Memaparkan catatan dengan label maksiat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label maksiat. Papar semua catatan

Selasa, Oktober 11, 2011

istiqamah yang yok

pernah tak anda merancang sesuatu yang hebat dan anda berjaya memulakan. kemudian sampai satu tahap, anda buat-buat terlupa dan tak buat dah perancangan hebat itu. "pernahkah?"

hari ini nak berkongsi pasal istiqamah yang yok. aku pun tak pasti apakah yang yok? tapi aku pasti ramai tahu istiqamah tu apa. "betul tak?"
dalam bahasa yang mudah, istiqamah ialah suatu usaha yang baik dilakukan secara berterusan. yang yok pula bermaksud "ala yang macam.... ayok, lupa!"
senang cerita "kita cadang nak istiqamah dan amalkan selalu, tiba2 rasa malas pulak dan pastu dah tak buat... poyo tak?"

alkisah wajib asas kepada pos kali ini, istiqamah yang yok aku terhadap blog kesayangan aku ni. punyalah aku lihat intisari kandungan, pernah beberapa bulan aku istiqamah betul-betul kemaskini blog sehinggakan satu bulan cukup 30 pos atau lebih. entah bagaimana aku boleh jadi malas nak kemaskini. dan jadilah istiqamah yang yok.




jelas kat sini, istiqamah yang yok tak patut kita amalkan. sebab ia akan merugikan kita. "hmm... anda tahu tak?" kenapa kita boleh tetiba jadi tidak istiqamah benda yang baik?
kalau anda ada pengalaman, tolonglah kongsi dengan komen di bawah, nak tahu juga.
menurut pengalamanku sendiri, ada beberapa sebab aku jadi istiqamah yang yok. sekejap kemaskini sekejap malas.

sebab pertama: akan tiba satu tahap di mana aku tidak merasa kenikmatan istiqamah sama seperti istiqamah di awal perancangan. mungkin sebab kita menjadikan ia sebagai rutin harian. lama2 jadi tabiat automatik dan ia lama2 membebankan.
"yeke?"
contoh yang aku lihat, solat yang diwajibkan. ingat lagi aku semasa kecil dididik dan diasuh untuk solat. mula2 seronok sebab dapat belajar benda baru, lepas tu makin malas. kemudian, ayah pakai rotan, paksa solat. aku jadi rajin solat semula kerana takut, lepas lama2 makin membesar, kadang sengaja melewatkan solat dan terasa berat nak solat. tapi bila dengar ceramah kelebihan solat, aku jadi bersemangat semula untuk solat di awal waktu. namun, ia semakin luntur bila lama tak isi diri dengan ceramah dan kuliah agama. "tak percaya?" cubalah tak dengar IKIM.fm dan jangan pergi masjid sebulan, mesti malas nak solat. [lebih baik jangan cuba]. eh, tak habis lagi, bila makin remaja akhir ini, kerja dan tugasan pelajaran semakin bertimbun, solat itu pun kadang tak khusyuk dan suka solat bersendirian. tapi bila aku berkawan dengan individu yang suka ke surau untuk berjemaah, aku pun jadi semangat nak ikut dia. lama2 bila jauh dari dia, kembali ke tabiat lama. bila sertai usrah dan halaqah, rasa seronoknya beramal ibadat kepada Allah, namun bila cuti semester, usrah tiada, liat kembali. istiqamah yang yok.... [pengalaman silam dulu]

