Jumaat, September 25, 2009

alkisah raya

"raya melepaskan lelah dan penat"

alkisah raya
tahun ni aku merasa girang dan riang.
balik kampung di permatang pauh pada sabtu terakhir dalam ramadhan.
bertolak sekitar jam 8.30 pagi dari bangi.
tiba di samagagah jam 5.30 petang.
perjalanan yang sepatutnya 4 jam sahaja, menjadi panjang berjam2.
kakiku terasa kejang dan lenguh.
menahan brek dan klutch kereta.
mengelak dari melanggar bonet kereta hadapan dan bonet kereta belakang.
kali pertama aku bawa kereta sejauh 350km seorang diri.

alkisah raya
khutbah raya dan takbir sangat bererti bagiku.
kesedaran khatib kepadaku membuat ku sedar.
ertinya syawal selepas ramadhan.
kesinambungan yang perlu diteruskan.
destinasiku ke kubur dengan sanak saudara.
bacaan yasin kepada arwah tok, tokwan, ayah (pak chak- abdul wahid).
duhai, mengingat keadaan mereka masih hidup dan kini sudah tiada.
ke mana lah mereka?
bilakah kita?

raya pertama bersama sanak keluarga di pulau pinang.
menjadi pemandu bagi umi dan mak saudara aku.
memakirkan kereta di rumah paklang ku sangat sempit.
selepas beraya aku cepat2 mengalihkan kenderaan.
reverse, gear 1, reverse, kanan, kiri...
tak lepas juga. dicuba2 lagi.
hampir 30 kali aku start enjin.
akhirnya, syukur.

raya kedua. beraya di rumah adik di lebai tahir.
kenalan ku ini tingkatan 5, berkenalan di internet sahaja.
teragak2 aku untuk masuk ke rumahnya.
berborak dengan ayahnya, sangat membuka minda aku.
sudah berusia, tapi sungguh berpengetahuan.
koleksi brittanica sangat mengujakan aku.

raya ketiga. ke rumah kawanku.
satu kursus biologi tumbuhan.
macam2 dijamu aku.
laksa, kek, kuih raya.
melihat taman di rumahnya dan kebunnya.
subhanallah, teringin rumah seperti syam.
siap ada itik dan tupai.
huhu.. indah..

raya keempat.
berkejar aku ke sg petani, bertemu dengan seorang lagi adik.
naik dengan motorsikal sahaja.
meredah angin dan enjin kereta di tepi.
sangat seronok.
melepaskan kerinduan.
pertemuan yang singkat ini, amat memberi makna.

bergerak pulang.
dengan senyuman riang.
dengan telatah saudara mara, sepupu yang nakal denganku, anak2 buah.
tragedi sedih berganti lawak.
segala2nya indah.
sayang kamera tidak ku bawa.
insyaallah, akan ku titipkan di sini nanti.

alkisah raya
memberi peluang untuk kita mengerat silaturrahim sesama keluarga dan rakan.
memberi peluang untuk kita menjadi manusia yang bersih dari dosa.
memberi peluang untuk kita bertaqwa kepada Allah.

semoga Allah memberi kita ramadhan pada tahun hadapan lagi..

3 ulasan:

Unknown berkata...

bagaimana kisah raya anda?

Syam Ahmedarino berkata...

haha thanx! beck dtg rumah aq! aha.. best la aq duduk kampong skrg haha!
haha.. klu ko balik kampong free dtg rr rumah aq lg hehehe

Unknown berkata...

taknak la.. asik2 aku gi umah ko.. umah sedara aku? aku tunggu tau.. hehe