Memaparkan catatan dengan label peperiksaan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label peperiksaan. Papar semua catatan

Selasa, April 27, 2010

kerana itu Iqra'lah dengan nama Tuhanmu.


kita asyik menyalahkan orang lain.
"alah, mereka cina. memang diorang pandai"
"takpe, esok lusa sempat lagi nak study"
"belajar pandai2 buat apa? nanti dapat kerja jugak"
kita terlupa yang kita hanya berkata untuk menyedapkan hati kita semata2.
tapi kita selalu alpa, menyedapkan hati kitalah punca kemalasan kita.

"facebook sekejap lah" "alamak dah 3 jam"
"aduh, peningnya. tak faham"
"susah gila, mesti teruk aku esok"
bertangguh dan mengaku kalah awal juga faktor kemalasan kita.

kemalasan punca kepada kegagalan.
kemalasan itu mampu untuk menggelapkan hati.
jangan jadikan kemalasanmu untuk kesenanganmu yang sementara.
tetapi jadikanlah kesusahanmu untuk kejayaan yang berkekalan.

andai dirimu masih lemah dan tidak berdaya.
ingatlah, jika kamu terus wujud, kamu tidak berguna.
hanya menambah beban kelemahan ummat.
andai dirimu asyik mengaku kalah, kamu turut mempengaruhi orang lain untuk malas bersamamu.

ingatlah, hidupmu bukan untuk kesenangan dirimu seorang.
tetapi hidupmu untuk kesenangan ummat.
andai dikau terus menerus membatu.
ummat disekeliling terus menerus menjadi batu.
dipijak2, dibaling2, dan hentak2.
batu yang tiada nilai di mata orang lain.

kerna perjuangan ini bukan untuk dirimu semata2.
tetapi untuk seluruh ummat disampingmu.
sedarlah, bukalah matamu.
sampai bila ummatmu mahu ditindas dengan ilmu orang kafir.
sampai bila ummatmu mahu menagih kemajuan orang kafir.
sampai bila ummatmu mahu mengagung kehebatan orang kafir.
sampai bila?
sampai kita berada di kemuncak gunung.
sampai kita meninggi di langit yang membiru.
sampai kita menjulang ilmu ke bulan purnama.
kerana itu Iqra'lah dengan nama Tuhanmu...

W.arkah C.inta buat R.ohku
~ aduhai R.ohku, insafilah dirimu yang sentiasa alpa. ingatlah Allah sentiasa. sebanyak2nya.
~ aduhai R.ohku, janganlah dikau selalu berasa kemalasan. berubahlah, dikau mampu!
~ aduhai R.ohku, berilah semangat pada dirimu, yakinlah pada dirimu itu.

Rabu, Disember 16, 2009

alhamdulillah meningkat

"a piece of smile in my face"

wat day of today?
why so early?
am I wrong?

SMPWEB UKM.
all result dis semester was publish.
nothing to say.
coz it is happen too fast .

may Allah bless me.
forgive me Ya Allah.
for all that I have done to u.
is not suitable for what have u given me.

precious to You.
la ila ha illallah.
there's no God except Allah.
alhamdulillah will keep in my tongue.

PNGS 3.5 above.
PNGK up 0.06 than last semester.
i need a greatest booster this last semester.
for free PTPTN and continuing my master.

may be my friend also get the best result.
better than me.
because they much greater study hard than me.
for non, keep studying and pray to Allah.
that's the key for muslim. amiin

[alhamdulillah]
koleksi facebook aku ~ www.mukabukuaku.blogspot.com

Rabu, Oktober 28, 2009

sekali lagi ia muncul

"yes.. peperiksaan telah tiba kembali"

hantu exam datang lagi

sekali lagi ia muncul.
artikel aku yang sebelum ni pun berkenaan dengan peperiksaan.
setelah ku baca kembali, aku rasa, aku makin matang dalam menghadapi peperiksaan.
dan aku semakin sedar, mengapa kita perlu menghadapinya berulang-ulang kali.

sekali lagi ia muncul.
mungkin aku terlewat untuk pos artikel ini.
telah 3 hari UKM bermandi dakwat menulis jawapan soalan peperiksaan.
dan sudah 2 kertas telah ku muntahkan.
dan masih tinggal lagi 2 kertas.

sekali lagi ia muncul.
tetapi kemunculan kali ni, aku tak gementar seperti sebelum ni.
aku tak pasti mengapa?
mungkin aku sibuk dengan amali anatomi tumbuhan perbandingan.
mungkin aku sibuk dengan persediaan operasi khidmat masyarakat UPSM.
mungkin aku ambil unit/kredit yang amat sikit. iaitu 14.
14 unit yang mempunyai 6 subjek, dan hanya 2 subjek tiada final.
syukurku kepada Allah, aku telah ambil 20 unit berturut-turut untuk 4 semester.
moga aku lebih fokus.

sekali lagi ia muncul.
peperiksaan ini bukan hanya untuk subjek yang kita ambil di universiti.
peperiksaan ini untuk kehidupan kita.
gementar itu sebagai tanda kita bersedia ataupun belum untuk menghadapinya.
gementar itu untuk menentukan kita yakin ataupun belum.
aku tidak gentar bukan kerana aku yakin aku boleh jawab.
aku tidak gentar kerana aku merasai nikmat belajar pada semester ini.
nikmat ilmu yang aku pelajari amat bermakna buatku.
nikmat ilmu iniku faham dan ku cuba terapkan dalam kehidupanku.

sekali lagi ia muncul.
aku bertambah yakin dengan diriku.
cukuplah, aku gagal selama ni.
cukuplah, aku leka selama ni.
kini aku sudah 21 tahun, aku sudah dewasa.
kini aku sudah 21 tahun, sudah matang untuk menghadapi segala ujian.
moga aku dan kalian, terus gigih menghadapi peperiksaan ini.
jangan sesekali patah semangat, kerana ini baru peperiksaan kecil.
tetapi kita ada peperiksaan yang lebih besar seperti kata farhana nordin.

[moga kita berjaya bersama !!]

Rabu, Mei 06, 2009

menanti exam berakhir

"penantian tu suatu seksaan"

ya Allah.. lamanya exam ni.
bila nak jumaat.
8hb... bezanya dengan exam yang kedua terakhir.
seminggu jaraknya.
aduhai...
orang semua dah habis exam.
cemburu pun ada.

haih.. manusia..
tak pernah bersyukur.
bila exam jarak jauh2, ada banyak masa nak studi.
bila exam jarak dekat2, boleh balik kampung awal2.
bila exam jarak jauh2, tak boleh enjoy awal.
bila exam jarak dekat2, tak sempat nak studi!!

setiap orang ada kelebihan dan kekurangan.
setiap orang berbeza2 kelebihan dan kekurangan.
bersyukurlah.
pasti setiap itu ada hikmahnya untuk kita.

"ala.. korang baliklah awal, aku tak heran pun.. hehe"

Sabtu, April 25, 2009

mereka keluar awal?

"tergaru-garu kepala aku... aduhai susahnya"

kejadian ni berlaku jumaat lepas.
jam 8.30 pagi.
terkebil2 mata aku.
soalan pertama, huh, pilihan I - lagu siti nurhaliza di radio.
terus aku capai pensil aku terus pangkah.
dengan yakin, aku gelak.
sekali aku tengok pilihan ABCDE...
semua pilihan I ada. Allahuakbar!
apa ni?
aku baca balik soalan, manakah antara berikut gangguan persekitaran.
aku tergelak sendiri. soalan satu pun dah salah.
mungkin lagu siti tu dipasang kuat.
wah.. hebat soalan U3 paper persekitaran dan kesihatan.
ada 60 soalan.
susah gak.
banyak fakta, yang mengelirukan.
aku waswas nak pilih.
tepat jam 9.01 minit.
seramai 6 pelajar kaum selain melayu keluar dulu.
fuh, laju gile..
jam 9.09 minit, masih ada lagi kaum bukan melayu keluar.
wah melampau. cepat gile..
makin tergaru2 kepala aku.
aku mula bersangka tak baik.
mesti diorang ada past year ni.
macam macam aku fikir.
tak puas hati. camne diorang leh keluar 30 minit je jawab.
padahal paper ni takleh bawak keluar.
hmm...

terlintas dalam minda aku lepas exam.
hmm... mungkin diorang pakat.
aku ambik page 1. ko koyak page 2..
ko ambik page 3.
nanti kita gabung. huhu..
jahat tul pemikiran aku masa tuh.
tapi aku perlu sedar, lantak koranglah nak cilok keluar paper.
datang kelas pun jarang. terpulanglah.
mungkin pointer je yang penting bagi diorang.
cukuplah dapat A.
ilmu tak dapat pun takpe.
yela u3. general knowledge.
biarlah. tak perlu cemburu arrabe'.
aku pun leh dapat A, meskipun susah. huhu.
insyaAllah, boleh la..

[kena bagi semangat kat hati, sebab aku takde awek. sape lagi nak bagi semangat, kalau tak diri sendiri. awek pun bukan leh pakai. huhu]

Isnin, April 20, 2009

experimental design exam

"syukur. alhamdulillah"

halangan perang aku yang pertama sudah aku tempuhi.
syukur aku dapat tembak, hampir 80 tembakan mengena.
tapi aku tak pastilah, musuh aku tu mati atau tidak.
harap mati.
tapi ada 20 tu aku tembak2 tapi tak kena.
risau aku.
harap2 kena.

syukur, ini kali pertama kot aku rasa puas jawab exam
mesipun aku tak pasti betul atau tidak.
tapi aku rasa, berbaloi dengan usahaku.
tapi... apakah aku bakal lepasi halangan seterusnya.
rabu ni jawapannya.
anda bagaimana??
mea, kau ok??

[lepas usaha sungguh2, kita jawab periksa, pastu, tawakal, dan buat juga solat hajat, moga2 terbuka hati pemeriksa bagi markah lebih.]

Rabu, April 15, 2009

jangan lemah !

"exam...exam datang."

andaikan kita di medan perang.
kita di tanah Gaza.
akhir tahun lepas.
muhammad Arrabe' berada di bumi Gaza.
dibelakangku rumahku.
di dalamnya mak aku.
ayahku di sempadan. 
mengawal kemaraan tentera Israel.
jadi, aku je kena lindungi mak aku.
hanya ada sebatang senapang, tergantung didinding rumah.
pelurunya ada. tapi aku tak reti pakai.
aku pernah belajar dulu, tapi aku lupa.
dan aku gugup.
aku dengar bunyi dentuman di merata2..
suara jeritan orang sana sini.
aku melihat sahabat2ku, sedang membawa senjata.
ada yang cuba menembak ke udara.
ada juga yang lari masuk rumah, dan berselimut.
aku tak tahu nak buat apa..
tercegat di depan pintu.
helikopter apachi datang melintasi rumah aku..
bom dilepas, 1km dibelakang aku.
hatiku berdentum, bila giliran aku dibom...
apa aku perlu buat??
aku dilemma..
aku lemah.. aku tak reti..
aku lihat ada sahabatku mati..
ada juga sahabatku asyik menangis...
aku??
mak aku asyik berdoa.
bagaimana ni??

bayangkan perkara dibawah: 
medan perang = bulan exam
tentera israel = paper exam
senapang= buku
sahabatku = kawanku sama course

jom bayangkan cerita tadi:(aku paste dan ubah)
andaikan kita di bulan exam.
kita di Malaysia.
pada masa sekarang.
muhammad Arrabe' berada di bulan exam.
dibelakangku rumahku.
di dalamnya mak aku.
ayahku di tempat kerja. sibuk mencari nafkah keluarga.
jadi, aku adalah harapan mak aku.
hanya buku, ada tersusun atas meja.
notanya ada. tapi aku takfaham.
aku pernah belajar dulu, tapi aku lupa.
dan aku gugup.
aku banyak dengar tips2 exam..
suara orang mengeluh dimerata2.
aku melihat sahabat2ku, ada yang ulang alik ke library.
ada yang menghafal dan membuat latihan.
ada juga yang main game, dan berselimut tidur dengan lena.
aku tak tahu nak buat apa..
tercegat di depan buku2.
paper exam sekarang melanda kat universiti2 lain..
ada juga kawan2 di u lain yang dah cuti.
hatiku berdentum, bila la nak habis exam ni
apa aku perlu buat??
aku dilemma..
aku lemah.. aku tak faham studi ni..
aku lihat ada sahabatku gembira dapat exam yang baik..
ada juga sahabatku asyik menangis sebab susah...
aku??
mak aku asyik berdoa untuk kejayaan ku.
bagaimana ni??

salam sahabat2..
aku saje je buat cerita camni..
sebab ada sorang adik aku ni, cakap dia lemah.
adikku...
anggaplah kita di medan peperangan.
apakah kita boleh berselimut lagi.
takut, takut dan takut...
apakah bom mengenal erti takut?
exam akan terus datang.
apakah kita sudah mahirkan penggunaan senjata?
persediaan kita dah cukup ke?
jangan lemah dik.
kita masih ada masa untuk melengkapkan senjata kita.
kita kena bergerak lebih pantas.
jangan leka dah!
sebab helikopter apachi terus mara.
andai kita berselubung.. habis lah..
jangan lemah dik.

[bacalah banner kat atas tu.]

Selasa, April 14, 2009

tuhan exam datang lagi

"hantu vs tuhan"

macam sama je tajuk ni dengan tajuk semalam.
cuba baca balik tajuknya.
pasti ada beza.
sahabat2ku, dalam pos ni aku taknak berkira2 seperti semalam.
tetapi aku nak jelaskan sejelas2nya tentang pandangan aku tentang exam.
tapi kenapa tuhan? kenapa hantu semalam?
hantu? anda penah tengok hantu tak?
kita tahu ada hantu, kita selalu dengar cerita hantu.
dan sekarang banyak cerita hantu di tV.
kita pasti takut bila tengok hantu.
apatah lagi apabila, hantu tetiba muncul disebelah kita.
pastilah menjerit melolong (bagi pompuan kebanyakan)

tuhan?
bagi yang muslim, kita menyembah tuhan yang satu (ALLAH)
tiada tuhan selain Allah.
tapi perasankah kita, kadang2 kita terlalu menuhankan exam.
kita tak sedar, sebab kita rasa ni hal biasa.
aku cuma berkongsi, jika aku salah, tegurilah aku.
sememangnya exam membantu kita meningkatkan prestasi kita
terutama dalam pelajaran.
dan memberi kita ransangan untuk belajar bersungguh2.
memang aku sangat menyetujui tujuan utama exam.

awas kawan2ku,
kadang kita terlalu bimbang dan risau keterlaluan.
mungkin sebab dah terlalu jemu, dan menganggap exam membebankan.
dan amat menyusahkan. maka timbullah "kenapalah engkau wujud".
sikap dan perasaan ini yang wajib kita hindarkan.
sebab sikap inilah yang menjurus untuk menuhankan exam.
yelah mana tidaknya, kita terlalu bergantung dengan exam.
andai exam teruk, habislah aku.
aku akan jatuh, ditimpa bala, mak marah, dan ada yang nak bunuh diri.
begitu hebat tuhan exam sampai leh membuat orang terbunuh.
tuhan exam mampu untuk menggusarkan hati semua orang.
tuhan exam lah penentu masa depan kita ke mana...
andai exam kita dapat rendah markah, tuhan exam tak bagi kita maju.
andai kita dapat markah tinggi, baru tuhan exam bagi kita hepi.

astghfirullah al azim.
"moga aku dijauhkan daripada tuhan exam ni."
mungkin ada yang tak jelas dengan maksudku.
aku bukan kata exam ni patut kita benci *BUKAN!!*
tapi kita jangan terlalu bergantung sangat dengan exam.

tak kira la exam ni hebat seperti HANTU ke...
yang mampu membuat hati kita resah macam nak gugur.
atau tak kira la exam ni hebat macam TUHAN ke...
yang mampu menentukan halatuju kita ke mana selepas ini.

ingatlah sahabatku.
kita bukan perlu takut dengan hantu ni.
kita perlu takut dengan ALLAH.
kita perlu takut yang kita hadapi exam ni kerana Allah.
kerana apa?
kita takut apa yang kita belajar selama ini sia2 dan tidak diredhai Allah.
sebab tu, setiap kali bila nak belajar, kena berdoa.
sebab kita takut pada Allah.
takut2 Dia tak redha dengan ilmu yang kita belajar.
dan takut2 Dia tak bantu kita (dengan memberi ilham) dalam kita hadapi exam.

ingatlah sahabat2ku,
kita bukan perlu takut dengan tuhan exam ni.
kita perlu takut dengan ALLAH.
sebab bukan tuhan exam yang menentukan hidup kita selepas ini.
tapi Allah yang menentukan halatuju kita.
bukan exam penentu segalanya.
Allahlah yang menentukan segala2nya.
qada' dan qadarnya...
andai kita berusaha, bagai nak pecah otak... andai tak berjaya...
- pasti gagal (kata tuhan exam)
- pasti ada hikmahnya (Allah menjanjikan)

andai kita tak berusaha?? sedar sendirilah...
takkanlah korang nak mengharap duit turun dari langit.
meskipun Allah tu pemurah dan penyayang..
janganlah MALAS sangat!
ingatlah.. Allah tu tuhan kita, tiada tuhan lain kecuali Dia.
bergantunglah padaNYA.

[jangan bergantung pada exam, pensyarah, buku semata2..]

Isnin, April 13, 2009

hantu exam datang lagi

"dah lali... macam kebal dah.. hehe"

siapa setuju ngan aku..
hampir muak aku dengan exam.
bape kali dah aku tempuhi exam. 

jom kita kire. 
sekolah rendah:
UPSR: sekali 6 tahun =1
periksa akhir: 6xakhir tahun= 6
periksa midsem: 6xtengah tahun=6
ujian bulanan: 2xsetahunx6tahun = 12
PTS: sekali 6tahun=1
jumlah: 26 kali dalam 6 tahun

sekolah menengah:
PMR: sekali
percubaan PMR: sekali
peperiksaan midsem: 3xtengah tahun =3
peperiksaan akhir: 2
bulanan: 3 kali setahunx3tahun=9
jumlah=16

SPM: sekali
percubaan: sekali
peperiksaan midsem: 2xtengah tahun =2
peperiksaan akhir: 1
bulanan: 3 kali setahunx2tahun=6
latih tubi:??
jumlah:11

matrikulasi:
periksa akhir sem= 2
mid sem= 2
muet=1
kuiz dll??
jumlah:5

ukm:
periksa midsem: setakat ni dah 4 sem aku lalui =4
periksa akhir: 3 nak masuk 4
jumlah: 8

oh ye, belum darab dengan paper.
UPSR ada 5 paper x 26 =130
PMR ada 9 paper x16=144
SPM ada 13 paper x11=143
matriks ada 4 paper x5=20
UKM satu sem ada 7 paper x8=56
jap, ambik kalkulator
jumlah semua exam aku ambil= 493paper.

wow...
dalam 14 tahun aku belajar, 493 paper aku dah hadapi.
tapi aku masih tak belajar dari kesilapan (last minit studi)
hmm...
kalau aku belajar kerana exam, memang aku akan jadi muak nak menghadapinya buat kali ke494.
dan rasa tensen je belaja2 ni..
baiklah aku berhenti belajar... kan??

tak sepatutnya kita berfikiran begitu.
kita belajar bukan untuk exam..
kita belajar bukan untuk puaskan hati makbapak kita je...
kita belajar bukan nak dapat 4pointer je..
pasti ada sebab kita belajar.
mungkin...untuk jadi pandai...??
pandai??
abis orang tak masuk universiti, bodoh???
tak2.. pandai ni subjektif. orang 4 pointer tak semestinya pandai.
kadang2 dia tak pandai dalam sesetengah perkara.
orang yang 4 pointer di FPI (pengajian islam) tak semestinya dia pandai di FST (sains)
dan sebaliknya.
jadi, kita belajar bukan untuk pandai.
sebab orang pandai pun kadang tak pandai jugak. kan??
jadi, apa sebenarnya aku belajar ni??
kenapalah Allah suruh muhammad iqra'??
kenapa Allah (tuhan kita) suruh kita belajar??
mesti ada sebab...
yang pasti bukan untuk kita belajar untuk exam.
yang pasti bukan untuk kita belajar untuk pandai.

yang pasti kita belajar untukNYA. belajar untuk beramal dengan ilmu yang kita dapat.
dan belajar untuk mengenal si DIA yang agung.
moga diikhlaskan hati menghadapi peperiksaan ini.
semoga aku tak takutkan exam lebih daripada aku takutkan engkau ya Rabb
aku akan menghadapi exam ni dengan tenang seboleh mungkin, agar aku tahu akan keesaanMU ya Rabb.

