Memaparkan catatan dengan label hiburan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label hiburan. Papar semua catatan

Khamis, Mei 19, 2011

dalam mihrab cinta


sedap tajuk ini, dalam mihrab cinta.
aku tak faham apa itu mihrab, hanya pernah dengar mihrab.
oh ye, kalau tak salah ada mihrab dalam masjid.
jap, kita cek DBP.
ye. tepat, tempat imam bersembahyang atau bahagian masjid yang menganjur ke arah kiblat.

pasti ada yang sudah tahu, tajuk ini adalah tajuk filem Habiburrahman El-Shirazy.
yang terkenal dengan novel Ayat-Ayat Cinta dan Ketika Cinta Bertasbih.
aku hanya beli novel Ayat-Ayat Cinta dan itulah kali pertama aku baca novel islami.
sangat baik pengisiannya.
dan filem Ketika Cinta Bertasbih (KCB) pun aku tengok melalui Youtube.
sangat cantik pengisian, dan membuat aku tak sabar nak beli novel KCB.

Dalam Mihrab Cinta (DMC) aku lagi tidak tahu menahu.
pertama kali lihat di makmal, En. R sedang menonton DMC di Youtube dengan penuh khusyuk.
masa tu tak tertarik langsung.
tetapi kali kedua aku menjadi sangat nak tengok bila ada status kawan di Facebook tentang kes sumpah dalam DMC. aku tengok dan sangat terkesan.
habis 8 bahagian DMC aku hayati.
cuma yang menjadi persoalan, adakah halal hasil copet yang telah dikembalikan?
hehe. anda faham?
tak faham, anda kena tengok!
[klik sini]

p/s: sangat menarik bila, Allah menjaga aib kita daripada diketahui orang lain meskipun kita masih belum bertaubat. malahan Allah tambah rezeki pada Shamsul setelah dia bertaubat setaubatnya. oh.. Allah Maha Adil. manusia pula sibuk dedah aib orang!


Isnin, Jun 21, 2010

oh... prime time ku.


terbaca emel dan terdapat link blog ini. dan terus aku klik. http://naimisa.blogspot.com/ yup... bagiku ia benar. masa primetime umat islam beribadah telah diganggu gugat oleh pihak musuh untuk menghancurkan masa emas pencurahan ilmu. masakan tidak. waktu maghriblah paling banyak rancangan kartun yang menarik. apatah lagi jam 8 malam berita utama yang disiar disemua tv dan radio. nak taknak semua mesti tengok sebab itulah berita paling padat yang boleh diperoleh. lihat jam 9malam pula diisi dengan rancangan menarik. oh... prime time ku.

artikel blog
http://naimisa.blogspot.com/ yang aku salin
....................

Betapa pesta dunia yang sedang dihidangkan ini mengambil waktu betul-betul selepas Maghrib. Dan tentulah mereka yang mengikutinya akan tertumpu pada kaca tivi, dan tidak akan ke masjid. Dan satu perlawanan sebelah malam di dunia sebelah sana, adalah waktu hampir ke Subuh di dunia sebelah sini. Dek leka melayan hidangan dunia itu, Subuh pun menjadi terlajak. Terlajak kerana sememangnya tidur sudah agak lewat. Kita pun berpesta tanpa rasa apa-apa salahnya. Orang lain bergembira dengan dunia, kita pun mahu turut gembira. Orang lain mahu bersorak meraikan tidak sampai tiga puluh orang kejar-mengejar sebiji bola, kemudian sesekali melonjak tinggi, menjerit-jerit atau meratap hiba apabila bola masuk jaring. Kita pun rela dengan sedar melepaskan Quran yang dibaca antara Mahgrib dengan Isyak, atau rela tidak beriktikaf di masjid, atau meninggalkan kuliah Mahgrib. Puncanya apa? Sebiji bola yang didemami seluruh dunia.

