Rabu, Februari 23, 2011

ingin menjadi raja?


sering kali melalui jalan sebelah rumah besar tersergam indah di atas bukit Mutiara Bangi.
pernah berkali-kali aku merenung rumah banglo itu ketika di lampu isyarat.
tidak sekali aku nampak orang di dalam rumah itu.
terbayang diri aku mempunyai rumah yang sebegitu indah dan besar sepertinya.
pelbagai ruang yang boleh aku manfaatkan.
ruang untuk buat perpustakaan yang boleh digunakan oleh sahabat-sahabatku.
ruang untuk usrah yang mampu mengisi hati yang sedikit lara dan duka.
ruang untuk keluarga yang mampu memberi seloka dan riang ceria.
ruang untuk tuisyen buat adik-adikku agar mampu mencapai kejayaan terbaik.
ruang untuk program kerohanian dalam rumah yang serba indah.
oh... alangkah indahnya menjadi tuan di rumah ini.

bagaimana pula rumah yang diduduki Raja dan Sultan.
oh, bukan rumah.
tetapi istana.
dengan laman yang begitu luas, dengan pengawal mengelilinginya.
makanan tersedia enak tidak terperi setiap hari.
katil berserta tilam empuk sehingga tulang belakang seperti terapung di atas awan.
bilik air yang berkerlipan sinar dan haruman mewangi.
tiada suasana hiruk pikuk di luar istana.
tenang dan aman di dalamnya.
dengan deruan air terjun yang terkandung ikan mahal di laman.
pelbagai pakaian beraneka rasa dan seri.
daripada sutera sehinggalah kepada mutiara gemerlapan.
sehingga lantai disentuh tidak terasa berpijak di bumi nyata.
oh... alangkah indahnya menjadi raja di istana ini.

aku ini hanya insan biasa.
memijak di bumi yang nyata.
tidur tidak terbang ke awan.
hanya bermandi air berklorin.
masak sendiri ataupun beli.
tiada laman tetapi parkir.
laman ada tetapi perlu dikongsi.
oh... alangkah indahnya tidak menjadi seperti ini.

sahabatku.
jangan dikau berkata begitu.
ingin menjadi raja?
mempunyai rumah yang lebih hebat daripada banglo dan istana?
kita hanya rakyat biasa.
bukannya raja yang berkuasa.
mana mungkin aku boleh mampu.

sahabatku.
usahlah dikau bersedih dan menyerah kalah.
jadilah raja untuk dirimu.
apakah kamu ingin menjadi raja untuk dirimu?
dan dengan secara sendiri istana gah dan mashyur terbina untukmu kelak.
mahukah kamu tahu caranya?
bagaimana mahu menjadi raja untuk diri sendiri?
berusahalah kita.
menjadi raja untuk diri sendiri.


>> klik untuk menjadi raja <<

cara menjadi raja:
1. kita kena ingat bahawa diri kita ini adalah milik Allah Swt.
2. kisah Nabi Yusuf alaihissalam - thanks to Allah, who was giving him kingship. to rule Egypt? no, but Allah giving kingship in himself. is that true: how beautiful women trying to seduce him, but he can king over himself.
3. and u: king or slave to yourself?
4. how?
- berpuasa, mengawal segala nafsu badan kita.

- sedekah, membuatkan kita rasa tidak fikir pasal wang sangat
- bangun malam, qiyam al lail.
- tutup jalan menuju kepada jalan maksiat (AVOID couple, dating, sex, porn website)
- avoid evil, from its root.

Ahad, Februari 13, 2011

haram promosi **lentine's Day

aku pernah pos status di laman Facebook.com tentang:

"teringat semasa khutbah jumaat di Masjid Kuala Pansoon, Hulu Langat. fatwa telah mengharamkan mereka yang meraikan Hari Valentine atau yang mempromosikan Hari Valentine (wish/kuiz valentine dll). semoga kita tidak terlibat dan memohon keampunan Allah"

tersentak aku.
manakan tidak tersentak, kita khusyuk menanti azan dalam Masjid Kuala Pansoon yang tak berkumandang.
jam di skrin digital sudah hampir 5 minit berlalu menandakan azan Zohor.
masjid yang baru dipenuhi oleh 80 orang tetapi telah padat di dalamnya.
masjid berskala kecil ini, hampir 40% dipenuhi oleh remaja berjubah dan berserban putih.
terlihat pakcik (yang mungkin macam bilal) bangun berjumpa dengan pakcik (entah?) di pintu masjid di saf kedua sambil menunjukkan tangan 'Ok'.
aku terus menanti azan...

"DUM!" tersentak jantung aku.
bagai nak gugur jantung. namun, alhamdulillah tidak gugur.
aku terus menoleh ke kanan, di sebelah pintu baris saf ke 8, terlihat pakcik (entah?) tadi memukul beduk.
dipukul kali kedua. aku tersenyum sambil mengurut2 dada.
remaja serban putih di sebelah aku pun turut kata 'terkejut'.
lantas azan pun berkumandang.

terus aku ingin mengulas tentang nasihat khatib Jumaat lalu (11 Februari 2011) di Masjid Kuala Pansoon.
seperti biasa, khatib mengingatkan aku untuk sentiasa bertaqwa kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa.
tersedar aku kembali setelah hampir seminggu tidak cas diri.
cas pintu rohani diriku yang sekejap berkarat dan sekejap cantik.
hanya istiqamah yang mampu mencantikkan pintu rohani ini.
mataku bertahan setahannya... tak nampak syaitan yang duduk bergayut-gayut di alis mataku.
aku cuba timbulkan minat kepada kata-kata khatib, meskipun khatib berkhutbah mendatar.

khutbah berkenaan dengan hari **lentine.
fatwa mengatakan haram untuk kita umat Islam menyambutnya.
HARAM!
tetapi sejauh mana anak muda macam adik-adik aku faham tentangnya?
kenapa haram?
pasti ramai yang persoalkan dan mungkin lebih ramai yang buat tak tahu saja.

aku teringat seorang teman di laman Facebook yang suka kontroversikan statusnya.
kadang-kala, aku muak dan buntu nak jelaskan bagaimana.
namun, aku sayang dia, kerana dia masih seorang muslim.
contoh status beliau tentang **lentines Day:

"Love is on the air... take a breath all... HAPPY **LENTINE's DAY!"

"
Valentine is celebrated with love and roses. It has nothing to with having sex with a stranger or massacres of moslem in the past time. You've your right not to celebrate but don't tell a lie about it"

"
I wish I could ask the sexiest person alive to be my valentine. But it would be pretty weird asking myself. haha"
"
Say No to Free Sex on Valentine's Day! HAPPY **LENTINE's DAY ALL :)"

katanya beliau bergurau, tetapi semoga dia tidak menyambutnya.
semoga beliau sentiasa berada dalam lindungan Allah.

khatib dengan tenang mengingatkan lagi kepadaku tentang hukum mereka yang mempromosikan hari ini juga.
aku tak terlintas langsung dengan orang yang mempromosikan ini.
rupanya ia juga termasuk dalam haram.
kenapa orang promosikan haram?
contohnya apa?
antara yang aku ingat, ucapan kita kepada orang lain tentang hari ini meskipun kepada bukan muslim.
mungkin juga menyertai kuiz hari **lentine?
mempromosikan jualan sempena hari **lentine?

kesimpulannya: aku bukan pakar dalam bab fatwa. aku serba lemah dalam bab hukum. jadi aku akur dengan ulama' yang telah mengharamkan **lentine ini.
kita nak tak nak, suka atau tidak suka, meskipun kita tak buat seks pada hari ini atau hari lain, akurlah!
Allah sentiasa pesan janganlah kau hampiri zina. meskipun anda tak buat, tetapi kita khuatir kita akan menjadi penyumbang kepada orang lain berzina.

Ya Allah, ampunilah dosa kami, dan lindungilah kami daripada jalan2 pembuka kepada zina. ampunilah kami!

p/s: khuatir anak2 muda (terutama yang wanita) meskipun mereka pakai kondom. jauh, jauh!!

mandi sungai:seluar panjang


siapa yang tidak suka mandi sungai?
aku bukan seorang yang pandai berenang.
masih memijak-mijak lantai sungai, agar rasa keyakinan untuk mandi.
tidak mampu aku untuk mandi dengan kaki tidak mencecah bumi.
apalah nikmat mandi sungai jika tidak mampu berenang?
sedikit cemburu melihat rakan-rakanku yang bergerak ke sana-sini dengan pantas dalam air yang mengalir.
namun perasaan tidak dibiar terus cemburu, digagahkan badan untuk terapung.
terapung dan mencuba berenang.

insiden di Pulau Tinggi, Johor. masih cemburu setahun yang lalu.
cemburu melihat orang berenang dengan baik.
pernah meminta En. Soed mengajarku berenang di lautan biru.
sekadar pelampung, aku mampu sedikit berenang.
aku sudah boleh berenang dengan perlahan.
keesokannya, kami dilepas ke dalam laut China Selatan untuk melihat batu karang.
tetapi dengan berjaket oren.
alhamdulillah sangat teruja untuk melihat batu karang, perlahan-lahan aku mengepak tanganku.
masih terapung, sambil mata melihat batu karang ciptaan Ilahi.
keghairahan yang amat, sehingga 4 jam di laut biru seumpama 4 minit.
wisel dibunyikan menandakan kami perlu balik ke bot.
aku akur, dan mengepak tanganku.
ku kayuh kaki dan kepak tanganku.
ku usaha lagi dan lagi.
tetapi hanya aku bergerak sedikit dan sangat sedikit sahaja.
selama 30 minit aku berusaha, sementara kawan-kawanku yang lain sudah tiba di bot.
aku cemburu, kenapa aku tak sampai lagi?
hampir berputus asa, kawan-kawan yang melihatku terus memberikan sokongan.
terus diteruskan lagi...
mengalah, tidak sampai.

Sungai Lepoh yang baru sahaja aku mencuba untuk berenang kembali.
namun aku belum tinggi keyakinan untuk berenang di bahagian yang lebih dalam.
tetapi syukur ada teman yang sudi mengajar aku.
sedikit sebanyak aku belajar, meskipun lambat.
teringat pesanan ayahku, aku kena mahirkan berenang sebab itu galakan nabi Muhammad SAW.
aku masih tidak mengerti kenapa Nabi Muhammad menyarankan kita untuk mahir berenang.
tetapi saranan ini harus aku jayakan.
mungkin aku lewat tetapi belum lagi terlambat.

seluar panjang?
apa kaitan dengan topik mandi sungai?
kerap kali seluar panjang yang berpoket telah mengapungkan aku.
sukar untuk aku berenang dengan seluar panjang.
tetapi lagi sukar untuk mendedahkan aurat untuk mudah berenang.
aurat yang mana terbuka?
aurat aku yang lelaki... antara pusat sehingga ke kepala lutut.
insyaAllah meskipun sukar untuk berenang, aku masih perlu menutup auratku.
itu pinta Penciptaku, untuk apa?
hanya Dia Maha Mengetahui.


mesir




Mesir..
hampir 3 minggu berlarutan.
Jumaat 11 Februari 2011, semasa aku di Sungai Lepoh, berdekatan dengan Gunung Nuang.
khabar berita Hosni Mubarak telah meninggalkan Mesir di akhbar.
pelbagai ura-ura akhbar mengatakan beliau akan letak jawatan dalam masa terdekat.
namun, solat jumaat di masjid masih tiada khabar berita tentang Mesir.
masih tiada isu semasa pada skrip khatib, meskipun sudah hampir 3 minggu berlalu.
semoga khutbah Jumaat tidak membosankan.

Mesir...
aku ambil tahu setiap berita yang keluar di media Malaysia (meskipun media yang bias).
tetapi ini tidak bermakna aku adalah pakar dalam isu mesir.
aku mengambil tahu untuk aku tidak terlepas dalam satu perubahan yang besar impaknya.
tetapi tidaklah mampu aku menganalisa impak dan kesannya.
kerana aku masih cetek ilmu ku. masih mencari dan terus mencari.

Mesir....
sebelah malam setelah ku terlena, SMS bertalu-talu masuk.
SMS status rakan facebook ku.
aku yang terjaga seketika, membaca dan meneliti.
benarkah berita ini. hampir 7 orang yang aku 'subsribe' menyatakan Hosni Mubarak telah meletakkan jawatan.
terasa lega yang teramat sangat dan syukur kepada Allah.
meskipun aku tidak terlibat dengan pakatan hebat rakyat Mesir ini, namun, usaha mereka telah membuahkan hasil.

pengganti Hosni Mubarak?
rakyat Malaysia yang belajar di sana?
tenteramkah negara mereka selepas ini?
tindakan Amerika dan Israel?
itu masih dalam titik persoalan dalam benak otakku.
semoga Allah merahmati kembali bumi Mesir.
mabruk Syabab!


p/s: boleh rujuk kenyataan Syeikh Hamza Yusuf. aku masih belum sempat membacanya. InsyaAllah akan dikongsi dapatan aku.



Rabu, Februari 09, 2011

IniAkuArRabi' vs IniAnwarHadi


percaya atau tidak.
selama melayari laman Youtube.com mencari input2 diri.
tidak sangka akan ku temu suatu video yang sangat memberi kesan.
terima kasih kepada Nur Ainina Rosman yang telah statuskan video ini di Youtube.com.

selama aku tengok Shane Dawson mengarut dan merepek dalam videonya.
selama aku tengok Annoying Orange meloyakan dan sangat nyesal tengok.
selama aku tengok CikShidadariParit memimikkan muka menyanyi.
ketiga-tiga ini aku tidak memperoleh input langsung.
malah nyesal tengok turut ada.

Inianwarhadi...
semasa klik di laman Facebook.com (FB)Nur Ainina Rosman.
terlihat komennya:

[ramai eh orang suka buat video macam ni sekarang? macam dah jadi trend pulak.. haha.. ciNtaI LeW bAhaSew kiTeW~ -_-]

teringin nak tahu apa yang Ainina cuba maksudkan.
lantas...
mula-mula sangat pelik, dengan bibir Anwarhadi yang terlalu dekat dengan videokamera.
dihujung video, rasa sangat terinspirasi.
seolah-olah, aku nampak Anwarhadi sangat menggunakan medium ini dengan tujuan yang sangat baik.
terbayang dalam benak fikiranku.
siapakah lelaki ini yang berani mencari publisiti (menca-pub) sebegini?

berdasarkan video-video nya, usianya masih muda, pelajar TESL di Ausralia.
sangat bagus dia menasihatkan dan membuka pemikiran.
alangkah bagus aku kenal dia.
dan alagkah bagus dia kenal aku.
dunia ni besar, namun tak mustahil.
suka berkawan dengan pemuda yang ada keinginan untuk menjadi agen perubah.
agar aku juga boleh terinspirasi.

[The eldest son of Noor Azman Zainol, born in the year 1990, the writer goes under the pseudonym of "anak pak man" as he was called during his junior years in Sultan Abdul Hamid College, Alor Star, Kedah. Still lives in Kedah, only in a place a lot more remote called Bedong. Is now studying TESL at IPGM Pulau Pinang Campus, and hopes to be the best at not having a clue of what the people around him are talking about.]

>> klik sini untuk lihat videonya <<

p/s: IniAkuArRabi' -aku tiada akaun ini di Youtube.com. kenapa? belum berani seperti AnwarHari.
oh ye.. aku tak fanatik, tapi aku hormati cara dia menampilkan diri. moga dia terus menampilkan dalam kebaikan.