Ahad, November 10, 2013

Reflection Fatih Seferagic di Putrajaya

Aku sangat teruja bila dapat tahu Fatih Seferagic akan mengendalikan rancangan Reflection di TV Al Hijrah menggantikan Imam Suhaib Webb. Imam Suhaib Webb sangat best dan jelas dengan penyampaiannya, kali ini seorang hafiz yang muda belia, fuh, mesti lagi gempak. satu pendekatan yang sangat menarik golongan muda. Syabas TV Al Hijrah.

iklan di FB

Bila nampak iklan ni, lagi lah berazam nak tengok beliau dekat-dekat. Jadi, dengan semangat seorang diri, aku pun pergilah ke siri rakaman ini.

semangat di PIIACuF

gelagat pengarah Pn. Ros dengan krewnya. sempoi je Fatih

hampir 30 minit juga nak tunggu setup pentas dan Fatih asyiklah mundar mandir atas pentas. sambil tu dia sempat juga baca AlQuran. fuh... sedap!

aku bajet orang ramai. tapi tak ramai pun. mungkin sebab masa kerja

Pn. Ros bagi panduan dan kaedah rakaman.

gelagat jurukamera


gambar yang dia snap sendiri atas pentas dan upload kat FB beliau. aku download dan share kat sini

ini caption oleh TV AlHijrah

berikut siri rakaman yang sempat aku rakam senyap-senyap, sambil mata pandang ke pentas sebab kamera asyik la zoom tetiba kat penonton. Jadi, maafla kalau muka Fatih tak nampak pun.


Sabtu, November 09, 2013

Cendekiawan Andalusia di Putrajaya

masih di pameran PIIACuF pada 6 November 2013 (Rabu). dalam pos yang lalu aku kongsi gambar pameran tentang senibina dan hari ini aku berkongsi tentang tokoh ilmuwan di Andalusia yang sangat terkenal. 

al Khawarizmi seorang pakar matematik

Ibnu Firnas sebelum Oliver & Wright. idea terbang

Al Idrisi pelayar dan pelukis peta bumi

Ibnu Juljul tokoh perbutan. ini tokoh yang baru aku dengar nama beliau

Al Zahrawi ilmu perubatan juga

Ibnu Baitar saintis islam dalam bidang botani? wah.. really? boleh jadi idola aku ni.

Ibnu Zuhr pakar bedah. fuh!!
Maslama Almajriti oh.. banyak nya kepakaran beliau. astronomi dan banyak lagi
hah.. cuba teka ni siapa? tokoh mana daripada di atas tadi?
bakal menjadi tokoh. huhu.. jadilah orang ya ArRabe'


Rabu, November 06, 2013

Andalusia di Putrajaya PIIACuF

Alhamdulillah pagi tadi sempat pergi PIIACuF. comel je bunyinya. merujuk kepada laman web {http://www.piiacuf.com/}

The Putrajaya International Islamic Arts and Cultural Festival (PIIACuF) is the first event of its kind to be organized in Malaysia. It aims at pioneering the values of Islam through the perspective of a moderate society in which arts and culture take center stage in delivering the messages of Islam to the world. Islam, as a way of life, had its fair share in shaping the world through the ages. From the best of philosophers, thinkers, artists and leaders, PIIACuF will exhibit some of the finest works of Islam through the organizing of exhibition, seminars, symposiums, music and the arts. Themed “From Andalusia to Putrajaya”, PIIACuF 2013 hopes to celebrate the Golden Ages of Islam in Andalucia, Spain and take its visitors through a journey of enlightenment. The appreciation towards past achievements and success of the Muslim world then will surely open a new world of thoughts for the future of Islam and Muslims in a modern world. Organized by Perbadanan Putrajaya (PPj), the administrator of Malaysia’s Government Administrative Centre, the PIIACuF will also showcase the beauty and splendor of Putrajaya with magnificent architectures, buildings and places of interest for visitors to experience. This will also be prelude to the much anticipated Visit Malaysia Year 2014. The event promises the best of Islamic Arts & Culture under one roof and surely will be an event not to be missed. Join us for this wonderful journey of appreciation at Putrajaya International Islamic Arts & Cultural Festival 2013.