"percaya tak?"
bila kita terbuai dengan sesuatu yang lebih menyeronokkan [lagha dan hiburan], kenikmatan beribadat akan hilang dengan cepat. malas pun datang dan khusyuk pun hilang.
"serius, aku bukan tipu!"
sebab tu lah bab solat dan ibadah yang baik kepada Allah ini, kita kena kemaskini diri dengan ceramah, nasihat kawan yang baik, baca buku2 agama, dengar IKIM.fm, sertai usrah, subscribe Quran weekly di Youtube.com dengar nasyid dan qasidah, baca status facebook.com golongan ustaz2 dan ustazah2, buka TVAlhijrah. kita akan rasa seronok untuk melakukan amal ibadat dan terasa ingin diisi lagi dan diisi lagi dan lagi!
tapi bila kita mula layan berita fitnah  bab politik, baca akhbar bahagian berita pelik, bogel, baca status facebook.com bab cinta dan frust, dengar radio yang asyik gelak dan lagu cinta laki perempuan, pergi konsert himpit2, tengok Youtube.com Vlog annoying grapes, duduk main games, tengok video porno, tengok filem adegan suami isteri, tengok cerita hindustan menari nampak pusat. semua ini akan sedikit sebanyak menghilangkan kenikmatan ibadah kepada Allah. sebab syaitan asyik cucuk2 kat kita. "tak payahlah solat, lewatkanlah sikit, cepatlah habis solat ni, sembahyang sorang sudah"

"betul tak?"
"eh.. maaf tadi cerita pasal blog jadi bab lain pula"

sebab kedua: niat kita dah lari.contohlah aku buka akaun facebook ini untuk Islam dan sampaikan nasihat yang baik2. awal2 mungkin kita dapat istiqamah dengan tulis status yang memberi nasihat dan menceriakan hari orang lain2. lama-lama kita akan lupa niat asal kita. mungkin kita terlalu asyik dan tak semak diri setiap hari.

contoh untuk sebab kedua ini, aku alhamdulillah sudah ada kereta baru menggantikan motor yang aku sedikit bimbang untuk bawa motor lagi. pernah aku berniat untuk bawa kereta 80 km/j dan tak lebih 100 km/j sahaja. namun setelah sebulan, aku makin lupa diri, di highway aku bawa sampai 110 km/j dan di jalan biasa jika tiada simpang dan motorsikal di samping, aku bawah 90 km/j. bila semak diri balik, "Ya Allah, aku dah langgar niat asalku". bila aku semak diri, baru aku tersedar. begitu juga bab istiqamah dalam kebersihan kereta, niat asal nak jaga kebersihan dalaman dan luaran kereta sebab itu adalah imej kita kepada Allah dan kawan2. memang tiap pagi akan lap dulu embun2 pagi dan kibas karpet kereta. namun setelah sebulan, makin malas diri ini. buat pun sekadar yang yok. malam ni bila tulis blog, insaf balik.






"kan?"
kesimpulannya, tang niat ni kita kena sentiasa perbaharui atau mengingatkan setiap pagi. sebab tu kita bila nak makan kena baca doa. bahasa melayu pun tak mengapa. agar kita rasa nikmat istiqamah makan dengan niat yang baik kepada Allah. sebab bila kita makan laju sehingga terlupa baca doa sebelum makan, kita rasa macam nyesal makan tadi sebab tak dapat pahala. "betul tak?"

panjang pulak pos kali ini. hehe... maaf sangat2 sbeab lama tak kemaskini blog, rasa nyesal pun ada sebab istiqamah yang yok. harap esok dapat istiqamah lagi dan lagi!

perkongsian tambahan:
Sabda Rasulullah s.a.w. : “Siapa membaca surah Al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kesusahan atau kemiskinan selama-lamanya. (Diriwayatkan oleh Baihaqi dari Ibnu Mas’ud r.a.)

Ahad, Februari 13, 2011

haram promosi **lentine's Day

aku pernah pos status di laman Facebook.com tentang:

"teringat semasa khutbah jumaat di Masjid Kuala Pansoon, Hulu Langat. fatwa telah mengharamkan mereka yang meraikan Hari Valentine atau yang mempromosikan Hari Valentine (wish/kuiz valentine dll). semoga kita tidak terlibat dan memohon keampunan Allah"

tersentak aku.
manakan tidak tersentak, kita khusyuk menanti azan dalam Masjid Kuala Pansoon yang tak berkumandang.
jam di skrin digital sudah hampir 5 minit berlalu menandakan azan Zohor.
masjid yang baru dipenuhi oleh 80 orang tetapi telah padat di dalamnya.
masjid berskala kecil ini, hampir 40% dipenuhi oleh remaja berjubah dan berserban putih.
terlihat pakcik (yang mungkin macam bilal) bangun berjumpa dengan pakcik (entah?) di pintu masjid di saf kedua sambil menunjukkan tangan 'Ok'.
aku terus menanti azan...

