Memaparkan catatan dengan label akhlak. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label akhlak. Papar semua catatan

Sabtu, Januari 14, 2012

inspirasiku Oh My Allah

kerap kali kita dengar orang putih atau hitam (negro) sebut "Oh My God" meskipun kita tak pernah ada kawan orang putih atau hitam.
tetapi melalui filem dan drama mereka, kita pun turut terbiasa dengan sebut "Oh My God" atau dalam SMS "OMG", tak dinafikan aku pun terpengaruh juga.
aku terkesan pabila OMG ini langsung tak memberi aku apa-apa, tak memberi kesan di hati dan aku tak rasa tenang pape pun dengan menyebut OMG.

[sekalian mkhluk di bumi dan di langit, sentiasa berhajat dan memohon kepadaNya. Tiap-tiap masa Allah dalam urusan ( mencipta dan mentadbirkan makhluk-makhlukNya] surah Rahman 55:29

adakah kita termasuk dalam 'sekalian makhluk di bumi dan di langit'? adakah kita memohon, merintih dan mengadu padaNya? adakah dengan hanya sebut OMG? atau kita sebut "Oh, Allah" atau melalui doa kita kepadaNya? tuhan kita hanya satu iaitu Allah jadi sebutlah namaNya, Allah. apabila kita sebut namaNya, kita akan rasa tenang dan senang.

teringat dalam tulisan Dr. Aidh Abdullah AlQarni dalam buku La Tahzan (bahasa melayu je aku baca):

[Apabila ikhtiar sudah sempurna, jalan tetap buntu, cita-cita terhenti dana segala hubungan terputus, berserulah: "oh tuhanku, Ya Allah"
apabila dunia yang luas ini terasa sempit buat anda, sedangkan dirimu terasa dihimpit oleh segala yang ditanggungnya, berserulah: "oh tuhanku, Ya Allah"

kepada Allah jualah ditujukan ucapan-ucapan yang bagus, doa-doa yang ikhlas, teriakan-teriakan yang benar, deraian air mata dan segala keluh kesah kesedihan. kepadaNya, setiap tapak tangan menadah di hujung malam. memohon bantuan, begitu juga setiap mata yang merenung, serta segala permintaan makhluk baharu.
Dengan namaNya, setiap lidah menyebut, meminta tolong, bermohon dan memanggil. dnegan mengingatinya hati akan tenteram dan roh akan damai, serta jiwa menjadi tenang. urat-urat saraf menjadi lentur, kecerdikan meningkat dan keyakinan mantap.]

buat apa nak ikut orang yang bukan Islam mengagungkan tuhan mereka yang tidak jelas? kita sudah jelas dengan tauhid kepada Allah yang Maha Esa, tidak ber-anak dan tidak diper-anakkan. agungkan Allah, Pencipta kita, ingatlah Allah sentiasa di mana sahaja, nescaya hati kita akan tenang. jom budayakan "Ya Allah" dalam sebutan untuk kebaikan.
jangan pulak sebut "Ya Allah" untuk perkara maksiat. contoh kurang ajar "Ya Allah, seksanya perempuan tu..."
semoga dengan ingat Allah kita akan sentiasa menjaga perlakuan dan percakapan kita agar tidak mendatangkan dosa percuma.

klik sini - slot inspirasiku: bertafakurlah dan bersyukurlah.

Ahad, Oktober 16, 2011

kenapa tak boleh mengata orang?

tahu tak, kenapa kita tak boleh mengata orang yang buruk2 meskipun benar?
aku rasa aku dah dapat jawapannya. aku nak kongsi, sudikah anda membacanya?





pernah tak anda mengata orang?
tak pernah? tipu dan tidak mungkin anda tidak pernah mengata.
mengumpat, pernah tak?
umpat tu bercakap sesuatu sikap dia yang buruk meskipun benar kepada orang lain tanpa pengetahuannya.
dengan erti kata lain, "cakap belakang!"
tak pernah jugak? "fuh, bagus betul korang."
camne pulak dengan memfitnah, pernah tak?
"amboi kasarnya bahasa"


percayalah, aku pun kadang pernah mengumpat dan mengata orang.
serius! aku pun tak sedar aku dah mengata orang.
sudah berapa banyak aku mengata orang.
ada kala aku bercakap dalam ayat formal, ayat tidak rasmi, ayat spontan.
contoh ayat formal atau ayat rasmi:
"tuan, saya semalam pergi Warta, nampaklah S tu berjalan dengan seorang perempuan. saya tak mahulah buruk sangka, tidak pastilah tuan, mungkin adik dia."


contoh ayat tidak formal atau ayat tidak rasmi:
"tengoklah dia dalam kelas, asyik tidur je dalam kelas. aku memang tak suka sikap dia ni, pemalas"


contoh ayat spontan:
M cakap: "ko tahu tak, D tu kuat ngadu, ada ke patut dia ngadu kat bos dia yang aku ni salah guna wang syarikat"
kita cakap: "haah, betul jugak, hari tuh aku makan kuih raya dalam ofis, pun dia ngadu aku ponteng kerja"
M cakap: "tulah pasal....."


kadangkala, kita tak ada niat pun nak mengumpat atau mengata.
"sahaja aku mengumpat kerana...."
ish2, dulu aku tak tahu kenapa kita dilarang mengumpat. bahkan, Nabi Muhammad mendapat wahyu Allah, cuba cek  dalam Al-Quran, surah Hujurat ayat 12


[Wahai orang -orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan daripada sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sebahagian daripada sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip ataupun mencari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah sesetengah kamu mengumpat sesetengah yang lain. Adakah individu daripada daripada kalangan kamu suka memakan daging saudaranya yang mati? Apabila demikian keadaan mengumpat, sudah tentu kamu jijik padanya. Oleh itu, larangan-larangan itu perlu dipatuhi dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah penerima taubat, lagi Maha Mengasihani.]





