasaan yang lain seperti sedih, gembira,
takutdanseronok. Cinta seolah-olah perasaan yang paling
agung dalam diri ini. Daripada cinta akan menggetarkan tubuh badan,
degupan jantung menjadi pantas dan perasaan hati merasa tenang.
Fokus kali ini bukan tentang cinta sesama kekasih, tetapi cinta sesama saudara seiman dan seukhuwah. Perasaan ini kerap
kali timbul dalam diri kita,
namun kita sering menafikan perasaan ini. Mungkin kita pernah berjumpa dengan seseorang dan merasa seronok atau tenang apabila melihat wajahnya. Sukakita untuk berbicara dengannya,
rindu apabila berjauhandengan dia. Sentiasa kemaskini (update) perkembangan
status di Facebooknya, sentiasa ‘like’ komen di Facebooknya.Ketenangan hati
yang dirasai inilah yang kita boleh namakan perasaan cinta dan kasih sebagai seorang sahabat seiman seukhuwah.
Degupan hati seorang mukmin pasti akan timbul apabila dua orang
atau lebih sahabat ini bertemu bersama. Pasti akan ada nilai ukhuwah yang
ingin ditunjukkan di dalam pertemuan itu. Pemberian salam,
penghuluran tangan untuk berjabat, muka ceria dengan senyuman,
gurauan canda menghibur hati, sentiasa nasihat-menasihati dan hikmah dari bibir,
penampilan yang sederhana dan pelbagai lagi elemen akhlak islami sebagaimana Rasulullah mempamerkan kasih sayang dan luahan cinta kepada sahabatnya.
Firman Allah dalam Surah Ali Imran 159yang bermaksud:
“Maka dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) daripada Allah (kepadamu
Muhammad) engkau bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat danpengikutmu)
dan kalau engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari daripada kamu.
Oleh itu, maafkanmereka (terhadap kesalahan mereka terhadap kamu)
dan pohonlah keampunan bagi mereka.Dan bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan
(peperangan dan soal keduniaan) itu. Kemudian apabila engkau berazam
(sesudah bermesyuarat untuk melakukan sesuatu) maka bertawakal kepada Allah,
sesungguhnya Allah sangat mengasihi orang yang bertawakal pada-Nya.”
“Bagaimana apabila hilangnya degupan cinta ini?”
bukan sekadar hilang cinta terhadap sahabat, namun,
hilang juga perasaan cinta sesama kawan-kawan Islam di sekelilingnya dan apatah lagi saudara
Islam di luarsana. “bagaimana?”. Kalau kawan di
sekelilingnya jugasanggupdibiarkandandiabaikansahaja, inikan pula muslim yang
tidakdikenalinya di luarsana. Pernah seorang insan yang tidak kita suka
(mungkin sikapdia yang menggedik atau tidak islami), memohon pertolongan,
kita mengambil sambil lewa akan dia, akhirnya hubungan menjadi renggang dan lebih keruh.
Dia akan memberi persepsi yang buruk pada diri kita. Namun, “kita bukanlah sombong,
Cuma tak suka dengan orang yang macam ni!” Siapalahkitauntuk membenci dan menyampah
orang lain dengan sesuka hati. “Mulia sangatkah diri kita ini?”.Hanya mak cik itu cleaner
di kolej, kitabuat tak peduli dengan dia. Tetapi depan kawan yang kita sayang, “bukan
main kita lemah lembut dan sopan.” Apatah lagi kalau depan orang kaya, atau pensyarah
“pijak semut berkali-kali pun, tak mati”.
Teringat kembali kisah dalam Surah Abasa
yang bermaksud:
[1]Ia memasamkan muka danberpaling,
[2]Kerana ia didatangi orang buta.
[3]Dan apa jalannya engkaudapatmengetahui (tujuannya, wahai Muhammad) ? Barangkali ia mahu membersihkan hatinya (denganp elajaran agama yang didapatinya daripadamu)! -
[4]Atau pun ia mahu mendapat peringatan, supaya peringatan itu memberi manfaat kepadanya.
[2]Kerana ia didatangi orang buta.
