kadang2, terasa dalam hati ini terasa, betapa seronoknya ada kawan2 yang saling menasihati antara satu sama lain. ukhuwah kerana Allah itu bak cubit peha kanan terasa peha kiri. Apa yang penting! Adalah doa buat orang yang kita sayang. Allah maha pengasih lagi maha penyayang. Dia maha berkuasa. Dia maha mendengar. Dengan kudrat dan iradat-Nya, Dia berkuasa memperlihatkan keajaiban kepada kita. Melihat hamba-Nya benar-benar cinta kepada hamba lain kerana-Nya, tidak mustahil Allah akan rencanakan untuk dua hamba ini hidup bersama hingga ke syurga-Nya. Kerana kasih sayang itu kerana Allah. Cinta itu juga kerana Allah. Bukan kerana nafsu atau perkara lain. Berbaik sangka kepada Allah. Jika kita menjaga Agama Allah, Allah juga akan memberi kita ganjaran yang baik kelak, malah, ganjaran yang tidak pernah kita termimpikan. Mengharaplah Hanya kepada Allah SWT.
Sayang & Cinta kepada:
Allah: ikut suruhanNya dan tinggalkan laranganNya
Rasulullah: selawat dan mencontohi akhlak baginda
Diri Sendiri: jaga aurat dan kehormatan diri
IbuBapa: ikut perintah mereka. Jangan tinggi suara
AdikBeradik: berlemah lembut dan saling bantu membantu
Guru: hormat dan belajar bersungguh-sungguh
Sahabat (BFF): sentiasa tegur menegur dengan hikmah.
Kawan2: jangan cakap kasar/kesat/lucah, meskipun gurau2.
BF/GF: jangan pegang2 tangan, jaga aurat, jangan buat maksiat.
Pasti tika ini ramai yang sudah berada di kampung halaman. Almaklumlah, menjelang perayaan Lailatul Qadar, Hari Fitrah dan Hari Kemerdekaan. Namun, ada segelintir (harap bukan kita), melihat kedatangan ramadhan itu begitu menyeksakan. Seksaan selama 30 hari untuk tidak makan dan minum. Bagi mereka ini adalah penyeksaan. Sedangkan bukannya 24jam berpuasa, hanya lebih kurang 12 jam sehari.
Namun bila raya, bantai makan di hari raya pertama. Raya kedua, ketiga, keempat sehinggalah raya ke tiga puluh. Raya bukanlah untuk membantai makan. Islam mengajar kita, hidup bukan untuk makan. Islam juga mengajar hidup ini untuk beribadah kepada Allah. Jom kita perhati erti puasa dan raya yang sebenar. Mengapakah masa puasa, kita dibantai dengan rasa lapar dan terawih yang panjang? Mengapa raya bukan masanya untuk membantai makan? Mengapa ya?
Setiap kali bulan ramadhan, pasti banyak drama dan rancangan yang menginsafkan di kaca televisyen. Sangat seronok di bulan ramadhan. Sejuk hati. Trend perubahan tiap2 tahun di bulan ramadhan amat menarik dan menginsafkan. Tetapi bila datang raya, sesi membantai kembali. Ramadhan dibantai dengan drama dan filem gelak tawa yang menyeronokkan dan menyeramkan. Sehinggakan slot2 keagamaan yang tiap-tiap hari ramadhan ada, dah hilang, takde langsung. Pembantaian yang sangat tragis kepada ramadhan.
Bantai raya. Bantai ini secara sedar dan tidak sedar kita turut melakukannya. berAWASlah. Dalam beraya ni bukan untuk kita membalas dendam terhadap kemuliaan ramadhan. Bukan untuk makan banyak2. Bukan untuk kumpul duit berjuta2. Bukan untuk tengok tv dan filem puas2. Bukan juga untuk gelak tawa tak henti2.
Kita tahu, ramadhan itu bulan penyucian jiwa kita yang selama 11 bulan terleka dek maksiat dan dosa. Alhamdulillah kita telah bersihkan diri kita. Tetapi jangan cemarkan ia semula dengan maksiat dan dosa di bulan selepasnya. Sebab kita tak tahu, apakah kita hidup lama lagi? Adakah kita mampu untuk membersihkan dosa kita lagi di bulan ramadhan yang akan datang? Sempatkah kita?