tapi ada satu kisah yang berlaku 2 hari lepas, yang menyedarkan aku.
dalam satu program, aku sedang berjalan dengan tongkatku, datang seorang pakcik ini, tanya kenapa kaki. bagus dia berinteraksi dengan aku. kemudian, dia cakap, "pergilah berurut" dia siap tanya rumah di mana dan mencadangkan seorang tukang urut yang dia kenal.
pandangan aku, beliau sangat bagus dan baik hati.
dalam kelas yang aku sertai, aku ternampak dia tidur. aku beranggapan itu hal biasa akibat keletihan.
namun, keesokannya, pakcik ini berlari2 anak ke arah sesuatu dengan membawa plastik berisi barang.
kemudian, adalah seorang hamba Allah ini bercakap akan gelagat pakcik ini dan rasa sangsi (tidak suka).
aku pada awalnya tak terlintas langsung nak fikir bukan-bukan dengan orang, tapi apabila kawan cakap sesuatu yang negatif ini, mata dan fikiranku asyik menafsirkan gelagat pakcik tu negatif sahaja. akhirnya, aku terjebak dalam perhubungan kepada aku untuk rapat dengan pakcik itu.


nampak tak?
seseorang itu adalah baik bagi pandangan setiap manusia, tetapi apabila seseorang yang lain mencorakkan pemikiran kita dengan negatif, ia terus menjadi buruk dalam pandangan kita terhadapnya.


contoh seorang perempuan yang baik dan berbudi bahasa, pandangan mata kita baik. tetapi apabila, ada pihak ketiga yang memberitahu dia adalah seorang pencuri, pasti pandangan kita yang positif di awal tadi terhapus. dan sukarlah bagi perempuan ini untuk berubah menjadi baik atau bertaubat, sebab pandangan kita terhadapnya sentiasa negatif. melainkan dia buktikan, tetapi bagaimana?


p/s: bila sudah ada pandangan negatif, orang yang berubah ini hanya boleh buktikan dengan memakai tudung, pergi ke masjid sentiasa, pakai jubah dan kopiah. tetapi tidak mustahil pandangan negatif akan berterusan. "alah, berlakon je tuh"


semoga kita mengelak daripada pandangan negatif ini meracuni perhubungan dan persahabatan kita.







kecuali kalau dia benar-benar melanggar syariat dan hukum Allah SWT. itu memang wajib kita betulkan dia atau tak berjaya, kita kena tentang dia.

Selasa, Oktober 11, 2011

istiqamah yang yok

pernah tak anda merancang sesuatu yang hebat dan anda berjaya memulakan. kemudian sampai satu tahap, anda buat-buat terlupa dan tak buat dah perancangan hebat itu. "pernahkah?"

hari ini nak berkongsi pasal istiqamah yang yok. aku pun tak pasti apakah yang yok? tapi aku pasti ramai tahu istiqamah tu apa. "betul tak?"
dalam bahasa yang mudah, istiqamah ialah suatu usaha yang baik dilakukan secara berterusan. yang yok pula bermaksud "ala yang macam.... ayok, lupa!"
senang cerita "kita cadang nak istiqamah dan amalkan selalu, tiba2 rasa malas pulak dan pastu dah tak buat... poyo tak?"

alkisah wajib asas kepada pos kali ini, istiqamah yang yok aku terhadap blog kesayangan aku ni. punyalah aku lihat intisari kandungan, pernah beberapa bulan aku istiqamah betul-betul kemaskini blog sehinggakan satu bulan cukup 30 pos atau lebih. entah bagaimana aku boleh jadi malas nak kemaskini. dan jadilah istiqamah yang yok.




jelas kat sini, istiqamah yang yok tak patut kita amalkan. sebab ia akan merugikan kita. "hmm... anda tahu tak?" kenapa kita boleh tetiba jadi tidak istiqamah benda yang baik?
kalau anda ada pengalaman, tolonglah kongsi dengan komen di bawah, nak tahu juga.
menurut pengalamanku sendiri, ada beberapa sebab aku jadi istiqamah yang yok. sekejap kemaskini sekejap malas.

sebab pertama: akan tiba satu tahap di mana aku tidak merasa kenikmatan istiqamah sama seperti istiqamah di awal perancangan. mungkin sebab kita menjadikan ia sebagai rutin harian. lama2 jadi tabiat automatik dan ia lama2 membebankan.
"yeke?"
contoh yang aku lihat, solat yang diwajibkan. ingat lagi aku semasa kecil dididik dan diasuh untuk solat. mula2 seronok sebab dapat belajar benda baru, lepas tu makin malas. kemudian, ayah pakai rotan, paksa solat. aku jadi rajin solat semula kerana takut, lepas lama2 makin membesar, kadang sengaja melewatkan solat dan terasa berat nak solat. tapi bila dengar ceramah kelebihan solat, aku jadi bersemangat semula untuk solat di awal waktu. namun, ia semakin luntur bila lama tak isi diri dengan ceramah dan kuliah agama. "tak percaya?" cubalah tak dengar IKIM.fm dan jangan pergi masjid sebulan, mesti malas nak solat. [lebih baik jangan cuba]. eh, tak habis lagi, bila makin remaja akhir ini, kerja dan tugasan pelajaran semakin bertimbun, solat itu pun kadang tak khusyuk dan suka solat bersendirian. tapi bila aku berkawan dengan individu yang suka ke surau untuk berjemaah, aku pun jadi semangat nak ikut dia. lama2 bila jauh dari dia, kembali ke tabiat lama. bila sertai usrah dan halaqah, rasa seronoknya beramal ibadat kepada Allah, namun bila cuti semester, usrah tiada, liat kembali. istiqamah yang yok.... [pengalaman silam dulu]

