Selasa, Januari 26, 2010

hadiah itu tidak bermakna


“pos ini aku berkongsi perasaan sewaktu aku mendapat motivasi daripada seorang abg, tentang hadiah. Sukar untuk aku mencerita keadaan yang aku alami. Ia lebih meruntun hatiku. Cukuplah sekadar perkongsian yang pendek ini. Hadiah daripada Allah itu perlulah dihargai dan dibalas kembali”

Memberi hadiah kepada seseorang tiada maknanya.
Adalah suatu pembaziran wang untuk membelikan seseorang itu hadiah.
Di mana pembazirannya?
Kenapa tidak bermakna?
Memberi hadiah kepada seseorang itu ikhlas.
Bukan kerana terpaksa.
Kalau terpaksa bukan hadiah namanya.
Memberi hadiah bukannya disuruh.
Bukan kerana diugut.
Kalau diugut bukan hadiah namanya.
Memberi hadiah sebagai tanda ingatan kita kepadanya.
Sebagai tanda kasih sayang kita kepadanya.
Pembaziran wang tak pernah timbul!
Ini soal kasih sayang. Bukan wang yang diharapkan.

"Ah…. Soal ikhlas dan sayang.
Hanya pada mulut. Tapi sia-sia saja.
Baiklah kau simpan duit kau itu untuk makan dan minum kau.
Hadiah itu tak bermakna."


Hadiah itu tidak bermakna dan amat-amat tidak bermakna.
Menanti dan mengharap hadiah suatu kerugian semata-mata.
Dasar ikhlas di hati dan mengharap kasih sayang, juga tidak bermakna.
Kerna ia tidak bererti padanya.

Mana kan tidak.
Hadiah itu adalah suatu pemberian.
Jika hadiah kasih sayang daripada ibu bapa pun tidak dihargai oleh empunya diri.
Apatah lagi hadiah kebendaan daripada orang lain.
Dia hanya mengharapkan hadiah kebendaan.
Tetapi bukan mengharap hadiah kasih sayang.
Itulah sebab aku kata, hadiah itu tak bermakna.
Kerna hadiah ini suatu pemberian untuk kasih sayang.
Bukan hadiah untuk pemberian kebendaan sahaja.

Falsafah hadiah.
Aku bukan orang yang arif.
Bagiku hadiah ini sesuatu yang bermakna, kerana ia datang daripada hati yang ikhlas dan penuh dengan harapan kasih sayang.
Hadiah daripada seorang rakan, hadiah buku kepadaku.
Bukan buku yang ku lihat.
Tetapi hati budi rakanku. Tajuk buku itu memberi suatu isi hati si pemberi kepada ku.
Dia bukan memberiku hadiah buku sahaja.
Bahkan, ia berikan kasih sayang kepadaku.
Ia mengharap agar aku dapat bersamanya dalam perjuangan ini.
Ia merindu ku sentiasa.
Itulah hadiah yang bermakna buatku.

Hadiah untuk orang.
Hadiah itu bererti pabila kita kenal tujuan hadiah diberikan.
Hadiah bukan suka-suka diberi pada tiap-tiap tahun, pada tarikh tertentu.
Pemilihan hadiah juga, perlu diperhati tujuan dan hasrat hati kita.
Andai buku, pastilah hadiah itu kena dengan jiwa dan hati kita untuk bakal penerima.
Andai aksesori, pasti hadiah itu bertujuan untuk ketrampilan dan penggayaan diri.
Semua ini menjadi natijah kepada suatu hadiah yang bermakna.
Diserikan lagi dengan cara pemberian yang penuh senyuman dan doa yang tulus dari hati.


Hadiah itu tidak bermakna.
Jika mahu lihat hadiah kita dihargai atau tidak.
Lihat kepada hadiah yang dapat pada si dia.
Adakah dia masih menyimpannya di tempat khas atau dalam tong sampah.
Alangkah malang, jika sampah itu dicampak merata-rata.
Seolah-olah ia tak dihargai.
Maka, hadiah seterusnya akan menjadi tidak bermakna.

