Memaparkan catatan dengan label semangat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label semangat. Papar semua catatan

Selasa, Oktober 11, 2011

istiqamah yang yok

pernah tak anda merancang sesuatu yang hebat dan anda berjaya memulakan. kemudian sampai satu tahap, anda buat-buat terlupa dan tak buat dah perancangan hebat itu. "pernahkah?"

hari ini nak berkongsi pasal istiqamah yang yok. aku pun tak pasti apakah yang yok? tapi aku pasti ramai tahu istiqamah tu apa. "betul tak?"
dalam bahasa yang mudah, istiqamah ialah suatu usaha yang baik dilakukan secara berterusan. yang yok pula bermaksud "ala yang macam.... ayok, lupa!"
senang cerita "kita cadang nak istiqamah dan amalkan selalu, tiba2 rasa malas pulak dan pastu dah tak buat... poyo tak?"

alkisah wajib asas kepada pos kali ini, istiqamah yang yok aku terhadap blog kesayangan aku ni. punyalah aku lihat intisari kandungan, pernah beberapa bulan aku istiqamah betul-betul kemaskini blog sehinggakan satu bulan cukup 30 pos atau lebih. entah bagaimana aku boleh jadi malas nak kemaskini. dan jadilah istiqamah yang yok.




jelas kat sini, istiqamah yang yok tak patut kita amalkan. sebab ia akan merugikan kita. "hmm... anda tahu tak?" kenapa kita boleh tetiba jadi tidak istiqamah benda yang baik?
kalau anda ada pengalaman, tolonglah kongsi dengan komen di bawah, nak tahu juga.
menurut pengalamanku sendiri, ada beberapa sebab aku jadi istiqamah yang yok. sekejap kemaskini sekejap malas.

sebab pertama: akan tiba satu tahap di mana aku tidak merasa kenikmatan istiqamah sama seperti istiqamah di awal perancangan. mungkin sebab kita menjadikan ia sebagai rutin harian. lama2 jadi tabiat automatik dan ia lama2 membebankan.
"yeke?"
contoh yang aku lihat, solat yang diwajibkan. ingat lagi aku semasa kecil dididik dan diasuh untuk solat. mula2 seronok sebab dapat belajar benda baru, lepas tu makin malas. kemudian, ayah pakai rotan, paksa solat. aku jadi rajin solat semula kerana takut, lepas lama2 makin membesar, kadang sengaja melewatkan solat dan terasa berat nak solat. tapi bila dengar ceramah kelebihan solat, aku jadi bersemangat semula untuk solat di awal waktu. namun, ia semakin luntur bila lama tak isi diri dengan ceramah dan kuliah agama. "tak percaya?" cubalah tak dengar IKIM.fm dan jangan pergi masjid sebulan, mesti malas nak solat. [lebih baik jangan cuba]. eh, tak habis lagi, bila makin remaja akhir ini, kerja dan tugasan pelajaran semakin bertimbun, solat itu pun kadang tak khusyuk dan suka solat bersendirian. tapi bila aku berkawan dengan individu yang suka ke surau untuk berjemaah, aku pun jadi semangat nak ikut dia. lama2 bila jauh dari dia, kembali ke tabiat lama. bila sertai usrah dan halaqah, rasa seronoknya beramal ibadat kepada Allah, namun bila cuti semester, usrah tiada, liat kembali. istiqamah yang yok.... [pengalaman silam dulu]

"percaya tak?"
bila kita terbuai dengan sesuatu yang lebih menyeronokkan [lagha dan hiburan], kenikmatan beribadat akan hilang dengan cepat. malas pun datang dan khusyuk pun hilang.
"serius, aku bukan tipu!"
sebab tu lah bab solat dan ibadah yang baik kepada Allah ini, kita kena kemaskini diri dengan ceramah, nasihat kawan yang baik, baca buku2 agama, dengar IKIM.fm, sertai usrah, subscribe Quran weekly di Youtube.com dengar nasyid dan qasidah, baca status facebook.com golongan ustaz2 dan ustazah2, buka TVAlhijrah. kita akan rasa seronok untuk melakukan amal ibadat dan terasa ingin diisi lagi dan diisi lagi dan lagi!
tapi bila kita mula layan berita fitnah  bab politik, baca akhbar bahagian berita pelik, bogel, baca status facebook.com bab cinta dan frust, dengar radio yang asyik gelak dan lagu cinta laki perempuan, pergi konsert himpit2, tengok Youtube.com Vlog annoying grapes, duduk main games, tengok video porno, tengok filem adegan suami isteri, tengok cerita hindustan menari nampak pusat. semua ini akan sedikit sebanyak menghilangkan kenikmatan ibadah kepada Allah. sebab syaitan asyik cucuk2 kat kita. "tak payahlah solat, lewatkanlah sikit, cepatlah habis solat ni, sembahyang sorang sudah"

"betul tak?"
"eh.. maaf tadi cerita pasal blog jadi bab lain pula"

sebab kedua: niat kita dah lari.contohlah aku buka akaun facebook ini untuk Islam dan sampaikan nasihat yang baik2. awal2 mungkin kita dapat istiqamah dengan tulis status yang memberi nasihat dan menceriakan hari orang lain2. lama-lama kita akan lupa niat asal kita. mungkin kita terlalu asyik dan tak semak diri setiap hari.

contoh untuk sebab kedua ini, aku alhamdulillah sudah ada kereta baru menggantikan motor yang aku sedikit bimbang untuk bawa motor lagi. pernah aku berniat untuk bawa kereta 80 km/j dan tak lebih 100 km/j sahaja. namun setelah sebulan, aku makin lupa diri, di highway aku bawa sampai 110 km/j dan di jalan biasa jika tiada simpang dan motorsikal di samping, aku bawah 90 km/j. bila semak diri balik, "Ya Allah, aku dah langgar niat asalku". bila aku semak diri, baru aku tersedar. begitu juga bab istiqamah dalam kebersihan kereta, niat asal nak jaga kebersihan dalaman dan luaran kereta sebab itu adalah imej kita kepada Allah dan kawan2. memang tiap pagi akan lap dulu embun2 pagi dan kibas karpet kereta. namun setelah sebulan, makin malas diri ini. buat pun sekadar yang yok. malam ni bila tulis blog, insaf balik.






"kan?"
kesimpulannya, tang niat ni kita kena sentiasa perbaharui atau mengingatkan setiap pagi. sebab tu kita bila nak makan kena baca doa. bahasa melayu pun tak mengapa. agar kita rasa nikmat istiqamah makan dengan niat yang baik kepada Allah. sebab bila kita makan laju sehingga terlupa baca doa sebelum makan, kita rasa macam nyesal makan tadi sebab tak dapat pahala. "betul tak?"

panjang pulak pos kali ini. hehe... maaf sangat2 sbeab lama tak kemaskini blog, rasa nyesal pun ada sebab istiqamah yang yok. harap esok dapat istiqamah lagi dan lagi!

perkongsian tambahan:
Sabda Rasulullah s.a.w. : “Siapa membaca surah Al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kesusahan atau kemiskinan selama-lamanya. (Diriwayatkan oleh Baihaqi dari Ibnu Mas’ud r.a.)

Rabu, Ogos 10, 2011

segala yang haram

haram itu maksudnya jika kita melakukan perbuatan itu, ia akan menyebabkan kita berdosa.
dan haram adalah satu hukum yang amat ditegah dan dilarang oleh Allah untuk kita lakukan.
namun, jika kita berjaya tinggalkan perbuatan haram itu, kita akan beroleh pahala.



dalam AlQuran, perkataan yang selalu kita faham bila baca ayat AlQuran ialah perkataan Khinzir dan Zina. meskipun kita tak faham perkataan sebelum dan selepas istilah arab ini.
"tetapi istilah Rokok?"
ye, memang Rokok tak pernah ada istilahnya dalam AlQuran.
aku pernah belajar tentang asal penjenamaan Rokok kepada dunia.
produk pokok tembakau, Nicotiana tabacum iaitu Rokok yang menjadi popular semasa Perang Dunia ke 2.
"kenapa ia popular?"
entah... mungkin sebab Gaya, Mutu, Keunggulan?
Black is Gold?

kini, Fatwa di Malaysia mengatakan Rokok adalah Haram. {klik sini}

ketagih... amat payah untuk hilangkan ketagihan. ia seolah-olah menjadi satu keperluan. aku tidak pernah merasai ketagihan Rokok ini.
tetapi aku pernah mengajak mereka yang ketagih Rokok ini untuk berhenti.
tetapi ia sangat bersangatan payah.
aku pernah belajar Biologi di Matrikulasi tentang kesan neurotransmiter akibat dadah.

bagiku, kesan akibat Rokok ke atas saraf kita juga sama seperti dadah.

cuma mungkin kesan buruknya lambat sahaja.

tetapi ketagihan adalah berpunca dari yang sama.

(dah 4 tahun aku tinggalkan subjek manusia ni, salah tolong betulkan)


sebab itu, Haram dan Wajib itu adalah sesuatu yang kontra dan berbeza.

namun, kedua-duanya adalah berat untuk dilaksanakan.

hendak melakukan yang Wajib itu berat (memang berat).

hendak melakukan yang Haram pun berat (meskipun senang nak buat).

"kenapa kata Haram tu berat?"

Haram tu berat apabila kita nak tinggalkannya!
apabila kita nak tinggalkannya!

sebab tu ganjaran bagi mereka yang dah ketagih, bila dia melawan beratnya Haram itu, dan berjaya tinggalkan Haram itu, pastinya ganjaran Allah itu besar maknanya!


beza dengan Wajib. beratnya untuk melakukannya.
sehingga kita selalu bermalas-malasan untuk buat.

tetapi bagi orang yang bersusah-payah melawan keberatan malas untuk melakukan kewajipan ini, dan Allah akan kurniakan ganjaran pahala berlipat ganda.


USaHaLah!! anda boleh, ingat dosa dan pahala. pilihLAH pahala! segala yang Haram adalah untuk kita jauhi.

p/s: jauhi juga Zina dengan tidak menonton filem/video lucah. sesungguhnya dengan melihat aurat orang lain akan melemahkan iman dan akal kita. semakin lemah amal ibadat kita. semakin terasa jauh dari Allah. lawan ketagih ini!

Ahad, Ogos 07, 2011

kerja dengan berkaki 4

kaki kanan, kaki kiri, kaki tongkat kanan, kaki tongkat kiri. jumlah semua kaki empat.
dua tongkat disemat pada pangkal lengan (ketiak).
kaki tongkat kanan dan kiri melangkah dahulu serentak.
kaki kanan menyusul dan badan sedikit kedepan.
kaki kiri mengikut dan badan pun terikut sama.


alangkah nikmat dahulu berjalan dengan kaki dua.
hanya ada dua cara untuk berjalan dengan kaki dua.
kini dengan kaki empat aku ada empat cara untuk maju setapak.
alhamdulillah aku semakin mahir melangkah dengan kaki empat.
meskipun empat bulan, aku hanya menyendiri di rumah.
dengan keberkatan Ramadhan, aku cuba kembali muncul.
muncul dengan azam baru untuk kembali bekerja.

alkisah peristiwa kemalangan pada 21 Mac 2011 pasti sudah anda maklum?
boleh rujuk [klik sini]
aku hanyalah pelajar sarjana yang berkerja sambilan kontrak dengan pensyarah.
Research Asistant bagi menyokong yuran perbelanjaanku di UKM.
aku terasa sangat terkilan tidak dapat bekerja sepanjang tempoh sakit.
bayangkan 4 bulan tanpa ke makmal dengan lambakan kerja kajian aku.
ditambah lagi dengan seminar dan kerja2 yang sepatutnya aku lakukan.
sangat terkilan, tapi sentiasa membaca Quran untuk menenangkan diri.
sentiasa Redha dengan Allah akan musibah ini.
sentiasa juga aku mengatakan, "Allah masih sayang aku, mujur hanya patah kaki, bukan mati"
"mungkin inilah balasan dosa aku yang lalu"
dosa? apa dosa aku?

dosa itu ada yang kita sedar ada yang tidak.
ada yang aku tahu dan ada yang aku buat tak tahu.
percayalah diri ini sentiasa ada dosa.
ingat balik apa dosa yang telah kau lakukan sebelum ini.
pasti ada.
"status facebook?, datang lewat ke makmal?, malas buat kajian?, buat umi abuya sakit hati?, malas baca alQuran?, tak datang usrah?, tak ziarah sahabat?, janji tak ditepati?, bawa motor laju sehingga menyusahkan orang lain?, parkir motor salah tempatnya? pijak semut?, tak basuh akurium ikan?, lupa siram pokok?, tak update blog?"
oh............. banyaknya dan pasti banyak lagi.

ambil berkat Ramadhan untuk bersihkan diri.
ambil berkat Ramadhan untuk tebus kerja kembali.
ambil berkat Ramadhan untuk perbaiki ibadah sendiri.

biarlah pangkal lenganku sakit, biarlah berkaki empat, biarlah lenguh melangkah, asalkan aku perbaiki kesilapan yang lalu dan sedar diri.

Ahad, Februari 13, 2011

mandi sungai:seluar panjang


siapa yang tidak suka mandi sungai?
aku bukan seorang yang pandai berenang.
masih memijak-mijak lantai sungai, agar rasa keyakinan untuk mandi.
tidak mampu aku untuk mandi dengan kaki tidak mencecah bumi.
apalah nikmat mandi sungai jika tidak mampu berenang?
sedikit cemburu melihat rakan-rakanku yang bergerak ke sana-sini dengan pantas dalam air yang mengalir.
namun perasaan tidak dibiar terus cemburu, digagahkan badan untuk terapung.
terapung dan mencuba berenang.

insiden di Pulau Tinggi, Johor. masih cemburu setahun yang lalu.
cemburu melihat orang berenang dengan baik.
pernah meminta En. Soed mengajarku berenang di lautan biru.
sekadar pelampung, aku mampu sedikit berenang.
aku sudah boleh berenang dengan perlahan.
keesokannya, kami dilepas ke dalam laut China Selatan untuk melihat batu karang.
tetapi dengan berjaket oren.
alhamdulillah sangat teruja untuk melihat batu karang, perlahan-lahan aku mengepak tanganku.
masih terapung, sambil mata melihat batu karang ciptaan Ilahi.
keghairahan yang amat, sehingga 4 jam di laut biru seumpama 4 minit.
wisel dibunyikan menandakan kami perlu balik ke bot.
aku akur, dan mengepak tanganku.
ku kayuh kaki dan kepak tanganku.
ku usaha lagi dan lagi.
tetapi hanya aku bergerak sedikit dan sangat sedikit sahaja.
selama 30 minit aku berusaha, sementara kawan-kawanku yang lain sudah tiba di bot.
aku cemburu, kenapa aku tak sampai lagi?
hampir berputus asa, kawan-kawan yang melihatku terus memberikan sokongan.
terus diteruskan lagi...
mengalah, tidak sampai.

Sungai Lepoh yang baru sahaja aku mencuba untuk berenang kembali.
namun aku belum tinggi keyakinan untuk berenang di bahagian yang lebih dalam.
tetapi syukur ada teman yang sudi mengajar aku.
sedikit sebanyak aku belajar, meskipun lambat.
teringat pesanan ayahku, aku kena mahirkan berenang sebab itu galakan nabi Muhammad SAW.
aku masih tidak mengerti kenapa Nabi Muhammad menyarankan kita untuk mahir berenang.
tetapi saranan ini harus aku jayakan.
mungkin aku lewat tetapi belum lagi terlambat.

seluar panjang?
apa kaitan dengan topik mandi sungai?
kerap kali seluar panjang yang berpoket telah mengapungkan aku.
sukar untuk aku berenang dengan seluar panjang.
tetapi lagi sukar untuk mendedahkan aurat untuk mudah berenang.
aurat yang mana terbuka?
aurat aku yang lelaki... antara pusat sehingga ke kepala lutut.
insyaAllah meskipun sukar untuk berenang, aku masih perlu menutup auratku.
itu pinta Penciptaku, untuk apa?
hanya Dia Maha Mengetahui.


Selasa, April 27, 2010

kerana itu Iqra'lah dengan nama Tuhanmu.


kita asyik menyalahkan orang lain.
"alah, mereka cina. memang diorang pandai"
"takpe, esok lusa sempat lagi nak study"
"belajar pandai2 buat apa? nanti dapat kerja jugak"
kita terlupa yang kita hanya berkata untuk menyedapkan hati kita semata2.
tapi kita selalu alpa, menyedapkan hati kitalah punca kemalasan kita.

"facebook sekejap lah" "alamak dah 3 jam"
"aduh, peningnya. tak faham"
"susah gila, mesti teruk aku esok"
bertangguh dan mengaku kalah awal juga faktor kemalasan kita.

kemalasan punca kepada kegagalan.
kemalasan itu mampu untuk menggelapkan hati.
jangan jadikan kemalasanmu untuk kesenanganmu yang sementara.
tetapi jadikanlah kesusahanmu untuk kejayaan yang berkekalan.

andai dirimu masih lemah dan tidak berdaya.
ingatlah, jika kamu terus wujud, kamu tidak berguna.
hanya menambah beban kelemahan ummat.
andai dirimu asyik mengaku kalah, kamu turut mempengaruhi orang lain untuk malas bersamamu.

ingatlah, hidupmu bukan untuk kesenangan dirimu seorang.
tetapi hidupmu untuk kesenangan ummat.
andai dikau terus menerus membatu.
ummat disekeliling terus menerus menjadi batu.
dipijak2, dibaling2, dan hentak2.
batu yang tiada nilai di mata orang lain.

kerna perjuangan ini bukan untuk dirimu semata2.
tetapi untuk seluruh ummat disampingmu.
sedarlah, bukalah matamu.
sampai bila ummatmu mahu ditindas dengan ilmu orang kafir.
sampai bila ummatmu mahu menagih kemajuan orang kafir.
sampai bila ummatmu mahu mengagung kehebatan orang kafir.
sampai bila?
sampai kita berada di kemuncak gunung.
sampai kita meninggi di langit yang membiru.
sampai kita menjulang ilmu ke bulan purnama.
kerana itu Iqra'lah dengan nama Tuhanmu...

W.arkah C.inta buat R.ohku
~ aduhai R.ohku, insafilah dirimu yang sentiasa alpa. ingatlah Allah sentiasa. sebanyak2nya.
~ aduhai R.ohku, janganlah dikau selalu berasa kemalasan. berubahlah, dikau mampu!
~ aduhai R.ohku, berilah semangat pada dirimu, yakinlah pada dirimu itu.

Ahad, Mac 07, 2010

jangan berdukacita


Mohd Khaidir Abu Talib melalui highday_da_great@yahoo.com telah menghantar emel nasihat kepadaku. teringat buku la tahzan. subhanallah. aku sangat terisi di pagi hari ni. untuk aku memulakan kehidupan yang lebih gembira dan tidak pernah lemah untuk meneruskan usaha dakwah!

Jangan Berdukacita
Bersedih hati itu tidak memeberi sebarang manfaat, justeru itu ianya sangat dilarang dalam agama sebagaimana telah ditegaskan dalam firman Allah yang berikut,
“Dan, janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahan dan menegakkan Islam) dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa yang menimpa kamu)”
(QS. Ali 'Imran: 139)
"Janganlah bersedih atas mereka"
“Janganlah kamu berdukacita sesungguhnya Allah sentiasa bersama kita”
(QS. At-Taubah: 40)
“Nescaya tidak ada kebimbangan terhadap mereka (dari sesuatu yang tidak baik), dan mereka pula tidak akan berdukacita”
(QS. Al-Baqarah: 38)
Bersedih itu hanya akan memadamkan api semangat, melemahkan tekad dan membekukan jiwa. Dan kesedihan itu ibarat penyakit demam yang membuat tubuh menjadi lemas tidak berdaya. Mengapa demikian?

Sudah tentu begitu kerana kesedihan hanya memiliki daya yang menghentikan dan bukan menggerakkan. Dan itu bererti ia sama sekali tidak bermanfaat bagi hati. Bahkan, kesedihan merupakan satu hal yang paling disenangi syaitan. Maka dari itu, syaitan selalu berupaya agar seorang hamba bersedih untuk menghentikan setiap langkah dan niat baiknya. Ini telah diperingatkan Allah dalam firman-Nya,
“Sesungguhnya perbuatan berbisik (dengan kejahatan) itu adalah dari (hasutan) syaitan untuk menjadikan orang-orang beriman berdukacita”
(QS. Al-Mujadilah: 10)

Rasulullah s.a.w. pernah melarang tiga orang yang sedang berada dalam satu majlis, "Janganlah dua orang melakukan percakapan rahsia tanpa disertai yang ketiga, sebab yang demikian itu akan membuatnya berdukacita." Dan bagi seorang mukmin, kesedihan itu tidak pernah diajarkan dan dianjurkan. Soalnya, kesedihan merupakan penyakit yang berbahaya bagi jiwa.
Kerana itu pula, setiap muslim diperintahkan untuk mengusirnya jauh-jauh dan dilarang tunduk kepadanya. Islam juga mengajarkan kepada setiap muslim agar sentiasa melawan dan menundukkannya dengan segala cara yang telah disyariatkan Allah s.w.t.
Bersedih itu tidak diajarkan dan tidak bermanfaat. Maka dari itu, Rasulullah s.a.w. sentiasa memohon perlindungan dari Allah agar dijauhkan dari kesedihan. Beliau selalu berdoa seperti ini,

"Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari rasa sedih dan duka cita."
Kesedihan adalah teman akrab kecemasan. Adapun perbezaannya antara keduanya adalah apabila suatu hal yang tidak disukai hati itu berkaitan dengan hal-hal yang belum terjadi, ia akan menghasilkan kecemasan. Sedangkan bila berkaitan dengan persoalan masa lalu, maka ia akan menghasilkan kesedihan. Dan persamaannya, keduanya sama-sama dapat melemahkan semangat dan kehendak hati untuk berbuat suatu kebaikan.

Kesedihan dapat membuat hidup menjadi keruh. Ia ibarat racun berbisa bagi jiwa yang dapat menyebabkannya lemah semangat, hilang ghairah dan kacau dalam menghadapi hidup ini. Dan ia akan berakhir pada ketidakpedulian diri pada kebaikan, ketidakpedulian pada kebajikan, kehilangan semangat untuk meraih kebahagian dan kemudian akan berakhir pada pesimisme dan kebinasaan diri yang dahsyat.
Meski demikian, pada tahap tertentu kesedihan memang tidak dapat dihindari dan seseorang terpaksa harus bersedih karena suatu kenyataan. Berkenaan dengan ini, disebutkan bahawa para ahli syurga ketika memasuki syurga akan berkata,
“Segala puji bagi Allah yang telah menghapuskan perasaan dukacita dari kami”
(QS. Fathir: 34)

Ini menandakan bahawa ketika di dunia mereka pernah bersedih sebagaimana mereka pernah ditimpa musibah yang terjadi di luar ikhtiar mereka. Hanya ketika kesedihan itu harus terjadi dan jiwa tidak lagi memiliki cara untuk menghindarnya, maka kesedihan itu sebaliknya akan mendatangkan pahala. Itu terjadi kerana kesedihan yang demikian merupakan sebahagian dari musibah atau cubaan. Maka dari itu, ketika seorang hamba ditimpa kesedihan hendaknya ia sentiasa melawannya dengan doa-doa dan cara-cara lain yang memungkinkan untuk menghalaunya.
“Dan tidak juga berdosa bagi orang-orang yang ketika mereka datang kepadamu (memohon), supaya engkau memberi kenderaaan kepada mereka, engkau berkata: "Tidak ada padaku kenderaan yang hendak kuberikan untuk membawa kamu", mereka kembali sedang mata mereka mengalirkan air mata yang bercucuran kerana sedih bahawa mereka tidak memperoleh sesuatupun yang hendak mereka belanjakan (untuk pergi berjihad di jalan Allah)”
(QS. At-Taubah: 92)
Demikianlah, mereka tidaklah dipuji disebabkan kesedihan mereka semata-mata. Tetapi adalah disebabkan kesedihan mereka itu mengisyaratkan kuatnya keimanan mereka. Kerana kesedihan mereka berpisah dengan Rasulullah adalah disebabkan tidak mempunyai harta yang akan dibelanjakan dan kenderaan untuk membawa mereka pergi berperang. Ini merupakan peringatan bagi orang-orang munafik yang tidak merasa bersedih dan sebaliknya gembira apabila tidak berkesempatan untuk turut berjihad bersama Rasulullah.
Kesedihan yang terpuji adalah kesedihan yang disebabkan oleh ketidakmampuan menjalankan suatu ketaatan atau disebabkankan tersungkur dalam jurang kemaksiatan. Dan kesedihan seorang hamba yang disebabkan oleh kesedaran bahawa kedekatan dan ketaatan dirinya kepada Allah sangat kurang. Maka, hal itu menandakan bahawa hatinya hidup dan terbuka untuk menerima hidayah dan cahaya- Nya.

Sementara itu, makna sabda Rasululllah dalam sebuah hadis shahih yang berbunyi, "Tidaklah seorang mukmin ditimpa sebuah kesedihan, kebimbangan dan kerisauan, kecuali Allah pasti akan menghapus sebahagian dosa-dosanya," adalah menunjukkan bahawa kesedihan, kebimbangan dan kerisauan itu merupakan musibah dari Allah yang apabila menimpa seorang hamba, maka hamba tersebut akan diampuni sebagian dosa-dosanya. Dengan begitu, hadis ini tidak menunjukkan bahawa kesedihan, kebimbangan dan kerisauan merupakan suatu keadaan yang harus diminta dan dirasakan.

Bahkan, seorang hamba sebaliknya tidak dibenarkan meminta atau mengharap kesedihan dan mengira bahawa hal itu merupakan sebuah ibadah yang diperintahkan, diredhai atau disyariatkan Allah untuk hamba-Nya. Sebab, jika memang semua itu dibenarkan dan diperintahkan Allah, pastilah Rasulullah s.a.w. akan menjadi orang pertama yang akan mengisi seluruh waktu hidupnya dengan kesedihan-kesedihan dan akan menghabiskannya dengan kebimbangan. Dan hal seperti itu jelas sangat tidak mungkin. Kerana, sebagaimana kita ketahui, hati beliau selalu lapang dan wajahnya selalu dihiasi senyuman, hatinya selalu diliputi keredhaan dan perjalanan hidupnya selalu dihiasi dengan kegembiraan.
Memang, dalam hadis Hindun ibn Abi Halah tentang sifat Nabi s.a.w. disebutkan bahawa, "Sesungguhnya, dia selalu bersedih". Namun, hadis ini kurang dapat dipercayai, sebab dalam sanad perawinya terdapat seorang perawi yang tidak dikenali. Selain itu, muatan hadis inipun jelas sangat bertentangan dengan realiti kehidupan Rasulullah s.a.w.

Bagaimana mungkin Rasulullah dikatakan selalu dirundung kesedihan? Bukankah Allah telah melindungi beliau dari kesedihan yang berkaitan dengan urusan keduniaan dan semua unsur-unsurnya, melarangnya agar tidak bersedih atas perilaku orang-orang kafir, dan mengampuni semua dosa-dosanya yang telah berlalu mahupun yang belum terjadi? Lantas, dari manakah sumber kesedihan itu? Bagaimana pula kesedihan itu dapat menembus pintu hati beliau? Dan dari jalan manakah kesedihan itu dapat menyusup ke dalam lubuk hatinya? Bukankah beliau s.a.w. sentiasa hatinya diliputi zikir, jiwanya dialiri semangat istiqamah, fikirannnya selalu dibanjiri hidayah rabbaniyah dan hatinya sentiasa tenteram dengan janji Allah serta rela dengan semua ketentuan dan perbuatan-Nya? Bahkan, Rasulullah adalah orang yang terkenal ramah dan murah senyum sebagaimana dilukiskan oleh salah satu gelarnya sebagai ‘seseorang yang murah senyum .’

Siapa saja membaca, menghayati dan mendalami sejarah perjalanan hidup beliau dengan seksama dan menyeluruh, maka ia akan mengetahui bahawa Rasulullah s.a.w. diturunkan ke dunia ini untuk menghancurkan kebatilan, mengusir kesuntukan, kegelisahan, kesedihan dan kecemasan, serta membebaskan jiwa dari tekanan keragu-raguan, kebingungan, kegundahan dan kegoncangan. Bersamaan dengan itu, beliau juga diutus untuk menyelamatkan jiwa manusia dari segala bentuk hawa nafsu yang membinasakan. Maka begitulah, betapa banyaknya kurnia Allah yang telah dianugerahkan kepada manusia.

Ada sebuah hadis menyebutkan bahawa, "Sesungguhnya Allah sangat mencintai hati yang sentiasa bersedih." Namun, hadis ini ternyata tidak memiliki sanad dan perawi yang jelas dan kurang dapat dipercayai kesahihannya. Selain itu, hadis ini juga tidak dapat dikategorikan shahih kerana sangat bertentangan dengan ajaran agama dan tuntunan syariat. Dan kalau memang khabar (hadis) itu akan dianggap shahih, maka penjelasannya adalah demikian: kesedihan itu adalah salah satu musibah dari Allah yang ditimpakan kepada hamba-Nya untuk mengujinya. Artinya, jika hamba tersebut mampu menghadapinya dengan kesabaran, maka sesungguhnya Allah mencintai kesabaran orang tersebut dalam menghadapi cubaan itu.

Demikianlah, maka merupakan kesalahan besar bagi orang-orang yang memuja kesedihan, sentiasa berusaha menciptakan kesedihan, dan mencuba membenar-benarkan kesedihan mereka dengan dalih bahawa syariat telah menganjurkan dan memandangnya sebagai sesuatu yang baik. Sebab pada kenyataannya dalil-dalil syariat melarang hal itu. Bahkan, syariat sebaliknya memerintahkan setiap manusia agar tidak bersedih dan selalu ceria.

Hadis lain menyebutkan, "Jika Allah mencintai seorang hamba, maka Dia akan memancangkan sebuah gemuruh ratapan di dalam hatinya. Dan apabila Dia membenci seorang hamba, maka Dia akan menanamkan seruling nyanyian di dalam dadanya." Memang, hadis ini bersumber dan berasal dari Israiliyat (mitos Bangsa Israel). Ada pula yang mengatakan bahawa hadis ini termaktub dalam Taurat. Meski demikian, perkataan ini memiliki pesan makna yang benar.

Sebagaimana sering kita lihat, orang mukmin akan sentiasa bersedih atas dosa-dosa yang pernah dilakukannya, sementara orang yang derhaka akan senantiasa lalai, tidak pernah serius dan berdendang kegirangan di atas dosa-dosanya. Dan kalaupun ada kesedihan yang menimpa orang-orang soleh, maka itu tidak lebih dari sebuah penyesalan terhadap kebaikan-kebaikan yang dilewatkan, ketidakmampuan mereka mencapai darjat yang tinggi dan kesedaran bahawa mereka telah melakukan banyak kesalahan. Demikianlah, alasan yang mendasari kesedihan ini berbeza dengan alasan yang mendasari kesedihan orang-orang yang durhaka. Mereka bersedih kerana tidak mendapatkan keduniaan, keindahan dan kenikmatan duniawi. Kesedihan, kebimbangan dan kegelisahan mereka adalah kerana keduniaan, untuk keduniaan dan di jalan menuju keduniaan.
Dalam sebuah Firman-Nya, Allah menceritakan keadaan seorang nabi dari Bani Israel seperti berikut,
“Dan putihlah dua belah matanya disebabkan ratap tangis dukacitanya kerana ia orang yang memendamkan marahnya di dalam hati”
(QS. Yusuf: 84)

Ayat ini mengisahkan tentang kesedihan Nabi Ya'qub saat kehilangan anak yang menjadi kekasihnya. Ini merupakan khabar bahawa cubaan tersebut sama beratnya dengan musibah atau ujian yang dirasakan oleh seseorang saat dipisahkan dengan buah hatinya. Betapapun, ayat di atas hanya sekadar memberi khabar dan lukisan tentang beratnya cubaan seorang nabi. Dan itu bukan berarti bahawa kesedihan seperti itu diperintahkan atau dianjurkan. Bahkan sebaliknya, kita diperintahkan untuk ber-isti'adzah (memohon perlindungan) kepada Allah dari segala kesedihan. Sebab, bagaimanapun kesedihan adalah lakasana awan tebal, malam pekat yang panjang dan aral panjang yang melintang di tengah jalan ke arah kemuliaan.
Selain Abu Utsman al-Jabari, semua ahli sufi sepakat bahawa bersedih kerana perkara duniawi itu tidak terpuji. Menurut Abu Ustman, kesedihan itu apapun bentuknya adalah sebuah keutamaan dan tambahan kebajikan bagi seorang mukmin, iaitu dengan syarat bila kesedihan itu bukan disebabkan suatu kemaksiatan. la juga mengatakan, "Bahawa kalau kesedihan itu tidak diwajibkan secara khusus, maka ia diwajibkan sebagai cara menyucikan diri."
Malahan ada pula yang berkata, "Tidak diragukan lagi bahwa kesedihan merupakan ujian dan cubaan dari Allah sebagaimana halnya penyakit, kebimbangan dan kekacauan. Namun jika dikatakan bahawa kesedihan adalah peringkat yang harus dilalui seorang sufi adalah tidak benar."

Atas dasar itu, sebaiknya anda berusaha untuk sentiasa gembira dan berlapang dada. Jangan lupa memohon kepada Allah agar selalu diberi kehidupan yang baik dan diredhai, kejernihan hati dan kelapangan pikiran. Itulah kenikmatan-kenikmatan di dunia. Bagaimanapun, sebahagian ulama mengatakan bahwa di dunia ini terdapat syurga, dan barangsiapa tidak pernah memasuki syurga dunia itu, maka ia tidak akan masuk syurga akhirat.
Allah adalah satu-satunya Dzat yang patut kita mohon agar melapangkan hati kita dengan cahaya iman, menunjukkan hati kepada jalan- Nya yang lurus dan menyelamatkan kita kehidupan yang susah dan menyesakkan.

Khamis, Februari 11, 2010

hati ini kian sakit


"pos ini aku berkongsi rasa ketika aku dalam umbang-ambingan. dan aku menzahirkan dalam bentuk persoalan dan pemikiran. kesedaran ini untuk ku dan terpulang untuk mu. hati itu daripada sudut fizikal, aku umpamakan sebagai jantung. hati itu daripada sudut emosi, aku umpamakan sebagai perasaan. hati itu daripada sudut rohani, aku umpamakan sebagai iman/qalb. terpulang pada kalian untuk menterjemahkan."

hati ini kian sakit.
sakit daripada pelbagai segi.
sakit fizikalnya.
sakit emosinya.
sakit rohaninya.
sakit yang ada ubatnya.
tetapi enggan dicubanya.

hati ini kian sakit.
sakit fizikalnya.
badan serba-serbi tidak berfungsi baik.
terasa kadang ia berdegup kencang.
terasa kadang ia berdegup perlahan.
kadang badan sihat.
kadang badan sakit.
hati tidak mampu lagi mengawal seluruh badan.
ia seakan-akan lemah.
hati tidak mampu mengepam darah ke seluruh badan.
hati tidak mampu meransang metabolisme dalam badan.
akhirnya, hati ini menjadi lemah.
sekaligus, badan terus lemah dan lemah.
apakah pengakhirannya kelak?