"percaya tak?"
bila kita terbuai dengan sesuatu yang lebih menyeronokkan [lagha dan hiburan], kenikmatan beribadat akan hilang dengan cepat. malas pun datang dan khusyuk pun hilang.
"serius, aku bukan tipu!"
sebab tu lah bab solat dan ibadah yang baik kepada Allah ini, kita kena kemaskini diri dengan ceramah, nasihat kawan yang baik, baca buku2 agama, dengar IKIM.fm, sertai usrah, subscribe Quran weekly di Youtube.com dengar nasyid dan qasidah, baca status facebook.com golongan ustaz2 dan ustazah2, buka TVAlhijrah. kita akan rasa seronok untuk melakukan amal ibadat dan terasa ingin diisi lagi dan diisi lagi dan lagi!
tapi bila kita mula layan berita fitnah  bab politik, baca akhbar bahagian berita pelik, bogel, baca status facebook.com bab cinta dan frust, dengar radio yang asyik gelak dan lagu cinta laki perempuan, pergi konsert himpit2, tengok Youtube.com Vlog annoying grapes, duduk main games, tengok video porno, tengok filem adegan suami isteri, tengok cerita hindustan menari nampak pusat. semua ini akan sedikit sebanyak menghilangkan kenikmatan ibadah kepada Allah. sebab syaitan asyik cucuk2 kat kita. "tak payahlah solat, lewatkanlah sikit, cepatlah habis solat ni, sembahyang sorang sudah"

"betul tak?"
"eh.. maaf tadi cerita pasal blog jadi bab lain pula"

sebab kedua: niat kita dah lari.contohlah aku buka akaun facebook ini untuk Islam dan sampaikan nasihat yang baik2. awal2 mungkin kita dapat istiqamah dengan tulis status yang memberi nasihat dan menceriakan hari orang lain2. lama-lama kita akan lupa niat asal kita. mungkin kita terlalu asyik dan tak semak diri setiap hari.

contoh untuk sebab kedua ini, aku alhamdulillah sudah ada kereta baru menggantikan motor yang aku sedikit bimbang untuk bawa motor lagi. pernah aku berniat untuk bawa kereta 80 km/j dan tak lebih 100 km/j sahaja. namun setelah sebulan, aku makin lupa diri, di highway aku bawa sampai 110 km/j dan di jalan biasa jika tiada simpang dan motorsikal di samping, aku bawah 90 km/j. bila semak diri balik, "Ya Allah, aku dah langgar niat asalku". bila aku semak diri, baru aku tersedar. begitu juga bab istiqamah dalam kebersihan kereta, niat asal nak jaga kebersihan dalaman dan luaran kereta sebab itu adalah imej kita kepada Allah dan kawan2. memang tiap pagi akan lap dulu embun2 pagi dan kibas karpet kereta. namun setelah sebulan, makin malas diri ini. buat pun sekadar yang yok. malam ni bila tulis blog, insaf balik.






"kan?"
kesimpulannya, tang niat ni kita kena sentiasa perbaharui atau mengingatkan setiap pagi. sebab tu kita bila nak makan kena baca doa. bahasa melayu pun tak mengapa. agar kita rasa nikmat istiqamah makan dengan niat yang baik kepada Allah. sebab bila kita makan laju sehingga terlupa baca doa sebelum makan, kita rasa macam nyesal makan tadi sebab tak dapat pahala. "betul tak?"

panjang pulak pos kali ini. hehe... maaf sangat2 sbeab lama tak kemaskini blog, rasa nyesal pun ada sebab istiqamah yang yok. harap esok dapat istiqamah lagi dan lagi!

perkongsian tambahan:
Sabda Rasulullah s.a.w. : “Siapa membaca surah Al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kesusahan atau kemiskinan selama-lamanya. (Diriwayatkan oleh Baihaqi dari Ibnu Mas’ud r.a.)

Jumaat, September 16, 2011

janji kena tunaikan


lain kali kalau dapat jemputan beraya kat rumah orang, janganlah cakap berdegar2. "insyaALlah kami datang, siap buat reunion sekali". - kasihan tuan rumah yang masak makanan untuk janji beliau. simpati aku pada tuan rumah. cakaplah sejujurnya, kalau tak dapat datang tiba2, ada hal, beritahulah dengan SMS. ni bukan situasi aku ye, tetapi tadi pergi rumah orang, banyak makanan lebih, pasti dia bajet untuk ramai orang. sedangkan masa open house dia sudah hampir tamat

[Nor Farhana]
fana pnah alami situasi ni..at first,nk wat open house tuk kwn2 fana n adk je..ckp nk dtg rmai..last2,xsmp 10 org kwn2 pn y dtg..ps2 jemput jiran2 je..nasib baik mknn sume abs,jiran y tlg abskan.

[Aku]‎
alhamdulillah dapat habis. bila dengar Tanyalah Ustaz Tv 9 risau juga pasal membazir ni. kalau macam tu takpe lagi rasanya, macam kes kali ini, dia janji, tapi dia pun tak datang. tapi tuan rumah tak merungut pun, aku je yang merungut, geram. tapi husnuzon, mungkin dia nak cepat dan ada hal.

