Isnin, September 14, 2009

mengedar kad raya

"setiap tahun aku tak pernah lepas mengirim kad raya:

mengedar kad raya
memang agenda aku sejak kecil pada setiap tahun.
entahlah.
sejak sekolah rendah, aku suka memberi kad raya pada ustazah dan ustaz.
untuk kawan2 juga.
kemudian aku dapat balasan. sangat seronok.

mengedar kad raya
tetap aku teruskan di matrikulasi dan universiti.
seronok bila pergi pasaraya, belek2 kad raya dan tulis kata2.
dan pos kepada rakan.
tapi sejak aku matrikulasi, setiap kali raya, aku tak dapat balasan kad.
yang banyak adalah SMS.
tapi aku masih tak dapat rasa keseronokan ucapan itu.
sebab terlalu banyak, dan inbox penuh.
jadi, dengan berat hati aku terpaksa delete yang biasa2.
mesej yang ayat2 best, aku simpan untuk sebulan.
lepas tu delete.

mengedar kad raya masih aku teruskan.
di samping SMS kepada kawan2 yang aku tak sempat kirim kad raya.
teknologi makin berkembang.
melalui emel dan facebook makin kerap.
tapi nikmat merasai ucapan kad raya masih tak seutuh kad raya.
melalui kad raya, kita dapat pegang, lihat, dan rasai kandungan di dalamnya.
semakin maju dunia, semakin kurang nikmat kehidupan.
pasti anda turut merasainya.

mengedar kad raya semakin kuno.
tapi bagiku, biarlah habis beberapa ringgit.
asalkan sahabat2 dan guru2ku, merasai nikmat ucapan dariku.
moga Allah merahmati anda semua =)

trend kad raya:
1990-2000: kad raya biasa (gambar masjid)
2001-2005: kad raya kartun dan muzik semakin rancak
2006: kad raya elektronik dan SMS
: aku cuba buat kad raya sendiri.
2007-2009: aku buat kad raya sendiri, agar dapat sebar kepada lebih bayak rakan dan cikgu

dan inilah hasil kad rayaku untuk tahun ini:

anda mahu juga? maaf tahun depan ye.. tolong SMS / emel alamat anda.. untuk saya simpan untuk tahun depan.

10 ulasan:

Unknown berkata...

ST 8-2-2, JALAN 7/1E 43650 BANDAR BARU BANGI, SELANGOR.

0122517488 0133911504
aliflamrabayaain@gmail.com

MeaBerry berkata...

cantik kad raya ko... siap ada rama2.

btw tahun lepas aku berkobar2 pos kat kawan2.. hermm takda balasan pun... sedih tau..

betul kata kau, kalau stakat sms raya tu da nak muak kan? last2 delete jugak... kalau kad tu feeling raya tu lebih...

aku ingat lagi masa kecik2 siap gantung n lekat kad raya kat dinding.. semangat raya tu terserlah kan kan kan kan?

tahun depan bagi lah kat aku... nanti da tak jumpa dah kan...


hazmira mahayudin
914, jln hj ali, kpg tersusun sengat, simpang pulai. 31300 ipoh perak...

She_La berkata...

robe' ko tak pnah kasi kad raya kt aku kn.. nk kad raya dr ko gak..

haha.. nk kene tulis alamat ke ni..
dh pnah kasi kn alamat dulu.. hehehe =p

Unknown berkata...

mea... kalau kita nak mengharap balasan orang memang perit.
tapi yang penting kepuasan diri.. sebab kita dapat gembirakan orang..

Unknown berkata...

sheila...
dulu aku penah bagi kan waktu kat sekolah??
hehe... maafla.. tak dapat nak bagi semua..
aku cadang tahun depan aku nak bagi bebanyak.. lagipun aku dah grad tahun depan..
cadang nak wat printing plak.. taget mungkin 500 keping..
bagila alamat.. kadang aku tak ingat letak mana.

MeaBerry berkata...

hihi. tau la ko da grad tahun depan.. me n shila still in ukm tau

Unknown berkata...

hehe.. lupa plak..maaf..

AFIQ zainal berkata...

taun ni tak sempat nak design2 kad...uwa...

She_La berkata...

Hehe mekaseh byk robe' kasi kad raya..
ske3 =p.. Alaa taula ko dh final year..
cmtu ko kene kasi kad raya lebih la ek
tahun depan.. hehe

No.24 JLN 1/8D, Bandar Baru Bangi,
43650 Selangor

Unknown berkata...

ok.. terima kasih sheila..