"DUM!" tersentak jantung aku.
bagai nak gugur jantung. namun, alhamdulillah tidak gugur.
aku terus menoleh ke kanan, di sebelah pintu baris saf ke 8, terlihat pakcik (entah?) tadi memukul beduk.
dipukul kali kedua. aku tersenyum sambil mengurut2 dada.
remaja serban putih di sebelah aku pun turut kata 'terkejut'.
lantas azan pun berkumandang.

terus aku ingin mengulas tentang nasihat khatib Jumaat lalu (11 Februari 2011) di Masjid Kuala Pansoon.
seperti biasa, khatib mengingatkan aku untuk sentiasa bertaqwa kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa.
tersedar aku kembali setelah hampir seminggu tidak cas diri.
cas pintu rohani diriku yang sekejap berkarat dan sekejap cantik.
hanya istiqamah yang mampu mencantikkan pintu rohani ini.
mataku bertahan setahannya... tak nampak syaitan yang duduk bergayut-gayut di alis mataku.
aku cuba timbulkan minat kepada kata-kata khatib, meskipun khatib berkhutbah mendatar.

khutbah berkenaan dengan hari **lentine.
fatwa mengatakan haram untuk kita umat Islam menyambutnya.
HARAM!
tetapi sejauh mana anak muda macam adik-adik aku faham tentangnya?
kenapa haram?
pasti ramai yang persoalkan dan mungkin lebih ramai yang buat tak tahu saja.

aku teringat seorang teman di laman Facebook yang suka kontroversikan statusnya.
kadang-kala, aku muak dan buntu nak jelaskan bagaimana.
namun, aku sayang dia, kerana dia masih seorang muslim.
contoh status beliau tentang **lentines Day:

"Love is on the air... take a breath all... HAPPY **LENTINE's DAY!"

"
Valentine is celebrated with love and roses. It has nothing to with having sex with a stranger or massacres of moslem in the past time. You've your right not to celebrate but don't tell a lie about it"

"
I wish I could ask the sexiest person alive to be my valentine. But it would be pretty weird asking myself. haha"
"
Say No to Free Sex on Valentine's Day! HAPPY **LENTINE's DAY ALL :)"

katanya beliau bergurau, tetapi semoga dia tidak menyambutnya.
semoga beliau sentiasa berada dalam lindungan Allah.

khatib dengan tenang mengingatkan lagi kepadaku tentang hukum mereka yang mempromosikan hari ini juga.
aku tak terlintas langsung dengan orang yang mempromosikan ini.
rupanya ia juga termasuk dalam haram.
kenapa orang promosikan haram?
contohnya apa?
antara yang aku ingat, ucapan kita kepada orang lain tentang hari ini meskipun kepada bukan muslim.
mungkin juga menyertai kuiz hari **lentine?
mempromosikan jualan sempena hari **lentine?

kesimpulannya: aku bukan pakar dalam bab fatwa. aku serba lemah dalam bab hukum. jadi aku akur dengan ulama' yang telah mengharamkan **lentine ini.
kita nak tak nak, suka atau tidak suka, meskipun kita tak buat seks pada hari ini atau hari lain, akurlah!
Allah sentiasa pesan janganlah kau hampiri zina. meskipun anda tak buat, tetapi kita khuatir kita akan menjadi penyumbang kepada orang lain berzina.

Ya Allah, ampunilah dosa kami, dan lindungilah kami daripada jalan2 pembuka kepada zina. ampunilah kami!

p/s: khuatir anak2 muda (terutama yang wanita) meskipun mereka pakai kondom. jauh, jauh!!

Khamis, Jun 18, 2009

pedas yang menyakitkan

"orang yang suka pedas, tak perlulah baca"

aku terpanggil dan tercabar untuk menulis pos ni.
ramai orang pelik tengok aku.
"tak leh makan pedas ke?"
memang aku dah terkebil2 mata, menahan kepedasan.
nak berair pun ada mata ni.
"wah, pedassnya.."
teringat aku semasa di matrikulasi negri sembilan.
menderita aku hidup di pilah.
setiap kali nak makan, PEDAS2 belaka!
almaklumlah, orang nogori, kegilaan mereka, cili api..
"maaf... aku bukan orang nogori"
setahun aku menahan kepedasan.

ada sekali aku makan di sebuah restoran.
semua kuah nampak merah menyala.
macam api yang menyala2.
aku was2.
dalam hati, yakin dengan kuah ni amat pedas.
syukur alhamdulillah.
aku ternampak kuah yang agak cair.
warna kuning.
(aku tak mahir pasal masakan, tahu makan je)
lauk ayam. aku pun curah dalam pinggan nasi.
sesuap... mataku berair.
lidah ku macam dibakar.
tangan mengibas2 (tak tahan kepedasan).
pedas gila... baru ku tahu ni kuah ... (tempoyak ke lemak cili api??)
abi aku kenakan aku "tulah... jangan disangka yang merah itu pedas, dan yang lain tak pedas"
wah, macam ada sesuatu yang menusuk hati aku. pedih je!

terus aku order, air suam.
pelayan datang bawak gelas yang berasap.
aku tahu, ia pasti menyakitkan.
tapi kalau aku minta air sejuk, lagi teruk lidah aku.
terpaksa aku memilih "minum atau tak?"
aku gagahkan diri minum air suam yang berasap (bukan yang mendidih tau).
sakitnye lidah aku...
pedas vs panas menghasilkan suatu kelegaan yang hanya Allah yang tahu.
subhanallah. kepuasan jelas terpamer di wajahku.

pedas yang menyakitkan.
pasti anda terbayang, bagaimana muka aku.
tapi bukan ini yang aku nak kongsi bersama.
seringkali kita menganggap sesuatu yang pahit itu pahit.
sesuatu yang manis itu manis.
hakikatnya, pahit itulah yang sebenarnya memberi kemanisan.
sama juga dengan konsep ini.
pedas yang menyakitkan tu, memberikan kepuasan yang teramat.
dalam kehidupan kita pun begitu.
pedas itu sesuatu yang kita amat tak suka.
pedas juga sebagai cabaran untuk kita.
pedas juga dianggap sebagai dugaan kita.
nak taknak kita terpaksa hadapi.
macam situasi aku tadi.
aku cuba elak kepedasan ni.
tetapi aku terpedaya juga.
nak tak nak, aku kena hadapinya.

dalam keadaan kita seharian.
anggaplah pedas itu sebagai dugaan.
misalnya, gagal dalam peperiksaan.
kita tak boleh elak, ia tetap terjadi.
kita tak boleh lari, ia tetap mengekori.
nak taknak kita kena hadapi pedas ni.
antara air suam dan air sejuk, mana patut aku pilih?
andai anda nak teruskan sifat malas berusaha, pilihlah air sejuk.
dengan harapan ia akan menyedapkan lidah anda.
teruskanlah dengan sikap sambil lewa anda.
tapi, jangan salahkan orang jika anda terus gagal dan rendah pointer.
jangan salahkan orang akibat kegagalan anda ini.
kerana ini adalah pilihan anda.
anda yang takut untuk mengambil risiko menahan kesakitan minum air suam. terimalah ia.

tetapi, andai anda nak berusaha lebih untuk berjaya, pilihlah air suam.
meskipun sakit untuk lidah anda menanggungnya.
tapi anda tahu inilah saja jalan yang ada.
anda terpaksa berusaha gigih.
korban masa main game, relax dan enjoy ngan kawan.
anda korbankan kemanisan ini.
anda korbankan nafsu enjoy anda.
kerana anda yakin, hanya dengan usaha yang gigih.
dengan air suam inilah, yang mampu memberi kelegaan yang menakjubkan.
satu kepuasan dari titik peluh anda.