Khamis, Ogos 18, 2011

terguris hati

kisah 1:
aku rasa terguris hati sangat hari Selasa lalu.
Selasa iaitu Ramadhan ke 16.
"tak beritahu pun?" hanya 3 perkataan yang sinis dilemparkan.
aku kelu...
mungkin 3 perkataan itu bukan untuk aku, tetapi aku terasa sangat.

alkisah, bila mereka duduk berjauhan.
sebelum ni mereka selalu ada, dan ada selalu di tempat tu.
namun, aku yang sudah 4 bulan tidak datang ke tempat itu.
mereka duduk berasingan, pernah aku bertanya, "kenapa duduk jauh"
antara faktornya, tempat tu makin ramai orang.
susah untuk fokus tesis atau berkaitan pembelajaran.
aku hormat pandangan itu.

aku teringat masa aku sihat, dan mereka selalu ada dalam tempat itu.
banyak sumber dan info yang mereka terima dulu.
kadang aku terlepas, sebab aku selalu pergi ke tempat lain untuk kajian.
kadang bila mereka berborak dulu, aku jadi tak faham.
dengan menyibuknya aku bertanya.
namun, aku tak pernah rasa dipinggirkan, bila aku jadi tak tahu.
sebab aku bertanya dan sering bertanya apa sahaj yang mungkin info aku terlepas.

namun, bila jadi OKU (orang kurang upaya) dengan tongkat dan 4 bulan kesakitan ini, terasa hati ini mudah tersentuh.
dengan kata lain, sensitif.
sangat terasa bila mereka berjauhan, dilempar kata sinis "tak tahu pun?" "tak beritahu pun"
ye, memang salah aku sebab tak beritahu perkara itu, tetapi aku sudah menyatakan kesalahan aku, sebab aku terlupa dan baru dapat kepastian jumaat sebelumnya.
dan semalam sibuk dengan Seminar Hasil Ekspedisi, tak teringat langsung.

p/s: sensitif betul hati ini, kadang rasa bila dia dah minta maaf, tapi pedih tu masih ada. sampai ke malam. ditambah dengan harapan menggunung yang dikecewakan (hal lain) pada malam itu, oh... alhamdulillah reda cepat sakit hati ini, tapi bila fikir balik, sakitnya. takpe2.. semua berpunca dari aku juga, semoga Allah ampuni dosa aku dan dosa mereka.

kesimpulannya: bertanyalah sentiasa apa yang mungkin terlepas (meskipun tak tahu apa yang terlepas tahu), sebab kadang manusia cepat lupa. bila kita makin berjauhan, banyak info dan maklumat yang semakin tidak kesampaian.
& jaga kata2...

kisah 2:
ni pula kisah aku yang mengguriskan hati orang lain.
masa amarah melanda diri, hati itu sentiasa berbolak-balik.
entah, mungkin masa tuh aku tidak berfikir panjang dan iman masih lemah.
tambahan pula jiwa keanakan.
aku telang mengguriskan hati kawan2 aku.
malah mungkin mengoyakkan hati mereka.
bila terkenang balik, rasa malu dan sedih sangat2 akan tindakan diri ini.
setelah aku hadapi kisah 1 tadi, baru aku tahu, pedih lagi hati mereka.

Alkisah di Bukit Fraser, fikiran ku berkecamuk.
hati rasa sangat disakiti.
hasutan pihak ketiga, yang menuduh kawan2 perempuan serombongan yang meninggalkan kami yang lelaki.
lelaki dituduh lambat bersiap untuk ke makan malam, lalu kami ditinggalkan.
entah, sesejuk malam di Fraser Hill membakar hati ini.
muka kau masam sangat pada malam itu, ditambah dengan kelaparan.
nafsu dan syaitan terus menghembus api ke dalam hati ini.
sampai masa dan tika, aku menghamburkan amarahku kepada kawan2 perempuan.
separuh daripada mereka, tidak dapat menerima kenyataan aku.
aku yang masih terperangkap dengan hasutan pihak ketiga, meneruskan kata.
setelah semua aku lepaskan, lega hati bila dapat melepaskan.
namun, ada kawan2 perempuan yang dari tadi mendengar datang untuk berbincang.
mereka menerangkan sebaiknya perkara sebenar.
sebenarnya pihak ketiga itu yang menghasut dan mengejek ketidaktepatan masa kami untuk makan malam.
lelaki dan guru kami dipersalahkan dan akibat ejekan yang melampau dari pihak ketiga itu, lelaki ditinggalkan.
dan yang kawan perempuan simpati dengan kami, telah membawa pulang bungkusan makanan untuk kami.

kisah dua tahun lalu, masih menjadi detik silam dlaam hidupku.
aku mengoyakkan hati mereka dengan kata pedih lagi sinis.
ketenangan kawan-kawan yang menjelaskan hal sebenar turut aku hormati.
dan pihak ketiga hanya tersenyum dan bergelak ketawa dengan amarah ku tadi.

p/s: kejamnya hidup bila diri ini alpa mengawal diri dan tidak berlaku adil dnegan menyelidiki terlebih dahulu. sesungguhnya marah itu adalah sahabat syaitan. sekali aku berkawan dengan syaitan itu, terus aku menjadi sesal selamanya. itu baru Allah tunjuk melalui dosa kata2, mungkin dosa lain yang lebih besar lebih sesal sesesalnya. insaf, taknak berkawan dnegan syaitan dalam mengeluarkan kata2.

kesimpulan: kisah 1 dan 2 bercakap tentang hati yang terguris dan diguriskan. bukan untuk mengaibkan diriku tetapi untuk teladan sahabat-sahabat. malu untuk aku dedahkan, tapi percayalah aku tidak mahu ia berulang kembali dan ini sebagai rujukan aku di masa mendatang, agar aku tidak mengulangi perkara yang sama kelak.

bagi kawan2 dan sahabat yang terlibat, andai imbasan kisah ini menyakitkan kembali hatimu, aku memohon maaf sekali lagi.

