Memaparkan catatan dengan label motivasi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label motivasi. Papar semua catatan

Jumaat, Januari 17, 2014

cuba jelah!

kalau kita asyik fikir nak buat ke tak, memang akan jadi malas! jadi....

"Cuba! itulah permulaan untuk apa sahaja kejayaan" - Irfan Khairi


Post by Irfan Khairi.



idea yang diusahakan

sebuah kisah benar bagaimana sekumpulan anak kecil yang mempunyai impian dan hanya dengan idea yang tiba-tiba datang, mereka terus melaksanakan idea itu, dan ternyata ia menjadi kenyataan.

waw!! satu idea yang kita ada jangan disia-siakan, kadangkala ia boleh terjadi jika diusahakan. insyaAllah aku boleh. bermula dengan kegigihan, kesabaran dan latihan yang bertubi-tubi.

This short video is based on a TRUE STORY, about a group of kids that did the IMPOSSIBLE! If you like this video as much as I do, please click SHARE.... ... because everyone could use some INSPIRATION... Make it a great weekend, Nisandeh

video klik [sini]



orang yang bijaksana

melihat kesilapan orang lain, benci dalam hati, jangan buat kesilapan yang sama. jangan kutuk orang lain.

"orang yang bijaksana, membetulkan kesilapan diri dengan melihat kesilapan orang lain" - ibn sina

Rabu, Januari 15, 2014

kembali kepada Allah

"antara tanda kejayaan sesuatu pada akhirnya adalah dengan kembali kepada Allah pada permulaannya." - Ibn Atha'illah




Rabu, April 04, 2012

erti cinta sesama muslim

“Pernah rasa erti cinta?”
Kalau setiap yang ada pada hari ini pasti pabila mendengar pertanyaan ini akan tersenyum secara sendiri. Terasa seperti ada sesuatu yang menyebabkan muka kita menjadi semanisi ni. “tetapi apakah sesuatuitu?” Istilah cinta dalam pelbagai bahasa sekalipun pasti akan menyebabkan seseorang yang normal akan tersenyum dan dicahayai memori indah. Istilah cinta, habbah, love, saranghae, amor, ai, pyar dan banyak lagi istilah cinta mewarnai hidup di segenap pelusukdunia.

Tanya dirisendiri, mengapa rasa cinta ini berbeza dengan perasaan-perasaan yang lain seperti sedih, gembira, takutdanseronok. Cinta seolah-olah perasaan yang paling agung dalam diri ini. Daripada cinta akan menggetarkan tubuh badan, degupan jantung menjadi pantas dan perasaan hati merasa tenang. 

Fokus kali ini bukan  tentang cinta sesama kekasih, tetapi cinta sesama saudara seiman  dan seukhuwah. Perasaan ini kerap kali timbul dalam diri kita, namun kita sering menafikan perasaan ini. Mungkin kita pernah berjumpa dengan seseorang dan merasa seronok atau tenang apabila melihat wajahnya. Sukakita untuk berbicara dengannya, rindu apabila berjauhandengan dia. Sentiasa kemaskini (update) perkembangan status di Facebooknya, sentiasa ‘like’ komen di Facebooknya.Ketenangan hati yang dirasai inilah yang kita boleh namakan perasaan cinta dan kasih sebagai seorang sahabat seiman seukhuwah.

Degupan hati seorang mukmin pasti akan timbul apabila dua orang atau lebih sahabat ini bertemu bersama. Pasti akan ada nilai ukhuwah yang  ingin ditunjukkan di dalam pertemuan itu. Pemberian salam, penghuluran tangan untuk berjabat, muka ceria dengan senyuman, gurauan canda menghibur hati, sentiasa nasihat-menasihati dan hikmah dari bibir, penampilan yang sederhana dan pelbagai lagi elemen akhlak islami sebagaimana Rasulullah mempamerkan kasih sayang dan luahan cinta kepada sahabatnya.
Firman Allah dalam Surah Ali Imran 159yang bermaksud: “Maka dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) daripada Allah (kepadamu Muhammad) engkau bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat danpengikutmu) dan kalau engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari daripada kamu. Oleh itu, maafkanmereka (terhadap kesalahan mereka terhadap kamu) dan pohonlah  keampunan bagi mereka.Dan bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan soal keduniaan) itu. Kemudian apabila engkau berazam (sesudah bermesyuarat untuk melakukan sesuatu) maka bertawakal kepada Allah, sesungguhnya Allah sangat mengasihi orang yang bertawakal pada-Nya.” 

“Bagaimana apabila hilangnya degupan cinta ini?” bukan sekadar hilang cinta terhadap sahabat, namun, hilang juga perasaan cinta sesama kawan-kawan Islam di sekelilingnya dan apatah lagi saudara Islam di luarsana. “bagaimana?”. Kalau kawan di sekelilingnya jugasanggupdibiarkandandiabaikansahaja, inikan pula muslim yang tidakdikenalinya di luarsana. Pernah seorang insan yang tidak kita suka (mungkin sikapdia yang menggedik atau tidak islami), memohon pertolongan, kita mengambil sambil lewa akan dia, akhirnya hubungan menjadi renggang dan lebih keruh. Dia akan memberi persepsi yang buruk pada diri kita. Namun, “kita bukanlah sombong, Cuma tak suka dengan orang yang macam ni!” Siapalahkitauntuk membenci dan menyampah orang lain dengan sesuka hati. “Mulia sangatkah diri kita ini?”.Hanya mak cik itu cleaner di kolej, kitabuat tak peduli dengan dia. Tetapi depan kawan yang kita sayang, “bukan main kita lemah lembut dan sopan.” Apatah lagi kalau depan orang kaya, atau pensyarah “pijak semut berkali-kali pun, tak mati”.

Teringat kembali kisah dalam Surah Abasa yang bermaksud:
[1]Ia memasamkan muka danberpaling,
[2]Kerana ia didatangi orang buta.
[3]Dan apa jalannya engkaudapatmengetahui (tujuannya, wahai Muhammad) ? Barangkali ia mahu membersihkan hatinya (denganp elajaran agama yang didapatinya daripadamu)! -
[4]Atau pun ia mahu mendapat peringatan, supaya peringatan itu memberi manfaat kepadanya.

Sebabitulahkita yang ingin menjadiseorang yang mukmin, perlu adadalam hatinya bersih dalam setiap pertemuan dengan sesiapa sahaja.Perasaandanprasangka yang baikperluadadalamsetiapwajah yang dilihatnya. Meskipun mata menyampah dan geli melihat gelagat orang itu, tetapi sekali dia mendekati kita atau memandang ke arah kita, maniskan dan cantikkan perilaku kita dihadapan mereka. “agar mereka juga bersangka baik dan senang dengan kita selepas ini”. Makcik cleaner pun seorang manusia untuk kita muliakan.

Jijik memandang peminta sedekah di tepi jalanan di Malaysia mungkin seolah- olah jijik terhadap orang yang kurus kering dan kelaparan di Somalia. “belumlagikitaberada di Palestin?”. Apalah ketenangan sebagai seorang mukmin jika persepsi negatif sentiasa timbul di benak pemikiran kita. “Bagaimana perasaan cinta sesama muslim dan degupan jantung hendak bertempik ketika melihat bangsa lain yang beragama Islam diseksa dan dihina di luarsana?”.Hati ini masih belum dididik dengan perikemanusiaan di persekitaran sekelilingnya. Berita kematian, kemalangan, kerogolan, kezinaan melibatkan saudara seislam semuanya seolah biasa didengar dan dilihat. Hatinya tidak terasa apa-apa apabila rakan (bukan sahabatnya) dalam kesempitan kewangan.Ataupun mungkin dibuli dan diperkotak-katikkan oleh orang lain.

Nasihat untuk kita bersama…. Empatilah kepadadirisendiri, terlebih dahulu merasa kasihan dengan diri. “terjagakah aurat diri? Terjagakah percakapan diri?Adakah kita mampu menjaga tingkahlaku peribadi?” orang kata berfikir dulu sebelum bertindak. “tetapi bagaimana?” berfikir ini dengan cara menjangkakan apa akan terjadi. Adakah dengan kita berbuat ini, ia akan menyakitkan hati kawan kita? Adakah dengan kita SMS dengan tulisan ini, akan menyakitkan hati orang itu? Adakah denganbuat status ini di facebook, akan ada orang menyampah dengan kita?Lihat dan renungkan Surah Fussilat ayat 34 yang bermaksud: Dan tidaklahsama (kesannyadanhukumnya) perbuatan yang baikdan perbuatan yang jahat. Tolaklah (kejahatan yang ditujukankepadamu) dengan cara yang lebih baik; apabila engkau berlaku demikian maka orang yang menaruh rasa permusuhan terhadapmu, dengan serta merta akan menjadi seolah-olah seorang sahabat karib.

