"aku berkongsi bebanan baru dalam hidupku"
1. gerak kerja makmal untuk tesis yang semakin bertambah. bukan untuk aku merungut di sini. tetapi tiada tempat untuk aku luahkan kecuali di sini. hendak mengadu pada ibu bapa, takut merisaukan mereka. hendak beritahu isteri, calon pun belum ada. oleh itu, andalah tempat aku berkongsi. baru-baru ini seorang kawan sebidang telah pergi berbincang dengan Dr. Richard di Herbarium Institut Perhutanan Malaysia atau FRIM di Kepong. satu pertemuan yang membincangkan kaedah makmal yang sangat berkualiti untuk masa depan tesis aku, namun, aku merasakan ia hanyalah satu bebanan bagiku untuk siapkan tesis lebih awal. sebelum ini kaedah yang telah aku jalankan adalah mudah dan tidak serumit kali ini, kaedah kali ini lebih mencabar dan memakan masa 2 hari untuk aku siapkan 4 % untuk sampel aku.
2. tercabar melihat orang rajin. kawan sebidang ini yang baru satu semester telah melakukan gerak kerja tesis lebih laju jika dibandingkan dengan aku. aku teringat masaku yang lalu, aku banyak membazirkan masa kepada kerja yang bukan bidang. dan mungkin hanya fokus kepada tajuk tesis yang berubah. semester 2 aku baru nak mula kerja makmal, Allah sayang aku dengan menguji aku dengan kerehatan selama 6 bulan. hangus semester 2 aku. semester 3 pula aku kembali, namun, mencari semangat yang hilang bukan mudah. kini sudah semester 4. tekanan sangat, lagi-lagi ramai yang berjumpa bertanya "dah habis belajar?"
3. aku tak anggap beban ini menyusahkan aku. tetapi beban yang datang ini, aku yakin pasti ada hikmahnya untuk aku di masa hadapan. Cuma, keluhan dan rasa berat hati ini perlu dikongsi, tetapi aku tidak tahu hendak dikongsi dengan siapa. dengan Allah itu adalah pasti, tetapi sesama manusia juga perlu. Yang pasti, aku hanya perlu hargai masa yang ada dan rancang dan rombak semula perjalanan tesis ku!
terima kasih kerana sudi membaca. Semoga Allah bahagiakan kita.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan