Jumaat, Disember 10, 2010

Al-Kisah Fatih ep.5: pertemuan

Salam Ukhuwah Mahabbah Fillah daripada penulis:

  1. kisah ini adalah untuk tujuan: muhasabah diri dan tidak bermaksud untuk menghina atau mengutuk mana-mana pihak.Janganlah terasa ye.
  2. kisah ini akan dikemaskini (update) mengikut idea penulis. insyaAllah.bersabarlah dan ingatkan penulis.
  3. digalakkan untuk sahabat2 memberi idea-idea tambahan untuk menambah mutu kisah ini. komenlah ye.
  4. maaf juga, jika kisah ini membosankan dan penuh bunga-bunga dalam penulisan ini.
  5. semoga anda memperoleh manfaat. doakan kita sentiasa dirahmati Allah dan senantiasa dalam bimbingan Allah.
  6. ini adalah idea asal Mohd Arrabe' Ahmad Baei. mohon sahabat2 yang dirahmati Allah tidak menjadikan penulisan ini sebagai modal keuntungan sendiri (buat novel dengan meniru, tetapi tidak salah untuk mengambil idea ini dan mengubahsuai).jadikanlah ia untuk keuntungan bersama(nyatakan nama saya atau link blog ataupun maklumkan kepada saya melalui e-mel aliflamrabayaain@gmail.com
Al-Kisah Fatih ep.5: pertemuan

Suasana di KL sentral menjadi kelam kabut. Gadis bersama si teruna bertempiaran lari. Ibu bersama anak kecil mencari arah menyelamatkan diri. Wanita yang bertumit tinggi turut terenjut-enjut, lelaki bertali leher turut menapak laju. Sana-sini bertempik ketakutan. Pelanggan restoran barat Mc Donald turut menyembunyikan diri di bawah meja. Fatih terdiam dan terpaku. Polis berbaju biru gelap sedang berlari mengejar sesuatu. Petugas di kaunter informasi KL sentral dalam keadaan terpinga-pinga membunyikan siren keselamatan.

Bunyi tembakan sebanyak 2 kali kedengaran mengenai mangsa yang baru keluar daripada pintu automatik stesen komuter KTMB. Mangsa berbaju kemeja T putih berjalur coklat kecil rebah ke lantai. Dua peluru menusuk terus ke perut dan pinggang kanan mangsa. Darah keluar daripada tubuhnya. Masih bernyawa dan masih jelas wajah bersih pemuda ini menahan keperitan sakitnya di ambang maut.

Tarikh 19 September 2010, jam 6.27 petang menjadi saksi pertemuan Fatih dan Iskandar. Fatih yang berdiri di kaunter informasi KL sentral sangat dekat dengan pintu automatik stesen komuter KTMB. Hati Fatih mulai merasakan ketibaan hati Abang Iskandar dekat dengannya. Semakin hampir dan semakin hampir. Bunyi das tembakan kali yang pertama, membuatkan Fatih menoleh dan memerhati mangsa yang dekat di hatinya. Terdengar daripada sudut hatinya, kepedihan jasad mangsa ditembak. Apatah lagi, das yang kedua tepat mengenai pinggangnya. Hati Fatih tersentak dan akal Fatih tidak mampu melahirkan tindakan tubuhnya. Fatih terpaku. Matanya tanpa kelip melihat tubuh mangsa rebah ke lantai seorang diri.


2 saat berlalu dengan pantas, “Abang…………..!” tempik Fatih menggegar KL sentral dan Fatih meluru ke arah sahabatnya yang dinanti.


bersambung. insyaAllah dalam tempoh 2 minggu. saya usahakan!



Sabtu, Disember 04, 2010

semalam, pertemuan hari ini

[aku membaca kisah sahabatku yang lama tidak bersua. teringat kembali nasihatnya dulu tentang akademik. syukran ya akhi.. rindunya.............]


...................
Syeikh Ramadan AlButi:

"Dan Dialah yang telah menciptakan bagimu pendengaran, penglihatan, dan hati nurani, tetapi sedikit sekali kamu bersyukur"

(Al-Mukminun 23: 78)

Kita akan dipersoalkan atas segala nikmat yang Allah bagi pada kita. Telinga. Mata. Hati. Akal. Mana boleh kita tak tahu apa yang kita lakukan. Segalanya yang kita buat hendaklah dengan pandangan yang jelas. Kefahaman yang paling maksima. Segalanya untuk mencapai jannah dunia akhirat.
.......................

Terpanggilku ke sini suatu tika
Kutiba di kota bersama cita-cita
Lantas hati terpaut pada maya pesona
Percaya segalanya indah sempurna

Masa berlalu menduga kesetiaan
Kealpaan diri menuju kehancuran

Daku yang lena lemah terdaya
Sering terlupa jua terpedaya
Pada segala dusta yang fana
Hanyut dibuai mimpi dunia

Daku yang angkuh dan kian terleka
Menghitung waktu menuruti rasa
Tanpa CintaMu daku gelisah
Terus menjauh tiada arah

Inginku kembali padaMu oh Kekasih
Tak ingin kutempuh hidup sebegini
Resah keliru mengaburi mata hatiku
Tiada ketenangan ku rasakan di jiwa ini

Tanpa cahayaMu aku terus terjatuh
Kurayu redhaMu
Sambutlah tanganku

Daku yang lena lemah terdaya
Sering terlupa jua terpedaya
Pada segala dusta yang fana
Hanyut dibuai mimpi dunia

Daku yang angkuh dan kian terleka
Menghitung waktu menuruti rasa
Tanpa CintaMu daku gelisah
Terus menjauh tiada arah

Kekasih kupohon kemaafanMu
Kekasih kudamba keampunanMu

Read more: http://narawastuilmu.blogspot.com/#ixzz1764Wqz00