Sebagai kesimpulan, dalam perhubungan dan berdakwah ini, peganglah ayat inidalam surah ali Imran 139 :Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (derajatnya), jika kamu orang-orang yang beriman.

Oleh itu, sahabat-sahabatku yang dirahmati Allah, degupan hati mukmin itu pasti dapat dirasai hasil daripada perasaan cinta kita sesama muslim. “Mengapakah kita (lelaki terutama) perlu solat berjemaah, dengan merapatkan saf dan barisan?” antara sebabnya, sesama muslim adalah bersaudara tanpa mengira pangkat dan bangsa, kulit tetap bertemu kulit semasa solat, khusyuk menghadap Ilahi, sehingga terasa denyut jantung sendiri, ketenangan akan menjelma di hati. 

p/s: Ikhlaskan hati dalamberhubungan, sentiasa memandang seseorang itu dengan senyuman dan kata-kata yang hikmah, bersihkan pemikiran daripada prasangkaburuk, niatkan ukhuwah ini kerana Allah dan carilah peluang untuk menyebar risalah dakwah.

Isnin, September 19, 2011

anak Dr. Faszley setahun

ni video aku melihat pensyarah aku dalam menyambut kegembiraan anaknya yang berusia setahun.
dah boleh berjalan. suka aku tengok.

p/s: memang benar, selepas berkahwin ini menjamin kebahagiaan tu untuk sentiasa hadir.
insyaAllah kerana Allah

Isnin, Ogos 22, 2011

mesti bersahabat

dalam dunia ini tiada siapa yang mampu hidup bersendirian.
hidup bersendirian tanpa ada hubungan dengan sesiapa pun.

andai kita menyatakan kita tak perlukan sesiapa, itu adalah bohong.
sekalipun semut juga perlukan manusia.
apatah lagi, manusia sangat perlukan manusia yang lain.
kita perlukan ibu untuk melahirkan kita, kita perlukan ayah untuk menyara dan memberi nafkah untuk membesarkan kita. sebab itulah Rasulullah sangat menuntut untuk kita menyayangi dan mengasihi anak yatim ini, sebab mereka telah kehilangan manusia yang paling diperlukan untuk kita bergantung harap.
kita perlukan cikgu untuk memberikan ilmu. termasuklah cikgu di sekolah, di surau, di jalanan dan di mana sahaja. cikgu lah sumber ilmu kita, maka rugilah mereka yang tidak mencari ilmu. andai kita tetap tidak mahu berguru dengan cikgu, dengan mengatakan buku juga boleh mendapat ilmu, ternyata ia juga bohong. mana mungkin buku itu terhasil sendiri tanpa penulis. pastilah dia memerlukan seorang cikgu untuk menulis buku itu. malahan cikgu berfungsi untuk memberi penjelasan kepada ilmu itu.

"bukan ini yang dimaksudkan?"
habis tu, apa maksud sebenar?
"bukankah hidup lebih indah tanpa sahabat?"
siapa kata?
meskipun anda punya ibu ayah, punya cikgu, jika tanpa sahabat, mana mungkin dunia itu indah.

inikan pula dengan sahabat.
sahabat adalah seorang insan yang mencerminkan wajah kita.
jika sahabat itu baik, maka baiklah kita.
jika sahabat itu jahat, maka jahatlah kita.
sahabat itu perlu dicari, perlu ada bersama kita.
kita akan hilang sesuatu dalam hidup ini jika tiada sahabat.
aku teringat dalam majalah terbaru GenQ isu ke2. aku tertarik dengan nasihat Pakchu di ruangan Qaulun Ma'ruf.
ada seorang adik bertanya "boleh atau tidak kita hidup tanpa kawan di sisi? boleh atau tidak kita lari atau sembunyi jika ada orang yang ingin berkawan dengan kita?boleh atau tidak kita hanya duduk di rumah sepanjang umur kita tanpa bermasyarakat? boleh atau tidak kita bercakap seorang diri atau dengan peti sejuk yang tidak bernyawa?"
jawapan Pakchu mestilah "takboleh" dengan ulasan separuh muka. dan Pakchu selitkan dengan hadis yang menarik riwayat at-tirmizi dan al-hakim:
[seseorang insan adalah terikut-ikut dengan adat kebiasaan sahabatnya.maka hendaklah kau melihat dengan siapa kamu bersahabat]

mungkin ada yang pernah dikhianati sahabat sendiri dan mungkin juga pernah mengharapkan orang itu sebagai sahabat, tetapi orang itu tidak sudi menjadi sahabat kita.
mungkin ada lagi sebab yang kita taknak mencari sahabat.
bagi saya, mencari sahabat itu sangat sukar. sahabat yang mengikut kriteria Alqamah dalam pos yang lepas.
macam aku dalam usaha pencarian selama 15 tahun, memang sangat tercari-cari.
adakala, bila kita rasa dia sangat prihatin dan baik dengan kita, itulah sahabat baik kita. tetapi kadangkala, ada beberapa perangai di ayang tidak menyenangkan kita. geleng kepala. "bukan sahabat yang ku cari."
ada juga, bila beralih tempat pengajian, kita semakin menjauh dengan sahabat lama kita, di tempat yang baru, kita mencari lagi sahabat.
ada orang yang rapat dengan kita, sangat baik dengan kita, kita merasakan dialah layak menjadi sahabat kita, tapi dalam kita kesusahan, dia semakin menjauh dan meninggalkan kita keseorangan.
tidak dinafikan juga, kita hanya syok sendiri. mengharapkan dia yang datang pada kita dan ingin menjadikan kita sebagai sahabat dia.
persepsi yang salah semasa aku remaja dulu, sahabat itu hanya satu. ternyata persepsi itu salah. tidak salah jika kita bersahabat lebih dari satu. tapi jika mencari satu pun dah susah, inikan pula nak mencari ramai sahabat. betul tak?

mesti bersahabat.
kadang dalam usaha mencari sahabat, kena renung diri kembali, kenapalah aku susah sangat nak dapat sahabat?
sahabat yang memenuhi ke9-9 ciri sahabat wasiat alqamah. [klik sini]
adakah sikap keperibadian kita yang orang tidak suka?
adakah kurang doa kita kepada Allah untuk sahabat yang terbaik?
adakah kita hanya mengharap untuk mendapat sahabat yang baik, sedangkan diri, dan tidak pula mencuba menjadi sahabat terbaik kepada orang lain?

p/s: sudi bersahabat dengan saya? hehe.

Sabtu, Ogos 20, 2011

tips bersahabat

wasiat Alqamah kepada anaknya tentang tips-tips bersahabat.
dan Imam Al-Ghazali telah bukukan dalam buku Bidayatul Hidayah.
dan aku dengar siaran ulangan di radio Ikim.fm.

pertama faktor pemilihan orang yang bersahabat ialah orang berakal.
(aku tak dengar yang ni)

kedua nak pilih sahabat kena tengok akhlak sahabat.
camne nak tahu akhlak dia?
kena tengok semasa dia marah
dan tengok cara dia menangani nafsu apabila dirangsang.

ni wasiat Alqamah:
wahai anakku! apabila engkau mahu bersahabat dnegan seseorang maka buatlah persahabatan dengan orang yang:
1. apabila engkau berkhidmat kepadanya maka ia akan memelihara akan dikau.
2. apabila engkau bersahabat dengannya maka akan bertambah nilai dirimu.
3. apabila engkau ditimpa kesusahan ia akan turut sama menanggung kesusahanmu.
4. apabila engkau menolong akan dia nescaya ia akan membalas kebaikanmu.
5. apabila ia melihat akan kebaikan daripadamu nescaya mengambil kira ia akan dia.
6. apabila ia melihat pada dirimu akan kejahatan, nescaya menutup ia akan dia.

yang menutup kejahatan bukannya bersubahat. tetapi menasihat "jangan ulang lagi".
kena adil dalam bersahabat. bila sekali dia buat silap, kita dah marah dan putus sahabat! terus lupa 1000 kebaikan dia..

7. apabila engkau berkata nescaya membenarkan ia akan perkataanmu.
maksudnya kita bercakap benar bukan kaki kelentong.
8. apabila engkau mengusahakan akan sesuatu perkara nescaya menolong ia akan dikau.
9. apabila engkau berselisih dengannya pada sesuatu, nescaya melebih ia akan dikau.

jika berbeza pandangan, dia akan memuliakan pandangan sahabatnya. sama2 merendah diri. = dalam hal2 yang mematuhi syariatlah. kalau buat maksiat memang kena bangkang.

huhu.... seronok aku dengar. rasa nak ikut sambungan dia lagi lepas ni.

p/s: kalau ada anak, nak tulis wasiat macam ni lah, ataupun buat buku2 nasihat untuk anak. macam kisah Luqman Al Hakim. hehe...

Ahad, Ogos 07, 2011

kerja dengan berkaki 4

kaki kanan, kaki kiri, kaki tongkat kanan, kaki tongkat kiri. jumlah semua kaki empat.
dua tongkat disemat pada pangkal lengan (ketiak).
kaki tongkat kanan dan kiri melangkah dahulu serentak.
kaki kanan menyusul dan badan sedikit kedepan.
kaki kiri mengikut dan badan pun terikut sama.


alangkah nikmat dahulu berjalan dengan kaki dua.
hanya ada dua cara untuk berjalan dengan kaki dua.
kini dengan kaki empat aku ada empat cara untuk maju setapak.
alhamdulillah aku semakin mahir melangkah dengan kaki empat.
meskipun empat bulan, aku hanya menyendiri di rumah.
dengan keberkatan Ramadhan, aku cuba kembali muncul.
muncul dengan azam baru untuk kembali bekerja.

alkisah peristiwa kemalangan pada 21 Mac 2011 pasti sudah anda maklum?
boleh rujuk [klik sini]
aku hanyalah pelajar sarjana yang berkerja sambilan kontrak dengan pensyarah.
Research Asistant bagi menyokong yuran perbelanjaanku di UKM.
aku terasa sangat terkilan tidak dapat bekerja sepanjang tempoh sakit.
bayangkan 4 bulan tanpa ke makmal dengan lambakan kerja kajian aku.
ditambah lagi dengan seminar dan kerja2 yang sepatutnya aku lakukan.
sangat terkilan, tapi sentiasa membaca Quran untuk menenangkan diri.
sentiasa Redha dengan Allah akan musibah ini.
sentiasa juga aku mengatakan, "Allah masih sayang aku, mujur hanya patah kaki, bukan mati"
"mungkin inilah balasan dosa aku yang lalu"
dosa? apa dosa aku?

dosa itu ada yang kita sedar ada yang tidak.
ada yang aku tahu dan ada yang aku buat tak tahu.
percayalah diri ini sentiasa ada dosa.
ingat balik apa dosa yang telah kau lakukan sebelum ini.
pasti ada.
"status facebook?, datang lewat ke makmal?, malas buat kajian?, buat umi abuya sakit hati?, malas baca alQuran?, tak datang usrah?, tak ziarah sahabat?, janji tak ditepati?, bawa motor laju sehingga menyusahkan orang lain?, parkir motor salah tempatnya? pijak semut?, tak basuh akurium ikan?, lupa siram pokok?, tak update blog?"
oh............. banyaknya dan pasti banyak lagi.

ambil berkat Ramadhan untuk bersihkan diri.
ambil berkat Ramadhan untuk tebus kerja kembali.
ambil berkat Ramadhan untuk perbaiki ibadah sendiri.

biarlah pangkal lenganku sakit, biarlah berkaki empat, biarlah lenguh melangkah, asalkan aku perbaiki kesilapan yang lalu dan sedar diri.

Rabu, Mei 04, 2011

surat putus 'couple'


semalam aku mendapat mesej daripada seorang lelaki (kenalan 'junior'), kira pangkat adik tentang masalah dia.
masalah kekasihnya minta berpisah.
hmm... rasanya tak perlu aku cerita lanjut masalahnya.
aku hanya ingin berkongsi jawapan yang aku berikan.

dan mohon sahabat2 di blog untuk komen dan tambah nasihat2 ini.
bolehkan?
andakan banyak pengalaman.

jawapan aku kepada adik ini.
------------------------------
pertama-tamanya dik, abg bukan pakar dalam hal cinta.
apatah lagi tak pernah bercinta dengan perempuan (tak caye? boleh rujuk blog abg {klik sini}).
ntah, mungkin sebab abg berdamping dengan orang yang dilamun cinta dan kemudian berpisah.
kesakitan yang memeritkan membuatkan abg fobia dengan bercinta sebelum masanya.

situasi adik, abg pernah dengar luahan hati seorang lelaki juga tentang kekasihnya yang berubah tetiba kerana baru tahu couple itu haram.
abg kongsikan nasihat dan pandangan abg sahaja.
terpulang pada adik..


1. abang bukan pakar hukum yang menentukan haram dan halal.
tetapi abg jelas dan yakin "la taqrabu zina" jangan hampiri zina itu adalah perintah tegas Allah kepada kita.
cuba buka surah Isra 17: ayat ke 32 {klik sini video}
maksudnya jangan hampir apatah lagi berzina (jelas haram berzina).

couple bermaksud kita isytihar 'kau kekasihku'. kan? (takut abg salah).
tetapi tak semestinya kita berpegang tangan dan duduk rapat2 kan?
tetapi dik, kita ini adalah insan yang lemah.
kadang-kadang syaitan itu suka masuk jarum-jarum untuk menggoda kita.

rasanya adik faham kan?
dan ini menjadi sebab kekasih kamu (X) takut dengan godaan syaitan ini.
adik kena hormat pendirian X sebagai seorang muslim.


2. perasaan cinta masih ada?
itu tak dinafikan dik. sebagai contoh, abang belanja kamu makan Pizza Hut kesukaan kamu.
memang kamu suka gile la...
pasti kamu teringin lagi nak makan Pizza Hut lagi kan?
adakah kamu akan menurut sahaja kehendak hati tu?
pasti takkan? sebab apa?
pasti pelbagai alasan kamu cuba elakkan sebab takde duit.


kenangan manis akan sentiasa ingat dalam minda kita.
ia takkan luput dari ingatan kita melainkan kita gila atau hilang ingatan.
sebab kita telah menempuh pengalaman manis itu.
bagi abang, kamu hanya perlu mencari alasan untuk melupakan sementara.
bagaimana? macam pizza hut tadi.
kamu sibukkan diri dengan buat kerja yang takde kaitan dengan X.
bile teringat je, pergi joging ke, tengok TV ke, baca alQuran, join persatuan dll.



3. bagi abg, jangan berjanji bagi benda yang tidak pasti.
kamu tak pasti pengaturan Allah pada masa akan datang.
adakah X ini yang terbaik di mata mu, tetapi pada Allah ada yang lebih baik buatmu?

sebab itu akhi, jangan lupa dalam kesulitan ini ingat Allah sentiasa.
ingat Allah bagaimana? tatkala teringat2 dan boleh mengganggu ibadah, segeralah istighfar dan solat taubat.
kalau hati tak tenang, ambil wudu'.
bosan2, baca alQuran atau baca terjemahan.
buka Youtube dengar ceramah, national geographic atau lagu islamik dll.


4. jangan lupa. berdoa kepada Allah agar dibukakan jalan dan diberi rahmat kepada diri ini.
insyaAllah dik. iman itu ada turun dan naiknya. teruskan berdoa dan banykkan ingat Allah. sibukkan diri.

maaf jawapan abg yang ringkas dan kurang memuaskan.


p/s: ustaz pahrol juoi adalah pakar cinta, bacalah bukunya, banyak soal cinta. atau boleh emel dengan beliau. ini blog beliau dan artikel ini sangat tepat dengan adik {klik sini blog beliau}
---------------------------

Khamis, Julai 29, 2010

sayang Allah pada wanita


andai dikau tahu tudung bukan sekadar fesyen atau syarat2 majikan.
pasti dikau akan tangisi betapa sayangnya Allah pada diri insan berjantina wanita.
Mengapa tidak?
Sayangnya Allah pada wanita sehingga ada surah Nisa’
Pelbagai nasihat maha pencipta buat kaum hawa.
Apakah dirimu masih terasa teraniaya?
Dipaksa menutupi segala kecantikanmu?
Betapa ayu mahkota perempuan lain yang terserlah.
Masihkah diri terasa terhina kerana bertutup litup?
Sayangnya Allah pada wanita pasti ada sebabNya.
Adakah wanita membalas kasih sayang Allah dengan menurutiNya?

[muhammad ar-rabi' - WCBR]

Ahad, Februari 21, 2010

kami tidak berzina


aku terbaca email dari qaisylaila04@yahoo.com melalui remaja_masjid@yahoogroups.com pada tarikh 2009 Disember 15 09:34. aku mendapati cerita ini sangat bermanfaat untuk kita bermuhasabah. silakan untuk menghayati

Kami tidak berzina !