Ah! Zalimnya kita. Betapa kita tewas dengan dunia dan keseronokannya. Betapa tiada lagi air mata Gazza, kebulur Muslim Palestin atau marah kita pada Israel dengan topeng Zionist yang merompak harta-harta sukarelawan kemanusiaan. Sambil bersorak, kita pun bergegar-gegar meneguk Coca-Cola seperti Israel menghirup darah saudara kita di Palestin. Sungguh rakus, tanpa rasa bersalah sedikit pun. Zalimnya kita! Kita pun tahu, kekuatan umat Islam hanya dengan tulusnya ibadah. Kekuatan kita hanya dengan yakinnya kita pada Allah. Sayangnya kita pada Nabi. Dan cintanya kita pada prinsip-prinsip murni Islam. Kita jelmakan baju Islam sebagai pakaian yang namanya taqwa. Betapa Yahudi amat gerun pada muslim jika Solat Subuh mereka seperti ramainya orang bersolat Jumaat atau sunat hari raya. Betapa gerunnya Yahudi jika pemuda Islam berpegang teguh pada ajaran agama. Betapa takutnya Yahudi pada Islam jika setiap jiwa punya kekuatan JIHAD dalam diri. Jika kita takut berjihad mengangkat senjata, jihadlah melawan nafsu yang menjadi musuh terdekat kita.

Lupakah kita, “Musuh sebenar diri berada dalam diri kita sendiri. Itulah NAFSU.”

artikel blog
http://naimisa.blogspot.com/ yang aku salin

Rabu, Jun 16, 2010

berdadahkan artis



aku melihat Malaysia belum sampai kepada berdadahkan artis.
aku telah menyalahgunakan bahasa Melayu.
apakah benar penggunaan 'berdadahkan artis'?

berdadahkan artis.
seperti yang telah berlaku di Barat.
artis menjadi sangat signifikan kepada individu, keluarga, masyarakat dan negara.
sehinggakan artis adalah idola yang patut dicontohi.
dicontohi daripada segi pakaiannya, penampilannya, cara cakapnya dan lain2.
sehinggakan artis seperti seorang insan yang sempurna.
digilai, dipujai, dan disemat rapi dalam benak sanubari.

dadah.
sinonim dengan musuh utama dunia.
dadah bermula dengan ketagihan.
ketagihan yang diperoleh secara suka atau paksa.
ada yang teraniaya dan ada yang sukarela.
ada yang dengki dan mendadahkan orang lain yang suci.
akhirnya sesuci orang itu berubah menjadi mayat hidup.

berdadahkan artis.
seorang pelawak ditangkap kerana dadah.
pelakon terkenal ditangkap kerana dadah juga.
penyanyi hebat ditangkap kerana dadah.
ini situasi yang berlaku kepada artis Malaysia.

berdadahkan artis.
aku tidak mahu menuduh mereka benar2 terlibat.
sebab aku bukanlah sahabat baik mereka yang sentiasa bersamanya.
hakikatnya, seperti ada yang mendengki mereka.
merasakan mereka adalah golongan terkenal di mata masyarakat.
mereka menjadi tumpuan jembalang dadah untuk mendadahkan artis ini.

mengapa mereka?
entah...
bagiku mereka mahu masyarakat .....
berdadahkan artis.
dan
mengartiskan dadah.

apabila artis terkenal banyak terkait dengan dadah.
ia akan menjadikan dadah ini suatu yang terkenal.
dan perlu dicuba. sebab artis itu mencuba.
penangan dadah dek jembalang dadah yang dengki dengan artis yang suci.
menjebakkan virus2 dadah kepada masyarakat.
agar berartiskan dadah setelah berdadahkan artis.

p/s: inilah pandanganku yang serba kurang. Allah lebih mengetahui. yang pasti, jauhilah dadah. haram di sisi Islam. haram tu tempatnya di api neraka jika tidak bertaubat kepada Allah.

Selasa, November 10, 2009

lagu terbaik

"kali pertama aku dengar.. subhanallah"




pada awalnya aku mencari2 lagu arab nasheed di Youtube.com.
terjumpa dengan lagu Sami Yusuf terlebih dahulu.
kemudian, aku ternampak video bukhater.
terus aku klik, dan subhanallah, sangat lunak lagu ni.
dan bagi aku menyentuh hatiku.
"forgive me" lagu paling aku suka, sebab banyak memberi makna pada aku.
bagaimana kita yang sempurna lengkap ini, tidak bersyukur dengan Allah.
apakah kita lupa semua nikmat pada diri kita ini adalah dariNya.
dan apakah kita yakin ia kekal selamanya.

kalau teman2, ada lagu best selain daripada penasyid malaysia, opick, sami yusuf, zain bikha, bukhater, harap dapat dikongsi link dalam komen. syukran.

Ahad, Oktober 18, 2009

alahai beyonce..


"nak letak gambar beyonce.. tapi takjumpa..."

alahai beyonce..
aku tak pelik ada tentangan konsert sebegini.
sebab setiap kali artis barat nak datang pasti ada tentangan.

dan kali ni. cik beyonce.
eh, ke puan? puan beyonce.
aku tak pelik juga sebab ada yang suka beyonce nak datang.
ye la, kalau konsert jom heboh pun penuh, apatah lagi, konsert artis barat.
susah gila nak jumpa kat malaysia.

alahai beyonce..
dengar khabar konsert ditangguhkan.
hmm.. aku tak pelik pun.
sebab itu menjadi hal biasa.
sebab bila artis barat nak datang, samada batal, tangguh, atau pakai sopan2.
dan aku tak terkejut dengar panggilan di radio Era.
perempuan call Era.fm.
sedih gila, macam kematian anak.
dia cakap kenapa tangguh? orang kata kalau tangguh, 70 % batal.

alahai beyonce..
aku tak nak komen banyak pasal dia.
sebab dia dah memang barat dan tak hirau aurat dia.
yang aku nak komen, alahai peminat beyonce.
tak cukup ke kat tv?
membazir duit beli tiket, sanggup datang dari jauh, semata2 nak tengok konsert.
dalam stadium, bukan dapat peluk atau salam dia.
terjerit2 dapatlah, entah beyonce dengar ke tak suara kita.

alahai beyonce..
hebat betul mereka ini.
bila mati pun orang masih minat dengan artis barat.
apakah penangan mereka pada kita?
sampai membuat kita tergilakan mereka?
adakah kerana kecantikan?
Malaysia pun banyak artis yang lawa.
adakah kerana lagu?
hmm....
atau kita terikat dengan budaya mereka??

memuja dan taksub dengan seseorang sangat bahaya.
bukan setakat gilakan artis, politiking/tikus, pelakon dll.
kerana mereka ini tidak akan membawa kita kepada jalan kebenaran.
cukuplah nabi Muhammad sebagi tokoh ikutan kita.
janganlah kita taksub kepada seseorang selain nabi melampau2.
sehinggakan kita lupa solat, membaca AlQuran, zikir dan ibadah yang lain.

moga Allah merahmati kita semua.

[berhiburlah dengan sederhana, jangan keterlaluan]

Khamis, April 09, 2009

kenapa aku mengeluh, ya Allah

"aku memang minat lagu arab. search dalam youtube"

aku jumpa sorang artis.
dan aku makin meminatinya.
sami yusuf yang pertama aku minat dengan lagu dia.
sekarang, ahmed bukhater.
banyak2 lagu, ini lagu paling aku tersentuh.
muziknye, menusuk kalbu dan memberi kesan.
meskipun sarikata lagu kurang menarik, tapi mendalam maksudnya.
kenapa kita perlu mengeluh?
ada orang lebih teruk dari kita.
mereka tak mengeluh pun.


[harap ada jual CD dia. sapa ada??]

Sabtu, Januari 03, 2009

email: oh indonesia

ni rujukan email yang saya peroleh untuk pos saya dulu

Mungkin ada yang perasan tentang perkara ini dan ada yang belum perasan dimana sebuah Negara jiran kita yang diberi nama Indonesia telah Berjaya menjelajah Negara kita walaupun mereka tidak secara reality.

Apa yang saya maksudkan disini ialah kita telah banyak menerima apa-apa yang dating daripada Negara tersebut, secara jelas kita boleh lihat darisegi hiburan, berapa peratus anak-anak muda yang suka kepada lagu-lagu tempatan hinggakan timbul isu lagu dalam Negara kurang laku, Sampaikan kebanyakkan penyanyi kita juga banyak meniru gaya artis-artis dari Indonesia.