Jadi aku berkongsi sedikit perjalanan aku di Dataran Putrajaya dan pameran dari Andalusia ke Putrajaya. Terasa teringin nak pergi sana!


pintu masuk bilik pameran. nampak smart pintu gerbang dengan latar belakang Taj Mahal (Mahkamah keadilan)


sedikit penerangan tentang tema PIIACuF

batu bersurat terengganu. cuba teka apa maksud tulisan jawi ni?

sejarah awal Islam di Andalusia

buku autograf VIP

peta sepanyol andalusia

sejarah Masjid Cordoba

pintu masuk dia pun cantik!

kubu alcaza di Almeria

istana alhambra paling terkenal.

medina azahra

hiasan dalaman alhambra

ciri Andalusia pada bangunan di Putrajaya


Selasa, November 05, 2013

Minggu Pendaftaran Kelab Rakan Taman

Ini kali keempat aku menjaga booth Kelab Rakan Taman UKM, sebuah organisasi pelajar UKM terhadap keceriaan dan membantu pengurusan Taman Paku Pakis, Taman Herba dan Hutan Simpan Kekal UKM. Tak pernah rasa jemu pabila berjumpa orang dan mempromosikan alam. Teringat zaman dulu hanya dua tiga sahaja penggerak, namun alhamdulillah sekarang semakin ramai AJK yang turut membantu dalam promosi kelab ini. Alhamdulillah juga, kelab mendapat pinjaman peralatan dan poster pameran bagi menceriakan booth kami.

kreatif siapa yang buat ni, tahun depan nak cadang buat photo booth. Jom Anis!

Aku berharap tahun ni dapat ramai ahli kelab lelaki yang aktif.

comel tak? peralatan pameran daripada Green ROSE sebagai salah satu program besar dari Fakulti Sains Sosial Kemanusiaan dalam Trek Alam Sekitar.

Yang Dipertua, Anis Mardhiah (kanan) dan Syafiqah (kiri) khusyuk menjaga booth Kelab Rakan Taman UKM.

Walimah Miqdad

Alhamdulillah, adik aku selamat diijabkabulkan pada tanggal 3 November 2013. Setelah 8 tahun perkenalanku dengan mereka berdua, rasa sangat bersyukur mereka telah menjadi suami isteri. Tahniah Miqdad dan Izzati. Semoga berbahagia dan dimurahkan rezeki selamanya!

aku masih simpan gambar semasa majlis makan malam pengawas tahun 2004.

setelah 8 tahun. alhamdulillah.

merencana diri dengan penuh tekad

Sekali lagi aku menulis untuk azam baru bagi tahun 1435 hijrah dan menjelang 2014 masihi. Ini sekaligus untuk perencanaan diri aku sempena usiakan 25 tahun 18 hari. Aku tak sempat nak menulis pada 16 Oktober 2013 (ulangtahun hari lahirku) kerana aku sibuk untuk menyelesaikan tugas sebagai pembantu penyelidik siswazah bagi Program Kesedaran Alam yang diberi nama SEE Nature. Alhamdulillah hari ini, 5 November 2013 aku berjaya meluangkan masa untuk menulis di sini.

Perencanaan diriku bagi 1435 hijrah ini aku akan mulakan dengan imbasan perjalanan hidupku. Apakah yang telah aku lalui (secara ringkas) sebelum umurku mencecah usia 25 tahun dan mengapa banyak azam yang terdahulu masih belum berjaya. Adakah aku hanya meletakkan seribu satu alasan bagi menutup kesalahan diri yang tak berjaya memenuhi azam itu? Ye, mungkin. Tetapi seribu satu alasan ini telah berpunca dari diri aku sendiri yang tidak mampu menguruskannya dengan baik. Diharap, aku akan mampu untuk sedar dan tidak mengulangi alasan ini bagi setahun yang akan datang.

Seperti yang telah tulis tahun lepas, melalui blog ini aku dapat lihat sejarah dan bentuk penulisan diriku pada masa yang lalu. Aku bermula dengan tahun:
Disember 2009 - merencana diri
Januari 2010 - kerana aku pernah menjadi adik
2011 - ??
November 2012 - merencana perubahan diri 
November 2013 - merencana diri dengan penuh tekad

Muhasabah tahun 2012, bagiku tahun ini adalah tahun kegelapan kerana aku tak mampu untuk mencapai satu pun azam ku. Terasa malu untuk dikongsi kat sini tetapi kita perlu bangkit daripada kegagalan ini.

Bismillah, Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

1. Pengajian Sarjana
2010 - sambung belajar dalam peringkat sarjana
2011 - musibah patah peha kanan dan kerja makmal terhenti 8 bulan
2012 - menaikkan semangat diri dan menghabiskan kerja makmal
2013 - menulis tesis dan bekerja bagi program kesedaran alam

Aku gagal untuk menyiapkan penulisan tesisku seperti azam tahun lepas. Keterbatasan waktu bermula Januari 2013 ketika aku telah menjawat jawatan pembantu penyelidik siswazah bagi program kesedaran alam. Kerja sambil belajar memang mencabar sebab kerja terlalu banyak sehingga aku terpaksa bawa balik kerja tu sehingga malam dan hujung minggu. Alhamdulillah program kesedaran alam ini telah berjaya dilaksanakan dua kali di Kuala Selangor dan Kuala Gula. Selain itu, aku telah menjadi fasilitator bagi ASEAN Youth Volunteer Programme hampir 5 minggu bermula Ogos 2013 di Kuala Selangor dan UKM.