Rabu, Julai 06, 2011

naruto shippuden


'bagaimana orang boleh buat cerita panjang2'
aku tak boleh bayang bagaimana?
cerita panjang berjela-jela dan menarik.
kalau drama sinetron atau telenovela pun panjang juga
tapi panjang cerita sebab berulang-ulang plot.
kalau gaduh, pastu baik balik, cemburu, benci, dendam dan ada yang mati.
dan kebanyakan cerita sinetron atau telenovela begini, diambil daripada kisah hidup manusia ada.
malahan diubah sikit, supaya lebih tragik dan sadis.

tapi aku tak boleh bayang orang yang bernama Kishimoto Masashi (November 8, 1974)
termasuklah Akira Toriyama, DragonBall.
aku (kanak-kanak) membesar dengan cerita berjela-jela Dragon Ball.
aku (remaja) membesar dengan cerita Naruto.
aku (dewasa awal) membesar tepi dengan cerita Naruto Shippuden.
hoho... J.K. Rowling pun kalah. sebab cerita Harry Potter tak berjela-jela.

aku masih tak boleh bayang camne Masashi ada idea:
1. cari nama setiap watak dan kelebihan masing-masing yang unik.
2. letakkan setiap watak dalam kelompok keluarga dan setiap ahli keluarga ada kuasa mereka (Uzumaki, Uchiha dll)
3. setiap watak ada sejarah tersendiri dan setiap sejarah sangat berkait antara satu sama lain (Jiraiya cikgu kepada Naruto, dan ayah Naruto ialah Hokage keempat, Minato, Jiraya juga pernah satu kumpulan dengan Orochimaru dll)
4. kuasa yang direka-reka, asalnya daripada perlakuan manusia realiti, tapi diubahsuai seolah ada kuasa. (Sai - menulis. tapi dakwat tu boleh keluarkan burung dan lain2.)
5. peta dunia cerita Naruto dan lokasi.
6. ....................


banyak lagi. yang pasti yang aku tahu Masashi mesti banyak masa untuk berimaginasi.
tetapi cerita Naruto ini bagi aku tak sesuai untuk kanak-kanak tengok.
sebab kanak-kanak akan berimaginasi dan termasuk dalam cerita ini.
SERIUS!!! aku tak gurau, sebab masa DragonBall, aku masih kecil dan terbayang-bayang dalam kehidupan.
Fliza lah, nak jadi Goku la.
mujur ada Umi dan Abuya yang sentiasa mengawal aku.
kalau tak, aku dah lama bertinju2 dengan kawan2 sekolah. Kamehame ha....

tetapi bagi peringkat remaja akhir & dewasa awal, tak salah menonton Naruto.
sebab bagi aku banyak pengajaran kot (meskipun karya orang bukan Islam)
pengajaran kemanusiaan seperti persahabatan, hormat guru, bersungguh-sungguh, jangan putus asa, kena ada tujuan dalam hidup (bukan jadi Hokage ye!) dan banyak lagi.
tapi janganlah taksub sangat dengan cerita Naruto ni, sampai solat fardhu dilewat-lewatkan.
Allah tu tujuan utama kita akan kembali nanti.
sekian... teruskan berimaginasi tapi jangan sampai lupa diri.

Ahad, Jun 19, 2011

hari hari, hari bapa.

respon aku sama dengan bulan Mei yang lepas.
Hari Ibu dan kini Hari Bapa.
aku bernama Muhammad Arrabe'.
aku sayang diriku, sebab inilah nikmat Allah bagi dalam jasad ini.
setiap hari aku sayang. namun ada satu hari aku paling sayang diriku.
nak tahu tak?
yeah, pandai pun.
pastilah hari lahirku, aku sayang sangat dengan diri ini.
secara khusus, pada tarikh kalender Miladi.
aku akan sayang diri dengan cara, merombak diri habis-habisan.
rombakan diri dengan kenangan kisah lama.
juga, lakaran masa depanku.
aku rangka dan berazam untuk memperbaiki diri pada tarikh ini.
namun, tiap tiap hari aku sayang diri.
InsyaAllah masih lagi dengan muhasabah tiap malam dengan menulis diari.
dan merancang kebajikan untuk diperoleh esok hari ini.

nikmat kedua yang aku sayang setiap hari, pastilah anda tahu.
Umi dan Abuya.
setiap hari adalah untuk mereka disayangi.
harta nikmat pinjaman Allah ini yang diberi buat seketika.
sayang mesti sayang sayang...
namun, pasti ada satu hari aku sayang mereka sangat.
hari lahir mereka. bulan Januari dan Mac.
di hari itulah aku paling sayang mereka, bagi hadiah dan belanja mereka makan.
betul tak Umi? Abuya?
hehe...

Hari Ibu dan Hari Bapa.
hehe.... aku senyum.
teringat kawan aku DKXR shout di Facebook.com:

Good morning, mankind! and good morning, mother Earth! Happy Fathers' Day. To those who are too busy, this is your last chance to go get something for your dad, before your dad wakes up. At least remember to sms your dad and wish him Happy Fathers' Day.

aku pun saja cakap: Ho yeah!!
dan dia bertanya:

by the way, muslim definitely had woke up by around five, so have you wish your abah Happy Fathers' Day?

aku menjawab:
yup... everyday with du'a (doa for my dad) and also today. rasa nak belanja makan malam ikan bakar. wah!! tapi malam ni ayah saya ada hal. maybe next day.

dan DKXR membalas:
well, at least say Happy Father's Day. I believe your dad will be thrilled.

kawan ku ini berbangsa Cina, dia sangat baik.
dia memberi sesuatu kepadaku melalui kata-katanya tadi.
faham tak apa yang aku cakap ni??

meskipun kita berdoa setiap hari dan belanja mereka makan.
sekurang-kurangnya cakaplah Happy Father's Day pada ayah.
hmmm... luahan rasa kepada ayah kita perlu.
kadang kita tunjuk sayang melalui belanja dan lain2, namun kata2 ucapan adalah sayang yang sangat memberi makna.