begitu juga dalam ibadah.
susah untuk menjadi baik.
susah untuk menjadi alim.
tapi anda tahu, sifat yang baik ini yang akan membawa kepada syurga.
dengan melakukan kebaikan dan suruhan Allah, pasti akan mendapat ganjarannya.
tapi apakah aku mampu menghadapinya?
syaitan dan nafsu sentiasa melemahkan aku.
aku tak mampu untuk menjadi baik.
boleh ke aku jadi baik?
layak ke aku jadi baik?
inilah pedas yang menyakitkan.
kita tahu hanya dengan air suam lah yang dapat memberi kelegaan.
kita tahu hanya dengan taat kepada perintah Allah lah yang dapat menjanjikan syurga Allah.
mampukah kita?
mampukah kita menghadapi air suam yang menyakitkan ini?

sahabat2ku...
percayalah, anda mampu untuk menjadi baik.
semua orang dalam situasi pedas.
semua orang hendak menjadi baik.
pilihan kita ada 2, air suam atau air sejuk.
pilihan kita ada 2, melawan hawa nafsu, meskipun susah atau ikut je hawa nafsu.
terpulanglah kepada diri anda hendak membuat pilihan.
tetapi ingatlah, dengan air suamlah, anda akan mendapat suatu kelegaan dan ketenangan yang tak ternilai.
tetapi ingatlah, dengan melawan hawa nafsu, anda akan mendapat suatu kepuasan dalam melakukan ibadah dan berasa tenang kerana Allah sentiasa merahmati kita.
fikirkanlah.

kawallah diri anda dari melakukan kejahatan dan maksiat.
janganlah enjoy yang berlebihan.
kerna syaitan tidak akan berhenti mempengaruhi kita.
mempengaruhi untuk melakukan kejahatan dan maksiat.
awas.
sesungguhnya Allah itu maha pengampun.
sekalipun kita jahat dan banyak dosa, bertaubatlah.
Allah sentiasa bersama kita.
cubalah untuk menjadi baik.
moga Allah merahmati kita.
amin.

[pedas yang menyakitkan adalah disiplin diri kita. bagaimana untuk mendisiplinkan diri agar menjadi insan yang berguna]

Isnin, Mei 04, 2009

belajar dari dosa

"setiap manusia bernafsu"

pasti ada perasaan dalam hati "kenapa dan kenapa?"
kenapa ini semua terjadi pada aku?
kadang kita seolah2 menyalahkan tuhan akan semua ni.
apa yang kita hendak, sukar nak dapat.
payah, susah, sukar, penat dan sebagainya.

setiap manusia bernafsu.
tak boleh dipisahkan seseorang daripada nafsu ini.
nafsu tidak jahat.
dan tidak juga baik.
nafsu boleh dimanipulasi.
tapi payah.
kenapa?
hati akan berat lagi untuk memanipulasi nafsu.
sebab ada faktor luar.
nafsu baik selalu dikalahkan dengan nafsu jahat.
susah!!
susah kita nak menangkan nafsu baik.
kita nak sangat bantu diri kita ke arah kebaikan.
tapi kenapa sukar!

sahabat2ku.
syaitan berjaya menghasut dan melemahkan nafsu adam.
makan buah khuldi di syurga.
tak puas dengan itu, syaitan bersatu untuk menyesatkan kita.
memang kejam mereka ini.
memang dasar api itu panas dan membakar.
memang dasar kerja mereka amat teruk.
merekalah yang cuba memanipulasi nafsu kita.
nampak sesuatu yang sedap dan mengghairahkan.
nafsu akan bertindak.
ke arah kebaikan dan kejahatan.
mana jalan yang akan dipilih?

masa inilah syaitan datang dan membisikkan sesuatu yang jahat pada nafsu.
sesuatu yang baik siapa hasut??
tiada??
alquran dan islam banyak membisikkan kebaikan untuk kita.
tapi sering kita terikut hasutan jahat syaitan.
nafsu kita dimanipulasi oleh syaitan.
sedangkan, kitalah yang patut memanipulasikan nafsu ini.
bukan syaitan!
tak mustahil, kita asyik mengikut hawa nafsu jahat, kita akan tersungkur dipintu neraka.
jauhilah api yang marak itu.
jauhilah syaitan yang membisikkan.
awaslah.

