Sabtu, September 19, 2009

bantai raya

“Raya sangat best dan menyeronokkan”

Bantai raya
Pasti tika ini ramai yang sudah berada di kampong halaman.
Aku?
Meskipun aku orang bangi, sejak kecil aku di sini.
Kini, UKM masih di bangi. Aku masih ada kampong halaman.
Keluarga umi aku di Melaka, ayer molek.
Keluarga ayahku di pulau pinang, permatang pauh.
Tapi aku kerap pulang ke permatang pauh sebab di sana keluarga agak besar.
Datuk dan nenek sebelah umi dan abuya, sudah tiada.
Namun hubungan kekeluargaan umi dan abuya, amat mengkagumkan.
Sebab tulah aku kata raya memang best.
Insyaallah pada jam 8 pagi ni aku akan bertolak.
Kini, aku yang drive, kali pertama tanpa pengawasan abuya aku.
Wah, doakan aku. Berdebar hati ni.

Bantai raya
Bukan bantal tau, bantai.
Bantai ni aku selalu kata untuk situasi buli atau balas dendam.
Mereka bantai budak itu dengan begitu teruk sekali.
Aku tak pasti itu bahasa melayu atau bahasa kenegerian.
Kalau anda tahu, tolong habaq mai k.

Orang melihat kedatangan ramadhan itu begitu menyeksakan.
Seksaan selama 30 hari untuk makan dan minum.
Tapi bagi aku yang telah dididik sejak kecil, tidak merasa penat atau terseksa.
Meskipun sebelum matang, ada yang aku gagal puasa penuh, itu lumrah.
Tapi lama2, aku menjadi biasa dan seronok.
Terutama apabila raya.
Setelah penat berpuasa 30 hari, aku bantai makan masa raya.
Itu situasi aku sebelum matang.
Kini, aku sedar, raya bukan untuk bantai atau balas dendam untuk makan banyak.

Bantai raya
Tidak patut berlaku hanya semata2 nak menunjukkan kita bebas dari puasa selama 30 hari.
Bantai makan di hari raya pertama.
Raya kedua, ketiga, keempat sehinggalah raya ke tiga puluh.
Pasti aku tak lepaskan peluang ke rumah terbuka.
Akan ku sumbat segalanya ke perutku.
Raya bukan untuk membantai makan.
Islam mengajarku, hidup bukan untuk makan.
Islam juga mengajar aku bahawa makan itu bukan segalanya.
Islam juga mengajar aku erti kesusahan.
Kini ku sedar,umurku baru 20 dan lagi sebulan untuk bergelar dewasa.
Memerhati erti puasa dan raya yang sebenar.
Mengapa masa puasa, kita dibantai dengan rasa lapar dan terawih yang panjang?
Mengapa raya bukan masa untuk membantai makan?
Semua ini memberiku kesedaran.

Bantai raya
Setiap kali bulan ramadhan, pasti banyak drama dan rancangan yang menginsafkan di kaca televisyen.
Sangat seronok di bulan ramadhan.
Kerana aku terdidik dengan pelbagai pengisian.
Tahun lepas, aku kagum dengan artis2, semua memakai tudung, pembaca berita pun menutup aurat di bulan ramadhan.
Tahun ni, pelik. Pemakaian tudung sebagai tanda menghormati ramadhan dah takde langsung.
Semua macam biasa.
Bertambah pelik aku tahun ni, artis2 yang seksa mataku, bercakap tentang erti puasa dan ibadah.
Pelik kerana kagum, rupanya mereka tahu tentang islam. Syukur Alhamdulillah.
Trend perubahan tiap2 tahun di bulan ramadhan amat menarik dan menginsafkan.
Tetapi bila datang raya, sesi membantai kembali.
Ramadhan dibantai dengan drama dan filem gelak tawa yang menyeronokkan.
Sehinggakan slot2 keagamaan yang tiap-tiap hari ramadhan ada, dah hilang, takde langsung.
Pembantaian yang sangat tragis kepada ramadhan.