aku pernah teringat kawanku perempuan, yang takut dengan ayah dia.
aku tak ingat insiden apa. tapi aku pernah beri nasihat, dan dia balas dengan "ayah aku tak sama"
aku jadi kelu. sebab masa tu aku tak pernah jangka perasaan dia sebegitu.
pernah satu hari masa konvokesyen, aku berjumpa dengan ayah dia.
sangat serius orangnya. masih kelu lidahku.

hari ini aku dengar lagi cerita MatLuthfi tentang ayah dia.
teruja aku mendengar cerita beliau, dan ada satu nasihat yang MatLuthfi berikan di penghujungnya.



akhir kisah, nak tahu apa aku respon yang sama untuk Hari Bapa atau Hari Ibu?
aku hanya senyum.
nak tahu kenapa aku senyum.
sebab aku tak tahu nak jawab apa. hehe...
ringkasnya begini, aku taknak menjadikan adanya 'Hari Ingatan' ini, baru kita nak ingat dia.
sebab, bila adanya 'Hari Ingatan' semua akan bergantung pada hari itu baru hendak meraikan.
contoh mudah:
Tahun Baru atau Maal Hijrah baru kita nak pasang azam baru.
Hari Guru baru nak hormat dan sayang cikgu.
Hari Isra' Mikraj, baru nak rujuk kisah dan ambil pelajaran daripada perjalanan Nabi Muhammad dari Makkah ke BaitulMaqdis dan berjumpa Allah.
Hari Maulid Nabi Muhammad, baru nak banyak selawat dan sayang Rasulullah.

p/s: cuba bagi hadiah kat kawan anda, tengok apa respon dia. mesti dia tanya:
"eh, hari ni Birthday aku ke?"
"apasal ko tetiba bagi aku adiah ni? berangan eh?"

Ahad, Jun 12, 2011

jagalah amanah meskipun berat ep.2

kita kembali lagi...
bagi yang baru tiba, jangan baca artikel ni dulu.
klik episod 1 dulu {klik sini}


alkisahnya begini:
Umi, Abuya dan sepupuku ke rumah kawannya di Semenyih setelah sebulan tak ziarah motorku.
Umi terkejut dengan keadaan motor tu. tidak sama seperti dulu.
kawan abuyaku tiada di rumah, pergi kenduri kahwin.
yang ada dirumah itu, bapa dan anak lelakinya.
abuya aku bertanya kepada mereka, ada apa apa yang berlaku ke?
"motor ni memang macam ni sejak dibaiki dulu"
lalu kami pun pergi nak bawa balik motor.
sepupuku cakap rim dah macam gelong dan enjin dia bunyi teruk.
Umi tak sampai hati nak jual pada orang tu, namanya Y.
Umi, Abuya dan sepupuku singgah di bengkel motor di situ.
orang bengkel tu cakap:
"motor ni macam kena kemalangan.
saya pernah nampak budak tu naik motor ni.
saya ingatkan dia dah beli daripada abg."

lagi setengah jam Y akan datang ke Bangi. Y daripada Sungai Besi.
abuya ambil keputusan untuk baiki dulu dan tak sampai hati nak jual juga.
baiki lagi perlukan wang dan masa.
pertama, akibat tidak amanah telah menzalimi diri kami.

abuya menghubungi kawannya, tetapi tidak dijawab.
hanya SMS menyatakan minta kawan abuya bayar segala kos baiki semula.
kawan abuya membalas "Ya".
kedua, akibat tidak amanah telah menzalimi diri dia sendiri.

Abuya beritahu Y, motor tak dapat dijual kerana aku telah jatuhkan motor.
dengan kecewa, kami terpaksa menghampakan harapan Y dan keluarganya.
ketiga, akibat tidak amanah telah menzalimi diri kami dan Y sekeluarga.

Y dan isteri yang dalam perjalanan ke rumah kami, terpaksa berpatah balik.
masa dan harapan hangus begitu sahaja.
keempat, akibat tidak amanah telah menzalimi Y dan isteri.

kami pulang dengan tiada apa-apa hasil.
hanya kecewa yang dibawa pulang.
sepupuku juga minta diri untuk pulang ke asrama GMI.
masa untuknya mengulangkaji pelajaran.
kelima, akibat tidak amanah telah menzalimi sepupuku.

mungkin banyak lagi akibat tidak amanah.
tetapi ia sangat berkait untuk orang lain.
mungkin anda juga pernah mengalami perbuatan mazmumah ini.
kadang terfikir dalam diri, adakah sebab dosaku, orang lain sanggup membalas begitu kepada diriku.
namun, Allah itu maha pengasih dan pengampun.
aku memaafkan makcik (kawan abuya) dan mengambil iktibar daripada pengalaman ini.
dan aku tidak mahu, aku menjadi tidak amanah dan menzalimi orang lain pula.

hmm.. sekian.
harap kalau sahabat2 ada amanahku yang tidak dilaksanakan dengan baik, tolong beritahu aku ye. jangan pendam2. kadang aku lupa.

p/s: teringat doa Nabi Yunus semasa dalam perut ikan Nun:
"Tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) selain Engkau. Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang Zalim."
kenapa Nabi Yunus mengatakan dia Zalim?

jagalah amanah meskipun berat


jagalah amanah meskipun berat.
amanah itukan pelbagai. betul tak?
dalam bahasa mudah, bagiku amanah adalah suatu kepercayaan yang diberikan kepada seseorang itu untuk dia menjaganya atau melaksanakannya.
bagaimana pandangan anda?
orang yang tidak amanah adalah orang yang zalim.
betul tak?
perihal bab zalim ini bukan setakat membunuh orang.
malah hal kecil pun kita boleh dikira zalim.
contohnya mengambil pen orang dengan alasan pinjam tanpa tuannya tahu.
bila tuannya cari pen bagai nak gila untuk jawab peperiksaan, kita senang2 je pakai dia punya pen. zalim lah tu kan?
dan akibat zalim menyebabkan orang lain pun turut terkena tempiasnya.
dan kalau orang tu berjanji dengan kita dengan pelbagai harapan dan membina impian buat kita, namun bila tak dapat ditunaikan, pastilah kita terasa dizalimi. betul tak?
hmm.. ini yang nak cerita kat antum semua.
hari ini aku belajar tentang orang yang tidak amanah dengan zalim.