[3]Dan apa jalannya engkaudapatmengetahui (tujuannya, wahai Muhammad) ? Barangkali ia mahu membersihkan hatinya (denganp elajaran agama yang didapatinya daripadamu)! -
[4]Atau pun ia mahu mendapat peringatan, supaya peringatan itu memberi manfaat kepadanya.
Sebabitulahkita yang
ingin menjadiseorang yang mukmin,
perlu adadalam hatinya bersih dalam setiap pertemuan dengan sesiapa sahaja.Perasaandanprasangka
yang baikperluadadalamsetiapwajah yang dilihatnya. Meskipun mata menyampah dan geli melihat gelagat
orang itu, tetapi sekali dia mendekati kita atau memandang ke arah kita,
maniskan dan cantikkan perilaku kita dihadapan mereka.
“agar mereka juga bersangka baik dan senang dengan kita selepas ini”. Makcik cleaner pun
seorang manusia untuk kita muliakan.
Jijik memandang peminta sedekah di
tepi jalanan di Malaysia mungkin seolah- olah jijik terhadap orang yang
kurus kering dan kelaparan di Somalia. “belumlagikitaberada di Palestin?”.
Apalah ketenangan sebagai seorang mukmin jika persepsi negatif sentiasa timbul di
benak pemikiran kita.
“Bagaimana perasaan cinta sesama muslim dan degupan jantung hendak bertempik ketika melihat bangsa
lain yang beragama Islam diseksa dan dihina di
luarsana?”.Hati ini masih belum dididik dengan perikemanusiaan di
persekitaran sekelilingnya. Berita kematian, kemalangan, kerogolan,
kezinaan melibatkan saudara seislam semuanya seolah biasa didengar dan dilihat. Hatinya tidak terasa apa-apa apabila rakan
(bukan sahabatnya)
dalam kesempitan kewangan.Ataupun mungkin dibuli dan diperkotak-katikkan oleh orang
lain.
Nasihat untuk kita bersama…. Empatilah kepadadirisendiri,
terlebih dahulu merasa kasihan dengan diri. “terjagakah aurat diri?
Terjagakah percakapan diri?Adakah kita mampu menjaga tingkahlaku peribadi?” orang kata
berfikir dulu sebelum bertindak. “tetapi bagaimana?” berfikir ini dengan cara menjangkakan apa akan terjadi.
Adakah dengan kita berbuat ini, ia akan menyakitkan hati kawan kita?
Adakah dengan kita SMS dengan tulisan ini, akan menyakitkan hati orang itu?
Adakah denganbuat status ini di facebook, akan ada orang menyampah dengan kita?Lihat dan renungkan Surah Fussilat ayat 34 yang
bermaksud: Dan
tidaklahsama (kesannyadanhukumnya) perbuatan yang baikdan perbuatan yang jahat.
Tolaklah (kejahatan yang ditujukankepadamu) dengan cara yang lebih baik;
apabila engkau berlaku demikian maka orang yang menaruh rasa permusuhan terhadapmu,
dengan serta merta akan menjadi seolah-olah seorang sahabat karib.
Sebagai kesimpulan, dalam perhubungan dan berdakwah ini,
peganglah ayat inidalam surah ali Imran 139 :Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula)
kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (derajatnya),
jika kamu orang-orang yang beriman.
Oleh itu, sahabat-sahabatku yang dirahmati Allah,
degupan hati mukmin itu pasti dapat dirasai hasil daripada perasaan cinta kita sesama muslim.
“Mengapakah kita (lelaki terutama) perlu solat berjemaah, dengan merapatkan saf dan barisan?”
antara sebabnya, sesama muslim adalah bersaudara tanpa mengira pangkat dan bangsa,
kulit tetap bertemu kulit semasa solat, khusyuk menghadap Ilahi,
sehingga terasa denyut jantung sendiri, ketenangan akan menjelma di hati.
p/s: Ikhlaskan hati dalamberhubungan,
sentiasa memandang seseorang itu dengan senyuman dan kata-kata yang hikmah,
bersihkan pemikiran daripada prasangkaburuk, niatkan ukhuwah ini kerana Allah
dan carilah peluang untuk menyebar risalah dakwah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan