Memaparkan catatan dengan label menjelang ramadhan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label menjelang ramadhan. Papar semua catatan

Ahad, Ogos 07, 2011

tak sedar seminggu berpuasa

semasa skrol status di facebook hampir 3 orang menyatakan cepatnya masa berlalu.
[WZ: ‎..cepatnya masa berlalu.. sedar xsedar dah seminggu puasa.. =__=]
[AT: pejam celik dh seminggu berpuasa. pantas masa berlalu..]
[AA: Btl 2 ta###,pantas tul masa blalu,tau2 dh smggu kita brpuasa...]

pasti ada juga yang terlintas dalam pemikiran kita juga.
aku pun pernah juga menghadapi perkara yang sama.

tetapi tidak sempat nak status kan di wall facebook.com.
melihatkan status kawanku ini
namun tiada balasan komen.
yang ada komen, hanya balasan mengiyakan.

aku samar-samar dengan WZ, AT dan AA.
adakah mereka hanya menyatakan kesedihan atau kegembiraan.

dan jika aku menyatakan status yang sama, pastilah sebab aku sedih.
sedih sebab Ramadhan ini terlalu pantas, dan masih banyak lagi ibadah yang ingin kita usahakan.
dalam tempoh tujuh (7) hari yang berlalu, dengan keletihan kerja dan melayan hal-hal lain, pasti kadangkala tingkatan ibadah itu adakala turun naik setiap hari.


tidak lari dengan diri ini.
ada kala penat, sehingga tidak mampu untuk bersolat isya dan terawih berjemaah di masjid.

hanya mampu untuk solat terawih sendirian selepas lelap lena.
berbaki lagi 22 hari.

apa kata kalau kita tulis status
[22 hari lagi nak rebut ganjaran pahala berlipat ganda]

hmmm... tapi nanti orang ingat kita macam tak sabar nak raya (=.=)

apapepun, yang berlalu tu biarkanlah.
yang masih berbaki, jom kita pulun sehabis baik.
10 hari pertama - rahmat daripada Allah

10 hari kedua - pengampunan daripada Allah
10 hari terakhir - pembebasan daripada api neraka.

330 hari selepas Ramadhan - kena istiqamah ibadah dan manfaatkan ganjaran pahala yang sedia ada. insyaAllah

kempen mari baca Quran

memetik status Prof. Harlina Halizah Siraj berdasarkan gambar di bawah:
[Jom kita doa ramai2, satu hari nanti kita boleh tgk suasana ni di M'sia. Dalam LRT, Rapid bas & billboards ada tulisan : `Sudahkah anda baca AlQuran hari ini?]


jom kita kempen dalam diri kita dulu.
kempen mari baca Quran dlm rapid KL / komuter / monorel. takde wuduk? tengok terjemahan pun takpe sambil fahamkan.

cadangan abg Hairi Rosman:
[Utk mnggalakkn baca AQ, Blh cube baca surah & ayt ikut kalender hijri. Cth: hr ni 6hb 9, Sbb rmdhn bln ke9. Jd, kite bkk surah 9 ayt 6, atau srh 6 ayt 9. At least 1hari kite dh baca 2 ayt. Blh jgk tgh translation nye, Kalu ada. Slmt mncuba..]

[Sambil tu, kite blh jgk ingt2 tarikh hijri.. xle asyik tarikh miladi je..]

Rabu, Julai 20, 2011

ramadhan4: solatku

aku mengharapkan dapat menukilkan artikel bersempena Ramadhan bermula hari ini 15 Sya'ban sehingga 15 Syawal 1432Hijrah. semoga aku dan sahabat2 bersedia menghadapi bulan Ramadhan yang penuh berkat ini.

ramadhan1: separuh Sya'ban [memohon agar hati yang keras menjadi lembut]
ramadhan2: taubat Abu Lubabah
[memohon agar taubat diterima sebelum menghadapi Ramadhan]
ramadhan3: masih muda remaja [memohon agar hati menjadi bersih dan kembali muda remaja]


ramadhan4: solatku

hari semakin hampir dengan Bulan Ramadhan. lagi 12 hari.
terasa masih kurang persiapan aku untuk bulan ini.

kalau boleh bulan Ramadhan kali ni, aku nak yang paling terbaik dan berbeza daripada yang lain.
kalau diimbas kembali, bila bulan ini datang, pelbagai kekurangan aku hadapi.
antara yang jelas, tentang solat.
terutama solat terawih, sepanjang 30 hari berterawih, pada peringkat awal sahaja, aku rasa sangat bersemangat untuk buat 20 rakaat.

aku masih mencari bagaimana hendak bersemangat sehingga ke akhir.
apatah lagi sunat-sunat yang lain.
apatah lagi di bulan-bulan yang lain.

solat wajib itu pasti wajib.
dan tidak dinafikan, kemalasan itu sering terjadi sehingga kadangkala melewat-lewatkan solat fardu.

alangkah jahil dan lemahnya aku masa dulu.
apatah lagi kalau yang sunat-sunat.
kadangkala, aku bersemangat untuk buat solat sunat ini untuk tambahan pahala.

namun, bila alpa, mulalah syaitan mencucuk kemalasan.