Itu dari sudut hiburan biasa, tidak kurang juga pengaruh kepada hiburan islamik seperti nasyid. Nasyid kita sekarang sudah terlalu jauh lari dari fungsi sebenar nasyid kerana mereka lagu mereka lebih kurang dengan lagu-lagu biasa. Tetapi penasyid-penasyid dari Indonesia masih mengekalkan nagu-lagu dakwah dan ketuhanan walaupun mereka membawa dalam pelbagai bentuk seperti Rap, Rock, dan sentimental.

Para ilmuan-ilmuan juga banyak merujuk kitab-kitab daripada Negara itu kerana intipatnya mudah difahami dan Negara itu yang mula-mula menterjemah kitab arab kepada bahasa Indonesia dan ia menjadi rujukan kepada para pelajar mahupun cendikiawan.

Dari segi serangan pemikiran juga tidak kurang hebatnya kerana Negara itu juga merupakan pengamal Islam Liberal yang pernah diperjuangkan oleh IFC kat Malaysia ini. Islam Liberal ialah satu fahaman dimana Islam mengiktiraf kesaksamaan kesemua agama. Contoh dalam satu keluarga bermula dari Ayah,mak hingga ke anak bongsi masing-masing beragama berlainan.

Ada satu lagi perkara yang sentiasa dirujuk dan dikaji ialah sejarah Wali Songo 9orang. Wali songo merupakan kumpuan pendakwah yang menybarkan agama Islam dengan pelbagai cara. Ada yang menggunakan cara alat muzik, wayang kulit, nyanyian, tarian, silat dan berdakwah biasa seperti yang kita selalu tengok.

Selain dari perkara diatas kita juga banyak bergantung kepada sumber manusia daripada Negara itu, sekarang kia boleh lihat warga Negara kita membanjiri Malaysia yang bekerja dalam pelbagai sector pekerjaan yang memerlukan keringat yang besar sebagai contoh kuli membuat bangunan seperti KLCC, KL Tower itu semua jasa mereka…he..he… sebab apa? Jawapan nya ada 2 sahaja antara rakyat kita semuanya sudah pandai dan belajar tinggi atau pun yang belajar tak pandai tetapi memilih pekerjaan yang ada “Class”.

Sama-samalah kita renungkan Negara itu juga yang kita pandang rendah, dan dari Negara itu juga yang kita ambil seperti penulis artikel ini. Saya orang Malaysia tetapi saya menceritakan kehebatan dan keburukan Negara INDONESIA…….

Rabu, Disember 24, 2008

malam kebudayaan yang hampeh

“kita ambillah yang positif. Yang teruk tu, kita perbaiki di lain masa.”

tema: budaya mencipta bangsa
Aku agak terkejut dengan tema malam 1000 kenangan.
Budaya mencipta bangsa? Benarkah?
Aku kurang pasti tentang perkara ini.
Yang aku terkejut, istilah mencipta.
Budaya? Hanya satu yang ada hak mencipta.
Iaitu tuhan atau Allah.
Bagi aku makna mencipta adalah sesuatu yang dari tiada kepada ada.
*kalau aku salah tolong betulkan aku.

Dan jika benar tema ini, bagi aku memang malam ni tak secocok dengan temanya.
Sebab tu aku boleh katakan ia hampeh.
Bayangkan hampir 10 lagu untuk karaoke.
Mampukah cipta bangsa?
Bangsa yang apa?

Drama? Drama dalam lif.
Bagi aku tak de kaitan dengan universiti.
Ada 2 orang perempuan yang duduk dalam lif.
Masuk sorang lelaki berkain pelekat dengan kot.
Call bini suruh bawak seluar panjang.
*mungkin sebab tertinggal kot.
Pastu dalam lif dia nak tukar seluar.
Pastu masuk sorang buta.
Masuk pulak orang mengandung.
Nak terberanak. Pastu orang buta yang bawak dia keluar lif.
Gila apa?
Lepas tu nyah pulak masuk. Nak pikat 2 pompuan tadi.
Rupenya mimpi.
Apakah moral nya??
Apa yang nak dicipta dari budaya tu?
Bagi aku, kalau untuk gelak, memang aku bagi 5 bintang.
Tapi untuk pengisian?