[amin]

Khamis, April 09, 2009

aduhai..tertidor lagi

"penat ke arrabe'?? "

mesti ramai yang fikir aku penat, sampai terlelap dalam kelas.
semalam aku ada kelas tambahan biometri jam 8.30 malam.
aku tak dapat tahan mata aku.
aku dengar apa yang dibincang, tapi mata aku tak dapat angkat.
kepala aku pun berat.
memang otak aku ter shutdown.
aku buka juga, tapi tak boleh.
otak aku, otak aku, otak aku...

memang aku dapat rasa apa orang kata aku.
dahlah penuh kelas.
aku pulak duduk depan.
dr yosni pulak asyik datang ke arah aku.
tapi dia tak tegur aku.
entahla, aku memang dah berlawan.

nak kata penat, tak tahu.
aku tak rasa penat tu.
tapi mungkin sistem badan aku yang penat.
tapi aku tak penat.
otak penat berkerja agaknya.
aku memang tak leh kelas malam.
tapi aku takleh elak.
kebetulan malam tadi aku cirit.
tapi kalau aku ponteng, lagi rugi.
baik aku datang jugak.

mungkin sebab aku selalu ulang alik kerumah.
jarak 10km dari UKM.
pergi balik dalam 20km.
setiap kali balik umah pasti minimum 2 kali sehari.
kire 40km.
yeke? mungkinlah, sebab angin tiup aku.
asap kotor lagi.
takpela... kelas pun dah banyak habis.
tinggal exam je.
biarlah apa orang nak kata.
memang sistem tubuh aku lemah semalam.
mungkin juga syaitan goda.
segalanya mungkin.
maaf dr yosni (kalau dr baca blog saya)

[huhu.. sapa salin perbincangan soalan, nak pinjam?]

serba salah pilih tesis

"pemilihan tajuk tesis dah keluar. aku was2"

mana satu patut aku pilih.
ekologi, lumut,alga, pakis, tumbuhan tinggi?
ni semua tajuk untuk tesis.
semua macam best dan ada jugak aku tak minat.
tapi...
aku serba salah nak pilih tajuk.
sebab setiap pensyarah macam mengharap aku ambik tajuk dia.
yeke?
entahlah, mungkin firasat aku.

macam alga, prof ahmad selalu promosi alga.
haritu di pulau tinggi, aku belajar snorkeling dan tangkap alga.
memang best. tapi...
kena tengok dengan mikroskop, aku benci.
terus aku fikir, malas.
dan sebab aku tak reti sangat berenang untuk tangkap alga.
dan mungkin mahal subjek ni.
pastu, prof tanya aku, aku nak ambik apa?
aku cakaplah aku tak suka tengok mikroskop.
dan aku nak apa yang UKM takde.
prof ahmad pun cakapla, yang tumbuhan tinggi tak ramai.
hmmm...

en daman pulak sentiasa memujuk kami ambik lumut.
memang seronok kelas en daman.
dan dia baik sangat.
entahlah, penah dia tegur aku, belajar kena rajin.
aku jadi serba salah lak.
sebab mana ada pensyarah tegur anak murid camtu.
macam terhutang budi dengan en daman.
hmm...

dr faszley pun best.
ekologi. tapi dr f suka anai2.
aku tak minat sangat serangga.
tapi perwatakan dr f mungkin membuatkan aku selesa dnegan dia kot.
takde masalah nak tegur dia dan tanya dia pape.
hmmm...

dr haja, best gak.
paku pakis.
tapi aku bosan kot.
sebab dah banyak sangat pengkaji pakis.
dan tak banyak pasal pakis yang boleh dieksplor. 
lagi satu sebab mikroskop. huhu..
hmm..

yang terakhir, prof e. latiff.
aku agak senang dengan dia.
memang aku dah fikir pasal prof e latiff ni lama.
tumbuhan tinggi.. aku boleh masuk hutan...
jalan2.. tengok pokok yang tinggi..
wah.. tak perlu tengok mikroskop sepanjang waktu..
hmmm...

jadi.. apa pilihanku?
setakat ni aku rasa, hati aku berat kepada tumbuhan tinggi

[doakan aku]