hati ini kian sakit.
sakit emosinya.
perasaan ini sekejap baik, sekejap angin.
hati ini tidak tenteram.
hati ini resah gelisah.
hati ini tidak mampu mengawal emosi.
terus menerus menjunam dan meninggi.
melihat keadaan sekeliling yang pelbagai ragam.
meruntun hati terus tidak keruan.
hati bertambah emosi.
melihat sekeliling dengan penuh emosi.
akhirnya, hati kacau bilau.
sekaligus, pemikiran menjadi haru biru.
apakah pengakhirannya kelak?

hati ini kian sakit.
sakit rohaninya.
hati ini semakin lemah ingin ingat kepada Yang Mencipta.
hati ini sayu.
hati ini penat.
penat dengan kesakitan fizikal dan emosinya.
melemahkan rasa ingin beramal dan beribadah.
terus menerus hati ini meracau.
meracau mencari sesuatu yang hilang.
entah ke mana ia menghilang.
semakin jauh jauh dan jauh daripada hati ini.
akhirnya, hati ini lupa.
sekaligus, lupa akan Penciptanya.
apakah pengakhirannya kelak?

hati ini kian sakit.
sakit bila fizikal dan emosi menguasai diri.
rohani itu menjadi sampingan sahaja.
apabila sakit fizikal, maka sakitlah hati.
apabila sakit emosi, maka sakitlah hati.
apabila sakit fizikal dan emosi, sakitlah rohani.
apabila sakitnya rohani, maka lupalah akan Pencipta.
kerana rohani menjadi tempat ketiga di hati kita.

hati ini yang pertama, rohani.
hati ini yang kedua, emosi.
hati ini yang ketiga, fizikal.
yang pertama adalah juara dan perisai.
apabila perisai itu rapuh, rapuhlah yang kedua dan ketiga.
maka, hancurlah hati.

hati ini kian sakit.
kini aku temui ubatnya.
ubatnya, meletakkan rohani itu pertama di hati.
rohani itu juara dan perisai untuk hati.
apabila perisai ini kuat dan teguh,
akhirnya, pasti yang kedua dan ketiga tiada masalah.
sekaligus, hatiku bertambah sihat dan tenang.
apakah pengakhirannya kelak?
cubalah dulu, baru tahu....

-www.arrabe.blogspot.com-
[rohani itu adalah amal ibadah kepada Allah dan ingatan kita kepadaNYA.]

Khamis, Disember 17, 2009

teruskan usahamu

"melihatkan junior ku yang lemah longlai"

tiada apa yang boleh aku katakan.
melainkan kata2 semangat untuk kalian.
gagal itu bukan bermakna gagal selamanya.
tetapi gagal itu sebagai satu cabaran untuk kita lebih maju ke hadapan.
cabaran yang bagaimana?
cabaran yang akan memaksa kita lebih kuat berusaha dan tangkas ke hadapan.
cabaran yang akan menyebabkan kita cepat menyerah kalah.
cabaran yang akan memerlukan kita perbaiki kelemahan dan kesilapan diri.

mampukah cabaran itu disahuti?
tepuk dada, tanyalah hati.
sampai bila, kita mudah berpuas hati dengan apa yang kita ada?
sampai bila, kita mahu orang lain terus menerus melangkaui kita?
sampai bila, kita hanya duduk menangis, meratapi kelemahan diri.

setiap manusia, ada kelebihan dan kekurangan masing2.
mengapa harus kekurangan itu diserlahkan?
mengapa tidak kelebihan itu ditonjolkan?
bukankah kita mahu jadi insan yang berguna?
ayuh, apa ditunggu lagi!
bangkitlah, pedulikan benda yang sudah berlalu.
masa depan menanti kita, lihatlah di sana!
fokuskan matlamatmu, pecutkan langkahmu.
capailah apa yang kau inginkan!

[tingkatkan amal dan doa kepada Allah]

Rabu, Disember 16, 2009

alhamdulillah meningkat

"a piece of smile in my face"

wat day of today?
why so early?
am I wrong?

SMPWEB UKM.
all result dis semester was publish.
nothing to say.
coz it is happen too fast .

may Allah bless me.
forgive me Ya Allah.
for all that I have done to u.
is not suitable for what have u given me.

precious to You.
la ila ha illallah.
there's no God except Allah.
alhamdulillah will keep in my tongue.

PNGS 3.5 above.
PNGK up 0.06 than last semester.
i need a greatest booster this last semester.
for free PTPTN and continuing my master.

may be my friend also get the best result.
better than me.
because they much greater study hard than me.
for non, keep studying and pray to Allah.
that's the key for muslim. amiin

[alhamdulillah]
koleksi facebook aku ~ www.mukabukuaku.blogspot.com

Khamis, November 05, 2009

Ya Allah berikan ku kekuatan


Ya Allah ya Tuhanku.
Dikau lah yang Maha Agung dan Maha Tinggi.
Kaulah yang menumbuhkan epikotil pada biji benih sehingga menjadi anak pokok.
hujan yang Kau turunkan kadangkala lebat dan renyai, memberi nafas baru buat anak pokok itu.
cahaya yang Kau salurkan menerusi matahari, menyegarkan anak pokok untuk menumbuhkan tunas baru.
dari situlah, ia sedikit demi sedikit sabar dan tabah memanjang dan membahagi kepada sebatang pokok yang cantik.
daunnya yang hijau, Kau menghidupkan fungsi stomata dan menjana tenaga pokok itu untuk menjalankan fotosintesis.
sedikit demi sedikit, karbon dioksida yang kita hembus, di sedut ke dalam stomata.
masuk dalam pigmen kloroplas.
Kaulah yang menggerakkan enjin kloroplas untuk menukarkan karbon dioksida kepada oksigen dan glukosa untuk tenaga pokok itu.
Maha Suci Engkau.

