Khamis, September 17, 2009

kucing ter.ani.aya.


kucing ter.ani.aya.
aku masih ingat lagi, cerita si burung yang mati.
kali ni kisah si kucing.
"ending"nya bagi aku lebih baik, dan tidak sedih.

kucing itu duduk diam di tangga rumah flat ku.
aku mengiaw.. senyap je, mata pun nampak kuyu.
hmm.. aku fikir, mungkin dia ni puasa agaknya.
hehe, dan ngantuk kot.
langkahku terus ke UKM.

2 3 hari lepas aku nampak kucing ni dengan ligat duduk merayau, mengiaw ceria.
aku tak tahula nak bajet umur kucing ni.
tapi aku tak kira ia jenis mak kucing atau dah dewasa.
kemungkinan remaja.
kulit hitam kelabu, cantik gak bulu dia.
aku sempat membelai2.

pulang dari UKM, aku naik tangga.
hmm.. masih kedudukan yang sama.
ish3, takkan tak gerak2.
dan 4 jam aku tinggalkan ko.
nampak ada plastik di sebelah berisi nasi dan ikan.
sekali lagi, puasa agaknya.

aku turun lagi petang tu, hati aku dah bimbang.
pehal ni, hidup ke mati?
lemah je... aku risau.
duduk kat tengah2 tangga.
syukur aku masih berperikekucingan.
bawalah kucing remaja ni, ke klinik haiwan.
kucing tu takut2 bila aku angkat dia.
lagi ngiaw dengan kuat bila aku bawa motor laju sangat.
terbang2 bulu dia. hehe.
sesampainya di klinik.

kucing ter.ani.aya.
doktor belek2. hmm...
dia tak boleh jalan betul, macam terseret2 kaki dia yang kiri.
hmm.. aku tanya patah ke?
dalam fikiran aku, mungkin orang terpijak kaki dia sebab dia duduk kat tengah tangga tuh.
sedih pulak aku tengok dia.
mengesot2 nak cari tempat yang panas sikit. (meja doktor tu besi, econ pulak bilik tu)
pastu dr pun bagi makan ikan hancur mentah. yang takde tulang.
lahap gila dia makan.
doktor belek lagi budak ni.
baru aku perasan, misai ni pendek.
dan tengok macam ada kesan bakar.
memang aku angin, ni mesti keje budak2 remaja yang isap rokok kat bawah flat.
bulan puasa ni pun jahat gila.
rasa nak tampar je muka sengsorang (kalau jumpa la)
atau pun ugut, "kenapa korang bunuh kucing tu hah?"
mesti diorang bersalah punya la.

kucing ter.ani.aya.
aku fikir banyak kali, baik dia duduk di klinik ni.
dari bawak balik, mana aku nak letak, makanan pun takde.
alhamdulillah, 2 hari aku letak situ, dan syukur, dia bertambah elok.
tapi kaki dia masih belum baik sepenuhnya.
aku tak pasti nak bawa ke mana kucing ni.
nak bela, tak boleh, rumah aku kecik dan tak sesuai (flat kan =))
tengok orang keluar masuk klinik, macam nak serah je kucing ni.
tapi, sanggup ke??
akhirnya aku teringat sekolah umi aku.
dekat surau jubli perak seksyen 4 bangi.

aku letak sekitar jam 9.30 malam.
solat terawih di surau tu.
ada la budak2 tanya, abg apa ni?
ada juga panggil aku pakcik..
huhu.. terasa tua aku.
sekali lagi aku rasa serba salah.
sedih pulak nak tinggalkan dia.
kanak2 kat surau tu pun macam pandang aku semacam.
mesti dorang ingat aku kejam, buang merata2.
huhu...

lepas 3 hari, mak aku kata kucing tu hilang.
sedih aku dengar, tapi aku harap ada orang ambil bela kucing tu..
amin.

kesimpulan: jangan lah kejam dengan kucing atau binatang! sian dia. kalau aku bakar misai atau rambut korang camne??

4 ulasan:

[Ana] Farhana.... berkata...

Kesiannya...
Ingat lagi tak kisah kucing yang ikut enta p kantin masa kat matrik dulu...
bila nta patah balik je kucing tu dah takde....
kucing ni binatang kesayangan Rasulullah dan Abu Hurairah (jika tak silap)
hargailah kucing...
kerna ia makhluk Allah yang diciptakan sentiasa berzikir padaNya...
bukan cam kita ni...
nak ingat Allah pun payah kdg2...
syukurilah nikmat bila diuji...
Allah syg kita....

sekian...
Wassalam....
Salam Aidilfitri..

"Masih Ada Yang Sayang ('',)

arrabe' berkata...

betul2 ana..
hehe. tak kira la anjing ke babi ke.. jangan diseksa dengan kejam

bagaikanputeri berkata...

aww. sweetnya robe. haha. ayah kata setiap kali kita buat baik dgn haiwan, haiwan tu doakan utk kita.. :) rajin eh bawak pegi klinik? hehe.

muhammad arrabe' berkata...

ntahlah.
sebab kesian dengan haiwan.
lagipun memang kawasan ni dekat dengan klinik haiwan. jadi, memang terasa tanggungjawab..