Ramadhan kan takde syaitan, yang ada cuma nafsu. Tapi bulan lain, syaitan ada, jadi pasti bulan ramadhan lebih senang buat baik. Jadi bila kita dah jadi baik, senang la kita untuk teruskan di bulan2 lain pulak. Sebab bila benda baik yang diteruskan amalannya, pasti kita rasa terbiasa dan mudah. Betul tak?? Cuma di bulan lain itu, kena lawan perasaan malas dan bisikan syaitan je. Tapi kita dah berjaya melawan nafsu di bulan Ramadhan, pasti boleh kuat melawan syaitan di bulan lain. Huhu. Amin. Apa guna cuci, jika nak dikotorkan semula? Allah bagi peluang kita untuk perbaiki diri, bersihkan ia. Dan jagalah ia sebaiknya. Jadikan raya ini untuk meneruskan kegemilangan ibadah kita di bulan ramadhan. Seperti solat on time, iktikaf di masjid, zikir sentiasa, makan sedikit, qiamulail, kurang makan, jaga mata, jaga mulut dan lain2. Insyaallah, Allah akan pelihara kita sehingga ke bulan ramadhan yang akan datang. Kita pun akan jadi tenang dan tak rasa susah lagi. Sebab kita yakin Allah sentiasa bersama kita. Kan?? Oleh itu sahabat2, aku pesan kat diri aku ni, jom buat baik dan ikut suruhan Allah sentiasa tak kira di mana, sebab kita nak bersama nabi Muhammad SAW di syurga Allah. Mesti seronok di Akhirat. Kita berusaha yok dari sekarang. Kang dah mati tak sempat.
Best ke kat syurga? Mestilah, ada awek/laki cun/hensem giler, kalah miss world/artis korea. Mestilah, ada taman2 indah, lebih indah dari taman Negara, taman titiwangsa, taman botani. Mestilah, ada buah2 yang masak ranum, lebih sedap dari buah2 kat dunia ni yang bermusim. Banding dengan neraka. Tak best langsung! Ada ular yang besar2, mengalahkan besar bangunan KL tower kot. Ada mandi wap dan sauna yang suhu lebih panas daripada lava gunung berapi. Ada minuman nanah dan darah kita sendiri, lebih memualkan dari minum air longkang kat lembah Klang. Huhu, takdapat nak bayangkan. Nak tau lagi? Baca surah Rahman dalam AlQuran. Jadi jangan bantai raya.
Kita teruskan yang baik!
tiada apa yang ingin dikatakan melainkan hanya ucapan doa untuk kita bersama. semoga dengan kehadiran Syawal dan pengakhiran Ramadhan, segala yang baik dan ibadah yang kita laksanakan berterusan ke bulan-bulan yang lain. amiin. maaf atas kekurangan dan kesalahan pandangan dalam blog ini. teruskan berhubungan kerana Allah.
dalam dunia ini tiada siapa yang mampu hidup bersendirian.
hidup bersendirian tanpa ada hubungan dengan sesiapa pun.
andai kita menyatakan kita tak perlukan sesiapa, itu adalah bohong.
sekalipun semut juga perlukan manusia.
apatah lagi, manusia sangat perlukan manusia yang lain.
kita perlukan ibu untuk melahirkan kita, kita perlukan ayah untuk menyara dan memberi nafkah untuk membesarkan kita. sebab itulah Rasulullah sangat menuntut untuk kita menyayangi dan mengasihi anak yatim ini, sebab mereka telah kehilangan manusia yang paling diperlukan untuk kita bergantung harap.
kita perlukan cikgu untuk memberikan ilmu. termasuklah cikgu di sekolah, di surau, di jalanan dan di mana sahaja. cikgu lah sumber ilmu kita, maka rugilah mereka yang tidak mencari ilmu. andai kita tetap tidak mahu berguru dengan cikgu, dengan mengatakan buku juga boleh mendapat ilmu, ternyata ia juga bohong. mana mungkin buku itu terhasil sendiri tanpa penulis. pastilah dia memerlukan seorang cikgu untuk menulis buku itu. malahan cikgu berfungsi untuk memberi penjelasan kepada ilmu itu.
"bukan ini yang dimaksudkan?"
habis tu, apa maksud sebenar?
"bukankah hidup lebih indah tanpa sahabat?"
siapa kata?
meskipun anda punya ibu ayah, punya cikgu, jika tanpa sahabat, mana mungkin dunia itu indah.
inikan pula dengan sahabat.
sahabat adalah seorang insan yang mencerminkan wajah kita.
jika sahabat itu baik, maka baiklah kita.
jika sahabat itu jahat, maka jahatlah kita.
sahabat itu perlu dicari, perlu ada bersama kita.
kita akan hilang sesuatu dalam hidup ini jika tiada sahabat.
aku teringat dalam majalah terbaru GenQ isu ke2. aku tertarik dengan nasihat Pakchu di ruangan Qaulun Ma'ruf.
ada seorang adik bertanya "boleh atau tidak kita hidup tanpa kawan di sisi? boleh atau tidak kita lari atau sembunyi jika ada orang yang ingin berkawan dengan kita?boleh atau tidak kita hanya duduk di rumah sepanjang umur kita tanpa bermasyarakat? boleh atau tidak kita bercakap seorang diri atau dengan peti sejuk yang tidak bernyawa?"
jawapan Pakchu mestilah "takboleh" dengan ulasan separuh muka. dan Pakchu selitkan dengan hadis yang menarik riwayat at-tirmizi dan al-hakim:
[seseorang insan adalah terikut-ikut dengan adat kebiasaan sahabatnya.maka hendaklah kau melihat dengan siapa kamu bersahabat]
mungkin ada yang pernah dikhianati sahabat sendiri dan mungkin juga pernah mengharapkan orang itu sebagai sahabat, tetapi orang itu tidak sudi menjadi sahabat kita.