Maaf, saya tidak menuduh awak berzina, tetapi awak menghampiri zina.

Kami hanya barbual-bual, berbincang, bertanya khabar, minum-minum di kafe. Adakah itu menghampiri zina?
Ya,perbuatan itu boleh menjerumuskan pelakunya ke lembah penzinaan.

Kami dapat mengawal perasaan dan kami tidak berniat ke arah itu.
Hari ini ya. Esok mungkin kamu kecundang.Iblis akan memerangkap kamu. Iblis amat berpengalaman dan tipu dayanya sangat halus. Ia telah menipu moyang kita yang pertama,Adam dan Hawa. Iblis amat licik. Ingat, pesanan Rasulullah : Janganlah engkau bersendirian dengan seorang wanita kecuali yang ketiganya, syaitan(Tabrani) . Kita lemah menghadapi tipu daya Iblis.

Tidak semestinya semua orang bercinta* menjurus kepada penzinaan. Ada yang bercinta dalam telefon dan hantar SMS sahaja. Tidak pernah bersua muka pun!
Betul .Tetapi itu adalah salah satu yang dimaksudkan dengan menghampiri zina. Memang pada awalnya tidak bersua muka. Tapi perasaan pasti bergelora, lambat laun desakan nafsu dan perasaan serta hasutan Iblis akan mengheret kepada suatu pertemuan. Pertemuan pertama tidak akan terhenti disitu sahaja.Percayalah, ia akan berlanjutan. Tidakkah itu boleh membawa kepada perzinaan akhirnya?

Takkan nak berbual-bual pun tak boleh? Itupun zina ke?
Zina ada bermacam-macam jenis dan peringkatnya, ada zina betul, ada zina tangan iaitu berpegang-pegangan, ada zina mata iaitu melihat kekasih dengan perasaan berahi. Zina hati iaitu dengan khayalan berahi dengan kekasih sepertimana yang digambarkan oleh Rasulullah: Kedua-dua tangan juga berzina dan zinanya adalah menyentuh. Kedua kaki juga berzina dan zinanya menuju ke tempat pertemuan. Mulut juga berzina dan zinanya adalah ciuman (Muslim dan Abu Daud). Sebenarnya jalan menuju kepada perzinaan amat banyak. Jangan biarkan diri kita melalui mana-mana jalan perzinaan.

Duduk berdiskusi pelajaran tak boleh ke? Bincang pelajaran sahaja!(bagi kes belajar berdua-duaan SAHAJA)* Berdiskusi pelajaran, betul ke? Jangan tipu. Allah tahu apa yang terselit di dalam hati hamba-hambaNya. Kita belajar nak keberkatan. Kalau cemerlang sekalipun, kalau tidak diberkati oleh Allah, kejayaan tidak akan membawa kebahagiaan. Hidup di dunia tidak bahagia,akhirat lagi lah. Jangan berselindung disebalik pelajaran yang mulia. Allah suka kepada orang berilmu. Jadi belajar hendaklah ikut batas dan ketentuan Allah. Belajar akan jadi ibadat. Adakah berdiskusi macam ni akan ditulis oleh malaikat Raqib dan Atid.

Sungguh! Bincang pelajaran sahaja. Ni Study Group.(bagi kes berdua-duaan SAHAJA)
Study Group...? nampak lain macam saja, manja, senyum memanjang, tak macam gaya berdiskusi. Takkan study group berdua sahaja? Kemana-manapun berdua. Kalau yea pun, carilah group study ramai sikit. Kalau duduk berdua-duaan macam ni... betul ke bincang pelajaran? Jangan-jangan sekejap saja bincang pelajaran, yang lain tu... banyak masa dihabiskan dengan fantasi cinta!

Tidaklah. Sungguh berbincang pelajaran.
Baik sungguh awak berdua. Takkanlah awak berdua tak ada perasaan apa-apa? Awak kurang sihat ke? Ingat, kita bukan malaikat, tak ada nafsu. Kita manusia. Jangan menafikan fitrah manusia. Kita ada nafsu, ada keinginan. Itulah manusia.

Kami berdua sama-sama belajar, study group, saling memberi semangat dan motivasi.
Tak adakah kaum sejenis yang boleh dijadikan rakan belajar? Habis sudahkah kaum sejenis yang boleh memberikan motivasi? Jangan hina kaum sejenis kita. Ingat, banyak orang cemerlang yang belajar hanya dengan kaum sejenis. Lebih tenang perasaan, tidak terganggu, dapat berkat dan rahmat pula .

Takkanlah tak ada langsung ruang yang dibenarkan dalam Islam untuk bercinta?
Adakah Islam membunuh terus naluri cinta? Naluri adalah sebahagian daripada kesempurnaan kejadian manusia. Naluri ingin memiliki dan suka kalau dimiliki (sense of belonging) adalah fitrah. Kalau naluri itu tidak wujud pada diri seseorang, tak normal namanya. Islam bukan datang membunuh naluri dan keinginan itu, tidak! Islam tidak suruh membunuh naluri seperti yang dilakukan oleh para paderi atau sami. Jangan nafikan naluri ini. Jangan berbohong pada diri sendiri. Bukan salah dan berdosa kalau perasaan itu datang tanpa diundang. Itu adalah fitrah. Cuma tudukkan naluri itu untuk patuh pada perintah Allah. Jadilah manusia yang sihat nalurinya. Jangan jadi malaikat! Kerana Allah jadikan kita sebagai manusia. Dunia dan segala isinya akan hambar tanpa naluri atau nafsu.

Islam takde ke couple-cople ni?
Cinta secara Islam hanya satu, iaitu perkahwinan. Cinta berlaku setelah ijab kabul, cinta selepas kahwin. Itulah cinta sacral dan qudus. Cinta yang bermaruah. Bukan cinta murahan. Inilah kemuliaan Islam. Apabila Islam menegah sesuatu perkara, tentu ia gantikan dengan sesuatu yang lebih baik. Jika ia menegah cinta antara lelaki dan perempuan sebelum kahwin, ia membawa perkahwinan sebagai ganti yang lebih baik. Sabda Rasulullah : Tidak ada yang lebih patut bagi dua orang yang saling mencintai kecuali nikah. (Ibnu Majah). Cinta adalah maruah manusia. Ia telalu mulia. Kalau begitu, cinta* remaja semua menghampiri kepada penzinaan? Ya, kalau lelaki dan perempuan bertemu tentu perasaan turut terusik. Kemudian perasaan dilayan. Kemudian teringat, rindu. Kemudian diatur pertemuan. Kemudian duduk berdua-dua. Kemudian mencari tempat sunyi sedikit. Kemudian berbual panjang sehingga malam gelap. Hubungan makin akrab, dah berani pegang tangan, duduk makin dekat. Kalau tadi macam kawan, sekarang macam pengantin baru semalam bukankah mereka semakin hampir dengan penzinaan? Berapa ramai orang yang bercinta telah sampai kepada daerah penzinaan dan kesengsaraan. Kasihanilah diri dan ibu bapa yang melahirkan kita dalam keadaan putih bersih tanpa noda daripada seekor nyamuk sekalipun!

Masih ramai orang yang bercinta tetapi tetap selamat tidak sampai berzina. Kami tahan diuji. Allah yang menciptakan manusia, Dia tahu kekuatan dan kelemahan manusia. Manusia tidak tahan ujian. Oleh itu Allah memerintahkan supaya jauhi perkara yang ditegah takut manusia akan kecundang. Jadi manusia itu tidak tahan diuji? Kita manusia dari keturunan Adam dan Hawa, sejak dari awal penciptaan manusia. Allah takdirkan satu peristiwa untuk iktibar manusia. Allah tegah Adam dan Hawa supaya tidak memakan buah khuldi dalam syurga. Buah yang lain boleh makan. Allah tahu kelemahan pada ciptaan manusia. Tidak tahan diuji. Oleh itu Allah berpesan kepada Adam dan Hawa, jangan menghampiri pokok khuldi itu. Firman Allah: Wahai Adam! Tinggallah engkau dan isterimu di dalam syurga serta makanlah dari makanannya sepuas-puasnya apa yang kamu sukai, dan janganlah kamu hampiri pokok ini. (jika kamu menghampirinya) maka kamu adalah orang-orang yang zalim. (al-Araf:19) Tegahan yang sebenarnya adalah memakan buah khuldi. Jika menghampiri perkara tegahan, takut nanti mereka akan memakannya. Demikianlah dengan zina. Ditegah berzina. Maka jalan ke arah penzinaan juga dilarang. Takut apabila berhadapan dengan godaan zina, kedua-duanya akan kecundang. Cukuplah kita belajar daripada pengalaman nenek moyang kita Adam dan Hawa.