memang sukar nak jadi baik.
tapi lebih sukar nak jadi jahat.
peganglah Alquran dan islam seerat-eratnya !
kawal dan manipulasi nafsu ke arah kebaikan.
dosa2 yang pernah dibawa oleh nafsu jahat ini, hapuskanlah.
melalui penginsafan kepada Allah.
taubat lah setaubatnya !
kita sedar kesalahan dan dosa kita kepada Allah.
tidak terlambat untuk kita memohon ampun.
jadilah baik.
jauhilah hasutan syaitan.

analogi:
1. aku ada kencing manis.
kawan aku yang lama aku tak jumpa ajak makan aiskrim dan ayam gorang berempah dan bersalut tepung yang rangup.
dia belanja.
nafsu memikirkan aku ada kencing manis.
nafsu memikirkan kawan dah lama tak jumpa.
syaitan datang, dan menghasut, "sedap tuu... rugi tak makan.. ala sekali sekala, apa salahnya"
nafsu berfikir. bercanggah pendapat..
andai kita teguh berpegang pada islam, kita akan menjaga kesihatan kita.
sihat sebelum sakit.
pilihan aku??

2. ada seorang kawan perempuan ajak aku pegi tengok wayang.
di mid valey megamall.
cerita best lak tu"X-men"
nafsu berfikir: dia perempuan.
nafsu berfikir: seronoknya Xmen
syaitan hasut: "pegilah... awek lawa, kawan2 ko mesti jeles la. bukan mudah nak ajak ratu cantik fakulti tengok wayang"
nafsu berfikir lagi: hmm... nak tak?
syaitan hasut: "ala, buat pe nak pk lagi"
nafsu bantah: tak boleh, aku berdua2 dengan dia !!
syaitan hasut lagi: ala bukan nya ko buat seks ngan dia. dia ajak wayang je. bodoh la ko.
nafsu pening.
kalau kita berpegang kepada alquran dan islam, kita akan elakkan kepada semua jalan yang boleh menghampiri zina.
apatah lagi berdua-dua.
pilihan aku?

[hanya analogi, banyak lagi yang boleh kita terikut hawa nafsu. berwaspadalah. selami perbualan nafsu dan syaitan, elakkan syaitan keji laknatullah menguasai nafsu kita.]

Rabu, April 15, 2009

satan? who r them

"a nice video..not to see but to think.."

bagaimana mereka menggoda kita.
meskipun ini dilakonkan..
tapi awaslah.


aduh.. kadang2 aku pun terhasut..
memang manusia amat kuat cabaran dan dugaannya.
seperti dalam amanat satan tu..
kalau kita sayang Allah, kenapa kita langgar peraturannya?
kalau kita benci satan, kenapa kita ikut dia?
astaghfirullah al azim..
sesungguhnya kita ni hamba yang lemah.
tapi selemah2 kita, jangan kita lebih lemah dari syaitan.
kita mesti atasi semua ni.
kita boleh kengkawan!!
ayuh, kita jauhi syaitan.
boikot segala perkara yang boleh menyebabkan dia menang!
astaghfirullah alazim..
astaghfirullah alazim...
astaghfirullah alazim.....

[banyakkan istighfar tadi, moga kita disucikan Allah]


Rabu, November 26, 2008

apa hukuman kalau berzina?

"QS surah annur ayat 1-3"

aku baru lepas solat magrib di surau PTSL.
aku berlari ke perpustakaan di aras 4. penat jugakla.
aku sangka perpustakaan tutup jam 10malam. ya allah, tutup awal pulak.
aku teringat sem 3, perpustakaan tutup awal.
aku turun
 
dengan hampa.
aku tak tahu nak buat apa. masuk bilik UPSM. alhamdulillah ada AlQuran terjemahan.

khusyuk aku baca terjemahan an naziat, datang sorang kawan aku ni.
d
ia tengok aku baca quran. dia tanya, aku dulu sekolah mana?
aku pelik, pehal lak ni? mungkin aku sedang baca quran dan pakai kopiah kot.
musykil gak aku nak jawab. aku jawabla aku sekolah kebangsaan dulu.
aku tanya kenapa tanya?