Kerja ini sangat menyeronokkan sebab aku peroleh pelbagai pengalaman dan persiapan ke alam pekerjaan. Mungkin sebab itu aku leka dalam bekerja dan mengabaikan penulisan tesisku. Sehinggakan aku telah banyak menghampakan umi, abuya dan supervisor aku untuk aku menamatkan pengajian tahun 2013. Atas desakan dan peluang daripada mereka bertiga, aku bertekad mulai November (bulan ini) aku nak berhenti bekerja. Sememangnya pengalaman tidak berduit selama 4 bulan tahun 2012 akan berulang kembali, sebab itu jugalah aku ambil risiko kerja untuk program ini, tetapi umi cakap biarlah aku sengsara sebulan dua ini, "cukuplah, tambah semester lagi. duduk di rumah buat tesis".

Pengajaran 2013 - Kemahiran pengurusan masa penting terutama kita melakukan 2 kerja dalam satu masa (belajar dan kerja). Jangan buat kerja di rumah, siapkan kerja hanya pada 8 pagi hingga 5 petang sahaja. Jangan tangguh-tangguh kerja, sekali kita tangguh, selamanya kita akan menyesal kerana tak selesaikan awal. Duit memang sentiasa tak cukup, berjimatlah dan utamakan pembayaran hutang terlebih dahulu.

Perancangan 2014 - tamat pengajian sarjana

  • November 2013 - siapkan penulisan
  • Disember 2013 - semakan dan pembetulan
  • Januari 2014 - cari kerja sementara
  • Mac - Ogos 2014 - penilaian tesis
  • September 2014 - pembetulan
  • Oktober 2014 - konvokesyen
2. Pengalaman Kerja
2010 - Praktikal di Taman Konservatori UPM
2011 - membantu di Taman Paku Pakis UKM
2012 - Program Perintis Kesedaran Alam UKM-MNS di Kuala Selangor
2013 - Program Kesedaran Alam di Kuala Selangor dan Kuala Gula

Sejak berkerja dalam penganjuran program kesedaran alam, aku rasa seronok untuk terlibat dalam kerja-kerja sebegini. Pengalaman sebelum kerja ini, aku pernah terlibat dengan kerja di dalam Taman Konservatori UPM, aku banyak belajar tentang pengurusan taman, tumbuhan ubatan dan landskap. Meskipun pengalaman singkat tetapi ia memberi pengalaman yang sangat berharga. Selepas itu aku terlibat dengan kerja tak rasmi di bawah Penyelaras Taman Paku Pakis UKM, jadi aku banyak membantu dalam memberi penerangan kepada adik-adik sekolah dan pelawat taman tentang paku-pakis dan kepentingan taman ini. Dari sini, bibit kecintaan terhadap alam sangat tinggi. Ditambah dengan pengalaman dalam penganjuran program kesedaran alam, sangat mengajar aku tentang karenah birokrasi dalam penganjuran program-program sebegini. Alhamdulillah kerja sebagai fasilitator ASEAN Youth Volunteer Programme kepada 100 peserta dari 10 negara ASEAN dalam usaha menjadi pemimpin kepada alam sekitar memberikan pelbagai ilmu tentang pemuliharaan alam dan kaedah mengurus manusia.

Pengalaman ditemuduga pada 17 Oktober 2013 yang lalu di sebuah Institut Medical Research (IMR) di Jalan Ipoh sangat mengujakan. Itulah kali pertama aku merasainya. Aku tak kisah dapat ke tak tawaran ini sebab aku hanya ingin cuba. IMR kata akan telefon lagi 3 hari selepas temuduga, namun tiada panggilan. Jadi, aku beranggapan aku tidak diterima. Tetapi 1 November, aku mendapat panggilan, "kenapa tak datang kerja?", aku terkejut dan gementar sebab aku tak bercadang nak bekerja lagi sekarang sebab aku nak menghabiskan tesisku. Perbincangan dengan penyelia tesisku, beliau cakap "jangan keluar mulut harimau, masuk mulut buaya". Peringatan ikhlas beliau sebab dia sudah faham perangai aku. Beliau lah yang paling bersabar dan baik dengan aku. Aku tolak tawaran ini untuk fokus tesis 2 bulan ini.