Tetapi cinta selepas kahwin banyak masalah.
Kita tak kenal pasangan kita secara dekat. Bercinta adalah untuk mengenal hati budi pasangan sebelum buat keputusan berkahwin. Bolehkah percaya dengan perwatakan masa sedang bercinta? Bercinta penuh dengan lakonan yang dibuat-buat dan kepura-puraan. Masing- masing akan berlakon dengan watak terbaik. Penyayang, penyabar, pemurah dan berbagai- bagai lagi. Masa bercinta merajuk ada yang pujuk. Jangan harap lepas kahwin, bila merajuk akan ada yang pujuk. Banyak orang yang kecewa dan tertipu dengan keperibadian pasangan semasa bercinta. Perangai pasangan jauh berbeza. Macam langit dan bumi. Masa bercinta, dia seorang yang amat penyayang, penyabar, sabar tunggu pasangan terlambat sampai berjam-jam. Tapi bila dah kahwin, lewat lima minit, dah kena tengking. Jadi, perwatakan dalam masa bercinta tidak boleh dipercayai. Percintaan adalah suatu kepuraan atau hipokrit. Percayalah, kami bercinta demi merancang kebahagian hidup nanti. Bagaimana diharap kebahagiaan jika tidak mendapat redha Allah? Kebahagiaan adalah anugerah Allah kepada hamba-hambaNya yang terpilih. Kebahagiaan bukan ciptaan manusia. Manusia hanya merancang kebahagiaan. Allah yang menganugerahkannya. Bagaimana mendapat anugerah kebahagiaan itu, jika jalan mencapai kebahagiaan itu tidak diredhai Allah. Kebahagiaan hidup berumah tangga mestilah melalui proses yang betul. Sudah tentu prosesnya bukan bercinta begini, Allah tidak meredhai percintaan ini. Cinta yang diredhai Allah adalah cinta selepas kahwin. Bagaimana untuk mendapat keluarga yang bahagia jika langkah mula sudahpun canggung, bagaimana kesudahannya?
Tanya sikit,.. adik angkat, kakak angkat, abang angkat boleh ke? Ganti bercinta....
Semua itu adalah perangkap iblis dan syaitan. Hakikatnya adalah sama. Cinta yang diberi nafas baru. Kulitnya nampak berlainan, tetapi isinya adalah sama. Adik angkat, kakak angkat, abang angkat adalah suatu bentuk tipu daya iblis dan syaitan. Manusia yang terlibat dengan budaya angkat ini sebenarnya telah masuk dalam perangkap syaitan. Cuma menunggu masa untuk dikorbankan. Namakan apa nama sekalipun, abang angkat ke, motivator ke, semuanya adalah sama. Jalan akhirnya akan bertemu dengan zina. Jadi seolah-olah orang yang bercinta telah hilang maruah diri? Mengukur maruah diri bukan ditentukan oleh manusia tetapi oleh Pencipta manusia.Orang yang sedang mabuk bercinta akan mengatakan orang yang bercinta tidak menjejaskan maruah dirinya. Manakala, bagi orang yang menjaga diri, tidak mahu terlibat dengan cinta sebelum kahwin, akan mengatakan orang yang bercinta sudah tidak bermaruah lagi. Cintanya ditumpahkan kepada orang yang belum layak menerima cinta suci. Kalau begitu ukuran bermaruah atau tidak adalah ditentukan oleh Allah.

Adakah orang yang bercinta hilang maruah?
Antara kemuliaan manusia adalah maruah dirinya. Orang yang bercinta seolah-olah cuba menggadaikan maruahnya kerana mereka menghampiri perzinaan. Manakala orang yang bercinta dan pernah berzina tidak layak berkahwin kecuali dengan orang yang pernah berzina. Allah berfirman: Lelaki yang berzina (lazimnya) tidak ingin berkahwin melainkan dengan perempuan yang berzina atau perempuan musyrik; dan perempuan yang berzina itu pula tidak ingin berkahwin melainkan oleh lelaki yang berzina atau lelaki musyrik. Dan perkahwinan yang demikian itu terlarang kepada orang-orang yang beriman.(Surah An-Nur: 3)

Jadi, orang yang pernah bercinta juga tidak sesuai untuk berkahwin dengan orang yang tidak pernah bercinta. Tidakkah itu suatu penghinaan dari Tuhan? Jadi orang yang bercinta hanya layak berkahwin dengan orang yang pernah bercinta juga?
Itulah pasangan yang layak untuk dirinya. Kerana wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Lelaki yang baik untuk wanita yang baik.

Kami telah berjanji sehidup semati.....
Apa ada pada janji cinta? Berapa banyak sudah janji cinta yang musnah? Lelaki, jangan diharap pada janji lelaki. Mereka hanya menunggu peluang keemasan sahaja. Habis madu, sepah dibuang. Pepatah itu diungkap kerana ia sering berulang sehingga menjadi pepatah.

Si dia ini lain dari yang lain. Dia lelaki yang penyayang dan bertanggungjawab.
Tahukah hati budi lelaki? Sejahat mana lelaki, apabila ingin mengambil seseorang wanita sebagai isteri dan seterusnya menjadi ibu untuk anak-anaknya, dia akan memilih wanita yang baik. Tetapi untuk berseronok dan berfoya-foya, lelaki biasanya akan memilih perempuan murahan kerana ia suatu pelaburan yang menguntungkan. Itulah rahsia lelaki.

Jadi, perempuan yang bercinta, jatuh maruahnya pada pandangan lelaki?
Tentu! Mana ada orang lelaki yang normal suka pada barang yang second hand sedangkan barang yang baru masih ada. Sesetengah mereka menggambarkan perempuan seperti kereta yang diletakkan di bilik pameran sahaja. Tapi ada orang yang boleh test drive. Ada pula yang kata; sekadar sepinggan mee goreng dan segelas sirap bandung, bawalah ke hulu, ke hilir. Sedihkan? Itulah hakikatnya!

Masih adakah orang yang tidak bercinta di zaman ini?
Ya! Masih ada orang suci dalam debu. Golongan ini akan sentiasa ada walaupun jumlah mereka kecil. Mereka akan bertemu suatu hari nanti. Mereka ada pasangannya. Firman Allah: Dan orang-orang lelaki yang memelihara kehormatannya serta orang-orang perempuan yang memelihara kehormatannya (yang memelihara dirinya dari melakukan zina)... Allah telah menyediakan bagi mereka segala keampunan dan pahala yang besar. (Surah Al-Ahzab: 35 )

Bagaimana kami?
Kamu masih ada peluang. Bertaubatlah dengan taubat nasuha. Berdoalah serta mohon keampunan dariNya. Mohonlah petunjuk dan kekuatan untuk mendapat redha-Nya. Kami ingin mendapat redha Tuhan. Tunjukkanlah bagaimana taubat nasuha. Taubat yang murni. Taubat yang sebenar-benarnya.Taubat yang memenuhi tiga syarat: i) Tinggalkan perbuatan maksiat. Putuskan hubungan cinta yang tidak diredhai Allah ini. ii) Menyesal. Menginsafi diri diatas tindak tanduk hidup yang menjurus diri dalam percintaan. iii) Berazam. Bertekad di dalam hati tidak akan bercinta lagi dengan sesiapa kecuali dengan seseorang yang bernama isteri atau suami. Saatnya adalah selepas ijab kabul.

Moga Allah terima taubat mu. Kita berpisah kerana Allah , kalau ada jodoh , tidak ke mana! Ya, Allah! Bantulah mereka. Kini mereka datang ke pintu-Mu mencari redha-Mu. Terimalah taubat mereka "

Jumaat, Februari 19, 2010

kerana sebiji epal


aku dapat melalui email lagi dan lagi dan aku tak sempat nak menulis, jadi aku nukilkan cerita2 ini. terima kasih kepada highday_da_great@yahoo.com di remaja masjid. alkisah cerita ini sangat mengajar aku tentang erti kehalalan makanan. nampak remeh, tetapi ia adalah suatu yang besar impaknya kepada hati. dan atas sikap yang benar2 bersalah dan khuatir ia jatuh haram, ia sanggup menghabiskan masa dan tenaga untuk membayar balik harga sebiji epal. subhanallah..

