Ahad, Februari 13, 2011

mandi sungai:seluar panjang


siapa yang tidak suka mandi sungai?
aku bukan seorang yang pandai berenang.
masih memijak-mijak lantai sungai, agar rasa keyakinan untuk mandi.
tidak mampu aku untuk mandi dengan kaki tidak mencecah bumi.
apalah nikmat mandi sungai jika tidak mampu berenang?
sedikit cemburu melihat rakan-rakanku yang bergerak ke sana-sini dengan pantas dalam air yang mengalir.
namun perasaan tidak dibiar terus cemburu, digagahkan badan untuk terapung.
terapung dan mencuba berenang.

insiden di Pulau Tinggi, Johor. masih cemburu setahun yang lalu.
cemburu melihat orang berenang dengan baik.
pernah meminta En. Soed mengajarku berenang di lautan biru.
sekadar pelampung, aku mampu sedikit berenang.
aku sudah boleh berenang dengan perlahan.
keesokannya, kami dilepas ke dalam laut China Selatan untuk melihat batu karang.
tetapi dengan berjaket oren.
alhamdulillah sangat teruja untuk melihat batu karang, perlahan-lahan aku mengepak tanganku.
masih terapung, sambil mata melihat batu karang ciptaan Ilahi.
keghairahan yang amat, sehingga 4 jam di laut biru seumpama 4 minit.
wisel dibunyikan menandakan kami perlu balik ke bot.
aku akur, dan mengepak tanganku.
ku kayuh kaki dan kepak tanganku.
ku usaha lagi dan lagi.
tetapi hanya aku bergerak sedikit dan sangat sedikit sahaja.
selama 30 minit aku berusaha, sementara kawan-kawanku yang lain sudah tiba di bot.
aku cemburu, kenapa aku tak sampai lagi?
hampir berputus asa, kawan-kawan yang melihatku terus memberikan sokongan.
terus diteruskan lagi...
mengalah, tidak sampai.

Sungai Lepoh yang baru sahaja aku mencuba untuk berenang kembali.
namun aku belum tinggi keyakinan untuk berenang di bahagian yang lebih dalam.
tetapi syukur ada teman yang sudi mengajar aku.
sedikit sebanyak aku belajar, meskipun lambat.
teringat pesanan ayahku, aku kena mahirkan berenang sebab itu galakan nabi Muhammad SAW.
aku masih tidak mengerti kenapa Nabi Muhammad menyarankan kita untuk mahir berenang.
tetapi saranan ini harus aku jayakan.
mungkin aku lewat tetapi belum lagi terlambat.

seluar panjang?
apa kaitan dengan topik mandi sungai?
kerap kali seluar panjang yang berpoket telah mengapungkan aku.
sukar untuk aku berenang dengan seluar panjang.
tetapi lagi sukar untuk mendedahkan aurat untuk mudah berenang.
aurat yang mana terbuka?
aurat aku yang lelaki... antara pusat sehingga ke kepala lutut.
insyaAllah meskipun sukar untuk berenang, aku masih perlu menutup auratku.
itu pinta Penciptaku, untuk apa?
hanya Dia Maha Mengetahui.


1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Alhamdulillah. Bagus En. Arrabe. Terus istiqamah ya.

Masa sek rendah, darjah 2, ada cikgu lelaki beragama islam tak bagi pakai tudung masa pj (pend jasmani). Tp mak suruh pakai jugak. Setiap kali hari ada pj, nanges2 tak maw pegi sekolah.