ingat lagi kisah aku kemalangan yang bersiri-siri? {klik sini}
motorku telah dibaiki dengan sangat baik.
Rm1600 habis dibayar untuk rawatan dan pembedahan terhadap motor kesayangan ku ini.
abuya (ayah)ku sempat melihat keadaan motor yang menjadi mangsa kecuaian aku.
alhamdulillah sangat baik dan cantik.
memikirkan tiada cara menghantar ke rumahku (Bangi) semula.
abuyaku letak sementara di rumah kawannya di Semenyih (berdekatan dengan bengkel).

hampir sebulan berlalu, abuya dan aku bercadang hendak menjual motor ini.
yakin dengan keadaan motor yang baik itu, selayak aku jualkan.
elok untuk aku fikirkan kenderaan lain.
Mudah.my memudahkan aku. abuyaku mendapat 8 panggilan atau lebih.
orang yang pertama yang menjadi pilihan abuya.
seorang yang sangat memerlukan motorsikal untuk mempermudahkan pengangkutan ke tempat kerjanya.
aku lega mendengarnya kerana motorku ada pembelinya.

hari pertemuan telah ditetapkan.
abuyaku meminta bantuan sepupuku di German Malaysian Institute (GMI) untuk membawa motor dari Semenyih ke Bangi.
menjelang lagi 2 hari peperiksaan akhirnya, sepupuku sanggup membantu.
semua berjalan lancar. syukur Alhamdulillah.

aku yang di rumah. hanya menunggu khabar motorku dari Umiku.
sebaik sahaja mendapat panggilan, kedengaran suara Umi yang resah.

bersambung.... {klik sini}

Khamis, Jun 02, 2011

lain padang lain belalang


pernah tak, sesiapa bertanya pada anda:
"amacam? best tak duduk (belajar) kat sini?"
atau:
"mana lagi best, belajar kat universiti ke atau belajar di sekolah?"
atau seumpamanya.

dengan erti kata lain, pernah tak anda ditanya tentang soalan2 perbandingan.
jawapan anda mungkin:
"artis ni lebih merdu suaranya, yang tu macam hampeh"
"ntahla, dulu rumah tu bosan, sekarang best jugaklah, cantik gak la rumah ni"
"aku rasa akak dia lagi pandai daripada dia, dia tu bodoh sangat, apape pun tak bleh"

ada seorang ini, suka bertanya aku soalan perbandingan.
aku kadang kelu, tak tahu nak jawab apa.
sekali lagi beliau bertanya padaku.
kali ini aku sudah dapat jawapan terbaik (bagi aku je, bagi korang ntahla):
"entahlah, lain padang lain belalang.....(baru aku bagi pandangan perbezaan kedua2 yang dibandingkan)"

aku tak ingat penuh peribahasa ini, tapi kata2 ini sangat mendalam maksudnya.
anda pula?
tapi kenapa ye?
apa maksudnya?

Khamis, Ogos 26, 2010

warawiri lelaki


Bismillahirrahmanirrahim.
Salam Ramadhan sahabat2ku, meskipun sudah separuh bulan berlalu. Semoga kehangatan Ramadhan bersama kita sentiasa.

setelah seminggu aku bertangguh menulis kisah, memikirkan perkongsian yang tidak seberapa.
hanya berdasarkan penilaian pandangan mata, mungkin sedikit daripada mata hati.
aku melihat satu isu yang hangat pada masa kini, tahukah kalian?
seringkali paparan akhbar, isu bunuh dan buang anak paling laris.
menjadi bualan di bibir setiap insan. sama ada yang menghina dan ada yang menggeleng.

Warawiri lelaki. bahasa percakapan Jawa berdasarkan Kamus Dewan Edisi Ketiga.
tertarik dengan perkataan warawiri yang bermaksud 'berjalan ke sana ke mari tanpa tujuan'.
aku lelaki yang normal pernah sesekali warawiri.
mencari2 halatuju untuk aku bergerak, namun ketika dulu aku tidak ketemu tujuanku.
warawiriku menjejaskan kewarasanku.
kerana aku tidak mengerti apa yang aku mahukan dalam hidup ini.
teringatku mengamuk dalam kementalan yang sakit.
Darjah 6 yang aku duduki bersepah, kerana rajukanku.

Warawiri lelaki. semakin ramai yang terus hidup tanpa tujuan.
melihatkan isu yang rencam dan mengancam, semuanya berpunca daripada diri aku.
kenapa mesti aku yang patut dipersalahkan?
sahabat2ku, aku adalah lelaki.
lelaki itu sepatutnya tidak warawiri, sewajibnya lelaki itu menjadi pemimpin kepada wanita.
tetapi aku tidak berjaya memimpin wanita bagi pihak lelaki.
akibatnya, ramai wanita termengandung setelah berzina dengan lelaki.
akibatnya, ramai wanita terpaksa melahirkan bayi yang haram.
akibatnya, ramai wanita terbeban dengan dosa zina sendirian.
akibatnya, ramai wanita dicemuh dan dihina akibat zinanya sendiri.
mangsanya? bayi yang haram yang dikandungkan oleh ibu yang berzina dengan lelaki.

warkah cinta buat rohku.
aku adalah lelaki. beruntungnya aku menjadi lelaki yang tidak warawiri.
alhamdulillah...
diri yang sedar ini perlu membela dan melindungi wanita.
satu azam - menutupkan aurat semua wanita.
aurat itu adalah kemaluan/harga diri.
menutupkan aurat wanita yang pada tubuh itu adalah wajib!
apatah lagi menutupkan aurat wanita yang dipandang hina oleh semua lelaki.
mengubah pandangan nafsu seks semua lelaki terhadap wanita.
agar mengangkat aurat/harga diri wanita di tempat yang dilindungi dan dihormati.
bagaimana dengan lelaki lain yang masih terus warawiri?
hanya satu... kembali semula kepada kesempurnaan akidah kepada Allah.
caranya?