"lain kali la. dan lain2."
bila bulan puasa, kalau lepas berbuka yang enak-enak, pasti nak solat terawih 20 rakaat tersangatlah berat.
kadang ikut solat sunat berjemaah hanya untuk 8 rakaat. lagi 12 rakaat, aku buat di rumah sahaja.
apalah kemalasan ini, bila hari berlalu, menyesal dalam diri.

aduhai solatku... teringat akan kata2 ustaz2.
"perkara pertama yang akan dihisab ialah solat"

tatkala aku terbaring di tengah jalanraya akibat kemalangan 4 bulan yang lalu, aku hanya fikir amalanku jika aku mati hari itu.
memikirkan kemalasanku yang lalu...............

..........

......... kelu.
hanya mampu menangis memikirkan amalan yang masih belum cukup.

terbayang-bayang.........
..........
akan api neraka.


solat fardu selama ini tidak mencukupi untuk masuk ke syurga.

apatah lagi dengan gangguan sepanjang solat, tidak khusyuk dan lalai....
pastilah solat sunat menjadi penimbal balik akan kekurangan solat fardu.
tetapi bagaimana harus aku sentiasa peka dengan ini?

bagaimana harus aku kekal bersemangat melakukan solat ini?
menjelang Ramadhan yang bakal tiba...
bulan Ramadhan yang bakal datang ini.
peluang pastinya berlipat ganda pahala untuk aku merebutnya nanti.

konsisten itu bagaimana??


alhamdulillah aku mendapat sedikit jawapan.

[memahami dan menghayati bacaan dalam solat]
umi baru pulang daripada ceramah ustaz hassan kasan di Dengkil.
umi juga sempat membeli bukunya 'mari memahami & menghayati bacaan solat'.
aku membelek buku tu dan sangat-sangat mengharukan.

segala jawapan yang aku cari ada di situ.

padahal, inti buku itu aku sudah belajar dan sudah tahu sebelum ini.
cuma terlepas pandang akan makna bacaan solat.
syukur alhamdulillah aku temui kembali.
rupanya dalam solat ini, semuanya adalah doa untuk diri kita sendiri.
doa untuk diri kita sendiri!

bukannya doa untuk orang lain.
dari doa Iftitah, alFatihah, doa duduk antara dua sujud, doa tahiyat, doa Qunut.

semuanya adalah untuk kebaikan diri kita.

selebihnya lafaz kesyukuran kita kepada Allah dengan memujinya.

Allahuakbar, bacaan ruku' dan sujud.

juga selawat kita kepada Nabi Muhammad SAW.

oh..... indahnya jika aku dapat menghayati setiap kali solat.

kata Imam Habib Abdullah Haddad:

[antara makna memelihara solat ialah meneliti dan memahami makna bacaan dalam solat]
jom kita latih diri memahaminya.
aku pun tidak pandai berbahasa Arab, tapi apa kata kalau kita salin makna bacaan solat dan tampal di dinding.
ulang baca makna bacaan itu setiap kali nak solat.
insyaAllah lama-lama makna itu akan kekal bersemi dalam hati.
jom cuba yok! pulun ibadah solat.

{klik sini untuk review makna solat}
bersambung....

Selasa, Julai 19, 2011

ramadhan3: masih muda remaja

aku mengharapkan dapat menukilkan artikel bersempena Ramadhan bermula hari ini 15 Sya'ban sehingga 15 Syawal 1432Hijrah. semoga aku dan sahabat2 bersedia menghadapi bulan Ramadhan yang penuh berkat ini.

ramadhan1: separuh Sya'ban
[memohon agar hati yang keras menjadi lembut]
ramadhan2: taubat Abu Lubabah [memohon agar taubat diterima sebelum menghadapi Ramadhan]


ramadhan3: masih muda remaja

umurku sudah 24 tahun, aku di alam dewasa awal.
menoleh ke belakang, zaman remaja telah pun berlalu.
mengenang di awal penanggungan amalanku, aku masih tidak mengerti.

merasa hidup masih muda remaja begitu membosankan.

hidup masih tidak bebas dengan sesi persekolahan yang memenatkan.
merasa hidup ini tidak sabar menjadi dewasa.