Ya Allah, berikan aku kekuatan untuk menulis blog ini.
agar dapat ku manfaatkan untuk diriku dan renungan sahabat2ku.
berkatilah kami semua sebagaimana Kau berkati seluruh hidupan yang selalu berzikir kepadaMU.

Ahad, September 27, 2009

solat jumaat di capitol hill


aku singgah di 7-eleven.
ternampak akhbar, hmm... aku tak hairan pun.
mata aku terlihat sesuatu.
kenapa ada kopiah dan bangunan gah di amerika.
aku terus meluru rapat, disentuh akhbar.
baca petikan gambar, oh...
subhanallah. tergamam dan syukur aku.
cahaya islam di amerika.
solat jumaat di capitol hill - laman web promosi solat jumaat.

sedang aku tersenyum riang.
hatiku pedih pula.
melihat sangkaan buruk orang yang anti islam.
hmm.. klik sini.

solat jumaat di capitol hill

tak kisahlah apa diorang nak kata tentang islam.
kita teruskan usaha kita dalam berdakwah.
jika mereka terus tak puas hati, nak perang sekalipun.
aku sanggup berperang!!
kita berdoa lah untuk kebaikan umat islam di serata dunia.
amin..

Khamis, Ogos 27, 2009

perhambaan kepada kemerdekaan

"aku diminta untuk mengulas sedikit berkenaan pengisian kemerdekaan yang ke 52 tahun ini"

perhambaan kepada kemerdekaan.
aku melihat bahawa erti kemerdekaan yang boleh difahami semua adalah, suatu keadaan di mana kita tidak dikawal atau tidak dikongkong oleh mana-mana pihak luar yang telah memperlakukan kita seperti hamba mereka.
sebab itu, aku meletakkan tajuk untuk pos blog yang aku lama tak kemaskini adalah perhambaan kepada kemerdekaan.

sememangnya kita dijajah pada zaman dahulu.
tetapi istilah dijajah, tidak memberi kesan mendalam. (bagi aku la..)
aku melihat penjajahan kita dahulu seolah-olah sistem perhambaan.
di mana, si penakluk/ penjajah menggunakan kita seolah-olah kita ni hamba, untuk bekerja untuk mereka mengaut hasil kekayaan muka bumi kita dahulu.
setelah habis dikaut, digali, dan dibawa pulang ke negara mereka, barulah mereka berikan sijil kemerdekaan kepada kita.
peribahasa yang aku tak ingat sangat, "madu dihisap, sepah dibuang"?
kedatangan mereka tak diundang, dan terus mengambil segala harta yang kita ada, sehingga maruah kita gugur, dan hancur. itupun mereka, masih belum puas.

kerakusan si penjajah, mengingatkan kita kepada sistem perhambaan pada zaman dahulu kala.
lihatlah zaman Firaun laknatullah. bagaimana dia menggunakan hambanya dengan begitu kejam untuk mengangkat batu-batu blok untuk membina piramid.
bagi hambanya yang engkar, akan disebat dan diseksa.
begitu juga zaman jahiliah arab, bagaimana hamba abdi yang memeluk agama Islam, Bilal bin Rabah, diseksa oleh tuannya sendiri.
hak seorang hamba dinafikan. haknya diserah kepada tuannya.
apabila Islam itu datang, maka, segala syarat sah ibadah, hanya sah untuk orang yang merdeka.
bagaimana hamba ini gembira apabila dibebaskan dan dimerdekakan?

begitu juga zaman penjajahan, kita juga diseksa, dan menjadi orang suruhan mereka.
mengutip ufti, cukai, merogol gadis-gadis, menyeksa penentang dsb.
ini semua tidak lari dari konsep perhambaan.
namun, Alhamdulillah, semua rakyat telah dimerdekakan dari perhambaan ini.
syukur, kita mampu berdiri dan bangun dengan begitu cepat dengan rahmat dari Allah SWT.
juga melalui usaha tokoh-tokoh negarawan kita.
tanpa idea, dan gagasan dari perdana menteri kita yang terdahulu, merangka dan merencana Malaysia sehingga gah di mata dunia.

namun kini, kita sekali mulai dijajah...
jajahan melalui ekonomi, globalisasi, media barat, makanan.
ini smeua kita tidak sedar akan penjajahan sebegini.
bagaimana kita begitu bergantung kepada produk-produk luar.
sehinggakan apabila ekonomi dunia meleset, kita juga turut menerima kesan impaknya.
kita tidak mampu untuk membina teknologi canggih seperti barat.
malahan, dari sudut perfileman pun tidak sehebat mereka.
impaknya kelak, akan membuatkan kita dijajah melalu pemikiran dan pergantungan kepada barat dan negara-negara hebat.
dan tidak mustahil, perhambaan pemikiran akan melanda kelak.
aku teringat kartun spongebob, yang plankton mempengaruhi minda semua penduduk kampung, untuk memusuhi Krabby Patty.
ini suatu ancaman yang bahaya.

jadi apakah peranan kita sebagai pelajar??

Ahad, Mei 24, 2009

aku kini kembali

"aku kini kembali"

mohon maaf sangat2.
aku rasa serba salah.
entahlah. sejak kilat sabung menyabung 2 minggu lepas.
aku terus tak dapat online.
modem aku burn.
litar pintas kot.
serba salah sebab aku dah cuba tekadkan untuk menulis tiap2 hari.

orang kata alasan tetap alasan.
yelah, kalau dah tekad, pasti diusahakan.
jangan dijadikan banyak alasan.
memang, aku menyedari.
maha suci Allah yang menjadikan kita serba lengkap.
akan tetapi ada juga kelemahannya.
jika kita lengkap dan sempurna, pasti kita salah guna kelebihan itu.
sebab itu firaun dulu sanggup mengaku tuhan.
sebab dialah yang paling sempurna.

kini, arrabe' kembali.
salam ukhuwah kembali.
syukur alhamdulillah, ayahku tukar modem dan monitor baru.
senang untuk beliau menulis dan aku menulis blog.

[doakan aku untuk berkongsi perkara yang baik dan bermanfaat untuk pembaikan diri kita bersama]