[WCBR-warawiri lelaki]

Selasa, Julai 20, 2010

bodoh itu bila akal tak diguna


[nak kata bodoh, tapi ada akal. akal ada, tapi tak boleh berfikir.]


siapa?
sahabat2ku, bukan kalian yang daku maksudkan.
aku menuding kepada insan2 yang bodoh bukan kepalang.
apabila akal diberi, tetapi tidak mampu untuk berfikir.
akal yang dianugerahkan Allah, tetapi tidak mampu dimanfaatkan.

contoh?
sahabat2 yang aku sayangi kerana Allah.
tidak perlu aku sebutkan, sebab tidak semua insan itu tetap pada sikapnya.
andai terbaca mereka akan nota ini, insan ini pasti berubah harapnya.
kalian sendiri lebih faham dan mengerti.

bagaimana?
bodoh itu datang pada manusia, namun bodoh itu bukan selamanya.
kerana tidak tahu. kita menjadi bodoh.
tapi usaha kita supaya tidak bodoh itulah yang akan membantu kita merubah diri.
usaha bagaimana?
usaha mencari ilmu daripada semua orang yang pakar.
semua manusia pakar dalam bidang masing2.
pakar yang paling lemah pun adalah ilmu pengalaman diri.
tidak salah pakar ini berkongsi pengalaman agar yang silap tidak diulangi.
tiada alasan untuk semua manusia merasa segan untuk menasihatkan.

politik?
sahabat2 yang sentiasa dirahmati Allah.
tepat aku tujukan kepada ahli politik yang bodoh.
punya agung kita undi beliau, tetapi bodoh benar bila akalnya tidak diguna.
menyesal tidak sudah untuk mengundi orang bodoh macam dia lagi.
bodoh bagaimana?
bodoh bila melihat setiap perkara sebagai agenda politik.
agenda politik untuk kepentingan parti semata2.
sehingga mengabaikan tanggungjawab beliau sebagai pemimpin beragama islam.
sampai lupa membaca dan mengamal nas-nas alQuran yang menyeru agar berlaku adil
bukankah bodoh pemimpin itu yang asyik fikir akan dunianya.
sehingga kata2 Tuhan diabaikan begitu sahaja.
apatah lagi rakyat jelata nak beri nasihat.

sudahnya?
tak berkesudahan.
kenapa?
menang nya dia pun salah, dia tak menang pun salah.
yang merana rakyat yang berpemimpinkan seorang yang tak pandai guna akal.
bodoh itu bila akal tak diguna.
sahabat2ku, ramai juga pemimpin yang bijaksana dan tidak bodoh.
bersamalah menyokong yang cerdik mengguna akal.
awaslah kalian jadi bodoh bila taksub dan membabi buta tak guna akal untuk menilai kebenaran.
gunalah akal untuk memilih jalan kebenaran.
bersama!
aku pun tidak mahu meludah ke langit.

[muhammad ar-rabi' - WCBR}

Rabu, Jun 30, 2010

peritnya menjadi guru


gembira mengajar adik2, pelajaran matematik.
adik2 ini bukan sedarah dagingku.
tetapi bagiku mereka lah adik2 ku.
ada yang cepat faham dan ada yang lambat.
tetapi aku suka melihat adik2 ini menuntut ilmu.
7 perempuan dan 2 lelaki yang fokus.

yang lambat faham ku dekati.
ku sebut nama mereka yang sepi.
yang cepat faham aku beri latih tubi.
sedikit2 mereka memahami.
perhatianku semakin terperinci.
alhamdulillah mereka puas hati.

alangkah perit menjadi guru.
baru ku terasa hari ini.
ketika dulu, guru memarahi.
kini baru aku mengerti.
ketika dulu, guru selalu sakit hati.
baru kini aku tempuhi.
oh guru, tugas mu amat perit sekali.
sabar itulah bekal penerusan kerjayamu.

andai sabar ini hilang dari guru.
pasti, tiada pelajar mampu menuntut ilmu.
mana mungkin mereka mampu?
ditengking, diherdik, dimaki, dicaci.
tetapi guru tidak sebegitu.
adakala, kata pedas berapi dari mulutnya.
tetapi bukan membunuh melalui kata, namun, ia mendidik melalui kata.

duhai pelajar, aku juga pernah menjadi sepertimu.
apakah dikau terpaksa menuntut ilmu?
apa erti dikau berpura2 belajar tetapi hatimu entah ke mana?
apa guna ke sekolah, jika asyik ponteng sekolah?
hidupmu bukan terbelenggu kerana ilmu.
tetapi hidupmu dibelenggu kerana tidak faham erti ilmu.
duhai insan yang menuntut ilmu, jagalah adabmu.
adabmu dalam menuntut ilmu.
bukan kawan2 yang perlu dikau turuti.
tetapi panduan guru perlu dikau taati.
dari situ engkau akan fahami.
betapa guru itu sangat bererti.

peritnya menjadi guru.
kerana aku baru 3 bulan menjadi guru.
kesabaranku masih sedikit.
masih perlu mendidik hati.
agar bersabar mengajar ilmu.
supaya ilmu yang dicurahkan, berkat kepada yang mencari.