mungkin ada lagi sebab yang kita taknak mencari sahabat.
bagi saya, mencari sahabat itu sangat sukar. sahabat yang mengikut kriteria Alqamah dalam pos yang lepas.
macam aku dalam usaha pencarian selama 15 tahun, memang sangat tercari-cari.
adakala, bila kita rasa dia sangat prihatin dan baik dengan kita, itulah sahabat baik kita. tetapi kadangkala, ada beberapa perangai di ayang tidak menyenangkan kita. geleng kepala. "bukan sahabat yang ku cari."
ada juga, bila beralih tempat pengajian, kita semakin menjauh dengan sahabat lama kita, di tempat yang baru, kita mencari lagi sahabat.
ada orang yang rapat dengan kita, sangat baik dengan kita, kita merasakan dialah layak menjadi sahabat kita, tapi dalam kita kesusahan, dia semakin menjauh dan meninggalkan kita keseorangan.
tidak dinafikan juga, kita hanya syok sendiri. mengharapkan dia yang datang pada kita dan ingin menjadikan kita sebagai sahabat dia.
persepsi yang salah semasa aku remaja dulu, sahabat itu hanya satu. ternyata persepsi itu salah. tidak salah jika kita bersahabat lebih dari satu. tapi jika mencari satu pun dah susah, inikan pula nak mencari ramai sahabat. betul tak?
mesti bersahabat.
kadang dalam usaha mencari sahabat, kena renung diri kembali, kenapalah aku susah sangat nak dapat sahabat?
sahabat yang memenuhi ke9-9 ciri sahabat wasiat alqamah. [klik sini]
adakah sikap keperibadian kita yang orang tidak suka?
adakah kurang doa kita kepada Allah untuk sahabat yang terbaik?
adakah kita hanya mengharap untuk mendapat sahabat yang baik, sedangkan diri, dan tidak pula mencuba menjadi sahabat terbaik kepada orang lain?
p/s: sudi bersahabat dengan saya? hehe.
ada kawan bertanya dalam pesanan ringkas (SMS):
[salam ibadah. perlu ke bersahabat? bukan tanpa sahabat hidup lebih indah? apa pendapat abg?]
aku jadi pelik, kenapa tiba-tiba dia tanya.
aku SMS kembali dan bertanya "kenapa dik?"
dia hanya berfikir selepas membaca tips bersahabat dalam pos semalam.
hmmm... kalau anda, apa anda nak jawab?
wasiat Alqamah kepada anaknya tentang tips-tips bersahabat.
dan Imam Al-Ghazali telah bukukan dalam buku Bidayatul Hidayah.
dan aku dengar siaran ulangan di radio Ikim.fm.
pertama faktor pemilihan orang yang bersahabat ialah orang berakal.
(aku tak dengar yang ni)
kedua nak pilih sahabat kena tengok akhlak sahabat.
camne nak tahu akhlak dia?
kena tengok semasa dia marah
dan tengok cara dia menangani nafsu apabila dirangsang.
ni wasiat Alqamah:
wahai anakku! apabila engkau mahu bersahabat dnegan seseorang maka buatlah persahabatan dengan orang yang:
1. apabila engkau berkhidmat kepadanya maka ia akan memelihara akan dikau.
2. apabila engkau bersahabat dengannya maka akan bertambah nilai dirimu.
3. apabila engkau ditimpa kesusahan ia akan turut sama menanggung kesusahanmu.
4. apabila engkau menolong akan dia nescaya ia akan membalas kebaikanmu.
5. apabila ia melihat akan kebaikan daripadamu nescaya mengambil kira ia akan dia.
6. apabila ia melihat pada dirimu akan kejahatan, nescaya menutup ia akan dia.
yang menutup kejahatan bukannya bersubahat. tetapi menasihat "jangan ulang lagi".
kena adil dalam bersahabat. bila sekali dia buat silap, kita dah marah dan putus sahabat! terus lupa 1000 kebaikan dia..
7. apabila engkau berkata nescaya membenarkan ia akan perkataanmu.
maksudnya kita bercakap benar bukan kaki kelentong.
8. apabila engkau mengusahakan akan sesuatu perkara nescaya menolong ia akan dikau.
9. apabila engkau berselisih dengannya pada sesuatu, nescaya melebih ia akan dikau.
jika berbeza pandangan, dia akan memuliakan pandangan sahabatnya. sama2 merendah diri. = dalam hal2 yang mematuhi syariatlah. kalau buat maksiat memang kena bangkang.
huhu.... seronok aku dengar. rasa nak ikut sambungan dia lagi lepas ni.
p/s: kalau ada anak, nak tulis wasiat macam ni lah, ataupun buat buku2 nasihat untuk anak. macam kisah Luqman Al Hakim. hehe...