Kerana Sebiji Epal


Di sebuah pekan kecil bernama Jilan, tinggal seorang pemuda bernama Abu Salleh, yg berasal dari keturunan Imam Hasan r.a. Pada suatu hari ketika sedang leka bertafakur memikirkan kebesaran Allah SWT di tebing sebatang sungai, beliau ternampak gugusan buah epal yg dihanyutkan oleh arus sungai tersebut. Menyedari keadaan dirinya yg sangat lapar kerana telah beberapa hari tidak menjamah makanan, tanpa berfikir panjang beliau pun mengambil sebiji epal dari sungai itu lalu dimakan.

Tiba-tiba timbullah rasa kesal dlm hatinya kerana menyedari bahawa beliau telah memakan epal tersebut tanpa izin tuannya. Lalu Abu Salleh berjalan menyusur sungai tersebut hinggalah beliau ternampak sebatang pohon epal yg lebat buahnya dan batangnya berjuntaian di tepi sungai tersebut. Yakinlah Abu Salleh bahawa inilah pohon yg dicari, maka beliau pun segera menemui pemilik pohon epal berkenaan.


Tatkala melihat Abu Salleh memohon maaf hanya kerana termakan sebiji epal yg dihanyutkan oleh arus sungai, yakinlah pemilik pohon tersebut bahawa Abu Salleh adalah seorang pemuda yg wara’. Pemilik pohon itu sebenarnya adalah seorang wali yg amat disegani di kawasan itu yg berasal drp keturunan Imam Husin r.a, dikenali sbg Syeikh Abdullah. Beliau tertarik pd keikhlasan dan ketaqwaan Abu Salleh lalu berhasrat utk mengujinya dgn mengenakan syarat agar Abu Salleh bekerja di ladangnya selama 12 tahun. Tanpa banyak soal Abu Salleh pun bersetuju dgn syarat tersebut.


Setelah tamat tempoh 12 tahun, sekali lagi Abu Salleh berjumpa dgn Syeikh Abdullah utk memohon maaf atas peristiwa lalu. Kali ini Syeikh Abdullah bersetuju tetapi beliau mengenakan syarat baru kpd Abu Salleh. Syeikh Abdullah bersedia memaafkan Abu Salleh seandainya beliau menikahi puterinya, seorang yg digambarkan sbg lumpuh, buta, tuli dan bisu. Apabila memikirkan balasan yg bakal diterima di kemudian hari seandainya tidak memperoleh kemaafan drp Syeikh Abdullah, Abu Salleh redha dan bersetuju utk menikahi puteri Syeikh Abdullah.


Pada malam pernikahan tersebut, Abu Salleh masuk ke kamar tidur dan memberi salam kpd isterinya. Melihat seorang wanita yg cantik berada di dalam bilik itu, Abu Salleh segera beredar menuju ke tempat Syeikh Abdullah kerana menyangkakan ada wanita lain yg menceroboh masuk ke dalam kamar tidurnya. Syeikh Abdullah lantas tersenyum dan berkata: “Wahai Abu Salleh, mmg itulah puteriku, Ummu Khair Fatimah. Ku katakan dia lumpuh kerana dia tidak pernah menjejakkan kakinya ke tempat maksiat, buta kerana tidak pernah melihat perkara haram, tuli kerana tidak pernah mendengar perkara khurafat dan bisu kerana tidak pernah menuturkan sesuatu yg sia-sia.”


Bersyukurlah Abu Salleh atas anugerah yg tak terhingga, hikmah drp sifat sabar dan redha terhadap ujian Allah SWT ke atas dirinya. Hasil dari perkahwinan pasangan yg soleh ini lahirlah seorang wali Allah yg amat masyhur dari keturunan Rasulullah SWT, yg bernama Syeikh Abdul Kadir Jailani. Beliau amat dikenali dgn gelaran “Mahyuddin” bermaksud “Yang Menghidupkan Agama”.

Allahu a’lam bisshawab.

Khamis, Februari 18, 2010

tazkirah di kala sibuk


terbaca emel yang menarik. ala2 tazkirah. tentang ibadah di kala sibuk. hmm.. benar, bila kita sibuk tersangat2, kadang kita selalu lupa nak buat ibadah. tapi bila kita tersangat2 sibuk, tapi kita sedaya upaya melapangkan masa untuk Allah, pasti berasa tenang dan lega serta nikmat. subhanallah. terima kasih kepada ctiey.sarifah@gmail.com yang diambil dari www.iluvislam.com


tazkirah di kala sibuk

Rasulullah s.a.w pernah bersabda,
"Beribadah disaat-saat huru hara, dunia kacau bilau adalah seperti hijrah kepadaku."
(Hadis riwayat Imam Muslim).

Muslim yang mampu beribadah dan menunaikan kewajipan agamanya disaat-saat yang penuh dengan huru-hara dan gangguan daripada segenap penjuru dan mampu mengingati Allah s.w.t disaat-saat orang lain lupa dan disibukkan dengan perkara yang melalaikan.Mereka akan diberikan pahala seperti pahala hijrah yang telah dilalui oleh kaum muhajirin dizaman Rasulullah s.a.w.Inilah hikmah perbezaan zaman.Mudah-mudahan kita termasuk dalam golongan yang mampu beribadah walaupun dalam keadaan dan suasana yang sangat menyibukkan dan mudah- mudahan kita mendapatkan pahala besar yang telah dijanjikan Allah seperti yan dinyatakan dalam hadis Rasulullah s.a.w.Hadis ini termasuk dalam kitab yang menerangkan tentang hadis-hadis akhir zaman sedangkan tiada disebut dalam lafaz dan mantan hadis peristiwa tentang akhir zaman ataupun tanda-tanda kiamat.Tetapi pada maknanya inilah kejadian akhir zaman.Kita duduk pada zaman yang terakhir.

Tanda hari kiamat sudah mendekati dunia islam ialah Kelahiran Nabi Muhammad S.a.w itu sendiri.Nabi telah meninggalkan kita sudah 1430 tahun dan kita ini sudah berada di penghujung.Dunia sudah terlalu tua.Dalam keadaan yang penuh dengan huru-hara.Ini terbukti dengan macam-macam kisah jahil dengan niat mengejar dunia,cari makan,cari harta dan sebagainya.Sibuk dengan pemerintahnya,sibuk dengan hal masing-masing ataupun huru- hara dengan makna berlakunya pelbagai maksiat yang tak pernah berlaku dan maksiat yang sudah berlaku semakin bertambah banyak.

Maka dalam keadaan masyarakat hari ini.Masing-masing lupa kepada beribadah kepada Allah.Barangsiapa yang masih lagi sempat meluangkan masa beribadah kepada Allah maka pahala-pahala hijrah.iaitu pahala yang telah didapat oleh golongan muhajirin iaitu sahabat yang telah berpindah dari Mekah ke Madinah.Walaupun tidak sama seperti pahala orang orang muhajirin tetapi pahala hijrah itu maksudnya pahala yang sangat besar disisi Allah s.w.t.

Kenapa pahala yang begitu besar diberi kepada kita oleh Allah s.w.t ?
Kerana pada akhir zaman maksudnya orang semakin lupa untuk beribadah.Ketika orang ramai sibuk beribadah sepertimana zaman Nabi s.a.w.,zaman para sahabat,zaman tabi'in dan zaman solafus soleh.Pada masa ini pahala yang didapati tidak sebanyak pada zaman kita.Apa jua pekerjaan pun kalau ramai orang boleh melakukannya maka bayarannya sedikit sahaja.tetapi bila pekerjaan itu tidak ramai yang boleh melakukannya maka bayarannya akan banyak.

Zaman kita ini ramai yang tidak mencari akhirat tapi bila kita masih lagi mencari maka banyak pahala yang akan diperolehinya.Itulah kelebihannya kerana orang ramai tidak memerlukannya.Terbuktinya sekarang ini masing-masing sibuk.Sibuk sampai tidak sempat pergi ke masjid.Hanya mampu sekali seminggu saja pergi ke masjid iaitu pada hari Jumaat.Kalau tidak hanya pada Solat sunat hari raya sahaja.Sibuk sampai tidak sempat menadah kitab.Orang mengajar hadis ,tidak boleh hadir,orang mengajar tafsir ,tidak boleh mari,orang mengajar feqah ,tidak ada masa,orang mengajar akidah ,ada mesyuarat,Orang mengajar Al-Quran biar jadi lembut lidah,biar jadi sah sembahyang ,ada hal kat pejabat,orang nak beritahu bab taharah,haid,nifas,tayamum,wudhu.tidak diperbolehkan juga.Kenapa? nak sambut menantu an menimang cucu.