Bantai raya
Bantai ini secara sedar dan tidak sedar kita turut melakukannya.
Awas lah sahabat2ku.
Dalam beraya ni bukan untuk kita membalas dendam terhadap kemuliaan ramadhan.
Bukan untuk makan banyak2.
Bukan untuk kumpul duit berjuta2.
Bukan untuk tengok tv dan filem puas2.
Bukan juga untuk gelak tawa tak henti2.
Kita tahu, ramadhan itu bulan penyucian jiwa kita yang selama 11 bulan terleka dek maksiat dan dosa.
Alhamdulillah kita telah bersihkan diri kita.
Tetapi jangan cemarkan ia semula dengan maksiat dan dosa di bulan selepasnya.
Sebab kita tak tahu, apakah kita hidup lama lagi?
Adakah kita mampu untuk membersihkan dosa kita lagi di bulan ramadhan yang akan datang?
Sempatkah kita?
Ramadhan kan takde syaitan, yang ada cuma nafsu.
Tapi bulan lain, syaitan ada, jadi pasti bulan ramadhan lebih senang buat baik.
Jadi bila kita dah jadi baik, senang la kita untuk teruskan di bulan2 lain pulak.
Betul tak??

Bantai raya
Andaikan diri anda adalah cawan. Selama 11 bulan cawan itu diisi dengan kopi. Tidak dibasuh pun cawan tu.
Kalau dibasuh pun dengan air lalu je. Tanpa sabun.
Pastu kita terus buat air milo pula dalam cawan tu.
Lepas habis minum, pasti ada kesan2 milo kat dinding cawan.
Kita buat pulak dengan air sirap.
Tak cuci lagi.
Sampailah bulan ramadhan, kita cuci bagi licin berkilat.
Seolah2 jadi cawan yang baru.
Pastilah kita akan jaga cawan tu sebaiknya, agar tak dikotorkan semula.
Betul tak?
Apa guna cuci, jika nak dikotorkan semula?

Allah bagi peluang kita untuk perbaiki diri, bersihkan ia.
Dan jagalah ia sebaiknya.
Jadikan raya ini untuk meneruskan kegemilangan ibadah kita di bulan ramadhan.
Seperti solat on time, iktikaf di masjid, zikir sentiasa, makan sedikit, qiamulail, kurang makan, jaga mata, jaga mulut dan lain2.
Insyaallah, Allah akan pelihara kita sehingga ke bulan ramadhan yang akan datang.
Kita pun akan jadi tenang dan tak rasa susah lagi. Sebab kita yakin Allah sentiasa bersama kita. Kan??
Oleh itu sahabat2, aku pesan kat diri aku ni, buatlah baik dan ikut suruhan Allah sentiasa tak kira di mana, sebab kita nak bersama nabi Muhammad SAW di syurga Allah.
Best ke kat syurga?
Mestilah, ada awek cun giler, kalah miss world yang plastik.
Mestilah, ada taman2 indah, lebih indah dari taman Negara, taman titiwangsa, taman botani dan lain2.
Mestilah, ada buah2 yang masak ranum, lebih sedap dari buah2 kat dunia ni yang bermusim.

Banding dengan neraka. Tak best langsung!
Ada ular yang besar2, mengalahkan besar bangunan KL tower kot.
Ada mandi wap dan sauna lebih panas seperti lava gunung berapi.
Ada minuman nanah dan darah kita sendiri, lebih memualkan dari minum air longkang kat lembah Klang.

Nak tau lagi? Baca surah rahman dalam AlQuran.
Jadi jangan bantai raya dengan benda yang tak baik tau..

2 ulasan:

Mell berkata...

happy eid!! ٩(̾●̮̮̃̾•̃̾)۶

She_La berkata...

Selamat Hari raya Robe'
Senang dtgla raya umah yea hehe