dia tanya apa hukuman zina dalam islam? 
aku tak ingat sangat. sama ada rejam atau sebat.
pastu dia tanya lagi, kalao kat dunia ni kan kita bayar denda je kalau zina, kat neraka apa hukuman zina ni ye?
aku da terkedu lidah. pehal budak ni. betul ke tak betul.
kenapa sampai begitu sekali dia tanya.
aku beritahu dia, yang aku tak pasti.
aku akan tanya ustaz aku dan nanti aku beritahu.
aku taknak aku salah cakap hukum Allah.

aku risau jadi, aku terus rujuk dalam terjemahan quran.
belek belek.. cari la perkataan zina. jumpa. syukur.
dalam surah annur ayat kedua. ada dinyatakan hukum.
aku beritahu dia balik, hukumannya sebat 100kali.
pastu aku cakap lagi, kenapa nak tahu tentang jenis hukuman di neraka baru nak insaf?
aku beritahu lagi, kena bertaubatlah dan lakukan segala perintah allah.
dia macam persoal lagi, kirenye kena berubah terus la? 
(maksudnye: terus jadi baik la?)
astaghfirullah, sukarnye nak jawab.
aku jawab yela. kalau, kita taubat zina, tapi tak buat solat pun, susah jugak.
jadi kena ikut segala suruhan allah dan tinggalkan yang maksiat, insyaallah kita akan selamat.

rupanya, kawan kepada dia yang pernah berzina. menurut kata dia, dah pernah buat banyak kali.
nauzubillahhiminzalik. rupenya kat UKM ni ada juga gejala kes ni.
jauhilah zina, sekali terjebak, pintu neraka terbuka luas untuk kita. nauzubillah. bertaubatlah.

"aku di bilik UPSM jam 8.10minit malam.24nov2008"

Sabtu, November 15, 2008

kepala b*bi di depan rumah

"melampau !!! bagi betis nak peha"

aku terkejut besar melihat berita ni di masjid tanah melaka.
bagi aku ni suatu yang melampau ! dan tak boleh dimaafkan.
mana kan tidak, hanya kerana kita mahu tutup kandang babi di melaka
atas faktor kebersihan dan kandang haram, sehingga sanggup meletakkan kepala babi di depan rumah.
ini satu perkara yang memang menoreh hati umat islam yang benar2 mukmin.

ni semua terpapar dalam buletin utama.
seorang pihak berkuasa yang bertangungjawab dalam perihal tutup kandang.
sewaktu nak keluar pegi solat subuh, gelap la kan kat situ.
waktu nak buka pagar, ada benda tergantung di pagar. di belek2 rupanya kepala babi.
ini da macam ugutan. ish3, kalau tak kawal emosi ni, dah lama aku rasa aku bakar je..
tapi sebagai muslim yang mukmin.
kawallah kemarahan kita.
biarlah orang bagi babi/najis kepada kita, kita berlaku baik la pada mereka..
nabi pun pernah mengalami seperti ini. malah lebih teruk sehingga dibaling batu ke arah nabi.
nabi terus berakhlak mulia.
subhanaallah, sungguh teguh iman nabi, sungguh suci pekerti nabi..
marilah kita mencontohi nabi, moga hati kafir ini terpaut dengan budi pekerti muslim mukmin.

[muslim sahaja tidak cukup, mukmin iaitu muslim yang beriman kepada Allah itulah yang kita cari. jam 9malam, 14november2008]

Ahad, April 13, 2008

minggu neraka

tajuk yang agak melampau kan??
tapi itulah hakikatnya... 5-11april 2008...
aku rasa minggu ni paling memualkan pancaindera aku..
aku rasa amat berdosa bagi aku..
aku paling lemah dalam ibadatku..
aku leka dan terabai akan solat... ya allah.. ampuni dosa hambamu yang hina..
aku terlalu penat membuat latihan teater...
aduh... apalah dosaku ni...
mataku banyak melihat maksiat..
kenapalah banyak manusia yang tidak menjaga auratnya !!
sudahlah ditimbun dosa...
nak ulangkaji pelajaran pun tak sempat.. ya allah..
jangan kau timpakan minggu ni sekali lagi pada ku..
jauhkan ya allah !! ampuni dosa ku...