Maknanya kita sangat sibuk.Maka zaman orang sibuk ini, barangsiapa yang sempat maka kitalah orang yang terpilih.Manusia hamba Tuhan yan berakal yang diberikan taufik beserta dengan hidayah.Dalam keadaan ramai orang yang lalai maka janganlah kita menjadi lalai.
Dalam surah Al-Ara'f , Allah berfirman ,
"Jangan ada kamu tergolong dalam golongan orang- orang yang lalai".

Kita kena beribadah dalam keadaan ikhlas kepada Allah.Segala perkara yang baik kita niat kerana Allah s.w.t akan menjadi satu ibadah.Memasak kerana Allah, membasuh kereta kerana Allah dan jadikanlah setiap detik dalam ibadah.Hati yang paling utama dalam memimpin manusia itu kepada beribadah kepada Allah.Rasulullah s.a.w bersabda
"Dalam tubuh anak adam itu ada seketul daging,kalau baik daging yang seketul ini maka baiklah keseluruhan tubuhnya,jika buruk seketul daging itu maka buruklah keseluruhannya,ketahuilah olehmu itu ialah hati".

Beruntung kita yang membersihkan hati !

Rabu, Februari 17, 2010

Lelaki & Kepompong Kupu-Kupu


aku terbaca email lagi. satu analogi yang sangat cantik dan meruntun hati ini untuk berfikir. benar! ia sangat memberi impak yang besar jika dihayati. renungkanlah. terima kasih buat highday_da_great@yahoo.com melalui remaja_masjid.yahoogroups.com

Lelaki Dan Kepompong Kupu-Kupu

Seorang lelaki telah menemui kepompong kupu-kupu di tengah jalan. Ada lubang kecil pada kepompong itu. Dia duduk mengamati lubang itu dan melihat ada kupu-kupu cuba berjuang untuk membebaskan diri melalui lubang kecil itu. Kemudian kupu-kupu itu berhenti mencuba. Ia kelihatan telah berusaha sedaya upaya dan kini tidak mampu untuk melakukan lebih jauh lagi. Akhirnya lelaki tersebut mengambil keputusan untuk membantu kupu-kupu tersebut. Dia mengambil gunting dan memotong sisa kekangan dari kepompong itu.

Kupu-kupu tersebut keluar dengan mudahnya. Namun, dia mempunyai tubuh gembung dan kecil, sayap-sayapnya berkeriut. Lelaki tersebut terus mengamatinya sambil berharap sayap-sayap itu akan mekar dan melebar sehingga mampu menampung tubuh kupu-kupu itu, yang mungkin akan berkembang seiring dengan berjalannya waktu. Namun, harapannya hanya tinggal harapan.

Hakikatnya, kupu-kupu itu terpaksa menghabiskan sisa hidupnya merangkak di sekitarnya dengan tubuh gembung dan sayap-sayap berkeriut dan tidak sempurna. Dia tidak pernah mampu terbang.

Lelaki yang membantu kupu-kupu tersebut tidak mengerti bahawa kupu-kupu tersebut perlu berjuang dengan daya usahanya sendiri untuk membebaskan diri dari kepompongnya. Lubang kecil yang perlu dilalui kupu-kupu tersebut akan memaksa cairan dari tubuh kupu-kupu itu ke dalam sayap-sayapnya sehingga dia akan siap terbang dan memperoleh kebebasan dari kepompong tersebut.

Kadang-kadang ujian dan perjuangan adalah suatu yang kita perlukan dalam hidup kita.Jika Tuhan membiarkan kita hidup tanpa ranjau dan perjuangan, kita mungkin akan jadi lemah dan tak tahan ujian. Kita mungkin tidak kuat untuk menghadapi rintangan bagi mencapai cita-cita dan harapan yang kita idamkan.

Kita mungkin tidak akan pernah dapat....terbang... jauh. Sesungguhnya Tuhan itu Maha Pengasih dan Maha Penyayang.

Kita memohon kekuatan dan keteguhan hati.Dan Tuhan memberi kita dugaan dan ujian untuk membuat kita kuat dan cekal..

Kita memohon kebijaksanaan; Dan Tuhan memberi kita berbagai persoalan hidup untuk diselesaikan agar kita bertambah bijaksana dan matang.

Kita memohon kemakmuran; Dan Tuhan memberi kita akal dan tenaga untuk dipergunakan sepenuhnya bagi mencapai kemakmuran.

Kita memohon cinta; Dan Tuhan memberi kita orang-orang bermasalah untuk diselamatkan dan dicintai.

Kita memohon kemurahan rezeki dan kebaikan hati; Dan Tuhan memberi kita kesempatan-kesempatan yang silih berganti.

Begitulah cara Tuhan membimbing Kita

Adakah jika saya tidak memperoleh apa yang saya idamkan, bererti bahawa saya tidak mendapatkan segala yang saya inginkan ?

Kadang-kadang Tuhan tidak memberikan apa yang kita minta, tapi dengan pasti Tuhan memberikan yang terbaik untuk kita, kebanyakan kita tidak dapat melihat hikmah disebaliknya, bahkan tidak mahu menerima rencana Tuhan, padahal itulah yang terbaik untuk kita.

Selasa, Februari 16, 2010

cawan yang cantik


sekali lagi aku terbaca cerita perumpamaan yang karut tetapi sangat bermakna dalam kehidupan. kita dicipta caripada tanah, sperma dan ovum. tetapi kita terlupa dan terus terlupa. lupa siapa pencipta, malah engkar suruhannya. lupa diri itu diawasi dan dipantau. astaghfirullah.. muhasabah diriku. syukran buat highday_da_great@yahoo.com melalui remaja_masjid.yahoogroups.com

Cawan yang cantik


Sepasang datuk dan nenek pergi belanja di sebuah kedai cenderamata untuk mencari hadiah buat cucu mereka. Kemudian mata mereka tertuju kepada cawan yang cantik. "Lihat cawan itu,sangat cantik" kata si nenek kepada suaminya. "Kau betul, inilah cawan tercantik yang pernah aku lihat," ujar si datuk. Pada ketika mereka mendekati cawan itu, tiba-tiba cawan yang dimaksud berbicara:-

"Terima kasih untuk perhatian anda, perlu diketahui bahwa aku dulunya tidak cantik. Sebelum menjadi cawan yang dikagumi, aku hanyalah selonggok tanah liat yang tidak berguna. Namun suatu hari ada seorang penjunan dengan tangan kotor melempar aku ke sebuah roda berputar . Kemudian ia mulai memutar-mutar aku hingga aku merasa pening."Stop ! Stop !" Aku berteriak. Tetapi orang itu berkata, 'Belum !' Lalu ia mulai menyodok dan meninju aku berulang-ulang "Stop! Stop!" teriakku lagi. Tapi orang ini masih saja meninjuku, tanpa menghiraukan teriakanku. Bahkan lebih buruk lagi ia memasukkan aku ke dalam api. "Panas! Panas!" Teriakku dengan kuat."Stop!Cukup!" Teriakku lagi.Tapi orang ini berkata,"Belum" .Akhirnya ia mengangkat aku dari api itu dan membiarkan aku sampai sejuk. Aku fikir, selesailah penderitaanku. Oh ternyata belum.Setelah sejuk aku diberikan kepada seorang wanita muda dan ia mulai mewarnai aku. Asapnya begitu memualkan."Stop ! Stop !" Aku berteriak. Wanita itu berkata,"Belum!". Lalu ia memberikan aku kepada seorang lelaki dan ia memasukkan aku sekali lagi ke api yang lebih panas dari sebelumnya." Tolong! Hentikan penyiksaan ini!", sambil menangis aku berteriak sekuat-kuatnya.Tapi orang ini tidak peduli dengan teriakanku. Ia terus membakarku. Setelah puas "menyiksaku"kini aku dibiarkan sejuk. Setelah benar-benar sejuk seorang wanita cantik mengangkatku dan menempatkan aku dekat kaca. Aku melihat diriku. Aku terkejut sekali. Aku hampir tidak percaya, kerana di hadapanku berdiri sebuah cawan yang begitu cantik. Semua kesakitan dan penderitaanku yang lalu menjadi sirna tatkala kulihat diriku." Datuk dan nenek itu terdiam membisu. Lalu diceritakan kisah itu kepada cucunya.