dewasa yang dapat membebaskan diri daripada tekanan pembelajaran.

seumpama ulat bulu yang tidak sabar keluar dari kepompongnya untuk menjadi rama-rama.

kini setelah hampir 10 tahun penanggungan amalan, aku berasa beban dosa melebihi amalan pahalaku.
menoleh ke belakang sangat memeritkan, cemburu melihat masa yang telah dibazirkan.
kisah remaja Islam pada zaman para sahabat sangat mengujakan.
cemburu melihat mereka yang masih muda remaja telah menguasai dunia.

tetapi aku dulu yang masih muda remaja tidak mampu menguasai apa-apa.

tatkala membaca majalaha terbaru keluaran Telaga Biru, GenQ isu perdana.
ruangan salafus soleh oleh Ustaz Umar M.Noor sangat memberi makna.

Quote:
[masa muda memang sangat baik untuk apa sahaja. sebab pada masa ini minda masih jernih, hafalan masih kuat dan tubuh makin sihat. jika seorang pemuda menginginkan ilmu, maka dia dapat meraihnya lebih mudah berbanding orang-orang yang sudah tua.

Abdullah bin Abbas, seorang sahabat Nabi pernah berkata: " tidaklah Allah memberikan ilmu kepada seseorang melainkan pada masa mudanya. seluruh kebaikan dimiliki oleh para pemuda."
itu sebabnya, tokoh-tokoh islam terdahulu tidak pernah mensia-siakan satu saat pun daripada masa mudanya. para remaja pada zaman Nabi sangat giat menyumbang untuk agama dan umat Islam.]

aku sudah terlewat untuk kembali muda remaja. masih teringat aku pada usia remaja, banyak idea yang datang menerjah.
yang paling jelas, hampir tiap bulan aku mengemas bilik dan mengubah kedudukan bilik.
aku seolah-olah mencari suatu keadaan bilik yang kondusif dan tenang buatku.

apatah lagi di sekolah, banyak idea untuk aku manfaatkan.
idea untuk belajar, idea untuk mengawal pelajar ponteng, idea untuk menambah baik pengawas.
idea yang orang lain tak fikir. tapi kini, idea aku seakan buntu.
aku mengambil masa yang lama untuk fikir idea-idea baru.

aku sedar, aku sudah terlewat untuk menjana idea baru untuk Islam.
malahan, daya hafalan aku pun semakin lemah.

alangkah rugi, aku tidak memanfaatkan masa mudaku untuk menghafaz AlQuran.

ditambah lagi, cemburu kepada adik-adik yang masih remaja, memanfaatkan laman Youtube.com untuk berdakwah.
melihat Vlog mereka yang mendapat sambutan.

alangkah beruntung adik-adik remaja ini memanfaatkan Vlog untuk Islam.

untuk aku yang sudah dewasa awal, berasa segan untuk membuat benda yang sama.


apalah lagi yang aku boleh buat untuk mengembalikan zaman muda remajaku?

Ramadhan yang semakin hampir mungkin ada jawapannya.

membersihkan diri kembali daripada noda dan dosa agar aku kembali ke zaman sebelum akil baligh yang lama.
mungkin kedut dan jerawat di wajahku tidak kembali tegang dan cantik.
tetapi, cukuplah dengan hati yang kembali bersih dan suci.
agar kelak, selepas Ramadhan berakhir nanti, aku dapat mencorak diriku kembali.
mencorak diri kembali masih muda remaja.
dengan semangat baru seorang Muslim, insyaAllah aku akan memanfaatkan ruang dan peluang diri untuk menebus masa yang telah berlalu.


bersambung....{klik sini ramadhan 4}

Isnin, Julai 18, 2011

ramadhan2: taubat Abu Lubabah

aku mengharapkan dapat menukilkan artikel bersempena Ramadhan bermula hari ini 15 Sya'ban sehingga 15 Syawal 1432Hijrah. semoga aku dan sahabat2 bersedia menghadapi bulan Ramadhan yang penuh berkat ini.
ramadhan1: separuh Sya'ban


ramadhan2: taubat Abu Lubabah

hati ini sentiasa berbolak-balik, bagaimana aku harus menetapkan hati ini.
seperti bola yang bulat di atas air. dengan air sedikit berolak.
apatah lagi air yang berombak-ombak, pasti bola itu tidak tetap kedudukannya.
pastilah hati ini juga sentiasa terumbang-ambing.
andai hati ini seperti bola yang diletakkan di tengah padang yang rata.
pasti bola itu diam statik.
pasti hati ini sentiasa ingat kepada Allah dan beriman kepadaNya.
di padang yang rata pun boleh jadi bola itu berbolak-balik kembali.
ditendang ke sana-sini.
wahai hati......