Nasyid? Alhamdulillah. Meskipun diorang berlatih pagi tadi.
Ada la juga input diorang.
Selain tu, orang kampong pulak buat persembahan.
Dikir barat kot.
Tapi dari budak2. Eh, ni bukan dikir barat.
Cam karaoke jugak.
Nyanyi lagu ganu kito.

Selain tu? Takde.. tu je.
Apakah bangsa yang telah dilahirkan dari budaya ni?
Bagi aku. Bangsa yang mampu gelak.
Aku pulang dengan tangan kosong.

Mungkin aku tak patut kutuk sebegini rupa.
Aku yakin penganjur dah bertungkus lumus.
Terpulanglah. Aku mohon maaf jika ada yang terguris.
Tapi harap kita ambil yang positif.
Yang teruk, kita perbaiki di lain masa.
Sekurang-kurangnya, ada mesej di sebalik persembahan.

[5hbdis08, dewan sivik seberang takir, jam 11malam]

Ahad, November 30, 2008

persembahan yang sempat kurakam

semalam aku pegi festival nasyid kebangsaan anjuran RTM. menarik sungguh. 
dan ramai gak kawan2 (yang tak disangka) terjumpa. subhanaallah. adalah sedikit aku sempat rakam. tapi kamera aku tak lawa sangat la.
kedua2 lagu ni menarik. mawi pun ada, tapi aku tak excited sangat. huhu

Rabu, Februari 06, 2008

terperosok ke lembah teater

macam teruk je tajuk ni kan???
hehe.. takde papepun, cuma nak beritahu kalian semua, sejak masuk UKM ni ana da mulai terlibat dengan teater...
kenapa ye??
entahla.. almaklumla dulu seorang pemimpin,, tetiba lak jadi pelakon..
ish3.. saya tak pasti camne leh berlaku..
tapi ia bermula dengan....... (mengimbau kembali...)

minggu 3M (minggu mesra mahasiswa) aka orentasi UKM.. sekitar awal julai 2007..
aku sukarela terlibat sketsa malam seni berputik..
saja-saja.. orang kata tak salah mencuba bidang baru...
lagipun nak lari daripada kena masuk sukan.. hehe..
setelah 3M... aku ditarik masuk kelab teater rimba UKM.. secara tak langsung jadi artisukma (artis UKM).. huhu..maka bermula la perjalanan anak seni..
entah macammana timbul minat dan bakat aku ni...
seronokla pulak..
masa daftar KO k (kokurikulum) semua pilihan aku minat penuh,... cuma bangsawan dan kesenian yang lain.. tak semena2.. aku terambil teater bangsawan..
aduhai..
relapaksa..
tersebut la alkisah ni, automatik aku jadi ahli teater kolej...
aduhai.. seronok tapi berat..
bayangkan latihan sampai tgh malam.. balik sekitar 2 3 pagi!!
angin aku!!
alhamdulillah aku bersyukur allah bimbing aku lagi..
tapi korang lebih baik jangan masuk kalo korang tak kuat..
sebab pergaulan dia.. teruk sikit.. aku faham dan cuba bataskan..
semoga allah beri hidayah padaku..

lakonan:

1. orang tua (aku) nak mendaftar masuk UKM.. -minggu 3M
2. jadi lelaki lembut (memang aku tobat..) taknak da.. - suaimesra kajai
3. orang kaya yang takbur (no skrip) -pesta konvokesyen
4. sahabat melayu zaman tun hussien onn - FESKEN 07
5. tun andak dalam bangsawan tun fatimah
6. lelaki yang beriman mencari kerja - OPKIM felda titi
7. .......

festival nasyid

jangan salah anggap..
saya tak masuk pertandingan.. malahan tak layak nak menyanyi.. hehe..
festival nasyid ni 30hb disember 2007..
di pusat konvensyen putrajaya...
apa yang menarik?? ala biasa2 je..
ada petandingan nasyid dan pemenangnya..
hehe.. cuma yang bestnya.. dapat bergambar ngan artis nasyid...
macam asri rabbani, hijaz, mestica, inteam, dll...
saje je nak menempek gambar kat sini...
sebenarnya takde peluang nak pergi..
tapi diajak oleh junior (faris).. pegi jela.. alang2 takde buat pape..
alhamdulillah..