Pengajaran: Jangan campur aduk masa kerja dengan masa untuk diri dan keluarga. Kadangkala bila kita terlalu sibuk, kita lupa semua kawan, lupa berkasih-sayang dengan keluarga, bahaya! Kita kena ada disiplin diri dalam bekerja. Jika masuk kerja jam 8-5, penuhi masa itu sebaiknya, siapkan kerja meskipun sikit. jika tiada kerja nak dibuat, bersiap sedia kerja yang bakal tiba.

Perancangan 2014 - dapat kerja dalam bidang alam sekitar atau botani


  • November 2013 - hafal nama-nama pokok
  • Disember 2013 - cari kerja dan pergi temuduga
  • Januari 2014 - mulai kerja.

3. Persahabatan

Ada sesuatu aku nak ulas di sini, tetapi aku rasa akan mengaibkan diri seseorang. Perkenalan hampir 5 tahun dengan beliau, terpisah begitu sahaja disebabkan satu peristiwa. Bagiku, istilah sahabat ialah seseorang yang sangat rapat dengan kita, berkongsi senang susah payah, suka duka lara bersama dan akan membantu kita dalam sentiasa mengingati Allah. Namun, gelaran itu gugur apabila definisi itu tidak lagi berfungsi. Aku tidak mahu memutuskan silaturrahim, lagi-lagi 5 tahun perkenalan, sesungguhnya sesuatu yang amat memeritkan apabila mahu berpisah dengan seorang yang pernah kita anggap sebagai sahabat. Aku yakin aku juga pernah melakukan kesilapan dan pasti setiap manusia melakukan kesilapan. Aku terus berdoa moga aku, beliau dan anda diberikan rahmat dan petunjuk hidayah dari Allah SWT. Semoga kita dilindungi daripada dosa dan fitnah yang akan mengheret kita ke api neraka Allah. Nauzubillahiminzalik. Teruskan berdoa kepada Allah, "Kurniakanlah kami sahabat yang baik yang akan membimbingku ke jalanMu yang benar, berikanlah sahabat yang mana aku dan dia berkasih sayang hanya untuk Mu Allah, agar kelak kami bersama dapat masuk ke syurgaMu."

4. Pensyarah

Buat masa sekarang aku tidak mahu meletakkan ini sebagai kerjaya tetapku seperti azam-azamku sebelum ini. Aku melihat keadaan aku masa sekarang belum mengizinkan aku untuk mencapai kerjaya ini sebagai pensyarah. Ia masih menjadi harapanku tetapi ia bukanlah matlamat aku. Tuntutan untuk aku kerja segera lebih tinggi daripada aku menyambung pelajaran PhD dan menjadi pensyarah. Oleh itu, aku serahkan kepada Allah untuk menentukan perjalananku selepas aku menghantar tesis tahun 2014. Istiharah ku dan perbincangan dengan senior dan orang keliling akan ku lakukan dalam tempoh ini bagi melihat peluang yang lebih baik dalam memenuhi tuntutan keadaanku sekarang.

5. Hafiz Quran 

Aku masih belum berjaya untuk melaksanakan azam tahun lepas. Kenalanku itu akan menghadapi SPM pada tahun ini bermula 6 November dengan 10 subjek. Jadi, kami telah berpakat bersama, aku bantunya dalam mengajar subjek Matematik, Matematik Tambahan dan beliau selepas SPM akan membantu aku untuk menghafaz Quran. Perancangan ku masih seperti tahun lepas, bermula dengan pembetulan makhraj dan tasmi' bacaan.

Perancangan 2018 - hafaz Quran
  • 2013 - sehari paling kurang 4 muka surat dan baca terjemahan
  • 2014 - pembetulan makhraj dan belajar tajwid, cuba hafaz 1 bulan 1 juzuk.
  • 2016 - fahamkan terjemahan ayat AlQuran
  • 2017 - fahamkan asbabun nuzul setiap ayat
  • 2018 - fahamkan tafsir ayat AlQuran
  • setiap hari - amalkan ayat AlQuran dalam setiap langkah dan perbuatan.
6. Penulis

Dalam mindaku, ada dua jenis buku yang ingin aku tulis iaitu novel dan buku motivasi. Hanya satu permasalahan aku iaitu nama pena. Apakah nama pena yang sesuai dengan penulisanku. Aku inginkan nama yang berbeza kerana aku mungkin akan terlibat dalam dunia akademik, jadi kerja penulisan saintifik aku akan menggunakan nama asalku Mohd-Arrabe' A.B. dan ia tidak sesuai digunakan untuk penulisan buku motivasi dan novel. Aku kerap kali terfikir nama pena Lakaran Musim Bunga tapi macam tak menarik dan tak nampak seperti nama orang. Hmm.. kalian ada cadangan?