Hadiah daripada ibu bapa.
Hadiah apakah yang ibu bapa anda berikan?
Botol susu, bantal, tilam, baju, mainan, buku……. Dan banyak lagi.
Itu hadiah ke?
Yup… sebab ia adalah pemberian kasih sayang kepada kita.
Apakah ibu bapa kita mahu duit untuk itu semua?
Tempat tinggal, makanan dan pakaian kita dijaga dengan begitu baik dari kecil sehingga kita dewasa.
Jika dijumlahkan, perbelanjaan pembinaan KLCC mungkin tak menampung.
Ikhlas dan kasih sayang ini adalah suatu hadiah yang bermakna daripada ibu bapa kita.
Tetapi apakah kita menghargainya?
Apakah kita membalas hadiah ini kepada ibu bapa kita?
Apakah balasan hadiah yang terbaik untuk mereka?

Hadiah daripada pencipta.
Siapalah aku.
Kerdil sekerdil kerdilnya.
Melihatkan hadiah ibu bapa yang terlalu besar sukar untuk dibalas.
Apatah lagi hadiah daripada pencipta.
Jika nak dihitung…. Ah, tak terhitung.
Apakah hadiah daripada pencipta ini hanya untuk saja-saja?
Hadiah adalah suatu pemberian yang dipenuhi dengan kasih sayang.
Hadiah daripada ar-rahman dan ar-rahim.
Hadiah itu sangat banyak dan tak ternilai.
Perlukah aku nyatakan?

Hadiah yang sangat bermakna tapi tidak bermakna.
Hadiah yang sangat bermakna daripada Pencipta untuk kemudahan dan kesenangan diri kita.
Allah beri jasad, tempat tinggal, makanan, ibu bapa, rakan-rakan, haiwan dan semua.
Menjadi tidak bermakna bila ia hanya untuk saja-saja.
Saja-saja yang tidak bermakna.
Bukan untuk dihayati dan disyukuri.
Hadiah yang sangat bermakna daripada Pencipta untuk panduan hidup kita.
Allah beri Islam, panduan cara hidup untuk umat akhir zaman melalui Muhammad SAW.
Menjadi tidak bermakna bila ia hanya untuk saja-saja.
Saja-saja yang tidak bermakna.
Bukan untuk difahami dan disyukuri.
Hadiah yang sangat bermakna daripada Pencipta untuk iman.
Allah beri Iman, suatu keyakinan agar kita tak tertipu daya dengan syaitan.
Menjadi tidak bermakna bila ia hanya untuk saja-saja.
Saja-saja yang tidak bermakna.
Bukan untuk diamali dan disyukuri.
Hadiah yang sangat bermakna daripada Pencipta untuk kesejahteraan kita.
Allah beri keampunan dan kasih sayang, untuk rasa kebergantungan denganNya.
Menjadi tidak bermakna bila ia hanya untuk saja-saja.
Saja-saja yang tidak bermakna.
Bukan untuk ditaubati dan disyukuri.

Hadiah itu bermakna bila hadiah daripada Tuhan yang satu dibalas terlebih dahulu.
Hadiah itu bermakna bila hadiah daripada ibu bapa dibalas terlebih dahulu.
Hadiah itu akan jadi lebih bermakna pabila hati dipenuhi dengan kasih sayang dan pengaharapan daripada yang maha Esa.


[Hadiah itu sangat bermakna kerana ia adalah suatu pemberian yang dipenuhi dengan kasih sayang yang sangat bernilai!]

3 ulasan:

Alepela berkata...

sy stuju~

Tanpa Nama berkata...

saya suka. nak copy boleh?

syahadatul haq berkata...

hadiah jika kerana Allah,itulah yang terbaik...
betulkan niat
salam