Abu Lubabah, aku masih jahil dalam ilmu sirah.
alangkah seronok menjadi seorang yang fakih sirah nabawiyah.
pasti dia arif dengan kejadian yang menimpa Abu Lubabah ini.
insyaAllah aku akan berusaha untuk mendalami ilmu sirah ini.
agar hati ini terasa denkat dengan kehidupan Nabi Muhammad yang lalu.

dalam keadaan berbaring aku mencapai buku Fathi Yakan.
buku yang bertajuk 'golongan yang tercicir'
pelbagai kisah orang tercicir di jalan Allah, dan ada yang sempat bertaubat.
antaranya Abu Lubabah.
boleh klik blog ini {kisah abu Lubabah}
aku membaca lagi....
adapun ayat yang melepaskan Abu Lubabah dari dosa ialah firman-Nya dalam at-Taubah:102
[“Dan (ada pula) orang-orang yang mengakui dosa-dosa mereka, mereka mencampurbaurkan pekerjaan yang baik dengan pekerjaan yang lain yang buruk. Mudah-mudahan Allah menerima taubat mereka. Sesungguhnya Allah maha pengampun lagi maha penyayang”.]

tersentuh aku...
Allah itu maha pengampun dan penerima taubat.
alangkah indah kalau dapat menghadapi Ramadhan tanpa dosa-dosa yang lalu.
bayangkan dengan ganjaran yang hebat di awal, pertengahan dan akhir Ramadhan kita lalui seolah-olah orang yang suci hatinya.
bagaimanalah agaknya perasaan itu?
seperti bola yang kotor terkena lecak yang sudah 11 bulan tidak dibasuh.
tiba-tiba, hari nak main bola baru terhegeh-hegeh nak basuh, mestilah kelam-kabut.
dan pastinya bola itu tak cantik untuk dibawa ke padang bola.
alangkah bagus, kalau dapat sebelum permainan, kita basuh terlebih awal, jika masih kotor, kita masih ada beberapa hari lagi untuk mencuba cara lain untuk cuci.
tapi....

bagaimana nak tahu hati tu bersih dari dosa yang lalu?
adakah Allah beritahu ke telinga kita, bahawa Allah sudah menerima taubat kita?
Ya Allah, sesungguhnya kau maha pengampun dan penerima taubat.
akanku usaha untuk tidak terlibat lagi dengan dosa yang lalu dan aku akan sentiasa meminta pengampunan daripadaMu.

Ahad, Julai 17, 2011

ramadhan1: separuh sya'ban

aku mengharapkan dapat menukilkan artikel bersempena Ramadhan bermula hari ini 15 Sya'ban sehingga 15 Syawal 1432Hijrah. semoga aku dan sahabat2 bersedia menghadapi bulan Ramadhan yang penuh berkat ini.


ramadhan1: separuh sya'ban

teringat Isra' Mikraj yang berlaku pada bulan Rejab yang lalu.
banyak pengajaran dan kisah untuk kita ambil.
justeru, perlunya kita memperbaiki diri.
sekarang Nisfu Sya'ban pula.
aku masih cemburu dengan mereka yang fakih dalam ilmu hadis.
yang tahu membeza dan menilai hadis benar dan hadis lemah.
insyaAllah aku akan usaha untuk memperoleh ilmu ini.
Nisfu Sya'ban sebelum ini kerap kali ada kawan yang meragukan amalan pada hari ini.
entahlah, aku hanya berdiam diri.
haya satu yang aku tahu...

Nisfu Sya'ban ialah separuh Sya'ban.
maksud yang lebih jelas, lagi 15 hari menjelang bulan Ramadhan.

seperti biasa setiap tahun, aku diajak untuk membaca surah Yasin bersama-sama pada malam 15 Sya'ban.
hatiku masih lemah, merasa bisikan syaitan menyeru agar aku mengelakkan.
aku diajak lagi dengan persoalan kenapa?
hatiku ini melawan bisikan itu, aku diajak membaca 3 kali surah Yasin pula.
sekali lagi bisikan syaitan memaksaku, "buat apa baca baca 3x"
aku semakin ragu, bila hati aku pernah mendengar kata-kata orang ini amalan bid'ah.
aku yang jahil, masih ragu-ragu.
aku tak mahu tersepit dengan bisikan ini.

memikirkan hati yang lemah ini, hati ini perlu diubat.
aku merasakan surah Yasin adalah ubatnya.
biarlah aku membaca sebanyak mana Yasin, asalkan hati yang keras ini lembut.
hati lembut untuk menghadapi Ramadhan yang bakal menjelang.
oh... hari semakin hampir untuk menempuh Ramadhan ini.

bersambung.....{klik sini ramadhan 2}