Pengajaran:
Seperti inilah kehidupan membentuk kita.Dalam perjalanan hidup akan banyak kita temui keadaan yang tidak menyenangkan, sakit, penuh penderitaan,dan banyak air mata. Tetapi inilah satu-satunya cara untuk mengubah kita supaya menjadi"cantik". Jangan lupa bahawa cubaan yang kita alami tidak akan melebihi daya dan kekuatan kita.Ertinya tidak ada alasan untuk tergoda dan jatuh dalam dosa apabila anda sedang menghadapi ujian hidup.Jangan kecil hati, kerana Tuhan sedang membentuk anda. Bentukan-bentukan ini memang menyakitkan tetapi setelah semua proses itu selesai; anda akan melihat betapa cantiknya Tuhan membentuk anda untuk kehidupan yang lebih baik dan bermakna di hari kemudian dan hari pembalasan(akhirat).

Isnin, Februari 15, 2010

kasih si kecil


"membelek2 peti surat maya ku. oh, cerita yang menarik untuk aku kongsikan. subhanallah, janganlah mengalah sebelum berjuang! dan bersyukurlah kepada Allah akan setiap kejadian kita. pasti ada kelebihan diri kita, dan janganlah kita saling membongkak diri, kerana itu sikap yang tidak disukai Allah. terima kasih buat highday_da_great@yahoo.com melalui remaja_masjid.yahoogroups.com"

kasih si kecil

Seekor anak kucing yang kecil yang comel sedang berjalan-jalan di ladang pemiliknya. Ketika dia mendekati kandang kuda, dia mendengar binatang besar itu memanggilnya. “Kamu mesti masih baru di sini, cepat atau lambat kamu akan mengetahui bahawa pemilik ladang ini mencintai saya lebih dari binatang lainnya. Kerana saya mampu mengangkut banyak barang untuknya, saya kira binatang sekecil kamu tidak akan bernilai sama sekali baginya”, ujarnya dengan sinis.

Kucing kecil itu menundukkan kepalanya dan pergi. Tapi, dari kandang sebelah, ia mendengar suara seekor lembu. “Saya adalah binatang yang paling terhormat di sini sebab puan di sini membuat keju dan mentega dari susu saya. Kamu tentu tidak berguna bagi keluarga di sini”, dengan nada mencemuh.

Belum lagi kesedihannya hilang, ia mendengar teriakan biri-biri. “Hai lembu, kedudukanmu tidak lebih tinggi dari saya. Aku memberi bulu kepada pemilik ladang ini. Saya memberi kehangatan kepada seluruh keluarga. Tapi kata-katamu soal kucing kecil itu, memang benar. Dia sama sekali tidak ada manfaatnya di sini.”

Satu demi satu binatang di situ ikut serta dalam pencemuhan itu, sambil menceritakan betapa tingginya kedudukan mereka di ladang itu. Ayam pun berkata bagaimana dia telah memberikan telur. Semua binatang sepakat kalau si kucing kecil itu adalah makhluk tak berguna dan tidak sanggup memberikan sumbangan apapun kepada keluarga itu.

Terpukul oleh kecaman binatang-binatang lain, kucing kecil itu pergi ke tempat sepi dan mulai menangis menyesali nasibnya. Sedih rasanya, sudah yatim piatu, dianggap tak berguna, disingkirkan dari pergaulan pula…

Ada seekor kucing tua di situ mendengar tangisan tersebut, lalu mendengar keluh kesah si kucing kecil itu. “Saya tidak dapat memberikan sumbangan kepada keluarga di sini, sayalah haiwan yang paling tidak berguna di sini…”

Terharu, kucing tua berkata, “Memang benar bahwa kamu terlalu kecil untuk menarik pedati. Kamu tidak berupaya memberikan telur, susu ataupun bulu. Tetapi bodoh sekali jika kamu menangisi sesuatu yang tidak mampu kamu lakukan. Kamu harus menggunakan kemampuan yang diberikan oleh Tuhan untuk membawa kegembiraan.”

Malam itu ketika pemilik ladang baru pulang dan kelihatan amat lelah Kerana perjalanan jauh di panas terik matahari, kucing kecil itu lari menghampirinya, menjilat kakinya dan melompat ke pelukannya. Sambil menjatuhkan diri ke tanah, pemilik ladang dan kucing kecil itu berguling-guling di rumput disertai tawa ria.

Akhirnya pemilik ladang itu memeluk dia erat-erat dan mengelus-elus kepalanya, dan berkata, “Meskipun saya pulang dalam keadaan letih, tapi rasanya semua jadi sirna, bila kau menyambutku semesra ini. Kamulah yang paling berharga di antara semua binatang di ladang ini. Kamu kecil, tapi sangat mengerti ertinya kasih…”


Moral:
Jangan sedih ketika kamu tidak dapat melakukan sesuatu seperti orang lain Kerana memang tidak memiliki kemampuan untuk itu. Tetapi apa yang kamu dapat lakukan, kerjakan itu dengan sebaik-baiknya. Dan jangan sombong jika kamu merasa banyak melakukan beberapa hal pada orang lain, karena orang yang tinggi hati akan direndahkan dan orang yang rendah hati akan ditinggikan. Selalu begitu

Khamis, Februari 11, 2010

hati ini kian sakit


"pos ini aku berkongsi rasa ketika aku dalam umbang-ambingan. dan aku menzahirkan dalam bentuk persoalan dan pemikiran. kesedaran ini untuk ku dan terpulang untuk mu. hati itu daripada sudut fizikal, aku umpamakan sebagai jantung. hati itu daripada sudut emosi, aku umpamakan sebagai perasaan. hati itu daripada sudut rohani, aku umpamakan sebagai iman/qalb. terpulang pada kalian untuk menterjemahkan."

hati ini kian sakit.
sakit daripada pelbagai segi.
sakit fizikalnya.
sakit emosinya.
sakit rohaninya.
sakit yang ada ubatnya.
tetapi enggan dicubanya.

hati ini kian sakit.
sakit fizikalnya.
badan serba-serbi tidak berfungsi baik.
terasa kadang ia berdegup kencang.
terasa kadang ia berdegup perlahan.
kadang badan sihat.
kadang badan sakit.
hati tidak mampu lagi mengawal seluruh badan.
ia seakan-akan lemah.
hati tidak mampu mengepam darah ke seluruh badan.
hati tidak mampu meransang metabolisme dalam badan.
akhirnya, hati ini menjadi lemah.
sekaligus, badan terus lemah dan lemah.
apakah pengakhirannya kelak?

hati ini kian sakit.
sakit emosinya.
perasaan ini sekejap baik, sekejap angin.
hati ini tidak tenteram.
hati ini resah gelisah.
hati ini tidak mampu mengawal emosi.
terus menerus menjunam dan meninggi.
melihat keadaan sekeliling yang pelbagai ragam.
meruntun hati terus tidak keruan.
hati bertambah emosi.
melihat sekeliling dengan penuh emosi.
akhirnya, hati kacau bilau.
sekaligus, pemikiran menjadi haru biru.
apakah pengakhirannya kelak?

hati ini kian sakit.
sakit rohaninya.
hati ini semakin lemah ingin ingat kepada Yang Mencipta.
hati ini sayu.
hati ini penat.
penat dengan kesakitan fizikal dan emosinya.
melemahkan rasa ingin beramal dan beribadah.
terus menerus hati ini meracau.
meracau mencari sesuatu yang hilang.
entah ke mana ia menghilang.
semakin jauh jauh dan jauh daripada hati ini.
akhirnya, hati ini lupa.
sekaligus, lupa akan Penciptanya.
apakah pengakhirannya kelak?

hati ini kian sakit.
sakit bila fizikal dan emosi menguasai diri.
rohani itu menjadi sampingan sahaja.
apabila sakit fizikal, maka sakitlah hati.
apabila sakit emosi, maka sakitlah hati.
apabila sakit fizikal dan emosi, sakitlah rohani.
apabila sakitnya rohani, maka lupalah akan Pencipta.
kerana rohani menjadi tempat ketiga di hati kita.

hati ini yang pertama, rohani.
hati ini yang kedua, emosi.
hati ini yang ketiga, fizikal.
yang pertama adalah juara dan perisai.
apabila perisai itu rapuh, rapuhlah yang kedua dan ketiga.
maka, hancurlah hati.

hati ini kian sakit.
kini aku temui ubatnya.
ubatnya, meletakkan rohani itu pertama di hati.
rohani itu juara dan perisai untuk hati.
apabila perisai ini kuat dan teguh,
akhirnya, pasti yang kedua dan ketiga tiada masalah.
sekaligus, hatiku bertambah sihat dan tenang.
apakah pengakhirannya kelak?
cubalah dulu, baru tahu....

-www.arrabe.blogspot.com-
[rohani itu adalah amal ibadah kepada Allah dan ingatan kita kepadaNYA.]