Tahun lepas, aku ada cakap aku taknak fikir tentang ini, tetapi aku asyik fikir sahaja tahun 2013. Cemburu dengan Hilal Asyraf yang rajin menulis dan sudah ada berbelas-belas buku. Novel dan buku motivasi beliau sudah ada, malahan dalam usia muda sudah ada grup untuk blog beliau. Usaha dakwah beliau sangat hebat dengan ilmu agama yang tinggi sangat mengujakan aku untuk menjadikan beliau sebagai contoh teladan. Aku pasti boleh.

Perancangan 2020 - menjadi penulis yang dapat memberi inspirasi kepada orang lain. Best seller!
  • 2014 - buku motivasi 'study smart and hard'
  • 2015 - buku kepimpinan
  • 2016 - novel kepimpinan
  • 2017 - buku 'kehidupan'
  • 2018 - buku 'beringat sebelum kena'
  • 2019 - koleksi tulisan "andai..."
  • 2020 - novel cinta 
7. Hutang-piutang

Sesungguhnya terlalu banyak orang yang berjasa dalam diri aku sepanjang 2013 yang sudi memberikan aku pinjam duit untuk aku menempuh hidup sebagai seorang pelajar sarjana. Malu diri ini untuk meminta-minta, tetapi aku juga segan untuk menyusahkan keluarga sendiri yang mempunyai masalah kewangan. Kerap kali merasa diri ini sepatutnya akulah yang menyara keluarga aku dan bukannya menyusahkan mereka. Buat sahabat dan saudara mara yang sudi meminjamkan aku duit, aku berjanji akan langsaikan segera hutang piutang setelah aku mendapat pekerjaan tetap. InsyaAllah doakan saya dapat membayar secepat mungkin. Hutang ini memang seronok apabila diterima namun, ternyata amat perit apabila untuk dibayar semula. Ia akan menjadi lebih perit apabila semua amalan kita akan digantung di akhirat kelak apabila aku tak langsaikan sebelum nyawaku dicabut. Setiap bulan aku akan asingkan segera duit gaji dengan duit bayaran hutang. Sedikit-sedikit akan ku bayar. InsyaAllah menjelang azam 2015 (tahun depan), aku sudah berjaya langsaikan. Manakala, hutang PTPTN dan pinjaman kereta, aku  masih lagi berazam untuk selesaikan hutang >RM17K menjelang 2020.

8. Pendakwah

Rupanya aku telah terlupa nak letak perkara ini dalam azam tahun lepas. Astaghfirullah al-azim. Cemburu melihat kawan-kawan aktif usrah dan dakwah. Aku tidak akan futur, aku akan bersama kembali dengan kalian. Terima kasih sahabat seusrah sejemaah, antum banyak memberi semangat pada ana dulu dan sekarang, namun atas keadaan diri ini masa ini, ana sangat rindukan antum semua. 2014 kembali dakwah yok!!

9. Usahawan

Masih berangan nak buka restoran. hehe. Restoran Bawah Pokok atau Restoran Cekodok. InsyaAllah target selepas dapat pekerjaan tetap. mungkin selepas 2020. Ideanya masih seperti ini - restoranku

10. Perkahwinan

tahun lepas aku kata tak boleh cerita di sini? aku akan cerita dalam UBi? haha... blog tu terpaksa disorokkan sebab ada perkara yang amat peribadi. jadi, abaikanlah UBi. untuk makluman, statusku buat masa ini adalah "belum mencari", jadi maksudnya aku masih belum ada pasangan atau calon atau tunang. Jika status aku bertukar kepada "ingin mencari", barulah aku akan mengalu-alukan cadangan dan perbincangan melalui ORANG TENGAH. Orang tengah itu tidak semestinya aku kenal, orang yang tidak kenal pun tidak mengapa. Tujuan orang tengah ini sebab aku rasa lebih selesa untuk bertanya, menerima atau menolak tawaran ini. Aku juga perlu selidik persetujuan daripada keluarga aku, sebab aku anak seorang (tunggal). Moga Allah pertemukan aku dan kalian jodoh yang dirahmati Allah. 2014 InsyaAllah. 

Kesimpulannya
"Allahu Rabbi, 25 tahun sudah aku hidup di muka bumi-Mu, segala azam dan harapanku ini adalah kerana Allah dan untuk aku manfaatkan kepada ummat"
buat rakan dan sahabatku, pimpinlah dan bantulah aku dalam mencapai hasrat ini. Terima kasih.